Ad

BIODATA SARAH ANNE


BIODATA SARAH ANNE || Berlakon  memerankan watak sebagai Tengku  Asyikin dalam Drama mencintaimu,Sarah Anne yang merupakan kacukan antara British dan Melayu. Artis cantik ini mulai menjadi sorotan penonton Tv. Sampai sekarang tiada sebarang biodata lengkap mengenai Sarah Anne . Duduk di Singapura , Namun 2 tahun lagi akan mendapatkan pemastutian tetap di Malaysia. 



BIODATA SARAH ANNE ;  
Nama Famous ; Sarah Anne 
Nama Sebenar ; Sarah  Noble
Umur ; 20tahun
Keturunan kacukan British (Bapa)  - Melayu (Ibu)
 Asal : Singapura 

Instagram







PERFECT SKIN STICK FOUNDATION

 PERFECT SKIN STICK FOUNDATION || Perfect skin one shot cover stick foundation salah satu diantara foundation yang senang dan mudah digunakan.  Foundation muka  3 dalam 1 (Base + Matahari + Foundation) memberikan perlindungan kulit yang sempurna . Foundation atau asas stick ini boleh mengubah kulit anda melalui kesempurnaan kulit segera dan makeup tahan lama. Bermula dari rakan sekerja yang memakainya kemudian teringin la pula. Dibuat dari Vitamin-C yang berfungsi mencerahkan kulit dan pemutihan kulit anda, juga jelas kelihatan meminimumkan semua ketidaksempurnaan, liang, garis-garis halus dan tompok-tompok hitam serta-merta dan dari masa ke masa.
Ringan, bernafas, asas /foundation  melembabkan dan melembutkan seperti sutera dengan perlindungan yang tinggi yang membuat kulit kalian menjadi sempurna yang indah , ditambah airbrush pengakhiran tanpa kelekitan. Kalau kalian menyapu foundation ini di kulit muka ..  Ia membantu untuk membuat korang kelihatan cantik lebih tahan lama. Dan merasa lebih percaya diri dan anggun . Dengan perlindungan yang tinggi, lekatan yang kuat dan formula tahan lama yang meninggalkan kulit kalian kelihatan hampir sempurna tak seperti foundation lain yang mungkin akan menampakkan ketebalan makeup dimuka kalian  .Lisa pernah rasa aiihhh .. pakai foundation.. mcm orang nak main opera cina !

Packing didalam  kotak perak yang cantik, dan produk itu sendiri juga dibalut dengan perak, dengan reben merah jambu di bahagian atas . Lisa benar-benar tergoda untuk mendapatkannya selepas menonton video yang muncul di laman Facebook saya! Dan ya... I LOVE IT !Ini adalah BEDAK STICK foundation yang datang dengan tahap pelindung matahari SPF50 + / PA +++. FOUNDATION STICK PERFECT SKIN datang dalam dua bahagian - bulatan yang lebih besar dengan asas, dan bulatan kecil dengan pelindung matahari dan serum ,dipadukan untuk perlindungan kulit wajah lebih sempurna.

Dua dalam satu, satu sisi ialah foundation atau bedak asas dan sisi lain ialah Brush yang memudahkan kalian untuk ratakan foundation tersebut dimuka tanpa mengotorkan tangan  . 

Disediakan dengan dua kaler yang berlainan . Perfect Skin #21 untuk cerah dan #23 untuk gelap.  Berbentuk batang ,sehingga memudahkan untul disimpan dan dibawa kemana mana. Wahhh jimat masa pulak tu. 


Cara penggunaan :
- Guna asas pada muka anda.
- Gunakan berus anda untuk memohon asas berikut arah gandummu, dari ke dalam untuk ke arah luar.
- A licin, kulit cerah selesai !


Mudah sahaja bukan ! Mudah dsn jimat masa.

Sekarang sedang ada promosi tauuu ! Promose September,harga biasa rm170 tapi kali ini ditawarkan rm110 sahaja untuk 100 pembeli terawal ! 
Testimoni dari pengguna !






Senang dan tahan lama. Nampak cantik hanya dalam 3 minit. Wahhh jimat masa kalian kalau bangun lambat nak pergi keje . Tak rugi lah beli foundation ini. Sebab tahan lama woo..

Untuk pembelian dan pertanyaan .
Sms /whatsapp +60199009213
Pn. AIN

Beli tauuu sebelum kehabisan stock . Barang baik la katakann.. 

SENARAI PELAKON PLAN CINTA TAK JADI

SENARAI PELAKON PLAN CINTA TAK JADI || Sedikit Sinopsis Drama Plan Cinta Tak Jadi  yang di tanyangkan di Astro Ria ini semenjak 10 Ogos 2015 , mengisahkan mengenai Melina (Fathia Latif ) yang cuba menggembirakan kawan serumahnya ,CICI ( Ramona Zam Zam ) yang patah hati untuk kali ke 24 setelah dikecewakan kekasihnya FARIZ (Mark Adam) ! waw.. Bagi Cici, bercinta dan berkahwin adalah perkara yang terbaik dan cita-citanya hanyalah untuk berkahwin dengan jejaka idamannya, namun dia telah dikecewakan oleh Fariz.

Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee). Melina juga meminta bantuan Anaz (Fattah Amin) untuk menjayakan plannya. Adakah plan cinta Melina itu menjadi atau sebaliknya ? Saksikan Plan Cinta Tak Jadi hanya di Astro Ria mulai 10 Ogos 2015 setiap Isnin pukul 10.00 Malam.

Macam menarik je kan cerita tu ..




Siapakah Senarai  Pelakon Plan Cinta Tak Jadi ? jom kenali mereka .. 

Fathia Latiff sebagai Melina
Fattah Amin sebagai Anaz
Arja Lee sebagai Sufian
Ramona Zam Zam sebagai Cici
Kaka Azraf sebagai Sara


KALENDER CUTI UMUM 2016 DAN CUTI SEKOLAH MALAYSIA

KALENDER CUTI UMUM 2016 DAN CUTI SEKOLAH MALAYSIA  || Pejam celik dah masuk bulan september. Diatas ialah gambar untuk kalender cuti umum dan takwim tahun 2016 .

LAMPIRAN KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH 2015

Untuk merancang percutian mahupun aktiviti lain perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia
Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2016 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia

DateHolidayApplicable to
1 Jan (Fri)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Thu)Yang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan only
Negeri Sembilan’s Birthday
18 Jan (Mon)Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
1 Feb (Mon)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
TBCThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
8 Feb (Mon)Chinese New YearNational
9 Feb (Tue)Chinese New Year (2nd Day)National
4 Mar (Fri)Anniversary of InstallationTerengganu only
of Sultan of Terengganu
25 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Fri)Declaration of Malacca asMalacca only
a Historical City
26 Apr (Tue)Sultan of Terengganu’s BirthdayTerengganu only
1 May (Sun)Labour DayNational
5 May (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 May (Sat)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Tue)Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
21 May (Sat)Vesak DayNational
30 May (Mon)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Tue)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Wed)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Thu)Hari GawaiSarawak only
4 Jun (Sat)Agong’s BirthdayNational
6 Jun (Mon)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
22 Jun (Wed)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor ,Terengganu and Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) only
6 Jul (Wed)Hari Raya Puasa *National
7 Jul (Thu)Hari Raya Puasa *National
7 Jul (Thu)Georgetown World Heritage City DayPenang only
9 Jul (Sat)Penang Governor’s BirthdayPenang only
31 Aug (Wed)National DayNational
TBCSarawak Governor’s BirthdaySarawak only
12 Sep (Mon)Hari Raya Haji *National
13 Sep (Tue)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
16 Sep (Fri)Malaysia DayNational
TBCSabah Governor’s BirthdaySabah only
TBCMalacca Governor’s BirthdayMalacca only
2 Oct (Sun)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
24 Oct (Mon)Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
30 Oct (Sun)Deepavali *National except Sarawak
11 Nov (Fri)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
12 Nov (Sat)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
TBCHari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
TBCSultan of Johor’s BirthdayJohor only
TBCSultan of Perak’s BirthdayPerak only
11 Dec (Sun)Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
12 Dec (Mon)Prophet Muhammad’s BirthdayNational
(Maulidur Rasul)
25 Dec (Sun)ChristmasNational

GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM


GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM | Waahhh hello kitty .. jom sertai giveaway ini. Hadiah beberapa barangan Hello Kitty akan diberikan kepada pemenang yang dipilih secara rawak !  3 orang sahaja tau yang akan dipilih... jom sertai give away ini yang di adakan oleh Shehanzstudiodotcom. !

KLIK BANNER UNTUK JOIN ! 

TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU

TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU  || Kali kedua Jerebu melanda di beberapa wilayah Malaysia , termasuklah di Kluang ini ha. Keluar 5 minit , tengok cuaca macam mendung tapi sebenarnya JEREBU ! Bahangnya .. memang panas. Suhu 31 Celcius dari biasanya 26Celcius . Pembakaran Hutan di negara sebelah ,Indonesia ditambah pula angin dari selatan sebab tu la asap dari pembakaran hutan tu melanda area sini. 

Usah ditanya panasnya, menyengat kulit woo. Tekak pun dah mula sakit , seperti kering tiada air. Mata mula pedih . Macam kena asap fooging atau rokok. Bersyukurlah kalian yang bekerja didalam bangunan dan ber-aircond ! Bayangkan kalau korang kerja menjaja dari kedai ke kedai atau berniaga di luar bangunan yang panas.. dan kena hadap asap jerebu lagi.
Apa yang perlu kalian lakukan jika berlaku Jerebu ? Berikut ialah tips untuk menjaga kesehatan dari pencemaran udara atau Jerebu 

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar ( memakai masker pada mulut,bagian kaler biru berada diluar  ) 
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
*Elakkan membeli makanan di tepi jalan yang tiada tertutup. Cuba bayangkan makanan itu tercemar dengan jerebu dan kemudian kita makan. Silap hari boleh memudaratkan kesehatan

Dan perkara yang perlu di elakkan ketika musim Jerebu ialah :
· Kurangkan masa atau kegiatan  berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat



Polis Meninggal Dirempuh Mat Rempit


Polis Meninggal Dirempuh Mat Rempit || Dua hari lepas ternampak post media sosial dari kawan Lisa yang bekerja sebagai Polis di IPD Kluang mengenai kematian salah seorang anggota Polis ketika sedang bertugas . Ternyata ada  Pegawai Penguat Kuasa Trafik dari IPD Kluang meninggal dirempuh Mat Rempit ketika menjalankan tugas Ops Roda/Rempit di KM59 , Jalan Batu Pahat Mersing di awal pagi. Dalam tengah malam sampai pagi macam tu . Inspektor Margaret Tagun anak Goen , polis wanita yang berusia 32tahun sempat dilarikan di Hospital Enche'Besar Hajjah Khalsom  di Kluang sebelum akhirnya meninggal 12.45 Tengah hari . Penunggang motosikal yang melanggar Polis tersebut berusia baru 17tahun. Namun sempat la kena tangkap sebab jatuh dari motor sedangkan Inspektor wanita  Margaret tersebut mengalami patah tangan , tulang pinggul dan kaki dan juga mengalami pendarahan dalaman. 

Seriau juga mendengarnya . Meninggal ketika menjalankan tugas,. Dan yang melanggar polis ini ialah budak sekitar 14-20tahun dan TIADA LESEN ! Dah salah mengaku saja salah. Ni langgar sampai meninggal. Ingat nyawa ini boleh di beli ke apa ! Lumba haram dimalam hari , Hmm tiada lesen .. Apakata budak-budak tu join cupPrix  .. menang dapat hadiah . Jangan lupa ambil lesen ye. Bawah umur ke apa.. kalau melanggar orang sampai menyebabkan kematian tu memang kira jenayah juga. Sebab itu kalau Lisa nak melintas jalan , memang Lisa jarakkan jauh-jauh dengan penunggang motosikal. Tak semua mempunyai perangai buruk , tapi sebab trauma pernah kena langgar oleh Motor. Huwaa.. tak ingin kejadian berulang lagi.

Jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya, Leon anak Bahak, 37, untuk disemadi di Bau, Sarawak. Besarnya pengorbanan seorang Polis.. 




Review: MIKA SAKURA WHITE ,PUTIH SATU BADAN

REVIEW MIKA SAKURA WHITE , PUTIH SATU BADAN || Assalamualaikum dan selamat hari isnin. Monday Blues ke ? tak perlu blues sangat la ye.. cuba senyum . Haa.. kan lawa dan handsome tu ! Hari ini nak story mengenai produk yang memutihkan kulit bukan hanya di wajah sahaja tapi putih satu badan . Wahh.. kaum perempuan sapa yang tak nak lawa dan kulit gojes. Mika Sakura White , diperbuat dari ekstrak bunga sakura dan cara pemakanan yang mudah iaitu hanya kemam dan kunyah sahaja.



Apa yang menarik dan kelebihan MIKA SAKURA WHITE ? 
-Boleh MEMUTIHKAN kulit muka
-Boleh MEMUTIHKAN kulit satu badan
-Boleh menghilangkan jerawat & parut jerawat
- Boleh menghilangkan jeragat
- Boleh menaikkan seri muka
-Paling penting, BOLEH MEMUTIHKAN SATU BADAN dengan cara PALING MUDAH iaitu KUNYAH sahaja!


Kandungan Mika sakura white diperbuat dari  100% dari ekstrak semulajadi BUNGA SAKURA
,100% tiada bahan kimia dan tiada kesan sampingan yang negatif .
* Diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea
*Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki & wanita
* Ekstraknya antara agen anti penuaan yg paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun & Korea
Jangan risau , Produk kecantikan MIKA SAKURA WHITE telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia . Dan pastinya mempunyai rasa yang sedap. 




Setelah seminggu rajin memakan Mika sakura white ini, nampak juga  perubahan. Ada beberapa kawan tegur sekarang Lisa makin putih . Lisa rasa sama sahaja , tapi mungkin sebab hari-hari tengok dan pandang depan cermin sebab tu tak perasan. Mata orang lain yang memandang yang lebih tahu kan ! . .. Packing botol yang ringan dan kedap udara memudahkan Lisa membawa pergi kemana-kemana. Hanya tinggal masuk dalam beg dan siap. Tak memerlukan ruang yang banyak dan besar.

Nak tahu tak testimoni dari pengguna yang lain ?


Kalian tak teringin ke ? sekarang Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Sebarang pertanyaan cepat whatsapp sis Ara dari Procrowd - 0132037799

CEPAT TAU JAGAN SAMPAI KEHABISAN ! :D



Punca Sebenar Perubahan Blogspot.com

Punca Sebenar Perubahan Blogspot.com | Kemarin kecoh mengenai pertukaran url blogspot dot com kepada blogspot dot my . Kemudian timbullah issue yang mengatakan Kerajaan ingin memantau bloger-bloger la .. politik la.. ini la itu lah . Berbagai andaian muncul dan penuh dalam news feed laman social Facebook hanya dengan issue pertukaran url . Pertukaran dari domain blogspot.com kepada blogspot dot my sebenarnya bukan sebab kerajaan ingin memantau para blogger  . Sebab kalau benar kerajaan yang menyekat .. Pastinya domain blogspot dot com akan tetap sama bila kita log in dari luar negara atau menggunakan ip luar negara. Rujuk pada gambar diatas.. menggunakan ip negara sebelah ,Indonesia tapi url tetap berubah ikut IP Indonesia. cubatema.blogspot.co.id   


Jadi bukan kerana kerajaan kan ?  Dan gambar dibawah ini pula ketika login menggunakan IP Malaysia . Pertukaran url mengikut negara sebenarnya dilakukan oleh Google , bukan kerajaan. Setakat ini kerajaan mampu menyekat beberapa certain seperti url dot com  / dot my atau url blog terus tak boleh dibuka. Penyekatan biasa dilakukan oleh pihak MAMPU . Di Office pejabat awam atau bank untuk mengelakkan staff mencuri tulang kot . Hehe.. 




Gambar dibawah ini pula, url blog dari Indonesia tapi Lisa login disini jadi automatik akan bertukar ke blogspot.my bukan blogspot.co.id lagi . Semalam cari entri mengenai sakit gigi sebab gigi Lisa yang sakit bak tertusuk jarum . Sama ada gigi atau gusi yang bengkak.,, dan terjumpalah blog dibawah ini. 



Jadi salah Kerajaan ke ? Ibarat awak menumpang dirumah orang secara Free , lepastu tuan rumah melakukan pertukaran pintu . Nak tak nak kena gunakan pintu yang baru . Sama lah macam awak menumpang blogspot dari google. Kalau GOOGLE melakukan perubahan , kena lah ikut . Hehe.. 
Walaupun blogspot.my akan redirect dari blogspot.com,, tapi kalau kalian main SEO memang akan lari dan juga trafik kalian akan berubah . 

Sebab tu ..tukarlah dari blogspot.com kepada domain berbayar . Mahal ? Satu tahun rm35 sahaja paling murah.  

VIDEO DOLLAH SALLEH MELETAK JAWATAN


VIDEO DOLLAH SALLEH MELETAK JAWATAN | Kekalahan pasukan Harimau Malaya melawan UAE (Emiriah Arab Saudi ) dengan 0 : 10 pada peralawanan ketiga kumpulan pusingan Kelayakan Piala DUnia 2018dan Piala Asia 2019 memang telah memalukan negara . Kekalahan paling teruk dalam perlawanan melawan pasukan antar bangsa.

Jom saksikan Video ketika Dollah Salleh menyatakan peletakan jawatan 



"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Bagaimana Nasib Skuad Harimau dimasa yang akan datang ? 

Canon Jenama Printer Tahan Lama

Canon Jenama Printer Tahan Lama | Setelah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun ,  semalam 4 /09/2015 berakhir sudah hayat si canon 3050  . Printer yang hari hari berjasa dalam memudahkan kerja Lisa selama ini. Memang dah seminggu dua printer ini meragam . Sekejap boleh print dan sekejap keluar tanda pangkah. HUH. Semalam last miit kerja terus tak boleh nak Print. Terbalik kan tunggang langgang ke kanan ke kiri , macam menyelamatkan nyawa orang yang hanyut di sungai . Namun sama sahaja , tak boleh nak print ! 

Akhirnya sampai ditempat kerja , Lisa bagitahu kepada Boss yang printer ROSAK . Kerana hari ini sabtu , takut nanti tak ada kedai yang buka pula. Mati la nanti nak buat kerja , kena bebel bos bla bla bla.. jadi untuk mengelakkan .. Lisa timing nak balik kerja baru bagitahu. Hehe nasib baik mood dia ok ja hari semalam. Terus dia pergi beli Printer yang baru . 


Printer yang menjadi  pilihan ,Canon  Image Class LBP 6030 . Canon lebih tahan lama berbanding brand HP . Sebab haritu pun pernah beli brand HP , cepat rosak. Kerana kami hari hari menggunakan printer , sebab tu tak tahan kot. Kena cari yang lasak-lasak bukan yang manja-manja.  Pendapat pribadi Lisa memang canon lagi senang guna and tahan lama . Pagi-pagi kalut nak pergi ke branch , usung printer yang diletakkan di bonet kereta belakang  ( kereta boss Lisa  ) , dah jalan 5 minit ,, boleh pula dia tanya Lisa ,  " wayar ada tak ? "  aik.. bukan ke dia beli one set. Memang biasanya dalam kotak ada wayar dan CD sekali kan. Aiyark.,, Dan kami pusing semula .. ke HQ hanya untuk check memastikan yang wayar ada sekali dalam tu . Padahal kalau berhenti sekejap di tepi jalan pun boleh kan . Dah jadi satu hal pula untuk membazirkan masa.

Sampai di branch pula , Buka kotak yang berisi printer baru itu , alamakk... plug wayar tu tak sama saiz normal Malaysia lak. Kena beli universal plug . Terpaksa tutup office semula dan pergi ke kedai lektrik untuk beli universal plug . Tunjuk wayar dan cakap nak beli universal plug , Apex tu jawap tak da jual pulak. Pelik bebenar , kedai lektrik besar tk jual kepala plug universal. Patah balik ke office , ambek universal plug yang rosak.. then tunjuk ke Apex tu. Haa.. baru dia paham benda yang aku maksudkan. Mungkin dia ingat Lisa nak beli wayar macam wayar yang Lisa bawa kot . Haihh bazir masa lagi.  Universal plug tu seharga rm4.50 (murah ke mahal ? )  Pasang satu persatu , dan kemudian settle. Nasib baik la toner printer ada dalam tu . Kalau tak ?? hahaha tk tau la nak cakap.. 


Berpeluh-peluh sebab jalan sana kemari , nasib baik pakai REXONA tuk deodorant takda la ketiak ni lecak basah . Sentiasa kering dan wangi gitu (alamak alih topik pulak ) . Cucuk plug wayar dan kemudian masukkan CD untuk install Driver Canon Image Class LBP 6030 dan sambungkan ke PC . Tekan Next, next dan finish . Tapii... pelik.. tak keluar shortcut  Printer Canon tu . Install manual pun sama sahaja . Try google dan download Driver canon LBP 6030 tapi tak berjaya juga . Try ke komputer satu lagi , hasilnya ? SAMA sahaja. Mana yang silapnya  ?

Keluarkan CD tu dan kemudian try lagi. Setelah hampir putus asa dan hampir memanggil tehnisen komputer .. akhirnya dapat baca juga CD tu.. Oh.. ternyata kena tekan My computer dan kemudian cari CD room E baru keluar popup untuk install secara mudah . Dan akhirnya .. settle dah untuk install Printer.

 Try untuk print paper.. Yes.. boleh dah . Tapi awat blank je ? Tak kan Toner tu tiada Ink didalam . Aduhai dah nak fedup. kemudian letak atas meja.. Nampak tak benda kaler orange tu ? Hahah Silap Lisa lupa tarik keluar plastik orange tu . Patutlah tak ada keluar Ink . Feww.. Nasib baik tak call boss suruh datang bawakan toner printer. Haha kalau tak.. memang dapat free bebelan di pagi hari .


Kalut dengan customer yang dah beratur sampai benda kecil pun lupa nak buat .

Printer dah baru ,, PC pula bila nak baru eh ? Hehe

Baca : Fungsi Printer Yang Anda Tidak Tahu 

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

 Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Telekung , biasa digunakan untuk menunaikan ibadah solat bagi orang Islam. Di zaman yang serba moden ini pastinya banyak ditemui beraneka jenis Telekung muslimah . Permasalahannya , apakah telekung itu mengikuti syarat sah solat ?

Reehans , Telekung keluaran terbaru dan menjadi Telekung Pilihan Muslimah. Berbagai corak dan pastinya selesa untuk menjalankan Ibadah . Dibuat dari material terbaik sehingga membuatkan Reehans Telekung Jubah yang berkualiti tinggi dan eksklusif . Kalian boleh memilih sesuai dengan corak yang kalian suka , kerana telekung Reehans tidak hanya mengeluarkan satu jenis sahaja tetapi mempunyai tiga jenis corak . Diantaranya :
1.Telekung Reehans Balqis
2.Telekung Reehans Nur
3.Telekung Reehans Rania


1. Reehans Balqis 

Telekung Reehans Balqis | telekung ini mempunyai corak bunga dan warna warna yang lembut. Terdapat  24 jenis corak Bunga yang kalian boleh pilih sesuai mana yang berkenan. Usah risau warna yang akan pudar. Sebab Reehans Balqis dibuat dengan material yang tahan lama dan lembut.

2.REEHANS NUR

REEHANS NUR | Menggunakan kain berkualiti tinggi dan mempunyai bentuk khas seperti jumbai di bahagian bawah yang sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas. Sesuai untuk kegunaan harian, sebagai hadiah perkahwinan atau masa kini.

REEHANS RANIA 
REEHANS RANIA  | Telekung Reehans ini pula dibuat menggunakan  kain Velentro ITALI berkualiti tinggi Iyang sangat selesa untuk dipakai . Disediakan dalam dua warna iaitu dusti pink dan putih. Kalau Lisa lebih suka kaler putih sebab soft dan plain. hehehehe.


Boleh riki-riki untuk hantaran nanti dan juga nak hadiahkan Mak lah. Untuk travel pon boleh juga . Kain yang lembut , selesa dan telekung jubah senang dipakai . Dengan telekung REEHANS  "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" Apa tunggu lagi , hari ini gaji kan untuk pejawat awam , meh singgah dan book sebelum kehabisan stock.

Ketahui Info Lanjut dan Tempahan :
    WhatsApp/Tel: +6011-14481591
    Email: reehanstelekung@gmail.com
    Facebook: Reehans Telekung
    Website: www.reehans.com


GAMBAR PERNIKAHAN NUBHAN AF


GAMBAR PERNIKAHAN NUBHAN AF | Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lelaki bersuara merdu yang pernah menyertai Akademi Fantasia yang ke 6 ini, Nubhan . Terkenal dengan lagu Ada Untukmu , memang wat Lisa terjatuh cinta dengan suara Nubhan. Kini status Nubhan pun telah bertukar kepada Suami orang . Kalian para gadis jangan patah hati dan sedih ya .. hehehe.

Nubhan telah pun bernikah dengan gadis pilihan hatinya sejak 7tahun lepas. Nubhan dan Afifah Hidayah Ahmad Taufiq telahpun sah bergelar sebagai suami dan isteri pada 29 OGOS 2015 di kediaman keluarga Afifah di Negeri Sembilan  . TAHNIAH ! Nubhan memberikan mas kahwin sebanyak RM20,000.00 dan 5 dulang hantaran , dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh pihak Afifah.

JOM TENGOK GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN NUBHAN AF6 DAN AFIFAH !











GAMBAR : MHM STUDIO  || dmuslimphotostudio

© all rights reserved
made with by templateszoo