Ad

Kelebihan Supercube Molasses Herbs Drink - Teh Herba

Kelebihan Supercube Molasses Herbs Drink - Teh Herba

Assalamualaikum , apakabar semua ..? harap semua sihat belaka . Covid tak hilang lagi dan PKP masih disambung pula. jangan lupa jaga kesihatan ya . Walaupun PKP , Lisa kena kerja juga fulltime wakk , penat tu tak perlu cakap la. Kadang sampai naik demam . Stress dengan kerja dan setiap hari berjumpa dengan ramai orang ..mencabar  mental juga la . Tapi tak perlu risau , sebab Lisa jenis yang suka minum teh herba.. baru ni pula cuba minum Supercube Molases Herbs Drink yang tiada kafein. Kelebihan Supercube Molasses Herbs Drink - Teh Herba ini berkesan nak jaga mood swinggg agar tetap tenang , anti stress dan keluarkan angin-angin dibadan , dan banyak alagi lebih detail kena baca sampai habis ya . 


Supercube Molasses Sugar

 
Pernah dengar Molasses ? Molasses sugar dalam Supercube: Juga dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Proses yang sama tapi kita buat di Malaysia. Tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk.


Sebenarnya ramai kawan chinesse yang dah minum ni , sama untuk diet untuk detox ... lebih kurang gitu la tapi tak tanya lebih-lebih . Pernah juga tawarkan kat Lisa untuk cuba ... tapi Lisa ragu-ragu..ntah apa yang ada dalam tu . 


Perbezaan dengan molasses sugar di pasaran:-  

Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya di campur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.




Kelebihan Supercube Molasses Herbs Drink :

  • 1.      Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
  • 2.       Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.


Supercube Molasses Herbs Drink

Terdapat tiga pilihan Supercube Molasses Herbs Drink iaitu Supercube Osmanthus & Roses (Relax & Heal), Supercube Red Dates & Goji Berry ( Nourish & Boost) dan juga Supercube Ginger & Lavender (Calm & Soothe). Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A dari Malaysia seperti halia dari bentong dan beberapa bahan import dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China


Supercube Osmanthus & Roses (Relax & Heal)


Osmanthus & Roses ( relax and heal - help in lowering stress level & getting quality deep sleep ). Untuk sesiapa yang ada insomnia ni boleh cuba amalkan minum Supercube Osmanthus & Roses ni . Sebelum tidur biasanya lisa minum dan hilangla segala penat seharian bekerja tu . Boleh Deep Sleep yang sebelum ni Lisa jenis suka tersedar jadi kualiti tidur tu takdak .. since minum Supercube Osmanthus & Roses ni bangun tidur segar , rasa tenang dan yang penting lagi anti stress. 






 Supercube Red Dates & Goji Berry

Red Dates & Goji Berry ( noorish & boost - help in menstuation and pregnant mother ) , sesuai sangat untuk wanita ..lebih lagi masa datang bulan  boleh hilangkan segugut. Jangan main-main woo dengan wanita kalau segugut.. boleh terbalik kerusi hahah. Selain dari tu  Supercube Red Dates & Goji Berry sesuai untuk minuman pantang , minuman mengandung untuk tambah tenaga dan tambah susu .  
 


 





Supercube Ginger & Lavender . 

Ginger & Lavender (calm and soothe - help in soothing body and mind ) . Once kita masukkan cube ni dalam air panas .. terus tebau aroma lavender tu , seakan-akan ada kat cameron highland pula. OK .. supercube Ginger & Lavender ini minuman detox yang boleh bantu kalian untuk buang angin dan perut meragam . Aritu lepas minum Lisa rasa nak buang angin , sendawa... best woo ! angin keluar .. ringan je badan ni . Badan pon dah bermaya. Duduk dalam aircond , makan lambat boleh punca badan masuk angin tau . Tiada lagi masalah badan lesu & letih  juga anti stress lepas minum teh herba ni .



REVIEW LISA :-
i LOVE IT ! Teh herba ni tak manis tak pekat di tekak .. rasa ok! black sugar.. Lisa memang jenis tak minum minuman manis dan dah lama kurangkan gula. Dengan Supercube Molasses Herbs Drink ni boleh bantu Lisa tuk keep calm and mendetox , takde la rasa kelat pahit kat tekak macam kalau kita buat sendiri tu ha. Senang nak siapkan dan senang diminum anytime .. hanya perlu dengan air panas je siap ! Jimat masa Lisa hohoho. 


Cuba Supercube Molasses Sugar sekarang ! 


Korang kena cuba juga supercube molasses sugar .. recomended !  Korang boleh dapatkan dari wakil jualan Supercube di seluruh Malaysia. Search je #supercube dekat instagram akan keluar la nanti wakil jualan Supercube yang berdaftar. Boleh terus beli! atau kalau korang perlukan maklumat lebih detail mengenai produk Supercube, korang boleh layari website dan laman sosial seperti tertera;

Facebook: Supercube Hq
Instagram : Supercube.HQ
 

Kenapa Kasut Pallas Pilihan Kembali ke Sekolah Setiap Tahun ?


Kenapa Kasut  Pallas Pilihan Kembali ke Sekolah Setiap Tahun ?

Pejam celik dah setahun berlalu , tinggal beberapa minggu lagi untuk kembali kesekolah . Dah siapkan perlengkapan untuk Sekolah belum ? Buku , uniform sekolah , dan kasut sekolah . Untuk kasut sekolah , Pallas menjadi pilihan . Dah bertahun semenjak Lisa sekolah lagi dah ada jenama ni . Tahan lama , tahan lasak dan yang pasti selesa dipakai . 20 Januari 2021 kalau takda apa-apa , sepatutnya dah boleh naik sekolah dah , teruja nak sekolah selepas lama rehat dirumah . . Sebab tu la kenapa kasut pallas jadi pilihan kembali ke sekolah disetiap tahunnya.. sayang duit woo nak tukar-tukar kasut selalu.



Kenapa Kasut Pallas 7238BK  Menjadi Pilihan ? 

Dia sporty sikit jadi suka kasut yang bertali . Nampak selesa bila memakainya. Tapak kasut dengan cengkaman lebih baik lebih selamat dan tidak tergelincir. Pelapik getah yang tersedia memberi lantunan lebih baik dan keselesaan berganda untuk kaki. Dengan adanya 'arch support' kasut ini dapat memberi kelegaan pada otot kaki dan menjadikan kaki lebih selesa. 




Diantara Kelebihan Kasut Pallas 7238BK :- 

1. Rubber Insole (Kusyen Tumit Getah ) :
Dengan kusyen tumit getah menjadikan lantunan yang lebih baik & lebih selesa.


2. Ruber Outsole (Tapak Kasut Getah ) 
Cengkaman yang kuat dan lebih baik pada tapak kasut Jazz Pallas ni memudahkan bergerak kesana kemari tanpa risau tergelincir . Almaklumlah budak kan suka berlari.. lagi sekarang musim hujan .. rasa lebih selamat nak berjalan di sekolah nanti .  : 

3. Insole with Arch Support ( Kusyen Tumit dengan gerbang sokongan )  
Arch Support dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan sangat selesa, terutamanya kepada anak yang jenis FLAT FOOT atau HIGH ARCH  Dari sekolah lepas tu balik pergi tuisyen memang penat , dan kenalah pilih kasut yang sesuai kan untuk keselesaan otot kaki . 




CARA MEMILIH & BELI KASUT SEKOLAH 

Sejak covid-19 melanda ni , Lisa hadkan keluar rumah untuk hadkan beli barang . Terlebih lagi untuk tempat yang jadi tumpuan ramai orang . Lisa lebih prefer untuk beli di hujung jari . Tekan -tekan je dah sampai.. tak perlu jumpa orang , jimat duit minyak , tak perlu penat lagi nak menapak . Kasut Pallas Jazz ni pun Lisa beli Online je . Takut salah terpilih size kasut ? bawah ini Lisa ajar macam mana cara memilih kasut sekolah . 



