Ad

Showing posts with label #MisiIkhlasAidilFitri. Show all posts
Showing posts with label #MisiIkhlasAidilFitri. Show all posts

SELAMAT HARI RAYA ! [ 2018 ]


Assalamualaikum 
agak lama Lisa tak menulis entri personal .. hehehe almaklumlah sibuk menyambut raya dan kerja yang sekarang ni kena buat  2,3,4,5,6 kerja.. FUH! demi sesuap ketam nipah :P . Sementara masih dalam bulan Syawal ini , Lisa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin . Mohon maaf jika mungkin ada perkataan dalam entri yang selama ini ditulis , mungkin ada mengguris hati yang membaca. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Actually , Raya tahun ni memang sungguh bermakna ..sungguh meriah ! Penat tetamu datang sampai kemalam , alhamdulillah.. sebab itulah Lisa takda gambar raya kali ini. Sibuk membasuh pinggan didapur oih , kami memang tak hidangkan makanan dengan pinggan pakai buang . Heee.. So yang ada ni pun time masuk kerja di hari raya yang ke 3. 

Cun dak ? Dah dah jangan tengok lama-lama.. kang terjatuh hati pula ( eiiuww perasan pula ) 

Raya tahun ni sebenarnya sambut dengan sederhana je , means no spent banyak duit untuk sambut peraayan. Some Big is coming, kena berjimat cermat.. lagi pun Lisa ni kalau jenis baju raya atau bju kurung memang pakai sekali dua je selebihnya simpan dalam almari . Baju raya 5 tahun lepas pon masih helok dan cantik je wak ! So tahun ni berazam kengkonon tak nak beli baju raya kan , tapiiii.... last day puasa .. Lady Boss suruh pergi beli baju raya .. dia yang sponsor . PHEW! rezeki kan..tak kan nak tolak , dia suruh je beli baju lisa dan parents juga.. lepas tu nanti claim semula . Bertuah kan? walaupun dia berlainan agama.. 


Baju ni sebenarnya baju raya tahun lepas , size XS . Alhamdulillah masih muat lagi , sebab awal tahun lepas berat lisa naik 6kg . hahaha.. dari 44 naik menjadi 50KG. Time puasa aritu turunla 4 kg, boleh la kan banyak juga tu... sampai kehari ini masih lagi 46 kg.. nak dekat 45 :D 

Gambar raya tak ada.. tapi korang boleh layan video bawah ini la . jangan lupa follow Instagram :  @Mawar_biru89  dan tiktok : @ciksepet

A post shared by Cik Sepet (@mawar_biru89) on

Watsons Melancarkan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri Untuk Raya

Watsons Melancarkan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri Untuk Raya 


Kongsikan amal kebaikan dengan ‘hashtag’ kempen untuk mengumpul sumbangan sempena bulan mulia

Watsons memulakan kempennya bagi Ramadan dan Aidilfitri 2018 dengan menyeru warga Malaysia supaya menyemai budaya amalan mulia melalui perkongsian perbuatan baik hati yang mereka perhatikan di sekeliling mereka. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, Watsons berhasrat untuk menggalakkan sikap positif dan menonjolkan kebaikan serta keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Pada masa yang sama, Watsons Malaysia akan menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia sepanjang kempen berlangsung.

Kempen #MisiIkhlasAidilfitri yang diadakan daripada 15 Mei hingga 2 Julai 2018, menyeru agar rakyat negara ini berkongsi amalan mulia yang dilihat mahupun didengari mereka, di laman Facebook atau Instagram dengan menggunakan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Watsons Malaysia akan menyumbangkan 200 mata ganjaran (bersamaan dengan RM1) kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’. Sumbangan tersebut akan membolehkan organisasi amal itu membeli barangan daripada rangkaian Watsons, merangkumi kelengkapan penjagaan diri hingga ke ubat-ubatan dan vitamin, bagi memenuhi keperluan warga emas yang menghuni rumah kebajikan itu.

“Pada bulan Ramadan yang merupakan bulan paling mulia dalam kalendar Islam, pada masa inilah penganut agama Islam memperkukuhkan kerohanian diri dan meningkatkan amal kebajikan.  Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, kami mahu menghargai setiap amalan mulia yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di media sosial di samping menyebarkan semangat positif. Dengan menonjolkan usaha murni yang ikhlas ini, kami mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai ketika melakukan amalan baik dan merapatkan hubungan masyarakat dalam dunia ini di mana jurang antara insan semakin melebar,” ujar Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara bagi Watsons Malaysia.

Loh berkata, amalan-amalan mulia ini semudah usaha untuk menggembirakan insan lain seperti menguntum senyuman mesra dan menyapa individu yang ditemui, membawa pulang haiwan peliharaan daripada pusat kebajikan haiwan ataupun membuka pintu bagi memudahkan urusan orang lain sehingga ke usaha-usaha lain yang memberikan impak yang lebih besar. Watsons Malaysia juga akan menonjolkan perbuatan kebaikan luar biasa menerusi saluran laman sosial syarikat itu, seperti seorang lelaki yang menjual kereta Proton Iswara miliknya kepada seorang ibu tunggal pada harga 10 sen dan rakyat Malaysia yang berganding tenaga membantu satu sama lain dalam sebuah kemalangan besar yang berlaku di Ipoh.

#MisiIkhlasAidilfitri merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan oleh Watsons Malaysia yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia bagi meraikan semangat bulan yang mulia ini. “Menerusi kempen ini, kami ingin menunjukkan bahawa tiada individu, mesej mahupun kisah terlalu kecil untuk membawa perubahan. Melalui kempen ini juga, kami meminta orang ramai berkongsi mesej-mesej di media sosial yang memaklumkan, memberi ilham dan mewujudkan kesedaran yang mampu membawa perubahan sosial dan meningkatkan semangat kita semua.  Kami mahu rakyat Malaysia berasa hebat, selain penampilan diri yang menarik bersama Watsons Malaysia pada bulan Ramadan ini,” tambah Loh.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web Watsons Malaysia di www.watsons.com.my/promo-misiikhlas . Ikuti berita terbaharu daripada Watsons Malaysia di laman Facebook www.facebook.com/watsonsmalaysia 

© all rights reserved
made with by templateszoo