Ad

Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz

Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz TV3
 Senarai Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz TV3 || Rasanya cepat pula drama Seindah Takdir Cinta berakhir.. hehe sapa yang tengok dari awal ? Kali ini digantikan pula dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz . gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama .Lisa tak berapa kenal sangat hero dan heroin ni ,.. tapi cubalah tengok mana tahu best kan . Cerita seorang doktor dengan seorang kapten Tentara.drama adaptasi dari  novel Anugerah Terindah karya Sophilea . 


Barisan Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz  



PELAKONWATAK
Raja Afiq Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun Dr Arianna Dahlia
Ikhlas Jalil Kapten Ustaz Fauzan
Hafizul Kamal Zakuan
Neera Azizi Dr Anisa
Reen Rahim Siti Awina
Fezrul Khan Leftenan Komander Izzudin
Ieka Zulkifli Marlia
Hafizuddin Fazil Tuan Razlan
Khaty Azian Puan Sharifah Radziah
Noniswara Puan Zarina
Nurul Iliyana Mirza
Alif Hadi Syamsul Baharin
Nur Sarah Alisha Puteri
Feiyna Tajudin Rabiatul Adawiyah
Azzahra Ahmad Harlina
Mohd Fadhil Kapten Fadzhil
Tash Yong Amrina
Aliff Aziz Dr Faizal
Iskandar Zulkarnain Syamsul Bahrin
Alex Faizal Syamsudin


JUDUL : SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
EPISOD : 23 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Sophilea
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Hafizul Kamal, Neera Azizi, Reen Rahim, Fezrul Khan, Ieka Zulkifli, Hafizuddin Fazil, Khaty Azian, Noniswara, Nurul Iliyana, Alif Hadi, Nur Sarah Alisha, Feiyna Tajudin , Azzahra Ahmad, Mohd Fadhil, Tash Yong, Aliff Aziz, Iskandar Zulkarnain, Alex Faizal


Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Black Hanifah
 dan  juga "Kali ini  "  yang dinyanyikan oleh CHerpen Band .


Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz : 

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz


2
( Hide )
  1. Drama yang menonjolkan pelakon fresh biasanya akan meletup. Ramai suka tengok. Apa pun support drama melayu.

    ReplyDelete
  2. Drama bagus .. musik/lagu ost menarik .. casting cantik .. pembawa-pembawa perwatakan yg matang .. scene solat selalu memberi panduan/penyelesaian dlm segala hal permasalahan watak-watak utama .. perbalahan selalu ditangani dgn penuh kesabaran/kebijaksanaan tanpa menggalakkan byk pertembungan fisikal .. ini drama terbaik buat penonton yg tidak suka keganasan dlm jalan penceritaan/lakonan (treatment perlakonan) itu & syabas kpd semua yg menjayakan Sygku Kapten Mukhriz .. Anugerah Terindah .. semoga ada lagi drama seumpama ini #

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo