Ad

PS4 DRIVECLUB [R3] Untuk Peminat Game Kereta

PS4 DRIVECLUB [R3]  Untuk Peminat Game Kereta | Drive Together Win Together . DRIVECLUB R3 akan  menghidupkan hati dan jiwa untuk kalian para penggemar game kereta .Pengalaman memandu yang sahih dan mendalam,Driveclub juga menjanjikan untuk kalian  merasakan kegembiraan lumba kereta yang paling kuat dan indah yang direka di dunia .
Bahagian kelajuan tinggi perlumbaan solo, atau menyertai perlumbaan Club untuk mengetahui apa semua tentang Driveclub . Diwujudkan khusus dengan peminat permainan video generasi akan datang dalam fikiran, Driveclub menghubungkan kalian  dan rakan-rakan kalian , membolehkan kamu  untuk berkongsi pengalaman , menghantar dan menerima cabaran, dan bersaing untuk mempercepatkan dengan prestasi team kalian.

DRIVECLUB  is available from 8 Oct 2014 in America and the global servers are live for online play!
Jadi bagi kalian yang suka pada game online boleh start beli DRIVECLUB Limited EDITION seperti DISINI


 Edisi Khas Yang berisi :
 - Foil treated, karya seni yang unik yang ditempatkan di dalam kad lengan yang berkualiti tinggi.
     -Akses segera kepada lima kereta prestasi tinggi, setiap dengan reka bentuk seragam eksklusif:
      *.  McLaren P1
       *  Mercedes-Benz C63 AMG Coupe Black Siri
       *  Ferrari 458 Italia
       *  Aston Martin Vantage S v12
        * Alfa Romeo 4C
  - 2 eksklusif dalam permainan seragam pek untuk menyesuaikan kereta anda.
     - 2 DRIVECLUB pelekat lambang vinil (satu putih, satu merah) - sesuai untuk laptop  atau games console.
Disajikan dalam 2 subtitle yaitu bahasa traditional chinese dan English .


Report Polis Kes Aku Diculik

Report Polis Kes Aku Diculik | Semalam aku pergi Kuala Lumpur, saja berjalan and ade hal sikit. 1Hari sebelum dah bagi tahu , pagi pon dah bagitau yang aku nak jalan-jalan . 
Dijadikan cerita,semalam akak aku call...tapi time dia call tempat tu highway takda line internet. 
Aku hantar message pon sama tak lepas. Sampai ke petangnya baru dapat call aku. Aku jawap la panggilan dari akak. Dia mula tinggi suara potpetpotpet tanya ada dimana blablabla,pastu suruh balik secepat mungkin. Aku iya kan saja. Pastu aku call abah aku,bagitau aku kat mana ,dengan siapa, balik pukul berapa. Abah pon ok.. sebab memang dah tau.

Aku naik bass 4jam woo dari TBS ke Kluang. Pemandu brrhemah lah katakan 60km/jam. Sampai kluang pukul 11.14 hurm.. ade dah try beli tiket bas terawal dah tu. Bukan salah aku  ,diperjalanan pon aku dah bagi tau yang sampai kluang pukul berapa.Kalau merekadah tidur,aku balik naik teksi ja. Sampai dirumah,kena bebel semula dengan akak aku. Aku jawap dah bagi tau and ada antar message sebelum pergi .Ternyata dia tak dapat message dari aku. Aku bagi tunjuk la enpon aku mrmang aku ada message dia.

Abang membela aku.. entah apa yang dia cakap, tapi lepas tu akak aku calm down.  Akak minta semua enpon aku, dia cakap tak payah pakai enpon lagi. Aku bagi tau la yang aku tak dapat misscall dia mcam mana aku nak jawap. Then abang aku jadi hero aku.. dah simpan enpon. Bukan nak marah.. sebab kami risau je ada apa-apa . Yelah..aku ni mane pernah pergi sensorang berjalan jauh. Kalau tahu jalan tak apa jugak. Ni.. aku mana tau jalan. Pastu dia call tak dapat. Risau kena culik.. maka akak aku buat laporan polis kes aku kena culik. Humaihhh sampai buat report polis. Time petang tu aku kan dah bagitau yang aku ok je. And dah on the way nak balik. Aku dah besar kot.. tak kan tak tau mana bezakan baik dan buruk. Hurm tapi mereka masih menganggap aku macam budak-budak kot. Ye la..aku anak bongsu. Mereka risau sampai wat report polis. Aish.. bukan aku tak bagi tahu pon. Ni kalau aku tak bagi tau entah entah wat iklan kat newspaper agaknya. 

Pengalaman Pertama Naik Bas Seorang diri

Pengalaman pertama naik bas sensorang ke Kuala Lumpur | mungkin macam pelik dan mungkin kalian tak percaya  tapi inilah kenyataannya. Hurm..seumur hidup aku..aku tak pernah berjalan jauh seorang diri. Paling tidak pon dengan family atau rakan . Hari ini aku naik bas sensorang ke Kuala Lumpur. Nak naik bas apa pon aku tak tau, Five Stars la yang jadi pilihan aku setelah kawan aku bagi sugestion yang 5 stars ni bagus. 

Harga tiket rm28 dari Kluang ke Kuala Lumpur . Nak tau tak? 10 orang je dalam bas ini. Yela... Hari bekerja kan. Mane ramai orang . 

Semoga selamat pergi dan balik 

Unlimited Internet 4G Seharga Rm89 !

Unlimited Internet 4G Seharga Rm89 ! | Memperkenalkan Yes FIZ 4G unlimited internet pascabayar  seharga rm89/bulan . Dengan harga rm89/bulan kalian mampu melayari internet tanpa had.  Murah kan ! Plug and play sahaja. 
Kebaikan Yes Fiz 4G ialah kalian boleh membawa kemana sahaja asalkan masih satu kawasan. Contohnya kalau kalian daftar di Masjid Tanah,kalian nak membuat asigment di rumah lain yang masih berada di kawasan Masjid Tanah , hanya cabut wayar dan kemudian bawa kerumah kawan kalian tu. Senang sahaja bukan ? 

 Sign up Yes Fiz 4G  mempunyai contract 2 tahun , sebab itu sebelum kalian mendaftar..pastikan kawasan rumah kalian termasuk dalam coverage Yes,boleh check DISINI 

Akhirnya Menjadi Tunangan Orang !


Akhirnya Menjadi Tunangan Orang ! | 16 September 2014 , dimana tarikh ini adalah hari merayakan hari jadi dan juga sekaligus hari dimana dia merubah status single kepada Bertunang . Tahniah kak Dayah akhirnya menjadi tunang orang tersayang . Hehehe. My Bro pernah cakap , dia bukan BF akak Dayah dan tak nak berstatus Boyfriend sebab bagi dia kalau betul-betul sayang kan anak orang bukan melalui status/ucapan sahaja , dia akan terus masuk minang . Akhirnya setelah menempuh banyak dugaan , mereka bertunang juga dan tak lama lagi akan melangsungkan pernikahan .

comel je kan akak Dayah


Hantaran untuk pihak lelaki



Mana gambar encik tunang ? Tak ada sebab encik L ade di Serawak berkhidmat untuk negara lah katakan.

Insyaallah dalam  3bulan lagi mereka akan melangsungkan pernikahan. Semoga dimudahkan dan mampu menempuh dugaan pra-perkahwinan .
Tak sabar rasanya nak jadi Bridsmaid akak nanti.

Nasi Campur Termurah , RM 3 Sahaja !

Nasi Campur Termurah  RM3.00 Sahaja  | Alkisahnya hari ini aku keluar beli makanan dengan akak . Aku memang kurang suka bawa wallet kalau beli makan di gerai makanan , sebab nanti rambang mata nak beli barang-barang lain pulak. Biasalah kan, wanita dengan shoping tak terpisahkan .

Sampai di kedai makan  Abang Man( gerai makanan yang selalu aku singgah ) , macam biasalah aku dan akak aku ambil nasi dan lauk ikut apa yang aku nak makan. Aku ambil 2 bungkus berisi Nasi +Ayam +Sayur + telur mata , dan akak ambil 1 bungkus. Hurm.. Time sampai counter nak bayar makanan, aku seluk poket aku. Aik? yang ada RM1.00 , tadi macam dah bawa rm10.00 tapi rupanya aku tersilap ambil duit , bukan ambil rm10.00 tapi rm1.00 . Muka aku dah cuak dah.. Akak aku pon bawa rm10.00 sahaja.

Adeh, otak jamed dah tak tau nak buat macam mana. Nasi pon dah bungkus.Kak Nor bagi cadangan  Kalau tak cukup pon bayar esok, boleh ke ? Hurm, tak pernah aku berhutang untuk makanan yang aku nak makan. Dan abg Man pemilik kedai makanan itu kira lah nasi itu. Mungkin sebab tengok muka aku yang blurr ataupon dia tadi ternampak aku hanya mengeluarkan rm1.00 sahaja, tetiba abg Man bagitau jumlah yang perlu dibayar untuk 3 bungkus makanan dan teh o ais tu rm10.00 sahaja .Kira 1 bungkus nasi rm3 sahaja. Murah kan !

Aik.. Betul ke ni ? sebab biasa rm4 untuk 1bungkus nasi . Dia ulang semula rm10.00 untuk kesemua makanan dan air tu . Wahh.. beruntung la aku hari ini, kalau tak.. tak tau lah nak buat macam mana.Rezeki aku, lepas ini memang kena tengok betul-betul lah duit yang nak dibawa tu.

Love Yasmin | Novel Kisah Allahyarhammah Yasmin


LOVE YASMIN | Novel yang mengisahkan Allahyarhammah Yasmin Johan . Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis yang istimewa bernama Yasmin Binti Johan atau nama pena-nya Yasmin J Hunwick,seorang Blogger dan pemain piano dari Langkawi -Kedah.
Puteri sulung Encik Johan Eusoffe Abdullah dan Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah menyahut seruan ilahi pada usia 17Tahun pada , 03 June 2012 yang lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama dua rakannya.

Pemergian yang tak disangka pada usia terlalu muda membawa seribu duka kepada mereka yang mengenalinya .Kisah Yasmin mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi pengajaran kepada insan yang masih hidup didunia ini bahwa maut tak mengenal usia.
Novel ini berharga RM25.00 dan ditulis oleh Mohammad Syimir bin Mohd Yunusi atau lebih dikenal SYIMIR YUNUSI Seorang pelajar Fakuliti Kejuruteraan  Mekanikal yang sedang mengikuti pengajian diploma di Universiti Teknologi Mara  Pulau Pinang .

Novel Love Yasmin dicetak sebanyak 1,400 pcs untuk keluaran pertama pada June 2013 sampena 1 tahun pemergian Yasmin . Novel ini seharga rm25.00 dan tidak dijual dimana-mana kedai buku . Rm5 dari penjualan buku ini disumbangkan untuk tabung Palestine/Gaza  dan selebihnya diwakafkan kepada masjid-masjid yang telah ditetapkan oleh penulis. Blog penulis DISINI .

Novel ini ditulis sepenuhnya oleh Syimir Yunusi ,cuma dalam novel tu ada coretan kenangan dari keluarga dan peminat-peminat  Yasmin pada "Special Page" .

Yang membuat Penulis tergerak hati untuk menulis novel mengenai Yasmin ialah sebab beliau mendapat permintaan dari aunty Sazlina (ibunda Yasmin ) sebab beliau tak sempat menjawap soalan-soalan yang ditanya mengenai Yasmin , dan kebetulan Penulis ada update blog mengenai mimpi berjumpa dengan Yasmin .Kemudian artikel itu menarik perhatian family Yasmin dan mereka mensarankan kepada Syimir Yunusi untuk menulis mengenai Allahyarham Yasmin. baca DISINI  . Penulisan novel Love Yasmin memakan tempoh 6 Bulan .

Darimana Penulis kenal Yasmin ? apakah Rakan Blog ? Nope, masa Yasmin accident , adik dari Syimir kebetulan ada di Langkawi . Dia balik buat cerita , akan tetapi masa itu hanya anggap seperti accident biasa. 60 hari selepas accident ,kawan rumah penulis sembang-sembang mengenai Blogger yang meninggal sebab accident dan macam tahu dia dah nak meninggal . Ketika itu pon penulis belum ambil tahu ,dan sampai satu hari dia tergerak untuk membuka blog Yasmin DISINI . Dan kemudian mimpi Yasmin, Itulah permulaannya .
Tujuan mengarang Novel ini ialah untuk membersihkan nama Yasmin seterusnya mengetengahkan cerita sebenar disebalik apa yang menimpanya .

Sedikit bedah Novel Love Yasmin:

-17 bab mewakili umur yasmin semasa kejadian
-setiap bold alphabet dalam setiap bab akan membentuk perkataan'YASMIN JOHAN HUNWICK LOVE U' (ada kekhilafan dalam bab 9 dimana huruf 'H' tidak dapat dibaca mesin)
-isi perbincangan yang sering terjadi antara uncle Johan dan Yasmin diselitkan dengan isi ceramah2 Ustaz Don, Ustaz Azhar dan Ustaz Haslin bollywood.
- Yasmin peminat tegar Ustaz Azhar Idrus.
-L pada kulit buku diwakili oleh ibu jari dan telunjuk yang membentuk L
 

*Buku yang dia baca sebelum pemergian Yasmin.



Semoga roh Yasmin dan rakan-rakanya dicucuri rahmat dan belas kasihan ALLAH . AL-fatihah .


P/S: semua yang tertulis di entri ini ialah hasil dari sumber info setelah bertanya kepada penulis novel Love Yasmin iaitu Syimir Yunusi  sendiri .

Artis Cantik Ini Enggan Memakai Baju Kelelawar

Artis Cantik Ini Enggan Memakai Baju Kelelawar | Penyanyi Ussy Sulistiawati sangat memperhatikan penampilannya . Dia juga ingin selalu berpenampilan menarik didepan suaminya Andhika Pratama . Artis dari Indonesia ini Pantang mengenakan baju kelelawar dan berhias biasa-biasa sahaja dan membiarkan tubuhnya kembang selepas melahirkan anak.

Menurutnya , apa yang dimilikinya harus dijaga .Termasuk Penampilannya , diantaranya Minum Jamu , Exercise agar urat-urat tetap tegang. Alasannya . Ussy ingin membuka minda para wanita bahwa selepas melahirkan jangan biarkan  badan tak terurus seperti gemuk , dan kurang berhias .

Wah..boleh dipraktikan juga untuk kaum wanita yang dah berkahwin ,jangan sebab dah mempunyai anak lepas tu biarkan badan gemuk dan kurang berhias . Nanti suami cari yang lain acaner .. ? hehe..Suami pon kena jaga tau, nanti dah hilang menyesal tak sudah .

Tampil Cantik Dan Putih Hanya dengan 3Minute

Tampil cantik hanya dengan 3minute sahaja | Morning .. Lisa ingin share satu rahsia lagi untuk kaum hawa yang ingin nampak gojes,cantik , dan flawess hanya dengan 3minute sahaja ! Eh.. betul ke? Betul lah. Lisa menggunakan "Chriszen Moist Cake " memang tercipta untuk kaum hawa yang tak mempunyai banyak masa didepan meja rias sebelum pergi kerja. 
Chriszen two way cake.. perpaduan foundation +L-Glutathione (mencerahkan).Selain itu juga mengandungi + Pelindung UV (SPF50/PA+++)
+ Kolagen (Menghaluskan)
+ Pelembap (Melembapkan) sesuai untuk cuaca dan kulit kaum hawa serta kulit yang sensitif.  


Caranya senang je: 
●Pakai ampoule ke seluruh muka(2 titik).
●Rub and mix Chriszen Moist Cake tu supaya mendapat warna foundation yang CONTRAST.
●Tunggu sebentar supaya ampoule dan moist cake tu absorb ke dalam kulit anda.
●Muka u all's dah bertukar menjadi muka  NATURAL +putih!

TIPS: Rub and mix lebih L-Glutathione(putih) supaya membolehkan muka anda jadi putih dengan sepanjang masa tapi bukan sebentar saja!



Tips Mudah Cara Atasi Jerawat

 Tips Mudah  Cara Atasi Jerawat | Kalian yang mempunyai jerawat mesti pening cari banyak cara dan ubat untuk atasi jerawat tapi tak hilang-hilang jugak .  Betul tak ? Hari ni Lisa nak bagi tau kat kalian tips atasi jerawat yang memang Lisa selalu amalkan bila ada jerawat comel datang singgah ke muka yang baby face ni .Err..mohon jangan muntah ! haha

-Spirit 
Boleh diperolehi di Farmasi terdekat . Tak mahal , hanya rm10 sahaja untuk saiz botol besar.Ambil kapas , basahkan sedikit dengan spirit ,sapu ditempat yang ada jerawat. Mula-mula kalian akan terasa pedih ,sebab jerawat tu . Nanti lama-lama ok dah .

-Methylated Spirit
Sejenis spirit juga, mengandungi alkohol 95% . Kegunaan hanya untuk luar sahaja. Biasa digunakan untuk cuci luka luar. Sapu dengan kapas sahaja. senang bukan ?harga pon murah je rm6.75





-BD alcohol swap
Yang ni senang je , macam sejenis tissue basah. Koyak bagian tepi, kemudian sapu di jerawat itu. Harga murah je rm1.45 ,untuk 10pcs dalam satu packet.

Kalian boleh guna cara ini ketika ada jerawat , kalau tak da jerawat takyah menggedik nak pakai. Nanti kulit u all's kering . Sehari sampai 2 hari guna memang dah kering dah jerawat. Bergantung dengan jerawat kalian itu macam mana. Sapu ketika malam sebelum tidur.

Dah itu sahaja tips dari saya , selamat mencuba !


Anda Rasa Kerja Anda Susah ??





   Anda Rasa Kerja Anda SUSAH ? | Assalamualaikum dan selamat pagi, aku ingin bertanya satu soalan kepada kalian , Kalian rasa kerja kalian susah ??
Sebelum menjawap soalan itu , apakata kalian membaca dan menghayati coretan dibawah ini.

Susah Gila Kerja Aku Sekarang !!! 
Ada sebahagian kecil dari kita yang suka komplen . Dia suka cakap yang kerja dia sedang lakukan itu susah .
Di mulut dia selalu "berdzikir"
"Kerja aku susah lah .."
"Ala,dah banyak kali aku buat ,asyik tak jadi aja .."
"Eleee..Boringnya buat kerja ni.."
"Aku rasa bosanla,asyik buat kerja sama aja "


Hampir setiap hari diwiridkan kalimah ini .
Ingat kata-kata Lisa ni " Apa yang kita fikir ,dan apa yang kita rasa ,apa yang kita cakap, apa yang kita sebut ,semuanya ialah DOA dan itulah yang kita akan dapat "
Masalah ini sebenarnya ramai orang ada .Dulu aku pon selalu bersikap begini "Suka komplain"

Sekarang Dah Tak Begitu.
Alhamdulillah .Hari ini aku dah tak begitu lagi. Aku malas nak fikir perkara-perkara yang remeh temeh . Aku lebih suka fokus kepada apa yang aku boleh buat . Apa yang aku tak boleh buat , aku tak akan fikir.
Pesan Prof Muhaya " Dunia dalaman kita akan menentukan dunia luaran kita . Kalau dunia dalaman cantik ,dunia luaran juga akan menjadi cantik "

Buat Kalian Yang Suka Komplain .
Sedikit tips untuk kalian yang suka komplain itu dan ini, Kalian boleh amalkan tips ini :

1.Fikirkan ,Apa hasil yang kalian akan dapat jika kalian komplen ? bukan salah untuk komplen,maksud aku membebel . itulah ,,inilah asyik nak membebel sahaja . kalaulah dengan membebel itu tidak memberi manfaat ,baik berhenti membebel. Buat penat je .
2. Fikirkan ,apa yang boleh kamu lakukan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi . Orang yang jenis suka membebel ni orang yng fokus pada masalah . sekarang aku nak kalian fokus pada penyelesaian .If you have a problem ,find a solution .
3. Jika kalian rasa susah ,fikirkan ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah . 
.Kalau rasa kita dah cukup penat dengan kerja yang susah dan payah ,fikirkan bahwa ada orang lain yang lagi sukar pekerjaannya demi mencari rezeki .
Fikir kesusahan pakcik ni. Kalau kerja yang anda buat sekarang ini tk sesusah kerja pakcik ini maka bersyukurlah !
4. Untuk mengurangkan kalian membebel , aku cadangkan kalian PRINT GAMBAR PAKCIK INI .Lekatkan dimeja anda . Lagi acntik kalau diframekan . aku rasa,pasti dan pasti kalian tak kan komplen lagi. 
Kalau kalian rasa kerja sekarang membosankan ,kalian dah sampai limit . Dah tak boleh nak buat apa yang kalian sedang buat.. Then.. CARI KERJA LAIN . Tak perlu susah berada ditempat yang kalian tak suka . Ingat , Kamu tidak akan mati jika tidak bekerja ditempat anda sekarang.Carilah tempat lain yang mungkin lebih baik dari tempat kerja sekarang .
5. Jika ada masalah dengan apa yang kalian lakukan sekarang ,carilah sahabat atau pakar yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu . Cara paling mudah untuk menyelesaikan maslah ialah dengan mencari MENTOR yang pakar boleh  menyelesaikan masalah kita .

JOM HIDUP DENGAN LEBIH POSITIF 

Jadi macam mana ? sudah boleh jawap soalan tadi? 

Kebiasaan Buruk Saya


Kebiasaan Buruk Saya | Hurm ,tipulah kalau aku ni perfect sangat. Dan tipu lah juga kalau kalian tak ada kebiasaan buruk.Kan,, kan.. kan.. ! Baik mengaku ! Hahahaha. 
Entah dari mana datangnya kebiasaan buruk aku ni , tapi memang dari kecil kalau aku ade masalah/ stress / sakit hati /down .. aku akan gigit jari atau tangan aku . Takdelah sampai berdarah-darah sebab gigi aku bukan gigi harimau . Just bekas gigitan tu ada la kat jari aku. Habit datang dari mana aku pon tak tau . Tapi kalau dah buat macam tu .. memang akan lega sikit la.

Kalau kalian, apa pula kebiasaan buruk pada diri korang ??
Tidur berdengkur kah ?
Korek hidung kah ?
heeee...

Menunggu Masa Mati


Menunggu Masa Mati | Alkisahnya , wayar streamyx dan wayar komputer serta wayar-wayar dioffice ini bertaburan tak tersusun rapi. Diorang time pasang ni main campak-campak je ,terpaksalah aku ang kemaskan . Pisahkan asing-asing wayar tu , tak rimas dan untuk keselamatan .
 Satu hari tu aku mop lantai sebab air tertumpah . Lepas dari itu aku dengar ada suara electric shock , tapi aku nak cari yang mana satu pon tak tahu sebab takda bau terbakar. Tanda-tanda percikan api pon tak ada. Susah nakcari yang mana satu wayar shock tu .Tapi aku nampak ada satu wayar ni Bogel, tak sure lah wayar yang itu atau yang lain .
Apakah sebab terkena air ? atau memang dah habis jangka hayat hidup wayar tersebut ?Hurm, nak panggil teknisen pon  ,boss aku cakap nanti datang . Hurm.. Tak ada pilihan , Tunggu Masa Mati je lah .Wayar tu yang mati, bukan aku ye .

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A



Klik banner untuk join .

HADIAH;


Top Referal : Novel [Karya Sendiri] x 1 by Alia Ali Ahmad
Perfume x 4 by Alia Ali Ahmad
Topup RM 5 x 2 by Nadya Shafiqa
Bloglist x 5 by Nadya Shafiqa
Review Blog x 2 by Nadya Shafiqa


" Seseorang yang benar-benar mengasihi anda, adalah seseorang yang melihat kesakitan di mata anda, sementara orang lain percaya senyuman pada muka anda."

" " Being in a relationship is not about kissing, dates or showing off. It's about being with the person who makes you happy.

CINTA itu perasaan yang tidak dapat kita tolak dari eprasaan kita sendiri..Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk kita menikmati kebhaagiaan dalam kehidupan . Tetapi kadang kala ada insan yang menyalah gunakan  "cinta"untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya . Perasaan cinta itu indah , dan lebih indah jika  cinta kepada ALLAH itu kekal selamanya " 

© all rights reserved
made with by templateszoo