CARA PILIH UKUR SIZE KASUT 
1. Ukur Kaki 
Letakkan kedua kaki selurus mungkin dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas. Kemudian lakar di sekitar kaki menggunakan pensil.
 
2. Tandakan X
Kenalpasti hujung hari kaki terpanjang di kedua-dua jari kaki. Lepastu tandakan X
 
3. Titik pengukur
Letakkan titik pengukut permulaan pembaris di tepi bawah kerta macam gambar kat atas
 
4. Lukis garisan lurus
Lukis garis tegak lurus dari titik X ke titik pengukuran pembaris untuk mengenal pasti panjang kaki
 
5. Lebihkan kiraan 1 cm
Tambah sekurang-kurnagnya 1cm atas kepanjangan kaki yang diukur untuk memilih saiz kasut yang lebih sesuai dan selesa




KENAPA PERLU PILIH KASUT SEKOLAH PALLAS ? 
Sebab utama ialah nak bagi keselesaan budak semasa persekolahan . Kualiti Pallas yang elok dan tahan lama juga salah satu faktor untuk Pallas menjadi pilihan . 



Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas

Macam mana ?  mesti korang berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan?  Korang boleh beli secara online kat website  www.wow2wee.com . Boleh juga ke AEON, Tesco, Mydin Supermarket berhampiran. Sekarang ni kan zaman orang beli belah atas talian, semua nak cepat jadi elok sangat korang terjah jer website kat atas ni. 

Pilih dan beli mana yang anak korang suka. Mudah, jimat masa dan tenaga dan paling best tak perlu keluar rumah hanya untuk dapatkan sepasang kasut. Beli online jer! Kan senang tak perlu nak sakit kepala. 
 

Fernleaf CalciYum Pilihan Untuk Snek Sihat , Ini Sebab Yang Korang Perlu Tahu !


Fernleaf CalciYum  Pilihan Untuk Snek Sihat , Ini Sebab Yang Korang Perlu Tahu ! 

Hi apakabar semua.. semenjak PKP agak tepu la juga untuk fikir macam mana la nak buat Little Boy ni active since terperap kurang beraktivity  . Baru ni Lisa pergi pasaraya , ternampak la susu kultur Fernleaf Calciyum ni ha.. tengok-tengok eh ada probiotik DR20 jadi Lisa terus grab 2 pek terus . Fernleaf CalciYum jadi  Pilihan  Snek Sihat untuk little Boy  , Ini  beberapa Sebab Yang Korang Perlu Tahu ! 


Kenapa Fernleaf  CalciYum Menjadi Pilihan Lisa ?

Minuman susu kultur yang menyegarkan dan digemari oleh kanak-kanak. Sesuai sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak, dipenuhi dengan nutrien untuk menyokong kesihatan anak anda dari dalam dan luar.

Antara snek dan makanan berkhasiat yang perlu ada di rumah saya adalah minuman kultur dan juga yogurt. Apatah lagi kedua makanan/snek sihat ini didatangkan dengan pelbagai perisa yang mampu membuka selera anak-anak. Snek/makanan lazat ini bukan hanya sedap bahkan khasiat nutrisinya juga banyak memberi manfaat. Ini terutama untuk sistem imunisasi badan, kesihatan luar dan dalam serta membantu pertumbuhan pembesaran anak yang sihat dan ceria.




lihat pada kebaikan nutrisinya, ada 3 yang utama iaitu:-

*Probio DR20™- Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Seperti yang kita maklum Probiotik memang menyokong sistem pencernaan agar sentiasa sihat. Yerp! Tak mudah sembelit dan penghadaman menjadi lebih lawas. Selain itu sangat membantu dan menjaga daya tahan badan agar lebih kuat. Jadinya kita akan jarang/mudah jatuh sakit.

