Ad

JADUAL PENGHANTARAN POSLAJU RAYA AIDILFITRI 1436H

 JADUAL PENGHANTARAN POSLAJU RAYA AIDILFITRI 1436H | Raya pun dah tinggal seminggu lagi. Seperti hari cuti perayaan sebelum ini pastinya perkhidmatan pos laju akan dibanjiri dengan berbagai barangan untuk dihantarkan peniaga kepada customer . Bagaikan cendawan dimusin hujan , memang akan penuh dengan customer yang beratur untuk mengeposkan barang di counter pos laju. Bahkan sampai beratur keluar pintu pejabat pos laju. Wahh banyaknyaa.... !

Tengok.. berbakul-bakul barangan yang ingin mereka hantar. Berpanas berpeluh beratur diluar . Aiyark.. Nasib baik la ade orang tolong saya pos kan. Hehe.. Pos laju telahpun mengeluarkan notis sebagai berikut :

Pengumuman POS LAJU :
TARIKH AKHIR PENGEPOSAN ITEM POS LAJU SAMPENA PERAYAAN AIDIL FITRI 1436H 

Para Pelanggan Yang Dihormati , 

Bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri 1436H, pelanggan adalah dinasihati supaya membuat pengeposan item perayaa untuk destinasi dalam negara sebelum atau pada 10 Julai 2015 . Ini bagi membolehkan  Pos Laju membuat serahan kepada penerima sebelum 16 Julai 2015.

Untuk makluman , serahan bagi item Pos Laju yang di pos selepas 10 Julai 2015 hanya akan dilakukan mulai 20 Julai 2015 . Walau bagaimanapun Pos Laju tetap menerima pengeposan sehingga 15 Julai 2015.

Sila layari www.poslaju.com.my untuk makluman lanjut.

Jadi banyakknya item yang dihantar membuat barang yang kalian order akan sedikit lambat sampai ke tangan kalian. Barang terjejas kerana banyaknya barang yang ingin diposkan. Bersabar ya :D

EPISOD AKHIR DRAMA MAID

EPISOD AKHIR DRAMA MAID | Drama MAID yang menggandingkan lakonan antasa Zul Ariffin dan Ayda Jebat telah pun sampai episod akhir. Episod ke 20 ini ditayangkan semalam di Astro Ria pukul 10 malam. . Dari seorang pembantu ruma bertukar status kepada seorang isteri oleh majikannya Harris atau MR F.

Pernikahan yang tak dirancang atau lebih dikenal dengan kawin paksa demi menjaga maruah kedua keluarga ,Hariss ataupun Noorul. Dan pada episod akhir ini juga akhirnya telah terbukti siapa dalang yang menyebarkan gambar fitnah antara Harris dan Noorul. Siapakah dia ? Dan siapa yang memfitnah Noorul ?
Saksikan ulangan episod terakhir drama MAID di link berikut :

TONTON ONLINE DRAMA MAID EPISOD AKHIR 

( klik untuk tonton )

HADIAH RAYA DARI CELCOM

 
HADIAH RAYA DARI CELCOM |Puasa telah pun sampai hari yang ke 21, lebih kurang seminggu lagi dah nak raya. Bagaimana persiapan kalian untuk meraikan hari raya aidilfitri tahun ini? Dah beli baju baru ke? Kasut baru ke? 

Untuk Lisa,tahun ini sedikit kurang semangat untuk menyambut hari raya . Kurang bersemangat apalagi barang-barang Sekarang ni semuanya naik. Haish..Bukan tak boleh beli.. Tapi tengok baju tahun lepas elok je lagi. Yelah.. Baju raya pakai sekali je. Lepas tu simpan dalam almari. Hahahaha.nasibla badan ni maintain je.. Masih boleh pakai lagi. Tak perlu la kan untuk bazirkan duit beli baju raya.Hurm
jimat seboleh bolehnya. Kos hidup Sekarang Makin meningkat pulak tu. 

Hari ini datanglah orang celcom jumpa Lisa. Yay bagi kupon makan di Pizza Hut. Mungkin tahun ini celcom untung lebih.. Sebab tu bagi rezeki kepada orang-orang kecik macam kami . Bos pulak dapat kain pelikat. Hahahaha.. Bos chinesse ..perempuan.! , nak buat apa  kain pelikat tu. Hahahahaha...  Semua authorized dealer dan staff memang dapat kain pelikat dan kupon Pizza Hut tersebut. 
Disebabkan lady boss memang tak akan pakai kain pelikat itu.. Hehe jadi Lisa ambil la kain itu. Yay dapat rezeki berganda! Bonus beraya tak dapat lagi. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat tak ada rezeki lew. Almaklumlah Boss Lisa ni chinesse jadi biasa bonus raya cina lagi banyak dari bonus aidil fitri. 

Bonus kalian dah dapat ke ? 

KONGSI RAYA BERSAMA ZUL ARIFFIN HANYA DI SENHENG !

KONGSI RAYA BERSAMA ZUL ARIFFIN HANYA DI Senheng ! | Pejam celik pejam mata  ramadhan pun telah berlalu hampir 3 Minggu. Masing-masing membussykan diri untuk persiapan hari raya .Selain mempercantik rumah tentunya ingin menceriakan hari raya lagi dengan barangan yang baru .  Dari peralatan elektronik seperti Peti Ais, TV , peralatan dapur tentunya ingin menukar dengan yang baru juga kan ? Tidak dinafikan , sekarang ini banyak promosi-promosi yang ditawarkan . Dari company A sampai ke company Z, pastinya pening kepala memikirkan mana satu tempat yang sesuai dengan citarasa kita dan tentunya sesuai dengan poket keuangan kita.

Usah risau , jom serbu Senheng ramai-ramai . kerana kini Senheng sedang mengadakan promosi raya yang memang menggiurkan! JOM! KONGSI RAYA BERSAMA ZULL ARIFFIN di Senheng yang bermula dari 15 JUNE sampai 31 JULY 2015 . Sebelum ini ada orang cakap senheng mahal , tapi setelah disyorkan oleh teman Lisa dan Lisa try la usha-usha uish memang tak seperti orang cakap . Seperti contoh barangan multicooker , boleh masak nasi dan juga sayur. Senheng Menawarkan warranty dari 2tahun sehingga 3 tahun. Lebih berbaloi dan menjimatkan . Bayangkan kita beli mahal-mahal nanti rosak atau ada masalah , pening pula kemana harus hantar warranty . Beli di Senheng , selain kuality , warranty , juga jimat duit poket .  Kenapa tidak memilih membeli barangan dari Senheng terdekat atau boleh kita beli senawang online di web rasmi www.senheng.com.my .

Seperti apa promosi raya yang menarik itu ?Seperti apa promosi raya yang menarik itu ? diantaranya :
# Kalian akan mendapatkan baucar yang bernilai rm100.00 dari EZEN Sarang burung .  Wahh yang ini memang menarik ! sebab Lisa jenis yang suka minum sarang burung . Nyum nyum.. untung dan sedap woo !

# GIFT CARD Rebate sebanyak rm200.00 .
Dapatkan potongan harga sebanyak rm200.00 bagi para pemilik gift card Senheng . Kelebihannya .. lebih murah rm200 dari harga yang Senheng tawarkan . Tertahluk pada terma dan syarat barangan yang sedang di tawarkan.

# Faedah serendah 0.05%setiap bulan untuk AEON CREDIT SERVICE
ini lebih murah berbanding dari tempat lain . Kan ? cuba bandingkan . hehe

# Bagi pengguna kad kredit pulak , boleh berbelanja membeli belah di dengan faedah 0.00% sehingga 36bulan. Tak kira berapa banyak barangan yang anda beli.

