Monday, December 25, 2017

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO 

Banyak kali kita mendengar lambakan barang tiruan dalam perniagaan , tiru hasil karya orang lain seperti music , hak paten dan banyak lagi. Seperti jenama kasut , pakaian , tudung dan bahkan jenama make-up . Tahukah anda sebenarnya mudah sahaja cara untuk Lindungi Hak Cipta Anda iaitu Dengan MyIPO ,Perbadanan Harta Intelek Malaysia  . Lisa akan cerita sedikit banyak tentang kesedaran MyIPO yang selama ini anda mungkin tak tahu atau jarang dengar di telinga . 

MyIPO , PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK, sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Cara sebut untuk MyIPO adalah "Maipo" , sebelum ini pon Lisa ingat yang cara sebut tu  " mai-ipo ". Jangan salah sebut pula , nanti salah maknanya .



TENTANG MyIPO 

Untuk mengetahui lebih banyak lagi  info asas tentang MyIPO , anda boleh baca di laman rasmi MyIPO , www.myipo.gov.my . Berikut ini Lisa ringkaskan sedikit banyak tentang MyIPO .

 Sebelum tahun 1983, hak harta intelek (IPR) di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Pejabat ini menukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten pada tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri ketika itu.

Pada 27 Oktober 1990 pula , Kementerian telah disusun semula dan Pejabat telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dan menukar namanya ke Bahagian Harta Intelek. Bahagian ini kemudian ditugaskan untuk mentadbir beberapa akta seperti : 
Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000



Untuk memberi respons kepada pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, Bahagian ini adalah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.


Perbadanan mengambil langkah pertama yang penting dalam penjenamaan semula apabila akronim PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 pada Hari Harta Intelek Kebangsaan yang pertama.


VISI DAN MISI MyIPO

  • Visi MyIPO menjadi salah satu intelektual utama organisasi harta benda.
  • Manakala untuk Misi MyIPO adalah untuk menyediakan undang-undang yang kuat infrastruktur dan rejim pentadbiran yang berkesan untuk meningkatkan kreativiti dan eksploitasi intelektual yang lebih tinggi harta.

OBJEKTIF MyIPO 


Objektif MyIPO adalah:
  1. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  2. Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  3. Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  4. Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  5. Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna


Lindungilah Hasil Karya Anda Sebelum Diakui oleh Orang Lain

Agak sedih juga kalau karya hasil dari kreatifiti yang kita ada ni diciplak , ditiru oleh orang lain . Penat-penat berkarya jangan sampai ditiru orang . Oleh sebab itu , marilah Lindungi Hak Cipta Anda dengan daftarkan reka bentuk ciptaan  di MyIPO



Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari: 
Laman rasminya di http://www.myipo.gov.my
serta Twitter - https://twitter.com/myipo


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP#HartaIntelek #HakCipta #myipoctss
  1. Molek.laa kalau gtu.. takde la orang nak tiru kita punya pastu duk ngaju itu dia punya..haruu betul laaa

    ReplyDelete
  2. Thanks Lisak.. Baru tahu ada nya MyIPO ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau negara luar, cap dagangan ni diorang memang buat dulu sebelum produk keluar. Siapa guna je terus saman. Kita je keluar produk dulu, baru daftar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt sini kurang sikit kesedaran tuk patenkan. mungkin sebab mereka fkir mahal gitu kot

      Delete
  4. Akak pernah dlu masa jd loyer.. handle bab ni. proses dia mmg agak mencabar. no wonder mhl. tp bbaloi. slmt la bab tmark n patent kita. better buat. utk. mereka yg biz n nk secure ciptaan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang rasanya lebihmudah dan lebih murah

      Delete
  5. Peniaga kena amik tau pasal ni..supaya barang diaorg tak diciplak..barang pun selamat..bagus

    ReplyDelete
  6. Bagus info ni. Abe nk register logo Nasi Warisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha buat jgn tk buat. nti kang ada yang claim

      Delete
  7. ada beberapa kali nampak myipo ni lalu lalang kat home FB tapi tak tahu apa kebenda.. hahaha.. Sekarang dah tahu.. Thanks ciksepet.com buat entri ni.

    ReplyDelete
  8. bagus MyIPO, jaminan masa depan untuk dunia serba moden, kena takenote ni

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni tak amik tahu tapi bila baca baru tahu pentingnya MyIpo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tau an.. kalau kak mimi ada karya.. atau busines boleh buat ni

      Delete
  10. So, Commercial Name pun boleh dilindungilah kan macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. senarai tu ada kat atas tu kak. rasanya boleh

      Delete
  11. Replies
    1. nama barang dagangan bleh juga rasanya .. welcome kak sue

      Delete
  12. bagus myipo ni.. menjamin penat otak kita nak fikir idea menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... memang bagus . lindungi hak cipta

      Delete
  13. Penat design..sesenang je diciplak..igt nak perah idea tu senang gaknyer..bagus bila ada MyIPO ni..

    ReplyDelete
  14. Bang, maaf mau nanya. Apakah ini hanya berlaku untuk warga negara Malaysia saja kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MyIPO untuk warga malaysia je sebab time submit tu kena bgi ic . untuk warga negara asing boleh buat dinegara asal mereka :)

      Delete
  15. Bagus ada ni, hakcipta terpelihara!

    ReplyDelete
  16. hakcipta terpelihara, peniaga pun tak bimbang

    ReplyDelete
  17. Good... harap penguatkuasaan pun lbh mantap lps ni utk banteras brg tiruan....

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search