Ad

Enchanteur Stunning - Variasi wangian terbaru Enchanteur

Serlahkan aroma keanggunan mempesona dengan variasi wangian terbaru Enchanteur Stunning Eau De Toilette

Enchanteur Stuning - Variasi wangian terbaru Enchanteur .

Cak sarancak ! Minggu lepas kan..tiba-tiba dapat Surprise box berwarna merah jambu . Senyum kambing pun ada juga.. hihiihi happy dan terkejut la dapat hadiah .. time birthday pun takde orang bagi surprise macam ni . Meh kita buka sama-sama isi dalam box tu . Kotak comel merah jambu dilengkapi dengan cermin dan bunga-bunga weih ,..feell romantic pulak.  dalam kotak tu  ada set Enchanteur yang terbaru , Enchanteur Eau De Toilette ,rangkaian stunning .  Wahhh... terujaa sangat nak cuba ! 

Rangkaian Eau de Toilette Enchanteur - Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Tak perlu disangkal lagi , wangian seorang wanita ni daya tarikannya  sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar  , Bau je wangi mesti akan tercari-cari kan dari mana datang wangi itu. . Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. Feeling gorgeous gituu... 


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette , variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Cantikkan botol perfume ini , Minyak wangi Enchanteur yang sebelum ni pun dah nak abess... datang pula yang baru..wahh memang rezeki gitu .

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 



Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. 


Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY



Serbu laju laju weihh.... best-best... korang try la. 




8
( Hide )
  1. Wahhh bestnya.. akk punya belum buat lagi baru dapat tadi ..

    ReplyDelete
  2. Kak Nina pun suka wangian terbaru Enchanteur ni...
    Stunning best giler... bau mewah!

    ReplyDelete
  3. best kan enchanteur ni! busyra dri dulu mmg setia dgn enchanteur. sbb best.. suka pkai yg warna purple

    ReplyDelete
  4. Buh dalam kotak camtu, buat jadi hadiah ka hantaran pun lawa gak ni

    ReplyDelete
  5. suka gila dgn enchanteur ni.. wangii sgt2.. xpernah mengecewakan!

    ReplyDelete
  6. Memamg wangi..pakai losyennya semua cakap wanginya

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo