Ad

Showing posts with label kemalangan.. Show all posts
Showing posts with label kemalangan.. Show all posts

PRAY FOR LION AIR JT610 Crash

PRAY FOR LION AIR JT610

Sekali lagi , negara Indonesia diuji .. selepas tsunami di Sulawesi ,  Lion Air JT610 terputus hubungan dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang . Semoga semua mangsa yang terkorban dipermudahkan disana , dan Semoga keluarga mangsa yang terkorban diberikan kekuatan dan ketabahan. Aku sendiri terbayang betapa takutnya kalau naik flight terbentur dengan awan pun dah rasa gegaran nya . Marilah sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang beragama islam yang terkorban dalam nahas tu , and for non muslim .. May their's soul rest in peace . 

surat Al Fatihah

بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّØ­ْÙ…َــــــــنِ الرَّØ­ِيــــــــمِ {1} الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ {2} الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ {3} Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ {4} Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ {5} اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَالضَّآلِّينَ {7}
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji  bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai  hari pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah,  dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah  kami jalan yang lurus (6) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7) (surat Al Faatihah : 1-7)


LION AIR JT 610 CRASH


INFO : Pesawat JT-610, Lion Air itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi (waktu tempatan), sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan). Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat. Pesawat membawa 189 orang di dalamnya terdiri daripada 178 dewasa, tiga kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Semoga dipermudahkan urusan pencarian Bangkai pesawat JT610 dan mangsa-mangsa yang terkorban . 

#PRAYFORJT610 :-(

Internal Bleeding dan Xray Pinggang

Xray pinggang Lisa 

Internal Bleeding dan Xray Pinggang || Alhamdulillah , Lisa dah mula beransur pulih. Kejadian bermula dari terlanggar kereta , pinggang tak boleh sujud dan ruku' , Internal Bleeding , X-ray dan sekarang dah mulai sihat. Walaupun belum sihat sepenuhnya , hehehe . Ni entri part kedua dari entri Lepas langgar , lari pulak !!  sila baca ye.. 


Lepas 3 hari tu baru la Lisa rasa tak sedap badan . Pinggang sakit . Dan seminggu lepas kejadian tu , Lisa mula alami pendarahan dari dalam . Bukan period.. darah yang keluar tu  cair dan tak stop . Sebab darah period tu ada ketulan, yang ni macam air paip.. banyak , warna pun tak sama . Time tu lah baru nak risau terhegeh-hegeh nak pergi check . Kalau tak darah tu memang Lisa biarkan jela, sebab Lisa ingat just sakit urat je kot .



Tangan pasang tiub masuk air 

Kena tahan wad sebab nak masuk air dalam tubuh Lisa yang kurus slim ni  . Mana ada selera kalau pinggang sakit and fikir tiba-tiba jadi pendarahan. Nangis woo Lisa time tu , ya la.. pinggang kan kena jaga ,lebih-lebih perempuan . macam-macam dalam fikiran . Lahai sakitnya macam orang mengandung dah nak bersalin . Akhirnya 24/04/2016 Lisa jalani X-ray pinggang. Debar-debar juga la time ni sebab 2 kali jalani X-ray . 


Alhamdulillah , semua tangan yang handle perempuan . Dari staff , nurse , dan doctor .

Result doctor , tulang Lisa masih dalam keadaan elok , tak ada yang retak atau patah tulang . Internal Bleeding yang jadi pun sebab daging dalam tu koyak . Lepas tu doc perempuan tu check Lisa . Masuk dalam bilik doc tu dan baring mengiring . Dipegangnya pinggang Lisa , dia tengok mana bagian yang sakit . Lepas tu dia tarik kaki  kanan Lisa kebelakang , sakit woo . Dia tekan bagian sakit tu . Tarik kaki yang kiri tak sakit .. sebab yang terlanggar tu pinggang bagian kanan.

Doc bagitahu , tak boleh angkat berat-berat dulu untuk sementara ini. Dia bagi 4jenis ubat yang berbeza , salah satunya ada ubat tahan sakit . Nurse cakap ubat tahan sakit tu kalau dah rasa tak sakit tak perlu makan lagi . Kenapa erk ? Mungkin elak dari ketergantungan kot . 


Hari ini, pendarahan Lisa dah tak banyak macam hari sebelum ni. Just kalau angkat barang berat memang terus mengalir la. 
Hope cepat baik.. pinggang ni sakit gila dah tak tahan . 

Terimakasih untuk semua staff , nurse dan doctor yang terlibat. Mesra dan senyum selalu. Hehehehe.. 
Untuk korang kalau kena langgar kereta ka atau jatuh, terus je pergi check semua.Jangan tunggu jadi macam Lisa. 


Lepas Langgar , Lari pula !

Lepas Langgar, Lari Pulak ! || Seminggu lepas Lisa jadi korban langgar lari oleh seorang pemandu kereta yang tak fokus ke jalan . Bukan Lisa yang salah , tapi pemandu tu yang dok menyembang dengan bini dia sampai tak nampak Lisa yang berjalan ni. Dah jalan kat tepi sekali pon masih kena langgar.


Malang tak berbau , Lisa tengah dukung budak umur 4tahun time tu . Nasib baik tak jadi apa-apa kat budak  . Kena langgar kereta , kena force dari atas sebab dukung budak . Memang dua kali ganda lisa sakit . Terkejut pun ye juga. Sakit kot tercium kereta..kereta tu kan mesin. huhu,, Dah langgar.. lepastu lari pulak. bukan nak tengok atau sekurangnya cakap sorry ke apa. huhu. Lisa jalan dah kat tepi teramat sangat .. tapi sebab kecuaian pakcik ni.. sembang dengan bini , Lisa pula jadi korban . Nasib baik sempat ingat no. Plate kereta putih tu.



