Ad

Resipi Ayam Masak Sos Lemon

Resipi Ayam masak Sos Lemon


Assalamualaikum , hari ini cuti korang masak apa ? sebelum itu Lisa ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja baik swasta atau kerajaan . Agak lama rasanya tak tulis entri resipi , kali ini Lisa kongsikan masak ayam yang paling senang iaitu Ayam Masak Sos Lemon. Rasa masam manis , lebih kurang seperti sweet sour la. Boleh makan dengan nasi atau dengan kentang goreng dan salad ala-ala western gitu .

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon 

Nama macam western gitu ada lemon , tapi sebenarnya masak ni paling senang lah bagi Lisa .

Bahan-Bahan
3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
Minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam

Cara Memasak Ayam


1.Gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur, lepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak. Angkat ayam dan toskan kemudian potong sesuai cita rasa korang.

Untuk sos lemon pulak , resepi seperti dibawah ini :

Bahan-Bahan Sos Lemon

3 sudu besar jus lemon
4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
2 sudu besar mentega
2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan stok ayam pekat maggi

Cara Membuat SOS


1. Panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukkan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.

2. Masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat. Akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

Sebenarnya kan , untuk sos ni korang boleh beli pes yang dah siap dekat supermarket pun ada jek , Lagi senang la, tak perlu leceh .

Kalau resepi atas dan cara-cara tadi tak berapa senang hadam , korang boleh tengok diresipi che mat gebusss tiffin biru DISINI .

Selamat mencoba !!


5
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo