Thursday, December 31, 2015

Biodata Mira Filzah

Biodata Mira Filzah || Ingat lagi tak kalian dengan gadis cantik yang pernah viral gambarnya sebab memakai unifrom anggota  JPJ satu ketika dulu ? walhal sebenarnya itu hanya sebuah lakonan di drama Dunia Lola tahun 2010 ,, gadis cantik tu bernama Mira Filzah . Dan sekarang dia berlakon di drama TV3 Slot Akasia , Cinta Si Wedding Planner lakonannya dengan Adi Putra (HERO ) dan Mila Filzah sebagai Heroin ,ZARA

JOM ketahui lebih banyak mengenai Biodata Mira Filzah
Nama Sebenar  : Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman
Nama PopularMira Filzah
 Umur 23 Tahun (2016)
Tarikh Lahir 2 April 1993
 Asal Bangi Selangor
Kelahiran Ipoh Perak
 PendidikanPerniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam
Pekerjaan TerkiniPelakon, Pengacara, Blogger, Model
Senarai Drama :  Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) Lakonan TelefilemDin Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015)
  Instagram

 https://www.instagram.com/mirafilzah 

 Twitter 










REVIEW IP MAN3 , Best tak ?


REVIEW IP MAN3 , Best tak ? || Memang Lisa akui sebelum ini tak pernah tengok cerita Ip Man pun .. dan malam tu terjebak pulak nak tengok. Tak pernah tengok dan tak pernah nak tahu macam mana dan jalan cerita Ip Man , baik Ip Man 1 atau Ip Man 2 , Lisa ingatkan seperti batman,  or man man yang lain yang manusia besi tu ha... ternyata lain le pulak . Balik dari bercuti Boss and anak dia bawa pergi tengok IP MAN 3 selepas balik kerja. OK lah... Lisa ikut je ,, sebab Boss yang belanja. Rezeki tak kan nak tolak,  betul tak ?




Sinopsis IP Man 3 


Lisa bagi 10 bintang untuk movie ini, memang best giler.. sedih pon ye jugak. Dalam cerita ini ada  Donnie Yen ( memang dari dulu suka dengan pelakon ini ) dan juga Mike Tyson ,Juara Boxing Dunia yang pernah terkenal zaman 80-90 an dulu. Best la .. sedikit banyak Mike Tyson bercakap mandarin.
IP MAN 3 , mengisahkan mengenai IP MAN (Donnie Yen ) , seorang yang sangat terkenal kerana ilmu bela diri dan kerendahan hati . Selalu menolong orang dan hidup bahagia bersama isterinya Cheung Wing-Sing ( Lynn Hung )   . Time itu pulak timbul masalah,, Ip Man cuba  pertahankan sekolah  tempat anak Ip man bersekolah yang ingin dikuasai oleh orang Asing  , FRANK (Mike Tyson ) dengan cara apapun juga . Disisi lain pulak , Cheung Tin-Chi , anak murid yang sama belajar di Wing Chun tidak dapat menerima kefamous-an Ip Man kerana dia merasa dia lebih layak di panggil HERO dan Grand Master penerus Wing Chun , cuba untuk mengadakan perlawanan dengan Ip Man  .. time itu pulak Isteri Ip Man bagitahu yang dia ada kanser dan tak dapat hidup lama lagi .  Apa kesudahan cerita ini ? Jangan lupa tengok di Pawagam terdekat ya ;)  ,


Senarai Pelakon IP MAN 3 : 
Donnie Yen as Ip Man (葉問)
Zhang Jin as Cheung Tin-chi (張天志)
Lynn Hung as Cheung Wing-sing (張永成)
Patrick Tam as Ma King-sang (馬鯨笙)
Karena Ng as Miss Wong (黃老師)
Kent Cheng as Fatso (肥波)
Bryan Leung as Tin Ngo-san (田傲山)
Louis Cheung as Tsui Lik (徐力)
Danny Chan as Bruce Lee (李小龍)
Mike Tyson as Frank
Walaupun Movie Chinese tapi ramai juga melayu yang tengok movie ini tau ....  Tak rugi kalau korang tengok . Sepatutnya watak Bruce Lee memainkan banyak babak di movie ini, tapi sebab keluarganya tak bagi izin,,, jadi bertukar lari sikit dari IP MAN 1 dan 2 .


Trailer IP MAN 3

Wednesday, December 30, 2015

Kalau dah Terlajak Delete...


Kalau Dah Terlajak Padam Komen di Entri Blog || HUh..  sebelum ni pernah nampak blogger lain tulis status pasal terdelete komen2 di blog,
Hari ni berlaku pula kat Lisa. Huwaa... nak menangis pun ada, maunya tak... 100 komen terdelete sekaligus... pergh ! Beberapa hari ni bahkan hampir seminggu ni Lisa memang jarang up entri, yela.. ujung tahun tentunya kena closed account kat tempat kerja lepastu holiday berehat rilekskan minda. Buka blog nampak banyak komen waiting confirmatio4n untuk di publish, mark all ..lepas tu tekan publish.

TAPI .... Lisa terbuka yang komen-komen dah publish.. mark all , remove content. Ni lah padahnya kalau buka blog sambil lewa main HP. Kan dah terdelete 100 komen. Padan muka Lisa ! Dan malangnya takleh nak undo macam delete file di komputer.
Baru nak blogwalking thrue komen2 yang ada... dah terdelete pulak. Haih... Maaf ya ... untuk yang dah sudi komen tapi terdelete pula. . Mohon tinggalkan komen untuk  Lisa jejak semula ke blog korang.

Terlajak perahu boleh diundur , terlajak delete komen blog... mana boleh undoo dahh ~.~
Tuesday, December 22, 2015

Hi-Tea ABC Sedap di Kluang


Di Kluang apa yang Best ? Nahh.. soalan ni yang diajukan kawan Lisa kepada kawannya . Nak tahu tak kawan tu jawap apa ? " Ntah tak tahu "  .. Huihh rugikan .. rugii... banyak tempat makan sedap dan murah di Kluang ini. Untuk lepak petang pula , ada pisang goreng cicah sambal kicap , ABC .. dan banyak lagi . Eh.. makan pisang goreng cicah sambal kicap ? peliknya . Tak pelik untuk orang Johor sebab disini memang petang-petang suka makan pisang goreng cicah sambal. Sedap woo.. tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak kan . Kalian datang Johor kena try tau .

Lisa pernah nampak adik dan kawan-kawan lain pos mengenai ABC yang sedap dan banyak , dan semalam Lisa baru berkesempatan merasa sendiri air ABC yang terletak di Batu 4 ,Kluang-johor  tu . Memang banyak dan sedap. Bukan hanya ABC saja , dikedai tu ada jual Lontong , Laksa , Nasi Lemak , Pisang goreng , Donut , roti bakar.. dan banyak lagi . Tak habis Lisa meneroka semua makanan disana . Yang menarik hati Lisa ABC , Roti Bakar , Donut , dan Pisang goreng .
  Panas terik petang semalam , pekena minum ABC memang segar la tekak ini. Hehe.. manis dan kenyang, puas hati woo.. Pekerja disini semua bertudung labuh , dan yang lelaki pula pakai pakaian sopan dan memakai songkok . Nah.. jarang kan kedai makan yang semua pekerja dan pemiik kedai berpakaian islamik. Dan yang paling penting , mesra pelanggan . Ramai juga pengunjung yang datang dikedai itu . Nama kedai itu , Kedai dan Bakeri IKHWAN .


Donut ini rm1.00 sebiji , bukan seposen. Heheh sedap DONUT ini . Mahal ? tak lah untuk rasa yang lembut dan sedap macam donut Dunkin Donut . Panas-panas kemudian makan .. pergh memang menggoda selera.  Harga kesemua makanan kami bertiga ,  rm16.50 , saya hulur rm20.00 tapi makcik tu bagi baki duit rm 4.00 .. diskaun 50sen sebab takda duit syiling . Lisa order : ABC , teh o ais , pisang goreng 4 biji , Donut 2 biji , roti bakar sekeping , soto 2 mangkuk . Murah le tu .. tempat kalian pon belum tentu dapat harga tu kan. 