*Kalsium & Vitamin D, kedua nutrisi ini penting untuk mendapatkan pertumbuhan tulang yang kuat.

*Bakteria Baik! Badan kita memang memerlukan bakteria baik untuk memastikan fungsi usus kita lebih sihat.



Little Boy memang suka sangat minum susu kultur , jadi ini pilihan bijak Lisa untuk berikan dia snek sihat tuk kekal aktif la . Sel Sel otak berhubung . 

Kebaikan probiotik


-Penghadaman lebih baik 
Mikroflora usus yang seimbang sangat bagus untuk penghadaman. Ianya dapat mencegah senak perit dan ketidak-hadaman selepas makan.

-Cirit-Birit dapat dilegakan
Probiotik bertindak untuk mengimbangi mikroflora dan dapat melegakan gejala cirit-birit yang telah terbukti secara klinikal. Itu sebablah tidak digalakkan mengambil antibiotik kerana ialah membunuh semua jenis bakteria termasuklah bakteria yang baik.

-Galian dapat diserap dengan baik
Penyerapan galian seperti fosforus, magnesium dan fosforus dalam badan dapat diserap dengan lebih baik.

-Vitamin dapat terhasil
Vitamin C dan beberapa jenis Vitamin B dapat dihasilkan oleh probiotik.

-Alahan terhadap laktosa dapat dikurangkan
Tahap enzim laktase yang tidak mencukupi menjadikan meraka menghidap alahan laktosa lebih tinggi. Laktobasilus gasseri salah satu probiotik menghasilkan laktase yang mampu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini. 

-Glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia telah dituukarkan menjadi laktosa melalui enzim laktase.

-Sistem ketahanan badan lebih kuat
Menurut kajian, mereka yang mengambil probiotik yang mencukupi hanya alami selsema biasa dan dapat kurangkan yang lebih teruk. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan.

-Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus.

-Terbukti lagi apabila kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat).

-Organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh ialah sistem gastrousus. Merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat dan menentang bakteria jahat.

-Paling terkenal ialah Bifidobacteri juga adalah sejenis probiotik yang dapat membantu kanak-kanak melawan bakteria yang jahat dalam usus mereka dan probiotik berkemungkinan mendatangkan manfaat membantu mengelakkan dan merawat cirit-birit atau alahan ketika 1,500 hari pertama anak kita bagi yang mengambil jumlah yang mencukupi dan memadai.


Kenali Fernleaf CalciYum Yogurt


Fernleaf CalciYum Yogurt ni sangat bagus dan sihat untuk dijadikan sebagai snek harian anak-anak, dengan pembungkusan seperti cawan kecil menjadikan anak-anak I berminat untuk menikmati yogurt ni jadi I sebagai mama dah tak resah gelisah dengan jadikan Fernleaf CalciYum Yogurt sebagai snek sihat kerana terdapat 2X Kalsium untuk pembentukan gigi dan tulang yang lebih kuat dan ianya juga menyokong sistem pencernaan anak-anak dengan lebih baik.



 Budak Suka.. Lisa pon seronok la ! tak da la bising nakminta makanan yang entah apa-apa je ... 

#fernleafcalciyum #activemindactivebody #fernleafmalaysia

CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman


CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman 

Assalamualaikum ! Pejam celik dah nak habis tahun 2020 ,semenjak ada covid-19 ni.. banyak norma baru dan positive yang Lisa belajar dari tahun ini ialah lebih tingkatkan tahap kebersihan diri. Sebelum ni ada yang ambil endah tak indah dalam jaga kebersihan diri ni  seperti kerap mencuci tangan , sanitizer , penutup hidung. Betul tak ? mencuci tangan tak cukup dengan air sahaja tau, perlu gunakan sabun tuk bunuh bakteria yang kasat mata. Macam Lisa pula kerap cuci tangan dengan air dan sabun PLASH Foaming Handwash 


Kenapa pilih PLASH foaming handwash ? 

Kulit Lisa agak susah penjagaannya , boleh gatal ruam dan melecet kalau salah pilih sabun . Lisa suka jenis foam , pencuci muka dan sabun badan pon guna yang jenis foam . Kenapa pilih PLASH foaming Handwash diantaranya :-
1. Mudah , tekan je dah terkeluar buih tu tanpa perlu takut akan terkeluar banyak cecair. 
2. Jimat masa . Memandangkan tak perlu untuk buat buih lagi .korang boleh jimat lebih banyak masa untuk melakukan perkara lain.
3. Kulit Lisa jenis sentive cerewet sikit bab sabun ni , kena pilih yang melembabkan dan lembutkan kulit . PLASH Foaming Handwash ni pula multi layer moisture , memang kena lah hehee. 


Kerap Cuci Tangan dengan Air dan Plash Foaming Handwash

Kebiasaan mencuci tangan dianggap mudah , namun jika tak dilakukan akan ganggu kesihatan . Mencuci tangan langkah untuk mencegah timbulnya penyakit, terutama musim covid-19 sekarang ni  dan penyebaran bakteria kepada orang lain, dengan mencuci tangan yang benar dapat melawan penyebaran perbagai jenis penyakit.


Pernah dengar serai wangi? Nah untuk pengetahuan korang ,, plash ni produk sama keluaran AFY Haniff juga. Untuk PLASH Foaming handwash ni hadir dengan dua pilihan iaitu Fresh Aloe dan Sweet sakura. Dua-dua wangi , Lisa suka ! tangan berminyak pon cepat bersih kalau guna plash ni . 

Produk Plash ini adalah pencuci tangan yang bebas daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Dan dalam masa yang sama juga ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HACCP serta menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Dan tak lupa , plash ni dapat pengikhtirafan Halal tau . 


Pencuci tangan AFY Haniff ni ada dua saiz, satu 400ml dan satu lagi 200ml. Yang saiz 200ml, memang sesuai bawak ke mana sahaja, Lisa bawa pergi tempat kerja hehehe. Basuh dengan sabun lagi bagus kan. Kadang dekat luar mana ada disediakan sabun, nah kita bawak sendiri. Selamat bukan kita sahaja, malah keluaran kita. Plash pencuci tangan AFY Haniff foaming Handwash membunuh 99.9% bakteria tau . wahhh,,, dah improve ! 


Mencuci tangan dengan sabun dapat hilangkan bakteria  dari tangan dan mencegah jangkitan kerana kita sering menyentuh mata, hidung, mulut dan bahagian badan kita yang lain tanpa menyedarinya. Tahu tak , yang bakteria boleh masuk dalam makanan atau minuman semasa kita menyediakan atau memakan makanan, selain itu kuman dari tangan boleh merebak ke permukaan meja, mainan dan kemudian berpindah ke tangan orang lain. Hapuskan bakteria dari tangan  bantu mencegah covid-19 , cirit-birit dan jangkitan pernafasan, dan mencegah jangkitan pada kulit dan mata.




Kalau perasan lisa memang letak merata , dari Dapur , bilik air , tempat kerja dan juga dalam bag . Hahaha ... 

Untuk makluman korang, selain Plash ini produk-produk seperti Serai Wangi Penghalau Serangga (SWiPEL) secara semulajadi, Pencuci pinggan 40days, Penyegar udara dan fabrik (D’menC) juga adalah produk keluaran AFY Haniff dimana ia merupakan produk 100% keluaran Bumiputera.

Produk-produk ini kini dijual secara meluas di pelbagai pasaraya utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Selain dipasaraya-pasaraya tersebut, sekiranya korang ingin membuat pembelian secara online juga boleh, dimana rangkaian platform jualan online juga ditawarkan melalui Lazada, Shopee dan Yezza.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian online ataupun produk-produk yang lain, korang boleh lah layari pautan-pautan dibawah ya.

