Tuesday, May 23, 2017

Senarai Pelakon HERO SEORANG CINDERELLA

Senarai Pelakon HERO SEORANG CINDERELLA



Ingat lagi dengan drama Suri Hati Mr Pilot ? meletops gitu gandingan antara si Neelofa dengan Fattah Amin . Drama kali ini dilakonkan juga oleh Fattah Amin sebagai hero dan Nur Fazura sebagai heroin. Nantikan drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang akan disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria).  Diterajui oleh Fattah Amin dan Fazura sebagai pelakon utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya. Akan ditayangan bermula 22 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.  

SENARAI PELAKON HERO SEORANG CINDERELLA


Selain dari Fattah Amin dan Nur Fazura , ramai juga beberapa senarai pelakon yang turut menjayakan drama ini diantaranya :- 

PELAKONWATAK
Fattah Amin Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura Nura Medina
Zizie Izette Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim Noah Farizzam
Aedy Ashraf Darius
Iswan Ismail Lukman (Luke)
Jasmine Suraya Zuyyin
Nina Juren Tengku Shamiza
Azhar Amir Datuk Azizan
Lisdawati Puan Ayana

LAGU TEMA  / OST

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penyanyi : Fattah Amin dan Nur Fazura


SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?

GAMBAR PELAKON 


SENARAI PELAKON HERO SEORANG CINDERELLA

  1. baru nak start tengok.. macam best kalau ada fazura.. hihi

    ReplyDelete
  2. #fattzura pulak kali ni kan.. hehe

    ReplyDelete
  3. oo zizie jadi datin bini no 2 la ye. best rasanya citer ni

    ReplyDelete
  4. sy minat fazura.....cewahhhh..hahah

    ReplyDelete
  5. Suka sangat hero seorang cinderalla

    ReplyDelete
  6. Sangat suka lakonan fikri ibrahim yg sgt natural

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search