Nama kedai ni , kedai KAFE AND BAKERI IKHWAN , bertempat di cornerdepan bangunan koperasi batu 4, Jalan menghala ke Mersing . Jalan kg. tengah 2 , 86000 Kluang -Johor. Nah korang tengok dalam maps tau dah nanti . Jalan pergi mersing.. pastu ambek selekoh ke kiri.. dah jumpa dah.  
Sunday, December 20, 2015

3 items dari Poh Kong yang saya ingin miliki


3 items dari Poh Kong yang saya ingin miliki | Poh Kong ,kalian pasti dah tak asing lagi kan dengan nama ini .Apalagi untuk kalian yang minat dengan barang kemas.  Termasuk la  Lisa ! Hehe dari nenek ,' mak,kakak, dan sedara mara ramai yang  memilih Poh Kong untuk membeli barang kemas .Poh Kong, kedai rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia sekali lagi telah mencipta banyak barang kemas terbaru  khas yang pasti akan membezakan dan membuat kalian jadi pusat perhatian. .  Tinggal beberapa hari saja dah tukar tahun baru . Memang sesuai  berikan hadih  untuk yang  tersayang dengan barangan dari Pohkong .  3 diantara  New  Collection  new year yang menarik hati Lisa , design yang simple tapi elegant  iaitu , Gelang tangan  Tranz Klasik 22K Gold , Angel Ring Diamond ,  Dan rantai  simply Elegant series.

Gelang tangan  Tranz Klasik 22K Gold
Gelang tangan 22 K denga penggabungan lebah yang disaluti dengan emas , dipadukan dengan labah-labah . Macam nature ,masing-masing berkait . Berbeza dengan design gelang yang kebanyakan onceng atau love , lisa lebih suka yang ini kerana bentuk unik dan lain dari yang lain . 

THE MULTIPLE JOY Stacked Rings  || Nampak tak cincin berlian yang simple tapi nampak elegant. Lisa memang suka perhiasan yang jenis simple tapi nampak cantik kalau kita memakainya . Cincin halus dari Multiple Joy sirie's ini menambah anggun pabila disarungkan dijemari Lisa . Mungkin cincin kahwin nanti nak pilih design yang seperti ini lebih simple dan cantik . Nampak seperti exclusive.


Rantai Angel Diamond  || Pertama kali nampak rantai ini terus terpikat! mana taknya ... design yang unik dengan diamond . Siapa yang tak suka dengan diamond ,.. barangan kemas yang akan menyilaukan mata semua orang yang melihatnya . 




Poh Kong adalah penaja utama pada Clothes Buffet Malaysia Season 3 2016   yang akan berlangsung pada tarikh 16 dan 17 January 2016 @ Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur! Jangan lupa datang..

For more info on Poh Kong’s new year’s festive collection, please visit:

Poh Kong Official Website: www.pohkong.com.my      

Facebook: pohkongjewellers

Instagram: pohkongmy


Mengenai Poh Kong
Ditubuhkan pada tahun 1976 dan disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2004, Poh Kong adalah rangkaian terbesar kedai barang kemas di Malaysia mencapai tanda cawangan ke-100 pada tahun 2012, yang termasuk kedai konsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold oleh Poh Kong , Diamond Boutique, Gold Boutique dan Oro Bianco.
 Poh Kong menawarkan pelbagai perhiasan emas, berlian dan permata yang dicipta khas oleh pasukannya tukang dan pereka mahir. Jenama Poh Kong in-House termasuk Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Bunga Raya Gold Bar dan banyak lagi yang akan datang. Poh Kong adalah pemegang lesen untuk koleksi Disney; pengedar tunggal mutiara yang mewah Schoeffel dari Jerman, Luca Carati & MORAGLIONE 1922 dari Itali, ANGEL DIAMOND; berlian dunia yang paling cemerlang dan ideal persegi dan tambahan terbaru, Hemera berlian dengan 101 aspek, dan pembawa banyak keping barang kemas lebih indah dari seluruh dunia. 
Poh Kong telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kedai Harga (2013) dan Pilihan Rakyat, anugerah Emas dalam Pakaian dan Aksesori kategori untuk Anugerah Putra Brand (2015). Syarikat itu juga disenaraikan dalam Retail Asia Pasifik Top 500 (2014).


Saturday, December 19, 2015

Senarai Pelakon Tersuka Tanpa Sengaja


Senarai Pelakon Tersuka Tanpa Sengaja  || Dimana ada Amyra Rosli ,, disitu ada Amar Bahrin. Nahh sekrang Astro sedang menayangkan drama terbaru lakonan mereka berdua , ditambah dengan Emma Maembong dan Hafreez Adam . Bermula dari pertemuan tanpa disengaja ,kemudian berkahwin waau tak saling mencintai namun lepas berkahwin mereka saling cuba untuk menyayangi . Sayangnya hadir kembali bekas kekasih DR. Arif , agak-agak ... kembali kepada bekas Katrina tak ye  ? Jangan lupa saksikan Tersuka Tanpa Sengaja ,  ( penganti  drama Tuan Anas Mikael  )setiap Isnin sampai Khamis jam 10 malam hanya di Astro Ria 104 dan Astro HD 123
Tarikh: Disember 2015, Isnin hingga Khamis pukul 10 malam
Jumlah episod: 16
Saluran: Astro Ria 104 dan Ria HD 123
Novelis: Pena Kayu
Skrip: Wan Mahani binti Wan Hassan
Pengarah: Keoi Haji Khalid
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif
Pelakon : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi


Sinopsis : Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu identitinya dicurigai.Namun,ia menarik perhatian Arif untuk meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan dia dilamar atas permintaan ibu Arif. Farhah menolak pada awalnya namun setelah impiannya untuk berkahwin dengan Hakim sepupu yang dicintainya dalam diam musnah,dia menerima lamaran Arif.Kedua-duanya belajar untuk saling menyayangi. Dugaan melanda,apabila Katrina menantu pilihan ayahnya muncul kembali. Cintanya pada Katrina mati setelah Katrina meninggalkannya.Apabila mengetahui kakak tirinya adalah isteri Arif, Katrina cuba memisahkan mereka. Rancangan Katrina berjaya,namun dia tak mampu menewaskan cinta Arif yang  mula berputik pada Farhah. Katrina kecewa separuh mati hinggalah dia bertemu dengan Armand kawan Arif




Senarai Pelakon dalam TERSUKA TANPA SENGAJA : 

Emma Maembong  sebagai Farha
Amar Baharin sebagai Dr Syed Arif
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreezadam sebagai  Armand


Jimat RM10 Setiap Pembelian SUNSILK

Jimat RM10 Setiap Pembelian SUNSILK  || Assalamualaikum selamat hari Sabtu ! Nak tanya ni.. Ada tak dari kalian yang pakai shampoo SUNSILK ?  Nah berita baik untuk kalian yang gunakan pencuci rambut SUNSILK . Sekarang GIANT sedang buat promosi Chrismas dan End OF Year . Harga Sunsilk 650 ml ni biasanya average rm26.00 -rm 30.00 tapi bermula 17 Disember 2015 sampai 31 Disember , harga jatuh kepada rm15.89 sahaja . Lisa awal pagi dah beli sebanyak 15 botol .. Borong  sakan.. Jimat woo cuba fikir RM 10.00 x 15 botol : Jimat RM 150.00 dah !! Sekarang ni masa untuk berjimat.. kena tunggu  ada SALE baru beli dan berjimat. Semua barang naik.. hujan ujung tahun pon dah berkurang sekarang .


Tunggu apa lagi.. cepat serbu GIANT terdekat.. Jangan sampai habis baru nak beli.. hehe 
Friday, December 18, 2015

Penjual T-Shirt Yang Murah Hati

Penjual T-Shirt Yang Murah Hati || Salam Jumaat ,,, hehee . Dalam dunia jual beli sekarang ini yang penuh dengan harga tinggi bercampur gst memang susah nak dapat peniaga yang pemurah. Tapikan bukan la langsung takde  peniaga yang mempunyai sifat baik hati tu,, ada tapi 1 : 10 .. Kisahnya minggu lepas Lisa beli la Tshirt yang " KO PEHAL DOE ? " , Tshirt dalam instagram  Janna Nick yang jadi heroin "Iman" dalam drama Kau Aku Kita . Sehelai rm50 siap postage. Maka Lisa whatsapp si penjual tu sebab terminat nak beli pula. Bukan fanatik sangat.. tapi when lisa suka.. Lisa beli hehe. Trend atau tak trend tu urusan belakang la.



Isnin dia pos dan hari Selasa tu Lisa dah terima parcel T-shirt tu . Peliknya.. Lisa dapat dua bungkusan dengan nama pengirim yang sama , huhu. Mesti
ni terdouble hantar. Lisa whtsapp semula akak yang jual T-Shirt tu ,, bagitau yang dia terhantar 2 helai t-shirt and Lisa tanya lah nak hantar ke alamat yang sama seperti alamat pengirim tu ke ? Dan jawapan dia...
 " Yeke,,
 Kalau susah-susah adik ambik je lah .. 


Huwaa.. rezeki tak kan nak tolak .Pemurah  Sungguh Penjual TShirt Ini H
ehe Lisa pon ucapkan terimakasi la kepada akak tu . Alhamdulillah rezeki untuk Lisa .. dan semoga akak tu dimurahkan rezeki .  


Korang kalau nak beli T-Shirt ini contack and usha je dalam ig 
 

http://instagram.com/janna_nicker

http://instagram.com/janna_nicker

Beli la.. sebelum stock habis XD 

             
Thursday, December 17, 2015

Kadar Terbaru Pelan Internet Celcom Prabayar

Kadar  Terbaru Pelan Internet Celcom Prabayar || Tahukah anda yang plan internet celcom telah bertukar ? Plan internet yang dulunya rm 38.00 untuk 2GB kini bertukar kepada 40 untuk 2.5 GB . Pelan internet baru celcom prepaid ini berkuat kuasa hari ini . Tak ramai yang tahu termasuk Lisa !! huh.. sampailah tadi ada kawan yang bagitau.. tanya kenapa internet dia baru renew 10 Disember 2015 hari tu , tapi hari ni time nak tambah kuota data .. tak boleh . Sistem bagitau yang dia tak ada langgan apa-apa plan. UIKKK pelik kan ? lepas kawan tanya Lisa.. Lisa rujuk la kepada orang atas. Sebab memang tak dibagi tahu apa-apa pun mengenai info ini. Dan ternyata dah konfirm bertukar selepas tengok dalam centouch. 

( Gambar plan terbaru celcom ) 
Untuk customer atau pengguna prepaid celcom memang akan dapat message info mengenai perubahan plan internet terbaru ini . New Plan Internet Celcom Prepaid :
New Internet Plan:
Launching Today ( 17 Disember 2015 ) 

Daily RM 5 
300MB free 3min + 3sms
Weekly
RM10 
500MB free 15min +15 sms
RM15 
800MB free 15 min +15 sms
Monthly
RM30 
1.5 GB free 75 min +75 sms
RM40 
2.5GB free 75min + 75 sms
RM60 
4.5 GB free 75min + 75 sms
*Free Burung Hantu Internet same as usual
**Free Yonder across all Internet Plan for Weekly & Monthly till further notice.
Okelah jugak.. beza sikit. tambah rm2.00  dapat lebihan 500mb dari plan sebelum ini.






Wednesday, December 16, 2015

TIPS CANTIK : Penjagaan Kulit Dengan Bio-Essence Miracle Bio Water

TIPS CANTIK : Penjagaan Kulit Dengan Bio-Essence Miracle Bio Water  || Entri sebelum ini lisa ada tulis sedikit pasal Bio-Essence Miracle Bio Water ini, panjang nya nak sebut.. Huhuh.. Miracle Water ini biasa Lisa gunakan untuk spray ke wajah sebelum tidur. Sebab sejuk and tidur pun lena, kulit pon jadi halus , lembab dan tak kering. Lisa baca description kat belakang botol tu , Disitu tulis yang ternyata Miracle Bio Water ini tak hanya tuk muka je.. tapi body , kulit, tangan , dan rambut pon boleh spray tau . Serbaguna pulak.. semua dalam satu . Selama ini hanya ingat untuk lembutkan kulit and muka je . Ternyata banyak lagi kelebihan dan kegunaan yang lisa tak tahu . Heheh,,, dan satu lagi .. Miracle Bio Water ini boleh juga digunakan untuk bayi tau ! Biasa bayi terkena ruam-ruam merah dimuka atau kulit kan. ? spray saja guna MBW ini. Insyaallah sembuh.


Penjagaan kulit kering dan sensitive || 

Kulit Lisa pun jenis kulit yang sensitif, kalau kena air hujan je nanti jadi gatal dan merah .. tak kesah tangan atau kaki . Memang tak boleh kena air hujan . Tiap malam sebelum tidur.. Lisa spray je bagian yang gatal , ruam merah-merah yang alergik dengan air hujan tu .. Alhamdulillah dalam seminggu dah baik.  Kaki Lisa pon sekarang dah tak kering . Kawan Lisa ramai pula yang guna Miracle Bio Water Bio-Essence ni . Muka sunburn atau kering memang diorang pakai ni je . Baik laki atau perempuan.. waah tak sangka pulak . Penggunaan pon snang je .. Spray dan tak perlu risau melekit seperti  lotion badan .


Nah.. kandunan Aqua dan Nitrogen dalam Bio Essence Miracle Bio Water . Korang kalau nak try .. dapatkan di Guardian atau di Pasific .. Mana tau ada SALE hujung tahun ni .


Selamat tinggal kulit kering . ;)


Harga sebenar Tambah Nilai Prepaid Bermula 1 Januari 2016

Harga Sebenar Tambah Nilai Prepaid Bermula 1 Januari 2016 || Manis dimulut racun diberi.. macam tu la perumpamaan yang sesuai tuk menggambarkan keadaan harga topup /  reload pengguna prepaid prabayar.  Untuk makluman .. Caj 6% GST dah dikenakan kepada setiap pengguna telco baik prepaid atau postpaid . Yang dulunya rm10.00 sekarang dah jadi rm10.60 ,, dalam pembentangan Baget 2016 23 Oktober 2015 lepas.. D.S Najib Abdul Razak bagitau yang Gst akan sihapuskan bermula 1 Januari 2016. TAPII ..tapiiii... tau kah korang yang GST tu tetap ada..huh! Sama je macam menipu.  Tengok harga dan nilai topup tak sepadan seperti dulu lagi. Dulu rm10 dapat rm10.00 juga.. bermula tahun depan.. topup harga rm10 .. akan dapat nilai kurang dari rm10.00 .
Peliknya,, harga masing-masing telco tak sama. Untuk Celcom, harga rm10.00 dan dapat topup didalam rm9.70 ,sedangkan maxis / hotlink ... topup rm10.00 dapat 9.43 sen .Kalau gst .. kenapa harga masing-masing telco tak sama ? Sapa yang salah sebenarnya ? Jadi teringat nilai kadar topup 10 tahun lepas.. sama seperti ini la. Nampak nitizen komen " gst 6% topup tu hanya untuk orang asing " adeh.. kalau beli reload macam mana nak bezakan dia orang asing ke bukan... ? Sebab reload tu kan memang dah tetap harga yang sama.  

Tengok dan tunggu je lah... macam mana nanti. Akan berubah .. atau kekal macam info atas tu.


Saturday, December 12, 2015

Keputusan Terkini Selangor Vs Kedah 12 Disember 2015

Keputusan Terkini Selangor Vs Kedah 12 Disember 2015 || Perlawanan Akhir antara pasukan Selangor melawan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam ini akan menentukan siapa yang berhak menggengam Piala Malaysia 2015 . Fuh tak sabar rasanya nak tahu keputusan perlawanan Final Piala Malaysia 2015 tersebut .


KEPUTUSAN TERKINI SELANGOR MELAWAN KEDAH 12.12.2015 

Selangor ; Kedah
2: 0 

Keputusan penuh Selangor Vs Kedah ; SELANGOR JUARA PIALA MALAYSIA 2015. TAHNIAH Selangor telah merangkul Juara untuk kali ke-33 

SIARAN LANGSUNG SELANGOR vs KEDAH 12 Disember 2015

Live Streaming Final Piala Malaysia 2015  Selangor Melawan Kedah || Final Piala Malaysia 2015 akan berlangsung malam ini 12/12/2015 bermula jam 8.45 . Perlawanan akhir antara pasukan Selangor melawan Kedah . Tiket yang disediakan sebanyak 72 ribu telah pun habis terjual semalam. Harga rm40 untuk dewasa dan rm 5 untuk kanak-kanak . Siapakah pasukan pilihan kalian ?  Siapa yang akan menjadi juara dan akan membawa piala untuk kemenangan kali ini ?

Jangan lupa saksikan siaran langsung Final Piala Malaysia 2015 perlawanan Selangor melawan Kedah di TV3 malam ini jam 8.45 malam. Untuk siaran langsung boleh ditonton melalui pautan berikut ;

Final Piala Malaysia Selangor vs Kedah 12 Disember 2015 

Perlawanan akhir Selangor vs Kedah 12 Disember 2015
Thursday, December 10, 2015

TONTON KAU AKU KITA EPISOD AKHIR

Tonton Episod Akhir KAU AKU KITA || Malam ini malam last episod cerita drama Kau Aku Kita . Lepas ni pasti akan rindu Im Aus (Syahrul Ridzuan ) and Iman (Janna Nick ) . Agak-agak macam mana la akhir cerita drama tu,selalunya cerita di Drama tak sama dengan novel. Dua dua ego tak nak cakap yang masing-masing saling suka ,sama-sama sayang...

