Ad

SURYA APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung

SURYA APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung

SURYA APPLE CIDER VINEGAR ( ACV ) Bantu Melegakan Perut Kembung

Masalah perut kembung ni semua orang pernah mengalaminya , tak kisah orang tua , dewasa atau kanak-kanak bahkan baby pon boleh kena juga . Perut kembung juga sentiasa disalahfahamkan mengandung. Nak jadikan cerita , semalam Lisa pon kena juga Perut Kembung ni lepas minum air ber-gas , dah bertahun tak minum air gas . . Nah.. tengah malam buta dah meragam pula perut ini , perut kembung sebab masuk angin  . Memang seksa hoih kalau perut kembung .., kadang sampai nangis . Rasa nak muntah tapi perut kosong takde yang nak dimuntahkan. Pernah terbaca Surya APPLE CIDER VINEGAR Bantu Melegakan Perut Kembung
 , jadi Lisa cuba sendiri , baru tahu berkesan ke tidak .

Tanda dan Gejala Perut Kembung 

Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
  • Sendawa
  • Kembung – perut anda terasa sangat penuh dan rasa untuk sendawa je sepanjang masa . 
  • Perut meragam-  isi perut rasa macam bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila biasa berlaku kalau Lisa lapar tak makan nasi , perut kosong .. dan kadang sampai rasa berdebar debar.

    Sangat tak selesa , dan seksa . Nak tidur pun tak senang.. rasa nak muntah , perut meragam.. stress weih ! 
Nasib la tempoh hari memang dah beli dan letak di Peti Sejuk kat rumah , berguna juga masa sakit kembung perut ni. Ialah sebab Lisa pon sebenarnya selalu juga kena perut kembung macam ni kalau lambat makan atau sehari tu tak makan nasi . Baru tergerak hati nak cuba sendiri ..hihihi. almaklumlah kebiasaannya Vinegar ni rasa dia perit dan tak boleh nak masuk tekak.. tapi Apple Cider Vinegar ni lain, sebab ada campuran honey juga. Rasa apple masam masam dan ada manis dari honey tadi . 



SURYA APPLE CIDER VINEGAR 

Surya Apple Cider Vinegar (ACV) merupakan Cuka Epal yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat yang telah dikeluarkan oleh Surya Malaysia. Surya telah memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubahkan perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 


Kandungan Bahan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Cuka epal ini diperbuat daripada buah epal segar. Ia mengandungi mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.. Antara Kandungan dalam Surya ACV adalah Air, Madu Asli, Jus Epal Pekat, Cuka dan Perasa Epal. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Yang Menarik dari Surya Apple Cider Vinegar  : 
  • HALAL Certified
  • New Taste
  • High Quality
  • No Preservatives
  • 100% Natural Honey
  • HACCP Certified





Cara Hidangan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Campurkan 30ml atau 2x sudu besar Apple Cider Vinegar dengan 180ml air dan minum selepas makan.

Jujur nya Lisa ni memang agak susah sikit kalau suruh minum ubat berbentuk syrap , apalagi cuka epal . Dulu pernah cuba minum tapi termuntah balik.. lah salah cara minum rupanya ,.,. kena campur air baru la tak perit. Dan jangan lupa sebelum minum ni korang kena makan dulu ye . 



Di Mana Boleh Dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ?


Surya ACV ni boleh didapati di semua cawangan Watsons , butik Himalaya dan Farmasi-farmasi yang berdekatan . 

Nak jimat ? Meh korang boleh beli Online je ... jimat dan tak perlu susah-susah nak keluar  dari rumah . Hanya perlu buat pembelian di LAZADA.COM.MY  untuk setiap pembelian diatas RM35. Wah murah bukan ? Jimat masa ,, jimat tenaga.. jimat duit juga! 



Untuk Info yang selebihnya korang boleh terus layari : 

FACEBOOK:


INSTAGRAM:




Dah separuh botol Lisa minum , Hujan dan sibuk berkerja memang selalu wat perut Lisa kembung  ... Nanti nak beli lagi la.. taknak terlepas harga promo , boleh la letak kat tempat kerja dan rumah . 

2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo