Ad

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH


Assalamualikum ! walaupun agak terlambat beberapa hari .. tapi Lisa nak ucapkan tahniah juga . CONGRATULATIONS kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 penggal [ 2018-2023] . Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua pada usia ke 93 . The Oldest Prime Minister in the world 

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH

Hampir tak pernah Lisa menulis tentang politik , ialah sebab sebelum ini ada kekangan media dalam menulis dan meluahkan berita walaupun berita itu benar . PRU-14 telahpun berakhir dan akhirnya Barisan Nasional jatuh digantikan Pakatan Harapan . Alhamdulillah Tun M pun telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru . Memakan masa yang lama dari bermulanya Tarikh mengundi , Pengiraan Undi , dan masa untuk Angat Sumpah PM yang baru . 

Tarikh Mengundi - ada yang membuat laporan namanya dah di garis dah mengundi padahal dia masih beratur lagi dalam barisan selama 2 jam . [ mungkin lepas ini SPR perlu gunakan kaedah Scan TUMBPRINT macam dalam bank tu baru tak keliru , hehehe ] 



Masa Pengiraan UNDI - Tetiba blackout , seperti PRU-13 pun sama ja .. memang dah diprediksi loh . Sekolah tetiba terbakar , yang ini memang kebetulan sungguh .. Nak buat macam mana , dah nak jadi kan ... Masa untuk pengumuman hasil keputusan undi pun dekat pukul 3-4 pagi macam tu la , biasanya dalam pukul 12 tengah malam dah siap  .Time tu aku dah tidur tak larat nak tunggu sebab kerja keesokan harinya  . Bangun tidur hari tu tengok suasana luar yang aman damai , udara pun lain macam .. hah.. mungkin PH menang kot dan semua orang tidur lena selepas tunggu keputusan undi . Biasalah ,, banyak nak kena kira kertas undi tu .. bukan senang . 

Angkat Sumpah Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke Tujuk 2018. - Rakyat mana yang tak teruja nak tunggu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan DS Najib Razak , tapi .. memakan masa yang lama sebelum konfirmkan yang sama ada Tun M atau orang lain yang akan jadi PM sebab yela PH bukan ialah gabungan beberapa parti . Rakyat risau juga time ni selagi Tun M belum mengangkat sumpah , memang tak boleh happy lagi .  Bermula khabar 11 pagi .. tapi di tunda ke 5 petang , akhirnya mendapat kata akhir pukul 9.30 Tun Mahathir Mohamad selamat menjalaankan ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 7 , tahun 2018 penggal  2018-2023 

Kenapa makan masa yang lama ? Time tu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V ,  baru balik dari umrah dan sebelum mengambil keputusan siapa yang akan jadi PM ke-7 , Yang di-Pertuan Agong kena berjumpa dengan Wan Azizah untuk berbincang tentang siapa yang akan menjadi PM ketujuh . Sebab Tun M tidak mengetuai mana-mana parti . Kalau semua parti setuju Tun M yang menjadi PM barulah boleh angkat sumpah . Nah rumit juga rupanya kan. 

Iskhh apalah nitizen yang berburuk sangka menulis komen yang negative tentang Yang DiPetuan Agong sebab angkat sumpah lambat. Gelojoh nau cakap tak fikir dulu .. 

Oh ya.. dah udah le tu nak mengutuk Najib , biar orang atas yang akan mengadilinya .. sebagai umat islam kena saling memaafkan. Jangan lupa yang dia berjasa juga semasa memerintah tempoh hari . Biar tunggu yang berkewajiban mengadilinya . Kalau jumpa time solat jumaat tu tegur-tegur la.. jangan pula dicemuuh .

EH.. terpanjang pula Lisa menaip itu. Tak pela biar nanti anak aku boleh baca ketika aku dihari tua nanti ... ceh berangan betul kan.  Harap lepas ini Blog ciksepet.com dah tak dapat sekatan dari MAMPU . Hahaha jahat nau nak sekat blog lisa dan blog blog lain yang berdomain dot com . 

Perdana Menteri dah bertukar, yay dah boleh start untuk prepared kawen . Hahaha...

REVIEW InnerShine Prune Essence - BRAND'S | Kecantikan Dari Dalam

REVIEW BRAND'S InnerShine Prune Essence Kecantikan Dari Dalam

Assalamulaikum ,  Korang pernah dengar jenama BRAND'S ? mesti dah tak asing lagi ditelinga bukan .  Sebenarnya dah lama Lisa aim InnerShine Prune Essence with Vitamin E dari Brands , dan hari tu update status di Facebook tanya BRAND'S InnerShine Purn Essenceni ok tak,  yang katanya boleh membantu Kecantikan dari dalam  ? wahh dapat sambutan semua feedback positif dari apa yang dah mereka review Jadi semakin tak sabar nak mencuba.. jadi aku try la 2 kotak , dalam satu kotak tu ada 12 botol .

Kejap je barang tu dah sampai , tunggu apalagi .. terus la Lisa cuba . Memula takut juga taklalu , sebab tengok warna dia yang pekat tu ha..Lisa ni pula jenis susah minum minuman cecair yang pekat macam sirup . Then Lisa cuba juga masuk dalam mulut , wahh.. rasa manis gitu ... walaupun manis tapi tak muak dan tak sakit gigi  ( sebab gigi Lisa sedang sakit ngilu )  . Ngam.. Lisa boleh minum rutin setiap hari . Haha.. nasib tak jadi membazir weih .


Khasiat dan Kelebihan InnerShine Prune Essence with Vitamin E

Cantik dari dalam siapa yang taknak kan ? Lebih lagi Lisa ni seorang blogger yang bernichekan " BEAUY " . Dalam 12 hari boleh nampak kesan cantik , dan aura dari dalam tu rasa berseri-seri juga. Kira lawa la.. ni kawan-kawan aku yang cakap tau sebab mereka dah bertahun minum InnerShine Brands . Ala-ala Siti Zaleha tu ... cantik walaupun makeup nipis-nipis je . Kelebihan InnerSHine Prune Essence Vitamin E nibermanfaat untuk tubuh badan , kecantikan dan seri wajah dari dalam . Raya nanti Lisa semakin gojes lah ni .. hik hik .


Formulasi baru dari BRAND'S InnerShine Pati Prun dirumus khas dengan vitamin E yang bantu melindungi sel kulit daripada kerosakan radikal bebas.  Dibuat dari Prun California , BRAND'S InnerShine Pati Prun juga kaya dengan serat dan mengandungi Maltodeksrtin rintang , sejenis serat larut yang membantu dalam proses pencernaan . Oh patutlah kawan Lisa bagitau yang minum ni perut jadi lawas, tapi memang lawas pun selepas minum ni hahaa. Okla kan buang kotoran dalam perut .

Cara pemakanan :
Boleh minum BRAND'S InnerShine Pati Prun Essence terus dari pada botol , sama ada suhu bilik atau disejukkan. Kalau Lisa lebih suka letak dalam peti sejuk , sedapp gitu . Untuk kesan optimum , goncang sebelum makan , Minum serta merta selepas dibuka .
Minum sehari satu botol malam hari sebelum tidur . 



Kandungan BRAND'S InnerShine Pati Prun Vitamin E


  • Pati Prun 
  • Maltodekstrin RIntang
  • Fluktosa 
  • Pati lobak merah 
  • Vitamin E 




Halal tak BRAND'S InnerShine Pati Purn ? 


Soalan wajib sebelum konsumsi apa-apa pun , status halal produk itu . Korang bolh tengok di belakang kotak tu ,  BRAND'S InnerShine Pati Purn ini ada halal Thailand . Hahaha dulu Lisa pun tak berani nak cuba lagi sebab tak tahu ada status halal ke tidak ... sekarang dah boleh teguk tanpa rasa was-was. 

Oh ya.. Harga untuk sekotak InnerShine Prune Essence - BRAND'S   berisi 12x42ml ni = RM58.00 .



Review Lisa :

Selama 12 hari Lisa rutin minum BRAND'S InnerShine Prune Essence ni memang ketara khasiatnya . Lisa lately ni tidur memang 3-4 jam sahaja dalam satu hari , tapi kulit masih elok dan juga tak da kesan muka pucat lesu macam kebiasaannya . Ye.. Biasa lau tak cukup tidur ni badan rasa lembik , mengantuk dan muka pun naik jerawat,,, TAPI... Lisa still masih kekal cergas dan muka pun berseri je . NO.. bukan ayat promote sebab Lisa dah cuba sendiri .



Hahaha.. lebih-lebih sekarang tengah buat job UPLIVE yang kena ada tubuh yang fit dan seri muka yang sedap mata memandang la. Tak kan nak tidur pun nak pakai makeup ye dak sebab nak buat LIVE tu ..

Rasa nak konsisten guna berterusan la lepas ni.. THANKS Korang yang dah bagi feedback positif.. kalau tak sampai kesudah Lisa tak cuba  .

Nak tahu lebih detail korang boleh tengok je di detail bawah ini :-


Facebook : BRAND'S SMART LIVING 



DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.
Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang. 


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.




Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.



DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.






Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


Komen Lisa :

Bau perfume dan deodorant DASHING SPORT  ni sungguh Macho... untuk seorang lelaki . Sesuai sangat la weih.. Lisa sebagai perempuan pun suka cium baunya hahaha . Korang cubalah , mana tau gadis-gadis terjatuh cinta pula tak pun isteri semakin sayang. Hehehehe... 

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.

Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900 . Banyak tu! Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.


Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. 



Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 

Harga yang di tawarkan.


  • Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
  • Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 
  • Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 
  • Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Wah.. nampak macam best dan menarik bukan? apa tunggu lagi.. meh book ... Lisa rasa nak tempah juga la untuk family .. cucu cicit mak dah ramai.. boleh la nak berkumpul macam ni .

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web di:



Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761

HURR.TV MEMPERKENALKAN ‘NAK BELI’ – PROGRAM BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED ONLINE EKSKLUSIF

HURR.TV MEMPERKENALKAN ‘NAK BELI’ – PROGRAM BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED ONLINE EKSKLUSIF 

 -Dapatkan koleksi peribadi personaliti kegemaran anda di laman web Beli@hurr http://shop.hurr.tv-


Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr. tv memperkenalkan sebuah program beli-belah barangan pre-loved online eksklusif, ‘Nak Beli’ di mana personaliti media sosial kegemaran anda akan menampilkan koleksi barangan peribadi mereka yang akan dijual dengan harga menarik di laman web Beli@hurr. 

Empat episod web pertama ‘Nak Beli’ akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Jumaat bermula 20 April 2018 sehingga 11 Mei 2018, dan empat episod web berikutnya pada jam 12 tengah hari bermula 18 Mei sehingga 8 Jun 2018 di laman web www.hurr.tv . Barangan pre-loved yang ditampilkan boleh didapati secara eksklusif di laman web beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv.


Program beli-belah ini akan menampilkan personaliti media sosial berbeza setiap minggu selama lapan minggu, antaranya model hijabi Sharifah Rose di minggu 1, vlogger Nisha Ezzati di minggu 2, influencer Ikashafarey di minggu 3 dan influencer Syuhaila Ruzaimi di minggu 4. Beberapa personaliti Instafamous lain yang turut menyertai program ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.


‘Nak Beli’ adalah rancangan beli-belah online pertama di Malaysia yang memberikan penonton peluang untuk membeli koleksi peribadi personaliti kegemaran mereka. Bagi setiap episod web, personaliti jemputan akan menampilkan beberapa barangan pre-loved peribadi mereka yang unik dan tersendiri, dan penonton boleh memiliki barangan terbabit menerusi Beli@hurr. 

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Arah aliran untuk memilih barangan pre-loved memang telah ada sejak dulu lagi dengan kehadiran kedai vintaj, flea mark et, car boot sale, bazaar, kedai amal dan sebagainya. Kini, pembelian barangan pre-loved secara online sudah lazim di kalangan belia. Menerusi program ‘Nak Beli’, penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengenali lebih dekat personaliti kegemaran mereka, malah koleksi peribadi mereka juga boleh diperoleh dengan harga yang rendah dan mampu milik.

” Tambahnya lagi, “Menjelang bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk penonton membeli-belah barangan pre-loved yang dipaparkan dengan harga yang menarik sekaligus bergaya dengan koleksi berkenaan di musim perayaan. Sudah pasti membeli barangan pre-loved adalah alternatif untuk pembeli bijak yang mahukan harga lebih baik, membantu mengurangkan pembaziran dan mesra alam serta memberikan keseronokan dan kepuasan yang hebat kepada pembeli.

NAK BELI - SHARIFAH ROSE



” Di episod web pertama yang disiarkan pada 20 April, Sharifah Rose memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv. Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung. 

Saksikan episod web pertama di sini: https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/ 





Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti di: WebsiteFacebookYouTubeInstagram Twitter 


 ### 

MENGENAI HURR.TV

hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on -point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips -tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua. 

 Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv. 


MENGENAI BELI@ HURR 

Beli@hurr adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Di Beli@hurr, kami menawarkan produk unik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda dan membolehkan anda membeli-belah di mana jua pada bila-bila masa hanya di hujung jari. Membeli-belah tanpa sempadan hanya di Beli@hurr.

BIODATA FENDY BAKRY


BIODATA FENDY BAKRY


Assalamualaikum ! Mesti ramai diantara korang yang dah terlayan drama Astro MR GREY kan ? Kelakar jalan cerita tu , orang yang kurang minat tengok drama pun dah tersuka pula . Fendy Bakry , sebagai hero yang melakonkan watak MR Grey digandingkan dengan Eyra Hazali , watak Nisa . Ketahui lebih detail pula tentang Biodata Fendy Bakry .

BIODATA PENUH FENDY BAKRY 


Nama penuh : Mohd Affandi Bin Nor Bakri
Nama Panggilan : FENDY BAKRY
Umur : 30 Tahun (2018)
Tarih Lahir : 11 August 1988
Asal : Perlis - Malaysia
Drama / Film : Kerna Syurga Bukan Percuma , MR. GREY
KUNTOM , Destinasi Ukhwah , TAXY LOVE
Kerjaya : Pelakon , Sebelum ini Fendy Bakry juga bekerjaya sebagai Associate Trainer Gymnasium Lotus LC Management -Kangar Perlis .
Status : Single
Media Sosial : @FENDYBAKRY  [ facebook , twitter , Instagram ]

Fendy Bakry mula berlakon selepas tamat Hero Remaja 2012. Ketika itu, pemenangnya adalah Fattah Amin. Bermula dengan Zeel Production dan kemudian Osman Ali asah bakat Fendy lagi dan memperkenalkan kepada rakan-rakan dalam industri.  Jadi, dari situlah fendy  kenal dengan  dunia lakonan.

Setakat ini sahaja info Biodata Fendy Bakry yang Lisa boleh cari ,  Tinggi dan detail lainnya nanti kalau dah dapat Lisa akan kongsikan dan update di artikel ini. So.. jangan lupa bookmark artikel ni okayh . 

GAMBAR FENDY BAKRY 








KELEBIHAN Celcom XPAX Terbaru 2018 - XACTLY YOU


PELAN INTERNET XPAX TERBARU , XPAX XACTLY YOU


Assalamualaikum ! Hi.. lama rasanya tak tulis berkaitan dengan pelan celcom XPAX prabayar atau senang sebut prepaid . Sebelum ini XPAX menawarkan FREE 10GB FACEBOOK + 10GB DATA BASIC setiap bulan , pakej yang baru celcom XPAX TERBARU , XPAX XACTLY YOU menawarkan lebih banyak keistimewaan diantaranya FREE HIGH SPEED INTERNET untuk 10GB facebook / 10 GB Instagram / 3GB youtube ,,, atau korang boleh pilih ,, unlimited whatsapp , wechat dan twitter. WOW ! banyaknyaaa.,,, 


PELAN INTERNET XPAX TERBARU , XPAX XACTLY YOU 


Untuk pelan internet yang terbaru ini korang boleh pilih ikut suka keperluan dalam menggunakan data internet  . Ya.. Sebelum ini terhad hanya kepada 10GB Facebook dengang kelajuan internet HIGH-Speed , sekarang korang boleh customize antara 10GB instagram , 10GB Facebook atau 3GB Youtube atau Unlimited Whatsapp , Wechat , Twitter .



Plan Internet Daily / Harian 
  • RM3 : 3GB Internet 
    + Unlimited music walla  -NEW
  • RM5 : 4GB Internet 
     + Unlimited Music walla   -NEW

Plan Internet Weekly / Mingguan 
  • RM 6 : 500 MB
    + Free Unlimited Music Walla-NEW
    + Free Iflix Premium Acces -NEW
  • RM 10 : 2GB + Free Unlimited Music Walla -NEW
    + Free Iflix Premium Acces-NEW
  • RM 19 : 5GB + Free Unlimited Music Walla-NEW
    + Free Iflix Premium Acces -NEW
Plan Internet MONTHLY / BULANAN 

  • RM 30 : 5GB Internet + Free Unlimited Late Internet Youtube  [ 1-7am] -NEW
    + Free Unlimited Music Walla -NEW
    + Free Iflix Premium Acess -NEW
  • RM 50 : 10GB Internet + Free Unlimited Late Internet Youtube  [ 1-7am] -NEW
    + Free Unlimited Music Walla
    + Free Iflix Premium Acess -NEW
  • RM 79 : 15GB Internet+ FREE 15GB Video Walla
    + Free Unlimited Late Internet Youtube  [ 1-7am]   -NEW
    + Free Unlimited Music Walla
    + Free Iflix Premium Access  -NEW


Cara untuk Melangan Internet Celcom 

Langgan menggunakan Celcom Life App ( Will Be Launch On 18 April 2018 ) atau  dial *118*2# 


KELEBIHAN XPAX XACTLY YOU 

  • Boleh pilih Favourite Freebies Setiap bulan  iaitu sama ada 10GB Instagram / 10GB Facebook / 3GB Youtube / Unlimited   Whatsapp , Wechat , Twitter .
    Nota : Tarikh matang untuk freebies ini valid sampai hujung bulan setiap bulan , bukan ikut tarikh melanggan data
  • -IFLIX Premium Access ( Untuk Xpax dengan langganan internet mingguan (Weekly) / Bulanan ( monthly ) 
  • FREE Unlimited Late Night YOUTUBE [ 1-7 pagi ] 



 DETAIL XPAX BARU 2018 -XACTLY YOU 

  1. - Harga Simcard Baru RM10 
  2. -Tarikh Tempoh aktif : 5 Hari 
  3. - Preloaded Credit : RM6 topup
  4. -Activation Bonus : 300 MB ( sebelum ini hanya 200MB ) 
  5. -Monthly Internet : 10GB INSTAGRAM  or 10GB Facebook or 3GB Youtube or Unlimited High-Speed Media Social : Whatsapp , Wechat , Twitter 
    +10Gb Basic Internet
  6. Call & SMS Rate : 30Sen/Min & 15sen/SMS 








XPAX YOUTH -UNTUK PENGGUNA 25TAHUN KEBAWAH 



Jika korang berumur bawah dari 25tahun, jangan lupa activekan XPAX YOUTH  untuk menikmati Kelebihan lebih lagi . 

Kelebihan XPAX YOUTH :-

- 50% ekstra kuota internet
-Panggilan unlimited ke 5 kawan dengan XPAX Youth . 
- FREE 100 GB Video Walla BONUS pada Hari Jadi .








Cara Activekan / Join XPAX YOUTH 




CARA TAMBAH / ADD ON 5 FRIENDS UNLIMITED CALL 



Menarik bukan? So jom tukar ke Xpax . Ohya .. kalau korang nak swicth atau tukar pelan celcom prepaid lama ke pelan XPAX terbaru.. hanya perlu hantar SMS : MIG XPAX dan hantar ke 28882

Next artikel Lisa akan share kan tentang XPAX POSTPAID  RM50 2.0 UNLIMITED CALL pula.. dimana korang boleh sign up phone dengan separuh harga je. Bestnyaaa ! Stay Tune ..:-*


PELAKON CINTA FATAMORGANA


PELAKON CINTA FATAMORGANA

Rasa sekejap je kan drama Zahir Tak Terucap , semenjak Akasia tayang dari Isnin- Jumaat. Kali ini drama bersiri hasil sentuhan sutradara Heykal Hanifah bertajuk 'Cinta Fatamorgana' yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, dan Nazeera Sardi.ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3 .Antara PELAKON Cinta Fatamorgana ialah : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Nazeera Sardi, Shahz Jaszle, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar .

SENARAI PELAKON CINTA FATAMORGANA


PELAKON
WATAK
Aeril Zafrel
Rifqi
Wildad
Huzair
Nazeera Sardi
Delina
Shahz Jaszle
Jamil
Rusdi Ramli
Tuan Munir
Emelda Rosemila
Karmila
Norman Hakim
Tuan Deraman
Dayana Roza
Roza
Faezah Elai
Wahidah
Asry Azizan
Shakir
Linda Rafar
Puan Habibah
Mak Wan
Mak Seha


LAGU TEMA / OST 

Tajuk : Fatamorgana Cinta
Penyanyi : Asfan Shah
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS CINTA FATAMORGANA

Huzair dan Rifqi berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada Nur Wildad. Selepas SPM, ayah Huzair membiayai pendidikan mereka di Universiti. Huzair dan Wildad kemudiannya bertunang, namun ketika Huzair sibuk dengan kerjanya, hubungan Rifqi dan Wildad semakit erat. Ketika bekerja, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali untuk menuntut Wildad dan Rifqi mengalah, namun Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyintai Rifqi lebih dari dirinya.

GAMBAR PELAKON





Best-best pelakon yang muncul dalam drama ini , rasa nak tengok juga laa hehehe 

Biodata Eyra Hazali


Biodata Eyra Hazali

Siapa yang tengok drama MR. Grey tayangan Astro mesti kenal sangat dengan Eyra Hazali pemegang watak Nisa Adrina . hastag #MissBawang yang potpet potpet tak reti diam ni ha. OK ...jom ketahui lebih lagi tentang Biodata Eyra Hazali . 



BIODATA PENUH EYRA HAZALI




Gambar Eyra Hazali





CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI 2018

CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI 2018


Tinggal beberapa minggu lagi berlangsungnya Pilihan Raya Umum atau PRU ke 14. Sudah sediakah korang dengan calon-calon yang bakal ada dalam senarai tu ? Seperti yang Lisa tulis dalam artikel sebelum ini , Tarikh Undi PRU 14 Malaysia akan berlangsung pada 9 Mei 2018 ,  manakala untuk undi awal akan jatuh pada 5 Mei 2018. Sudahkah anda semak daftar pilih dan tempat mengundi ? dibawah ini Lisa berikan cara-cara untuk membuat semakan daftar pemilih dan Lokasi mengundi pilihan raya umum yang ke-14.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA UMUM KE-14 BERMULA 16 APRIL 2018


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa mulai 16 April 2018, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih mereka yang terkini untuk mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing.

CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI PRU 14 - 2018 boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti berikut:


1. APLIKASI MY SPR SEMAK 
anda boleh membuat semakan dengan menggunakan aplikasi mudah alih My SPR Semak. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan.



2. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN TEMPAT SECARA ONLINE 
selain daripada itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan melalui pautan: pengundi.spr.gov.my





c) SEMAKAN MELALUI PANGGILAN HOTLINE 
pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hot line 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.




d) SEMAKAN TEMPAT MENGUNDI MELALUI SMS 
pemilih juga menyemak melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)  - ciaitu dengan cara menghantar SMS ke talian 15888 , dengan menaip 
SPR <Jarak> No.KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888.


*cas penghantaran sms RM0.15 , cas untuk penerimaan RM0.20 .

Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih berdaftar adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal agar memudahkan perancangan pada hari pengundian. Sekiranya semakan telah dibuat dan pemilih telah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran), maka pada hari mengundi mereka tidak perlu membuat semakan lagi di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi.




JOM KITA SEMAK & JOM KITA UNDI  .. ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA




JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018


Putrajaya, 20 Mac 2018 – Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Gerai Selebriti Artis JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018


Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair. 



Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak. 

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

© all rights reserved
made with by templateszoo