Laman rasmi AFY haniff – www.afyhaniff.com
Facebook AFY haniff – www.facebook.com/AFYconsumer
Instagram AFY haniff – www.instagram.com/afyhaniff_consumer
Lazada AFY haniff – www.lazada.com.my/shop/afy-haniff
Shopee AFY haniff – www.shopee.com.my/afyhaniff
Yezza AFY haniff – www.afyhaniff.yzza.io/4led/

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing 

Jadi seorang Usahawan ni selain dari usaha juga perlukan ilmu untuk berjaya ,lebih lagi tahun di tahun 2020 yang mencabar ini.   Melihat kejayaan seseorang yang dah berjaya dalam bidang bisnes menjadi satu inspirasi dan dorongan mereka yang lain untuk capai perkara yang sama. Nak Mula belajar ilmu Proven Results bersama RichWorks ? Korang boleh sertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran RichWorks ni.


RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran yang membantu perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) dibawah kelolaan Master Coach, Dr Azizan Osman seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coachter. Pasti semua orang kenal dengan Dr Azizan ni kan. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat, yang menarik lebih daripada 1.1juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar.


Tahun 2020 sahaja, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. 




Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks

Jadi, untuk membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan atau bakal usahawan, lagi-lagi mereka yang terkesan dengan keadaan pandemik sekarang, RichWorks akan menganjurkan​ Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021- Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari membantu ushawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

 

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1,100,000 (1.1juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik, melatih dan membimbing PKS daripada Zero to Million! Mereka percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan​ step-up​ untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 

 

Untuk makluman sejak daripada pandemik COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.



Nak Kuasai Marketing 2021?

  • Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
  • Ingat lagi sales pernah RM0?
  • Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
  • Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
  • Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
  • Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
  • Dah capai RM 1 juta yang pertama?
  • What's Next?


Inilah peluang terakhir sebelum tahun 2021, RichWorks berhajat untuk menaja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA!

Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.

 

MAKLUMAT PROGRAM

PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang

Tempat : Aplikasi Zoom Webinar


Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari:

Richworks International Sdn Bhd 

No. 77, Jalan Badminton13/29 Seksyen 13, 40100Shah Alam Selangor,MALAYSIA

Link Website: www.zerokosmarketing.com

Facebook Page: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

Instagram:  https://www.instagram.com/azizanosman_official/

Twitter: https://twitter.com/azizanofficial

TikTok:  https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_

Youtube: https://www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels

CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35


CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35

Assalamualaikum ! zaman sekarang semua dihujung jari . Lebih-lebih semenjak PKP  haritu banyak kerja yang mengunakan internet . Dah jadi keperluan bukan kehendak lagi . Bagi yang belum tahu ,  celcom telah keluarkan pakej celcom terbaru 2020 menawarkan internet tanpa had atau unlimited data RM35.00 untuk sebulan . Bukan hanya Data je , tapi panggilan pun tanpa had kesemua rangkaian. Berikut Lisa akan kongsi cara langgan celcom unlimited data rm35. 



CELCOM UNLIMITED DATA RM35


celcom unlimited data rm35


Ada banyak cara untuk langgan celcom unlimited data internet serendah rm35 ini. Cara paling mudah , pergi ke kedai dan minta langgankan terus masa reload tu . Tapi jika korang tak sempat nak keluar sebab PKPB / PKPD / PKP ... dunia dihujung jari je.. korang boleh langgan sendiri sama ada guna apps Celcom Life atau guna USSD *118# untuk lebih detail  seperti berikut ini :-




CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35 MENGGUNAKAN CELCOM LIFE APPS 

1.Click “Add-Ons”
2.Select “Internet” and subscribe to any Internet Pass , MONTHLY UNLIMITED RM 35
3.Confirmation page , BUY 
4.Successful Notification , DONE



CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED MENGGUNAKAN CELCOM LIFE APPS 2.5

1. Click “Buy More” and select “Internet Plans”
2. Subscribe to any Internet Pass , Choose MONTHLY UNLIMITED RM 35
3. Confirmation page , NEXT 
4. Successful Notification , CONFIRM



CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA INTERNET RM35 DENGAN USSD 

Cara paling mudah dan short cut korang boleh dial :- *118*2*2*10#

1. Dial *118# and select “Internet Plans”
2. Select “Internet Pass”
3. Select "10. RM35 unlimited ( NEW )"
4. Select  "Subcribe Confirmation page
5. Successful Notification

Pelan celcom unlimited data rm35 ini datang dengan call percuma kesemua rangkaian kecuali hotline number . Korang boleh nikmati unlimited data dengan speed capped to 3 mbps  dan hotspot sebanyak 3GB High-Speed data jika korang melanggan pakej rm35 , dan hotspot 1GB untuk langganan yang RM12 untuk seminggu. Dan tiada unlimited Late Night Youtube & Iflix VIP  Access ya . 


NOTA : 
The two new Internet passes RM12 | Unlimited | 7 Days and RM35 | Unlimited | 30 Days are available to all existing and new Xpax customer for a limited time offer only



Jimat Belanja Hanya Di PG Mall


Jimat Belanja hanya dengan PG Mall

Assalamualaikum , Bercakap tentang shopping ... mesti ramai yang sekarang memilih untuk berbelanja melalui laman online saja .  Termasuklah Lisa pon lebih suka berbelanja secara online je , kalau nak harapkan datang ke kedai-kedai and survey memang tak sempat la jawapnya  . Maklumlah Lisa sibuk bekerja dalam masa yang sama nak beli makanan anak-anak kucing 20 ekor tu . Bukan hanya penat... berat pon satu hal nak angkat semua tu . Cuba nak bershopping kat E-commerce PG Mall pulak. 

APA ITU PG Mall ? 



Dah agak lama ternampak kawan-kawan bercakap tentang PG Mall ni ,Lisa ingatkan PG Mall ni hanya jual emas sahaja .  ternyata  PG Mall ni dah establish since 2017 lagi dan disenaraikan oleh iprice insight sebagai Top 3 laman web online shoping paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia.

PG Mall www.pgmall.my adalah satu-satunya local e-commerce platform  di Malaysia  yang mana semua seller kat situ adalah dari dalam negara. Tak kisah la produk tu dari negara mana pun at least bila local seller, senang kita nak berkomunikasi tanya ini itu . 

Cara pembayaran di PG Mall selain online banking, Credit Card..korang boleh guna e-wallet, boost, grab pay, Touch N Go , MCash..  wah lagi senang macam ni sebab banyak pilihan .  




E-Penjana Shop Malaysia Online

Bermula 10 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020, PG Mall adakan  kempen Shop Malaysia Online dimana jika korang baru pertama kali  shopping di PG Mall ni, korang boleh dapat diskaun RM25 dengan pembelian minima RM80. Dan untuk Pembeli Sedia ada ,  DISKAUN RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 .  Bukan hanya itu sahaja tau ,  Dalam tempoh kempen ni jugak, shoppers boleh menikmati free shipping fee atau diskaun untuk kos postage sehingga RM8..  jimat berganda-ganda !! Oh ya tak lupa... dapatkan 50%  rebate voucher exclusive ketika facebook live. Yang ni korang kena on kan Notification   facebook page PG Mall agar tak terlepas peluang ini yaaa  
By Malaysians, to Malaysians






Proudly Local
Last but not least , jangan lepaskan kempen Proudly Local sehingga Disember 2020. Banyak juga rupanya barangan keperluan harian berjenama tempatan di PG Mall. Untuk penggemar kopi mesti tak asing lagi nama Old Town , Munchy's , Halal sambal ikan bilis Spicy Mama.. ( yang ni Lisa pernah tulis sebelum ini .. memang sedap ! ) , Biskut Hup Seng Cream ... ( makan dengan celup kat kopi panas-panas... aumm dah woh ! ) .. dan banyak lagi la jenama tempatan lainnya .

Jadi jom ler kita sokong produk tempatan  ! Dalam kempen #BarangBaikBarangKita ni, korang boleh claim beberapa coupon diskaun bernilai RM8, RM15, RM20 dan diskaun shipping bernilai RM25. Dengan syarat korang kena support local produk.

Apatunggu lagi.. jom jimatkan wang korang dengan berbelanja di PG MAll. Jangan lupa download apps PG Mall atau di website dia ok . 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points


BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO , PERTAMA DI MALAYSIA .

Assalamualaikum .. hye guys pejam pelik tak terasa dah dekat 5 bulan pergerakan agak terbatas tak macam dulu. Nak shoping , nak keluar semua kena ikut cara yang baru . Lama juga rasanya tak turun ke EXPO , nak keluar tu kena fikir banyak kali . Sekarang korang boleh nikmati expo hanya di hujung jari tak perlu bersesakan turun ke padang dan jimat masa juga tenaga ! , hanya di 3D VIRTUAL WATCH EXPO bermula 29-31 AUGUST  2020 dari 10 am-12am .  Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Mantap , Gempak dan dengan norma baru .


BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO

 3D VIRTUAL WATCH EXPO ini dianjurkan oleh BEECOMB  , jadi sebelum korang join expo ni boleh download aplikasi BEECOMB di Playstore , Apps Store dan Huawei Apps Galery . Wah mudah sahaja bukan , hanya perlu guna mobile sahaja klik klik dah siap  . Last beli jam , dekat 2,3 tahun lepas juga.. rasa nak beli lagi la . Alang-alang ada Expo ni .. boleh la tambah koleksi. BEECOMB , Sebuah aplikasi yang dicipta untuk menjimatkan masa bagi pengguna dan  perniagaan dengan pelaksanaan tehnologi mudah alih seusai perkembangan zaman yang dihujung jari . 


Login dan pilih BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO


Ada banyak pilihan yang korang boleh pilih untuk membeli belah. Ada banyak pilihan untuk bershopping . 


Yang ini untuk mudahkan korang tempat yang hendak dituju. Yang hijau tu posisi korang dalam hall tu ya . 

Vendor yang terlibat kali ini diantaranya : 

High End

CIGA Design 
RAYMOND WEIL 
SEIKO 
CITIZEN
MAZZUCATO 

Designer
ROTARY 
TITONI 
MICHEAL KORS
FOSSIL
EMPORIO ARMANI

MID RANGE
TITAN
EVOX
ZOID
NSQUARE
ACHTUNG
ALBA
ROTARY
CASIO
G-SHOCK
BABY-G

AFFORDABLE 
EVO



SUPER GEMPAK EVO


Dari banyak-banyak jenama tengah buat expo sale , mata Lisa tertumpu pada SUPER GEMPAK EVO pula. Mana nak dapatkan harga yang super jimat macam di expo ni weih ... bayangkan  EVO RM 52.90 , EVO RM 83.10  pastinya while stocks last tau .! Siapa cepat dia yang dapat... sayang pula kalau terlepas . Yang ni lagi best ,  EVO RM 199 + RM 1  maksudnya Beli 1 jam seharga RM199 dan harga jam kedua korang hanya perlu tambah RM1 sahaja . WOW  ! bestnya ...





Jangan Lupa JOIN BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO , 29-31 AUGUST 2020  bermula 10 pagi sampai 12 malam untuk dapatkan SUPER GEMPAK SALE untuk semua JAM diatas  . OK..  !! hanya perlu sediakan mobile phone korang boleh jimatkan  masa , tenaga dan duit korang ! Ehh haaa bagitau juga dengan kawan , sedara , family untuk sama-sama join expo ni tau . !


Byee.. nak sambung shopping arr.... 
© all rights reserved
made with by templateszoo