Dan yang paling menarik,, bagi kalian pengguna kad AEON , akan mempunyai peluang untuk masuk dalam senarai cabutan bertuah. Hanya dengan membeli belah di Senheng dan senQ diseluruh outlet negara dan bayar dengan menggunakan Kad kedit Aeon. Mudah bukan ? Mana tahu salah seorang kalian mendapat hadiah bertuah yang diberikan sehingga RM340,000.00 !! wah .. banyak tu ! 

Peti ais , peralatan dapur , terasa nak memborong pula. 

Apa tunggu lagi..Jom serbu PROMO RAYA  SENHENG dan nikmati tawaran hebat yang ditawarkan bermula 15 JUNE -31 JULY 2015. Manalah tahu kot-kot dapat jumpa ambasador Senheng iaitu Zul Ariffin. Boleh la berselfie. 

MOHD FARRIS MAHAMUD MENINGGAL DUNIA

MOHD FARIS MAHAMUD MENINGGAL DUNIA | Pemain Piala Presiden Sabah telah meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan kereta. Mohs Faris Mahamud meninggal dunia selepas bertahan selama 7jam . Farris telah menghembuskan nafas setelah menerima rawatan di Hospital Elizabeth II (HQE II ) jam 8.37 malam semalam 6 July 2015 .

Dipetik dari harian metro , Kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu  Farris bersama rakannya yang juga merupakan Bekas penyerang Harimau Muda , MD Rozaimi Abdul Rahman dari inanam menuju ke bandar ,terbabas setelah mengalami tayar meletup dan kemudian merempuh pokok, tiang telefon , dan juga tembok konkrit.

Rozaimi kini masih berada di Hospital kerana luka parah di kepala . Doakan semoga cepat sedar dan cepat sembuh. Untuk kalian , pandulah dengan cermat, berhati-hati dijalan raya , sayangi orang terdekat anda. 

SEGMEN : Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya

segmen-saya-nak-design-header





Segmen : Saya Nak Design Header Blog/Facebook Raya | Jom sertai segmen ini, mana tau kalian bertuah dan mendapatkan design header blog /facebook raya secara percuma . Ianya pemenang akan dipilih secara random . Cara yang simple dan mudah. Jom join.

klik banner diatas untuk join ya .

Cara sertai Segmen : Saya Nak Design Header Blog/ Facebook Raya

1. Buat Entry  bertajuk "Segmen : Saya Nak Design Header Blog/ Facebook Raya"
2. Letakkan banner dan link kan ke entry ini. * Drag gambar banner ni terus masuk compose entry ye kalau susah nak ambil banner ni.
3. Follow * Optional
blog : www.azhafizah.com
instagram : instagram.com/azhafizahmdnor
twitter : twitter.com/Azhafizah
4. Like Fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah
5. Publish dan tinggalkan link penyertaan di kotak komen
*kalau takde instagram, twitter ke, facebook ke takpe, yang penting ada blog.

Tempoh Segmen
6 Julai 2015 (09:30 pm)- 9 Julai 2015 (11:59pm)

CARA SEMAK BALANCE INTERNET

CARA SEMAK BALANCE KUOTA INTERNET | Sekarang ini ramai orang memerlukan internet dalam kehidupan sehari-hari. Baik untuk bekerja, membuat kerja sekolah , mencari kerja , membaca resepi , ataupun mengikuti perkembangan berita semasa . Tak perlu mengeluarkan beribu-ribu untuk mendapatkan sebuah telephone pintar memudahkan semua orang mampu memiliki Hp canggih . 

Banyak telco sekarang sedang membuat promosi tentang produk mereka , seperti CELCOM FIRST BASIC 38 yang menawarkan 6gb internet (3gb internet +3gb wifi ) baca di CELCOM FIRST BASIC RM38  untuk yang memilih postpaid . Prepaid pula , keluar prepaid MAGIC , apa yang magicnya ? baca di entri MAGIC SIM CELCOM PREPAID . Khabarnya DIGI pun sedang membuat promo mengenai produk mereka bagi pengguna bill atau postpaid , sim pascabayar. Sebagai pengguna celcom , kali ini Lisa akan share tips atau cara untuk menyemak baki internet atau bonus bagi pengguna celcom postpaid .

