Ad

RESEPI SUP TEPUNG

Resepi Sup Tepung , Resipi SUP TEPUNG

RESEPI SUP TEPUNG


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak menulis tentang resipi . Iyela.. bukan Lisa pandai sangat bab bab masak ni .. baru nak berjinak-jinak . Kali ini nak kongsi resepi Sup Tepung . Tak sure la korang pernah makan ke tidak , kalau chinese biasanya dipanggil " Mian Fen Gao ". Famous oo makanan ini !  Lisa selalu nampak Lady boss masak , senang je rupanya  . Cara masak senang je dan bahan-bahan pun men campak-campak je. 


BAHAN SUP



1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 buku kiub pati ayam
1 keping dada ayam dihiris-hiris
seikat sayur manis , korang boleh gantikan dengan 1 ikat sayur sawi kalau suka :)
* Bawang dtmbuk atau dihiris pun boleh

BAHAN UNTUK TEPUNG


1 @ 2 cawan tepung gandum
Sedikit air
Scubit garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP TEPUNG


  1. Tumiskan kesemua bawang tadi sehingga garing
  2. Masukkan ayam dan letakkan kiub pati ayam sekali
  3. Letakkan sedikit air untuk lunakkan ayam tadi
  4. Kemudian masukkan sayur manis atau  sawi ( Dalam gambar ni Lisa letak sayur manis )  dan letakkan lagi air sehingga bersesuaian untuk dijadikan sup . 
  5. Tepung tadi dicampurkan sedikit demi sedikir air dengan garam tadi. Jadikan sperti doh dan blh dicubit-cubit. 
  6. Kemudian cubit dan carikkan tepung tadi dan masukkan kedalam sup tadi .
  7. Biarkan mendidih selepas diletakkan sup tadi
  8. Kemudian matikan apinya dan siap dihidangkan 
    Taburkan ikan bilis goreng , dan hidangkan dengan potongan cili dalam kicap . Siap ! 
 Resepi sup tepung sangat mudah untuk disediakan .  Selamat mencoba... 



7
( Hide )
  1. mama tak penah makan lagi sup tepung.. boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Menarik guna tepung gandum je eh..boleh try nanti

    ReplyDelete
  3. apa agaknya rasa sup tepung ni nampak light2 je rasanya tu

    ReplyDelete
  4. nampak mudah...idea bagi si cilik ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah rasa la sup tepung ni..tapi tengok bahan tu macam mudah je nak buat..bahan pun tak banyak..Nanti akak nak try la..mana tau boleh ubah2 sikit..campur lobak asin ke...kan??

    ReplyDelete
  6. alaa..tengok sup ni, rasa nak masak sup ayam la hari ni

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo