Ad

Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA [ 2018 ]

SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA [ 2018 ]


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH , dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana menteri -2018 .13 Menteri telah pun mengangkat sumpah pada 21 MEI 2018 . Hari ini 02 JULY 2018, seramai 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri telah mengangkat sumpah di Istana Negara . Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kira-kira jam 11 pagi. Senarai Menteri Kabinet 2018 ada dibawah ini , mungkin kelak korang time interview dapat soalan kot ada berkaitan dengan ini , boleh le jawap yee..

gambar : google

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018
1
Kementerian Belia dan Sukan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
2
Kementerian Pembangunan Usahawan
Mohd Redzuan Md Yusof
3
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Dr Xavier Jayakumar
4
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5
Kementerian Kerja Raya
Baru Bian
6
Kementerian Luar Negeri
Datuk Saifuddin Abdullah
7
Kementerian Industri Utama
Teresa Kok
8
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Yoe Bee Yin
9
Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam)
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
10.
Kementerian Wilayah
Khalid Abdul Samad
11.
Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
Datuk Liew Vui Keong
12.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Ignatius Darell Leiking
13
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Datuk Mohamad Din Ketapi


SENARAI TIMBALAN MENTERI KABINET  Malaysia- 2018



SENARAI TIMBALAN MENTERI KABINET [ 2018 ]
1Kementerian KewanganDatuk Ir Amiruddin Hamzah
2Kementerian Dalam NegeriDatuk Azis Jamman.
3Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatHannah Yeoh Tseow Suan
4Kementerian PelajaranTeoh Nie Ching
5Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan MasyarakatSivarasa Rasiah
6Kementerian PengangkutanDatuk Kamarudin Jaffar.
7Kementerian Komunikasi dan MultimediaEddin Syazlee
8Kementerian Tenaga ManusiaDatuk Mahfuz Omar
9Kementerian PertanianSim Tze Tzin
10.Kementerian KesihatanDr Lee Boon Chye
11.Kementerian WilayahDatuk Shahruddin Md Salleh
12.Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya- Bakhtiar Wan Chik
13.Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains Perubahan Iklim dan Alam SekitarIsnaraissah Munirah Majilis.
14.Kementerian Belia dan SukanSteven Sim Chee Keong
15.Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDr Ong Kian Ming
16.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaChong Chieng Jen
17.Kementerian Pembangunan UsahawanDr Mohd Hatta Md Ramli
18.Kementerian Industri UtamaShamsul Iskandar Md Akin
19.Kementerian Kerja RayaAnnuar Tahir
20.Kementerian Air, Tanah dan Sumber AsliTengku Zulpuri Shah Raja Puji
21.Kementerian di Jabatan Perdana Menteri ( Agama)Fuziah Salleh
22.Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)Mohamed Hanipa Maidin.
23.Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)Dr Md Farid Md Rafi

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH


Assalamualikum ! walaupun agak terlambat beberapa hari .. tapi Lisa nak ucapkan tahniah juga . CONGRATULATIONS kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 penggal [ 2018-2023] . Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua pada usia ke 93 . The Oldest Prime Minister in the world 

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH

Hampir tak pernah Lisa menulis tentang politik , ialah sebab sebelum ini ada kekangan media dalam menulis dan meluahkan berita walaupun berita itu benar . PRU-14 telahpun berakhir dan akhirnya Barisan Nasional jatuh digantikan Pakatan Harapan . Alhamdulillah Tun M pun telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru . Memakan masa yang lama dari bermulanya Tarikh mengundi , Pengiraan Undi , dan masa untuk Angat Sumpah PM yang baru . 

Tarikh Mengundi - ada yang membuat laporan namanya dah di garis dah mengundi padahal dia masih beratur lagi dalam barisan selama 2 jam . [ mungkin lepas ini SPR perlu gunakan kaedah Scan TUMBPRINT macam dalam bank tu baru tak keliru , hehehe ] 



Masa Pengiraan UNDI - Tetiba blackout , seperti PRU-13 pun sama ja .. memang dah diprediksi loh . Sekolah tetiba terbakar , yang ini memang kebetulan sungguh .. Nak buat macam mana , dah nak jadi kan ... Masa untuk pengumuman hasil keputusan undi pun dekat pukul 3-4 pagi macam tu la , biasanya dalam pukul 12 tengah malam dah siap  .Time tu aku dah tidur tak larat nak tunggu sebab kerja keesokan harinya  . Bangun tidur hari tu tengok suasana luar yang aman damai , udara pun lain macam .. hah.. mungkin PH menang kot dan semua orang tidur lena selepas tunggu keputusan undi . Biasalah ,, banyak nak kena kira kertas undi tu .. bukan senang . 

Angkat Sumpah Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke Tujuk 2018. - Rakyat mana yang tak teruja nak tunggu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan DS Najib Razak , tapi .. memakan masa yang lama sebelum konfirmkan yang sama ada Tun M atau orang lain yang akan jadi PM sebab yela PH bukan ialah gabungan beberapa parti . Rakyat risau juga time ni selagi Tun M belum mengangkat sumpah , memang tak boleh happy lagi .  Bermula khabar 11 pagi .. tapi di tunda ke 5 petang , akhirnya mendapat kata akhir pukul 9.30 Tun Mahathir Mohamad selamat menjalaankan ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 7 , tahun 2018 penggal  2018-2023 

Kenapa makan masa yang lama ? Time tu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V ,  baru balik dari umrah dan sebelum mengambil keputusan siapa yang akan jadi PM ke-7 , Yang di-Pertuan Agong kena berjumpa dengan Wan Azizah untuk berbincang tentang siapa yang akan menjadi PM ketujuh . Sebab Tun M tidak mengetuai mana-mana parti . Kalau semua parti setuju Tun M yang menjadi PM barulah boleh angkat sumpah . Nah rumit juga rupanya kan. 

Iskhh apalah nitizen yang berburuk sangka menulis komen yang negative tentang Yang DiPetuan Agong sebab angkat sumpah lambat. Gelojoh nau cakap tak fikir dulu .. 

Oh ya.. dah udah le tu nak mengutuk Najib , biar orang atas yang akan mengadilinya .. sebagai umat islam kena saling memaafkan. Jangan lupa yang dia berjasa juga semasa memerintah tempoh hari . Biar tunggu yang berkewajiban mengadilinya . Kalau jumpa time solat jumaat tu tegur-tegur la.. jangan pula dicemuuh .

EH.. terpanjang pula Lisa menaip itu. Tak pela biar nanti anak aku boleh baca ketika aku dihari tua nanti ... ceh berangan betul kan.  Harap lepas ini Blog ciksepet.com dah tak dapat sekatan dari MAMPU . Hahaha jahat nau nak sekat blog lisa dan blog blog lain yang berdomain dot com . 

Perdana Menteri dah bertukar, yay dah boleh start untuk prepared kawen . Hahaha...

© all rights reserved
made with by templateszoo