Lepas Langgar , Lari pula !

Lepas Langgar, Lari Pulak ! || Seminggu lepas Lisa jadi korban langgar lari oleh seorang pemandu kereta yang tak fokus ke jalan . Bukan Lisa yang salah , tapi pemandu tu yang dok menyembang dengan bini dia sampai tak nampak Lisa yang berjalan ni. Dah jalan kat tepi sekali pon masih kena langgar.


Malang tak berbau , Lisa tengah dukung budak umur 4tahun time tu . Nasib baik tak jadi apa-apa kat budak  . Kena langgar kereta , kena force dari atas sebab dukung budak . Memang dua kali ganda lisa sakit . Terkejut pun ye juga. Sakit kot tercium kereta..kereta tu kan mesin. huhu,, Dah langgar.. lepastu lari pulak. bukan nak tengok atau sekurangnya cakap sorry ke apa. huhu. Lisa jalan dah kat tepi teramat sangat .. tapi sebab kecuaian pakcik ni.. sembang dengan bini , Lisa pula jadi korban . Nasib baik sempat ingat no. Plate kereta putih tu.



Mula-mula terlanggar memang takdela darah mencurah keluar ala-ala Mira filzah dalam cinta si wedding planner time terlanggar kereta tu . Tapi keesokan harinya ,, pinggang tak boleh nak tunduk. Susah nak ruku' , atau sujud time solat. Sakit gila...kalau cakap lebam.. tak de la pulak . Sampai haritu tak boleh tahan dengan sakit tu . Lisa baring je kat lantai rumah tu .
Tengok keadaan macam tu ..kakak pun tolong bawa pergi urut. ohmayyy.... dia bawa pergi rumah kawan dia , orang Thailand. Pergh.. amoi ni urut sampai tulang-tulang bunyi krak krruk krak... macam lipat ayam .



Dan sampai hari ni Lisa tak bagitahu parents dan boss yang Lisa dah kena langgar kereta. Konferm kena marah (sebab sayang) . Esok la Lisa pergi Xray tulang belakang ni, semoga baik-baik sahaja. Tapi masih sakit weh tulang pinggang sebelah kanan ni. Sampai hari ini Lisa jalan macam robot. menegak je .. 10 tahun lepas pernah accident sampai koma, tarikh yang sama Lisa kena langgar ahad lepas .



Doakan yang baik-baik saja . Huhuhuhuhu

3 ulasan

Dear dah buat police report? In case, boleh minta ganti rugi / saman orang yg langgar lari tu. Pls get well soon. - Leenz :(

teruknya.. dah langgar tapi lari.. tak berhati perut betul.. apa-apa pun get well soon yea Lisa


EmoticonEmoticon