CARA Semak Baki Kuota Internet Postpaid User Lama :
Boleh  menggunakan kata kunci dengan menghantar SMS seperti berikut :
Taip " VOL STATUS " sent ke 22188 .
 Ini biasa digunakan untuk pengguna postpaid data only , atau pengguna postpaid lama.

CARA Semak Baki Kuota Internet dan Bonus Celcom First  : 
Sama sahaja caranya , hantarkan SMS "Bal Status " sent ke 28882 . 
Bagi pengguna prepaid , boleh menggunakan kata kunci ini juga. Selepas menghantarkan sms kalian akan mendapat reply dari celcom mengenai balance kuota internet atau bonus call dan SMS yang masih boleh digunakan. 

   


Cara Chek Balance Internet Celcom Prepaid
Untuk prepaid pula... sekarang dah lain , korang just taipkan " MAX STATUS" dan hantar ke 28882 

atau dail *118*1*1*2#

Selamat mencoba ! ;)


Sekarang untuk check balance internet , korang boleh download apps X-PAX untuk pengguna prepaid atau topup prabayar. 

Dan Apss MYcelcom POSTPAID untuk pengguna postpaid atau pasca bayar /  bill bulan-bulan . 

4 Produk Terbaik Boleh Melicin dan Menghilangkan Parut


4 Produk Terbaik Boleh Melicin dan Menghilangkan Parut | Parut , satu masalah kulityang sememangnya membuat kita tak selesa . Kulit halus , putih , mulus dah tup-tup ada parut dek kerana bekas accident  , luka , atau jerawat.  OH TIDAKKK ! menutup dengan makeup bukan satu jalan penyelesaian.Kali ini Lisa bagi kalian senarai produk yang sedang hot dan terbaik dipasaran .

Parut terhasil daripada kesan kecederaan yang sering menghantui diri kita terutamanya kepada kaum wanita yang sentiasa mementingkan kecantikkan. Parut yang terlalu besar atau jelas sememangnya akan meninggalkan kesan buruk dalam hati kita kerana mungkin akan menjadi bahan ejekan atau sindirin rakan atau kenalan.
Setiap antara kita pasti mempunyai parut sama ada di bahagian kaki, tangan, badan dan yang paling kita tak nak adalah dibahagian muka. Parut dimuka pasti akan menjadikan kita tidak keruan dan tidak senang duduk kerana memikirkan parut tersebut yang biasanya kekal.

4 Produk Terbaik Boleh Melicin Dan Menghilangkan Parut

Bagi mereka yang mempunyai parut ni sudah tentulah mereka akan berusaha mencari penawar untuk hilangkan parut. Jadi apakah penawarnya? Adakah anda merupakan antara mereka yang tercari-cari produk untuk hilangkan parut dengan berkesan?
Disini saya nak kongsikan antara produk hilangkan parut yang terbaik dipasaran. Semoga topik ini dapat menyelesaikan masalah yang menghantui diri anda.
#1 Azanis Scar Serum



Saya pasti ramai diantara anda yang pernah dengar nama produk Azanis Scar Serum ni kan? Yelah… Produk ni dah pernah masuk akhbar Utusan Malaysia, TV3, Radio, Majalah dan seringkali dilihat di laman sosial Facebook dan Instagram. Orang cakap produk yang dah viral. Lagi pun Azanis Scar Serum ni adalah produk menghilangkan parut paling berkesan buatan Malaysia !
Produk Azanis Scar Serum ni dilihat sebagai trend terkini produk yang terhangat di pasaran dan produk no.1 di Malaysia yang berkemampuan menghilangkan parut seawal 3 minggu tanpa mempunyai bahan kimia yang merbahaya. Dah banyak testimoni yang diterima daripada pengguna yang menyatakann Azanis Scar Serum amat berkesan untuk menghilangkan parut dalam tempoh masa yang pendek.

Nah, baca testimoni Azanis Scar Serum disini : TESTIMONI PENGGUNA



Ahli keluarga dan rakan-rakan sendiri pun antara pengguna produk Azanis Scar Serum ni dan ada diantara mereka ni memberikan reaksi yang positif dalam keberkesanan produk Azanis Scar Serum ni dalam menghilangkan parut. Bukan mudah nak hilangkan parut ni lebih-lebih lagi parut yang besar dan lama. Hanya mereka yang ada parut je yang memahaminya.
Satu lagi antara kelebihan Azanis Scar Serum adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif. Azanis Scar Serum juga dapat membantu selesaikan masalah renggangan kulit, warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan juga masalah kulit kering. Itulah kelebihan Azanis Scar Serum yang mempunyai kebaikkan di dalam 1 produk.



Azanis Scar Serum juga kini telah berubah kepada wajah yang baru dimana rekabentuk pembungkusan terkini Azanis Scar Serum kini lebih menonjolkan produknya sebagai produk klinikal yang mampu menghilangkan parut dengan cepat.
Untuk mendapatkan Azanis Scar Serum, korang boleh membelinya melalui website ini: BELI ZANIS SCAR SERUM

#2 Hiruscar Gel




Gel yang mampu untuk menghilangkan parut. Tak ramai yang tahu pasal produk ni dan tak banyak tempat yang jual. Biasanya jual di Farmasi, Watson ataupun Vitacare. Ada yang pernah review produk ni masa mula-mula pakai agak tak selesa sebab kulit jadi merah-merah. Mungkin kulit sentitif kot. Hiruscar mengandungi MPS gabungan antara Allium Cepa bersama 4 elemen lain untuk mengurangkan tisu yang tidak baik untuk tumbuh.
Ia juga mampu mempercepatkan pemulihan luka secara semulajadi dan menjadikan parut mengecil. Untuk lihat keberkesananya anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga ke 6 bulan. Tempoh ini juga bergantung pada saiz atau jenis parut yang anda ada. Lagi besar lagi lama la kene tunggu untuk nampak keberkesanannya.

BACA JUGA: Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Parut
#3 CICA CARE


Produk Cica Care merupakan produk yang membantu meratakan, melembutkan dan memudarkan parut yang berbentuk gel pelekat yang diperbuat daripada silikon (medical grade silicone). Ia didatangkan dengan 2 saiz. Saiz yang agak kecil berukuran 12cm x 3cm manakala yang besar pula adalah 12cm x 6cm dan ianya akan melekat pada parut (self adhesion).
Produk Cica Care ini banyak digunakan untuk parut yang kemerahan dan membesar. Pengguna perlu memakai produk ini sekurang-kurangnya 12-24 sehari dan jika mengikut arahan dari kotak produk 2 hari pertama pakai, pakai selama 4 jam dan seterusnya 8 jam dan tambah lagi 2 jam untuk hari-hari berikutnya sehingga menjadi minimum 12 jam atau sebaiknya gunakan selama 24 jam. Tengok macam leceh la pulak cara penggunaanya. Lagi-lagi orang macam saya ni yang sememangnya malas untuk perkara-perkara yang remeh huhu…
BACA JUGA: Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Parut
#4 MEDERMA



Mederma antara produk hilangkan parut yang ada di pasaran. Ia mampu untuk merawat parut lama dan baru secara klinikal. Formula gel proaktif Mederma menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara. Ramai yang berkata produk Mederma ni berkesan untuk menghilangkan parut namun ada yang berkata ianya tidak sesuai untuk kulit yang sensitif sebab akan menyebabkan rasa gatal-gatal.
Tempoh keberkesanan produk Mederma ini juga mengambil masa yang panjang. Ada yang saya lihat menggunakan produk ni hampir 2 tahun itupun masih ada kesan lagi. Jadi terpulang pada anda nak cuba ataupun tidak.
_____
Secara keseluruhannya saya lagi cadangkan anda gunakan produk Azanis Scar Serum ni sebab banyak dah testimoni yang menyatakan keberkesannya diterima daripada pengguna. Apa yang lagi penting, ianya adalah produk keluaran anak tempatan kita sendiri. Tak ramai dikalangan usawahan Melayu yang masuk ke industri produk berkaitan klinik macam ni. Azanis Scar Serum juga antara produk hilangkan parut yang terbaik buat masa ni dan terbukti berkesan sehingga ramai repeat order dari pelanggan.
Selain daripada itu juga, harganya juga amat berpatutan dan mampu dimiliki berbanding produk hilangkan parut yang lain yang mencecah ratusan ringgit. Penggunaannya juga amat mudah hanya perlu sapu sahaja 2 kali sehari dan tempoh keberkesanannya juga agak cepat iaitu seawal 3 minggu sahaja. Pilihan ditangan anda dan jadilah pengguna yang bijak :)

Untuk mendapatkan Azanis Scar Serum, korang boleh membelinya melalui website ini: AZANIS SCAR SERUM


baca selebihnya di : 4 PRODUK TERBAIK BOLEH MELICINKAN DAN MENGHILANGKAN PARUT  

CENDOL JONKER WALK MELAKA

CENDOL JONKER WALK MELAKA | Slurpp... menggiurkan ! sungguh menggiurkan gambar cendol diatas. Sedap pula rasa cendol tu . Singgah ke Melaka memang tak lengkap kalau tak cuba berbagai makanan yang terkenal di Melaka. Salah satunya , Cendol ! Kalian harus mencoba . Sebab rasa cendol ini berbeza dari tempat yang lain. Bahkan untuk mendapatkan cendol ini kadang kala pelanggan harus beratur. Sedap gitu !

Setelah berpanasan berjalan dan bersiar di Bandar Bersejarah itu jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Jonker Walk. Berbagai jenis perisa cendol dihidangkan , diantaranya
Cendol durian, cendol pulut, cendul mangga , cendul kacang merah , dan banyak lagi . Memang sedap woo. Campuran perpaduan antara santan kelapa yang original dan pekat dicampurkan dengan air gula melaka. Pergh minum ketika cuaca panas. Alahai.. segar tekak. Bak disiram air salji.

Satu cawan memang tak cukup, kalian pasti ingin menambah lagi. Harga yang tak mahal dan kalian boleh layan diri . Campurkan perisa yang kalian inginkan dalam cendol tu . Harga ? usah risau .. dari rm3 sampai rm10 sahaja. Murah bukan.. ? Tak setanding harga . Berbagai makanan lain juga dijajakan disini. Semua kebanyakan disajikan dengan resepi turun temurun semenjak zaman peradaban Nyonya di situ. Memang rasa lain dari yang lain.

Apa tunggu lagi.. jangan lupa singgah , beli nikmati kesegaran cendol pulut yang nyummiiii.
Ops tunggu selepas puasa ya... takpun tunggu selepas berbuka puasa. HEHEHEHE 

BIODATA JANNA NICK - SYURGA NUR

Biodata Janna Nick [NUR -DRAMA SYURGA NUR ]

Heroin dalam drama Syurga Nur ini mempunyai perwatakan yang ayu dan menarik. Siapa sangka gadis yang berumur 20tahun ini mampu membahagi waktu untuk menceburi dunia lakonan.

Biodata Janna Nick

Nama Komersil : Janna Nick
Umur : berusia 20 tahun, 
Tarikh lahir :  tahun 1995 
Asal :  orang Sungai Petani, Kedah. 
.Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

 Antara Drama2 yang dilakonkan oleh Janna Nick adalah seperti berikut- Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Abang Sado Jemur Kain, Syurga Nur dan lain-lain. 

