Thursday, July 27, 2017

Cara Dapatkan Facebook pabila Temporarily Locked

Cara Dapatkan Facebook pabila Temporarily Locked

Cara Dapatkan Facebook Semula jika Terkena Temporarily Locked

Assalamualaikum !! Pelik tapi benar , dalam bulan ni je dah 2 kali akaun facebook Lisa  kena Temporarily Locked. Aduh.. nasib baik la tak da task job yang perlukan share di media sosial facebook, kalau tak..mesti dah cuak . Kalau korang risau kena temporally locked juga ... jangan risau , Lisa akan share cara dapatkan akaun facebook semula.

Awalnya 2minggu lepas , akaun facebook Lisa kena temporally locked   Tapi ok lagi la dapat semula , secara on the spot . Tapi selang seminggu dari itu Fb kena locked semula . Eihhh nak bergurau manja agaknya . Lisa dah verify ID , dah letak code generator , dan letak SMS verify tau dekat Facebook Lisa ni ... tapi terkena jugak . Nak cakap ada klik link scam atau phishing tu takde pulak . Hurmmm.. kali kedua ni FB locked selama 12jam . Kali ni takberapa cuak la , sebab account FB tu wujud lagi .

Cara Membuka Akaun Facebook Yang Dikunci Sementara Waktu 


Sekiranya akaun anda juga dikunci buat sementara waktu, korang mesti ikut arahan yang diterangkan di bawah untuk buka sekatan Profile Facebook . 

Pertama , buka facebook dan akan nampak paparan seperti gambar first tadi diatas tu , korang klik je continue .


Then Facebook akan bagi pilihan untuk keselamatan seperti gambar dibawah ini : 



Nah , pilih la dan tick di salah satu option Security Check  tu . Diantaranya : 
  • Identify photos of friends 
  • Ask your trusted contacts for Help 
  • Identify your recent comments , atau 
  • Text a security code to your phone 
Andaikata tak lepas yang security dipilih  tadi .. korang boleh guna option yang lain , 


  • Identify photos of friends 
    Facebook akan paparkan 5x gambar random dari kawan-kawan facebook , dan kena pilih dengan jawapan betul tau . Jika tak tau gambar siapa , boleh tekan SKIP. SKIP hanya boleh 2 kali saja ....

  • Ask your trusted contacts for Help. 
    Yang ini memang dari awal kena set dalam privacy seting facebook . Minta tolong diorang untuk recover acc. facebook yang kena temporaly locked . Kalau tak set awal-awal.. option yang ini tak kan dipaparkan . 


    -Pilih pada trusted contacts page , pilih beberapa kenalan yang korang dah set dalam list Trusted contacts . klik pada Teruskan.
    - Facebook akan menghantar kod keselamatan kepada semua rakan yang telah korang pilih sahaja.
    - Selepas ini, tugas korang adalah untuk menghubungi kawan tadi , dan minta  mereka menghantar kod yang mereka terima dari Facebook.
    -Sebaik sahaja korang dah kumpulkan semua kod dari rakan , korang boleh gunakan kod untuk membuka kunci sekatan dari akaun Facebook anda.

  • Identify Your Recent comments
    Bagi Lisa option ini paling mudah la  . Sedikit banyak mesti masih ingat komen atau like FB kawan-kawan. Ha.. yang pakai autolike tu .. i tak tau la macam mana ... haha mungkin ken aingat sendiri hahaha..

  • Text a security code to your phone 
    Facebook akan hantar satu code di number HP yang korang pernah register untuk akaun FB tu . Agak lambat sikit dalam 30 minit gitu baru dapat code ini . Jadi bersabarlah ya . 
Dah verify semua tu , sila korang tukar password . Yay.. dapat semula akaun Facebook .!!! 

Eh... jap jap... 

Walaupun dah buat semua langkah yang facebook minta , kadang ada juga yang masih tak boleh access. Kalau berlaku seperti itu ... , korang try login dan ulang langkah atas tadi menggunakan PC atau Laptop .  Insyaallah boleh ...   




Alamak ... Akaun FB masih Temporarily Locked  lagi ? My Facebook Account Temporarily Locked? How to Unlock



Nah macam kes Lisa yang kedua kali kena TEMPORARILY LOCKED FACEBOOK , walaupun dah verify semua, dah tukar password , tetap keluar pop-up gambar diatas ini . Risau ye jugak la, sebabnya Lisa memang set code generator di Apss FB tapi tak dapat , Lisa tukar hantar code melalui SMS pun tak dapat juga ... tekan banyak kali , last-last dia keluar macam ni . Koran kena tunggu 12 JAM.. baru login semula . Dan nak taknak kena ulang langkah-langkah macam atas tadi la  .. 

Leceh juga ye , nak contact facebook customer service pun takde dia punya email. Rasanya tak ada lagi .. 

Bulan ni rasanya  ramai blogger yang kena temporaly locked . Kenapa blogger ye ? 
Yang awal kena locked tu sebab klik permainan di facebook , ala macam vonvon tu .. yang kedua ni pula ada yang cakap sebab SPAM post url link artikel di group-group facebook . EH .. masalahnya ada je yang tak spam tapi kena temporarily locked juga. 

Apapun.. kena terima je la , hidup menumpang dengan free.. nak wat macam mana kan , facebook ini Mark punya .. hehe. 


Jangan lupa share !  mana tahu esok lusa facebook korang pula yang kena temporarily locked. 




  1. Replies
    1. 1. sebab permainan yang lebih kurang vonvon tu ,
      2. ada yang kena lock sebab spam link article kt fb ( bukan saya )
      3. lepas letak detail blog / url ig /url fb di salah satu group blogger ...

      Delete
  2. erkongsian yang bagus lisa...kalau berlaku dekat akak,boleh refer sini.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Selalu kena ni.. 2 akaun dah kena block pasal ni.. ;( sedih huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah .. nk wat mcm mne ... hidup menumpang kan

      Delete
  4. saya pulak selalu kena tukar password. jadi macamni bila lepas tinggalkan komen kat status yang time ramai tengah komen

    ReplyDelete
  5. Sy punya xde option2 tu.. cuma keluar A code was sent to 012-375 1716. Please enter the code here when it has arrived. Tp code tak sampai2... huhuhu...camana nk buat.. ada idea x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya. Saya taktahu nak buat macam mana

      Delete
    2. kena try ulang sampai dpt sebab kadang code tu mmg lmbt sampai. atau boleh try guna op[tion by email

      Delete
  6. Macam nak nangis...
    Saya cuma macam sis bagitau..
    Dah banyk kali pilih semua tu.. Tapi tk acsess lgi.... Kena cuba laptop or. Cc pulak lah yea

    ReplyDelete
  7. Macam nak nangis...
    Saya cuma macam sis bagitau..
    Dah banyk kali pilih semua tu.. Tapi tk acsess lgi.... Kena cuba laptop or. Cc pulak lah yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buka katlptop dlu dan tengok boleh ke tak nk login tu

      Delete
  8. Sy baru kene smalam...smalam try login n but cara ss caka kenal frends n komen tu..tp xley gak login...ada chance lagi x nak buay or login? Ke kene tunggu 2 3 ari lagi? Buat pkai pc lptop plak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tahu juga mcm mana last popup ayat yang fb bagi. or boleh tengok email

      Delete
  9. sy kena jugak, tekan continue loading je😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama.. lama loadingnye,,last2 tak boleh jugak.. hurmm

      Delete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search