Sunday, December 20, 2020

CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman

CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman


CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman 

Assalamualaikum ! Pejam celik dah nak habis tahun 2020 ,semenjak ada covid-19 ni.. banyak norma baru dan positive yang Lisa belajar dari tahun ini ialah lebih tingkatkan tahap kebersihan diri. Sebelum ni ada yang ambil endah tak indah dalam jaga kebersihan diri ni  seperti kerap mencuci tangan , sanitizer , penutup hidung. Betul tak ? mencuci tangan tak cukup dengan air sahaja tau, perlu gunakan sabun tuk bunuh bakteria yang kasat mata. Macam Lisa pula kerap cuci tangan dengan air dan sabun PLASH Foaming Handwash 


Kenapa pilih PLASH foaming handwash ? 

Kulit Lisa agak susah penjagaannya , boleh gatal ruam dan melecet kalau salah pilih sabun . Lisa suka jenis foam , pencuci muka dan sabun badan pon guna yang jenis foam . Kenapa pilih PLASH foaming Handwash diantaranya :-
1. Mudah , tekan je dah terkeluar buih tu tanpa perlu takut akan terkeluar banyak cecair. 
2. Jimat masa . Memandangkan tak perlu untuk buat buih lagi .korang boleh jimat lebih banyak masa untuk melakukan perkara lain.
3. Kulit Lisa jenis sentive cerewet sikit bab sabun ni , kena pilih yang melembabkan dan lembutkan kulit . PLASH Foaming Handwash ni pula multi layer moisture , memang kena lah hehee. 


Kerap Cuci Tangan dengan Air dan Plash Foaming Handwash

Kebiasaan mencuci tangan dianggap mudah , namun jika tak dilakukan akan ganggu kesihatan . Mencuci tangan langkah untuk mencegah timbulnya penyakit, terutama musim covid-19 sekarang ni  dan penyebaran bakteria kepada orang lain, dengan mencuci tangan yang benar dapat melawan penyebaran perbagai jenis penyakit.


Pernah dengar serai wangi? Nah untuk pengetahuan korang ,, plash ni produk sama keluaran AFY Haniff juga. Untuk PLASH Foaming handwash ni hadir dengan dua pilihan iaitu Fresh Aloe dan Sweet sakura. Dua-dua wangi , Lisa suka ! tangan berminyak pon cepat bersih kalau guna plash ni . 

Produk Plash ini adalah pencuci tangan yang bebas daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Dan dalam masa yang sama juga ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HACCP serta menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Dan tak lupa , plash ni dapat pengikhtirafan Halal tau . 


Pencuci tangan AFY Haniff ni ada dua saiz, satu 400ml dan satu lagi 200ml. Yang saiz 200ml, memang sesuai bawak ke mana sahaja, Lisa bawa pergi tempat kerja hehehe. Basuh dengan sabun lagi bagus kan. Kadang dekat luar mana ada disediakan sabun, nah kita bawak sendiri. Selamat bukan kita sahaja, malah keluaran kita. Plash pencuci tangan AFY Haniff foaming Handwash membunuh 99.9% bakteria tau . wahhh,,, dah improve ! 


Mencuci tangan dengan sabun dapat hilangkan bakteria  dari tangan dan mencegah jangkitan kerana kita sering menyentuh mata, hidung, mulut dan bahagian badan kita yang lain tanpa menyedarinya. Tahu tak , yang bakteria boleh masuk dalam makanan atau minuman semasa kita menyediakan atau memakan makanan, selain itu kuman dari tangan boleh merebak ke permukaan meja, mainan dan kemudian berpindah ke tangan orang lain. Hapuskan bakteria dari tangan  bantu mencegah covid-19 , cirit-birit dan jangkitan pernafasan, dan mencegah jangkitan pada kulit dan mata.




Kalau perasan lisa memang letak merata , dari Dapur , bilik air , tempat kerja dan juga dalam bag . Hahaha ... 

Untuk makluman korang, selain Plash ini produk-produk seperti Serai Wangi Penghalau Serangga (SWiPEL) secara semulajadi, Pencuci pinggan 40days, Penyegar udara dan fabrik (D’menC) juga adalah produk keluaran AFY Haniff dimana ia merupakan produk 100% keluaran Bumiputera.

Produk-produk ini kini dijual secara meluas di pelbagai pasaraya utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Selain dipasaraya-pasaraya tersebut, sekiranya korang ingin membuat pembelian secara online juga boleh, dimana rangkaian platform jualan online juga ditawarkan melalui Lazada, Shopee dan Yezza.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian online ataupun produk-produk yang lain, korang boleh lah layari pautan-pautan dibawah ya.

Laman rasmi AFY haniff – www.afyhaniff.com
Facebook AFY haniff – www.facebook.com/AFYconsumer
Instagram AFY haniff – www.instagram.com/afyhaniff_consumer
Lazada AFY haniff – www.lazada.com.my/shop/afy-haniff
Shopee AFY haniff – www.shopee.com.my/afyhaniff
Yezza AFY haniff – www.afyhaniff.yzza.io/4led/







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search