Mula-mula terlanggar memang takdela darah mencurah keluar ala-ala Mira filzah dalam cinta si wedding planner time terlanggar kereta tu . Tapi keesokan harinya ,, pinggang tak boleh nak tunduk. Susah nak ruku' , atau sujud time solat. Sakit gila...kalau cakap lebam.. tak de la pulak . Sampai haritu tak boleh tahan dengan sakit tu . Lisa baring je kat lantai rumah tu .
Tengok keadaan macam tu ..kakak pun tolong bawa pergi urut. ohmayyy.... dia bawa pergi rumah kawan dia , orang Thailand. Pergh.. amoi ni urut sampai tulang-tulang bunyi krak krruk krak... macam lipat ayam .



Dan sampai hari ni Lisa tak bagitahu parents dan boss yang Lisa dah kena langgar kereta. Konferm kena marah (sebab sayang) . Esok la Lisa pergi Xray tulang belakang ni, semoga baik-baik sahaja. Tapi masih sakit weh tulang pinggang sebelah kanan ni. Sampai hari ini Lisa jalan macam robot. menegak je .. 10 tahun lepas pernah accident sampai koma, tarikh yang sama Lisa kena langgar ahad lepas .



Doakan yang baik-baik saja . Huhuhuhuhu

VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG


VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG | Malang tak berbau , dimana sahaja boleh berlaku kemalangan. Mungkin bukan dari kesalahan kita ,tapi boleh jadi dari kecuaian orang lain. Pagi tadi bos bagitahu Lisa , yang katanya ada orang kemalangan ketika sedang mengisi minyak di SHELL Plaza Bintang atau sekarang telah menjadi Pejabat  Majlis Perbandaran Kluang .

Setelah membayar , wanita yang menaiki kancil itu menghidupkan mesin dan kemudian melanggar seorang pakcik didepannya yang juga sedang mengisi minyak di Shell yang sama . Pak cik tersebut kemudian dilarikan di Hospital KPJ , dan mengalami patah tulang kaki.









Semoga keluarga diberikan kesabaran , dan semoga pakcik cepat sembuh . 

PUNCA KEMALANGAN WANITA DI ESKALATOR CHINA

PUNCA KEMALANGAN WANITA DI ESKALATOR CHINA | Bulan lepas pastinya kalian telah mendengar dan mungkin menonton video yang viral di Laman sosial . Iaitu sebuah kemalangan eskalator ketika wanita itu jatuh dan meninggal ditelan eskalator. Apakah punca sebenar accident itu ?

Memang pada mulanya Lisa tak tahu , lisa dengar berita ini pun dari whatsapp . Nampak video yang terpotong part wanita itu jatuh kemudian tersepit dan hilang ditelan eskalator  .  Cukup viral video tu. Sebelum ini pernah berlaku juga kan? Budak kecik kaki tersepit masuk eskalator. Ini pula perempuan dewasa kemalangan saat menaiki eskalator. Bukan hanya tersepit kaki.. tertelan terus badan wanita tu. Meskipun dia berhasil menyelamatkan anaknya.. namun sayangnya dia tak dapat diselamatkan  dan kemudian meninggal .

Kemalangan itu boleh je di elakkan. Nak tau sebab apa ?Sikap selfish.  Sebab sebelum kejadian itu berlaku.. 2 wanita yang menolong anak korban telahpun mengetahui yang eskalator itu ada bahagian yang bermasalah. Wanita itu menjejakkan kaki,dan kemudian besi eskalator tu terbuka. Nasib dia boleh mengelak dan tak jatuh kedalam  . Kemudian 2 wanita itu pergi berlalu sahaja.. dan datang semula untuk menunggu rakannya (wanita yang menjadi korban ) . Lahai .. cuba kalau 2 wanita itu tekan button emergency dan memanggil tehnisen... pasti kejadian itu tak akan berlaku. Memang masih sempat untuk melakukan perkara tersebut.. namun 2wanita itu tak buat ! Heii geram betul Lisa   . Tonton full video wanita kemalangan jatuh eskalator di China  
Klik untuk tonton .. 

Pasti kejadian itu tak kan berlaku  . Sudah tahu rosak.. pergilah panggil tehnisen..sorang lagi pi turun bawah bagi tanda eskalator rosak.ish ish itupun nak kena ajar ke. ? Geram betul saya..

Lepas dari accident tersebut.. Lisa memang berhati-hati untuk menggunakan eskalator. Takut wooo







Jenazah Nursyuhada Pelajar UiTM Dikebumikan

Jenazah Nursyuhada Selamat Dikebumikan | Jenazah mahasiswi Nursyuhada Johari dikebumikan hari ini 03 Februari 2015. Pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM )yang maut di kilometer 228.2 , Lebuhraya Utara Selatan  berhampiran di Bukit Gantang pada tengah hari semalam, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan , pada pukul 11 pagi tadi. 

Anak kedua dari enam adik beradik, Nursyuhada Johari disembahyangkan di Masjid kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan. Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Dipetik dari BH  : Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar 2 jam selepas kejadian.

Marilah sedekahkan AL-Fatihah untuk mangsa ,semoga rohnya ditempatkan digolongan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.

© all rights reserved
made with by templateszoo