TARIKH UNDI PRU-14

TARIKH  PENGUNDIAN PRU-14 , 9 MEI 2018



Tarikh yang ditunggu-tunggu untuk mengundi PRU-14 pun dah dikeluar. Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ( SPR ) menetapkan 9 Mei sebagai tarikh pengundian bagi PRU-14 manakala 28 April hari penamaan calon. Kenapa hari Rabu ? ramai yang tertanya-tanya dan persoalkan ... iyelah.. pertengahan hari bekerja , bagi yang kerja jauh dari negeri tempat asal untuk pengundian , rasanya cuti 1 hari pun tak sempat nak ulang-alik. Apalagi untuk suami isteri yang berasal dari negeri yang berbeda. Apapun mungkin ada alasan tersendiri kenapa pilih hari rabu . 




Tarikh-Tarikh Penting PRU-14


Berikut adalah tarikh-tarikh penting pilihan raya umum ke-14 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR):

  • Tarikh Keluar Writ: 11 April 2018
  • Tarikh Penamaan Calon: 28 April 2018
  • Tarikh Undi Awal: 5 Mei 2018
  • Tarikh Pengundian: 9 Mei 2018

Semakan Daftar Pemilih 

Semak tempat mengundi korang di pautan bawah ini :
Semakan Daftar Pemilih – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: https://pengundi.spr.gov.my/

Korang mengundi kat mana ? Jangan buat-buat lupa pula nanti  time TARIKH UNDI PRU-14 , rabu 9 MEI 2018. Undilah dengan pilihan yang bijak.. Undi Rahsia tau... 

2 comments.. read them below or add one

Julia Johari Julia Johari April 11, 2018 at 3:18 PM
jom jalankan tanggungjawab...tq sharing lisa