Twitter Janna Nick -

Instagram Janna Nick -



SENARAI PELAKON SYURGA NUR


SENARAI PELAKON SYURGA NUR | Wah.. macam mnearik je drama ini. Pelakon pun fresh fresh lagi . Agaknya ..siapa eh deretan pelakon yang memainkan peranan di drama Syurga Nur ini. Jom baca : 

WATAK / SENARAI PELAKON Syurga Nur : 
Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
Amar Asyraf sebagai Kamil
Azrel Ismail sebagai Dr Haris
Sheila Rusly sebagai Sarina 
Raja Ilya sebagai Alin
Dayana Roza sebagai Siti
Erwin Dawson sebagai Adib
Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
Elin Sharliza sebagai Alia
Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar 
Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
Shajiry sebagai Said
Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
Yaya Zahir sebagai Emma
Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)



LIRIK LAGU BENAR CINTA [OST SYURGA NUR]

LIRIK LAGU BENAR CINTA [OST SYURGA NUR] | Syurga Nur , slot akasia pengganti drama Dia Isteri Luar Biasa . Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Jangan lupa saksikan disetiap Isnin sampai Kamis pukul 6.55 petang hanya di TV3.

Wah macam menarik je kan... Jom dengar lagu Benar Cinta yang dinyanyikan oleh AishaHanim .Penyanyi kembar. 


LIRIK LAGU BENAR CINTA -by AISHAHANIM
[OST SYURGA NUR ]

Terus berdiri aku dalam kegelapan
Dimana ku cari jalan cintaku
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan
Dimana hendak ku berselindung
Ada cinta atau hati ini

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih.. Ohh..
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau seperti dulu
Aku ingin kau mengerti lagi
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan
Agar aku dalam dakapanmu
Jangan tinggal ku sendiri
Dalam cinta - Dalam cinta

Episod Akhir Drama DIA ISTERI LUAR BIASA


Episod Akhir Drama DIA ISTERI LUAR BIASA | Rasa macam baru semalam drama ini ditayangkan dalam TV3, namun hari ini dah sampai ke penghujung episod drama ini.  " Dia.. Isteri Luar Biasa "  , Ditayangkan setiap Isnin sehingga Kamis setiap pukul 6.59 petang di Slot Akasia TV3 . Menggandingkan pelakon antara Syukri Yahaya sebagai Raden Amzar dan Fathia Latiff sebagai Dewi Yusra. 

Berbagai masalah muncul dalam kehidupan rumah tangga Dewi yusra dan Raden Amzar , namun dengan kesabaran dan ketabahan mereka berdua.. akhirnya mereka mampu menghadapi satu demi satu masalah yang telah muncul . Dulu Kak Long Zaharah ( Elizzad sharifuddin ) begitu membenci Dewi .. Namun setelah apa yang berlaku dalam rumah tangga kak Long , akhirnya kak Long Zaharah sedar yang Dewi tak buruk seperti yang dia sangka selama ini. Dan akhirnya mereka berbaik . 

Bagaimana akhir kesudahan drama ini ? Jangan lupa saksikan dan Tonton EPISOD AKHIR DRAMA  DIA ISTERI LUAR BIASA ,petang ini dalam pukul 6.59 di TV3 . DAP DIP DUP.. aish .. Fathia dan abg Shahriman akan bercerai dan rujuk kepada kak Long Zaharah ? 



link akan dikemas kini setelah tayangan selesai 



KU TAK PERNAH [OST Dia Isteri Luar Biasa ]

KU TAK PERNAH [OST DIA ISTERI LUAR BIASA ] SYUKRI YAHAYA feat FATHIA LATIFF | Merdu juga suara mereka berdua . Gandingan antara Syukri Yahaya dengan Fathia Latiff menyanyikan lagu bertajuk Ku Tak Pernah yang merupakan salah satu OST dalam drama petang Akasia di TV3 "Dia Isteri Luar Biasa" . Baru tahu yang mereka tau menyanyi. ingatkan berlakon je .. hehehe . Semakin ramai pula artis menyanyi untuk drama mereka. 


KU TAK PERNAH [OST DIA ISTERI LUAR BIASA ] SYUKRI YAHAYA feat FATHIA LATIFF
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliku cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak terfikir ku kan memiliku cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi
© all rights reserved
made with by templateszoo