Mungkin bercerai? Atau kekal bersama? Jom saksikan di TV3  pukul 9.00 . Atau untuk yang nam tengok online.. klik link bawah ni :)

~~TONTON ONLINE KAU AKU KITA EPISOD AKHIR ~
Monday, December 7, 2015

HARGA TERBARU TAMBANG ERL, KTM , DAN LRT


HARGA TERBARU TAMBANG ERL, KTM , DAN LRT  || Lisa pernah naik ERL beberapa kali sahaja . Heheh ye la lagipun Lisa bukan duduk Kuala Lumpur . Dengar kabar tahun depan harga tambang untuk ERL , KTM dan LRT dah naik banyak dekat 100 % . Fuuhh mahal giler.. cuba bayangkan orang yang tiap hari kerja dan guna kenderaan awam , berapa satu bulan yang habis untuk naik kenderaan awam . Katanya nak berjimat elak tol dan bazir minyak guna je kenderaan awam , tapi kalau macam ni KTM bukan  Keretapi Tanah Melayu tapi lebih kepada Kitorang Tak Mampu !!  Untuk Lisa memang la tak berapa terbeban dengan kenaikan harga tu sebab Lisa tak duduk di bandar KL sana .  HUH dah semua barang mahal. kena berjimat-jimat sekarang tambang kenderaan awam pun dah naik.


Berikut harga terbaru tambang ERL , KTM /KOMUTER , dan LRT /Monorel  



Untuk kalian yang belajar di  IPT ..Universiti atau KOLEJ , korang boleh mendapatkan diskaun 50 % setelah mendaftar KTMB i-card (Keretapi Tanah Mealyu Berhad )  . sebab kalau dulu just tunjuk kad pelajar dah boleh dapat diskaun kan.. sekarang dah tak valid lagi dah . Untuk elak penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh orang yan belajar di IPT atau dah tamat belajar. Cepat daftar sekarang ,, pendaftaran dibuka hari ini sampailah 7 Januari 2016.


Lepas ini entah apalagi yang akan naik, semua harga naik .. Gaji tak naik juga.. 

Larangan Guna Kertas Bercetak Pula Dah !

 Larangan Guna Kertas Bercetak  Pula Dah ! || Sebelum ni kalian mesti dengar yang di Melaka dah berkuat kuasa larangan guna polystyrene untuk bungkus makanan . Sekarang pula larangan menggunakan kertas bercetak untuk bungkus makanan kalian. Kalau degil guna kertas daur ulang seperti newsppaper peniaga tu akan kena kompaun dari 2,500 sampai ke RM10,000 atau hukuman penjara selama 2 tahun . Habis tu para peniaga nasi lemak nak guna apa untuk bungkus makanan ?  Ada benarnya ... sebab kertas bercetak itu kan terdapat bahan kimia. Belum lagi kita tak tahu bekas newspaper atau surat kabar tu diletakkan di tanah ke tempat kotor. Ha.. kalau terkena kencing tikus atau kotoran cicak macam mana. Belum lagi lipas.. jadi seberapa besar kalian yakin yang kertas tu sihat ? Elak elak esok lusa orang kena kanser. Makanan panas , letak dalam surat kabar lama.. boleh jadi bahan kimia tu akan terserap dalam makanan tu .


Yang Lisa paham disini maksud Larangan menggunakan kertas bercetak sepeti majalah , surat kabar untuk membungkus makanan , ialah seperti pisang goreng panas-panas yang letak dalam surat kabar lama untuk menyerap minyak . Memang la tak boleh .. demi kesihatan kalian juga . Bukan suka-suka Akta ni . Tapi tengok komen-komen nitizen pasal Larangan ini yang berkuat kuasa di Kangar , Perlis bermula 1 Januari 2016  ni mereka ingat tak boleh bungkus makanan seperti nasi lemak guna kertas surat kabar lama ni . Kalau setakat nasi lemak , rasanya tak apa kot .. sebab nasi lemak tu pon letak atas daun dulu baru yang luar dibungkus guna kertas surat kabar. Yang macam ni kena lebih di didetailakn Larangan guna kertas bercetak tu yang macam mana. Rugi la juga nanti surat kabar yang lama-lama tu tak boleh didaur ulang. Nak lebih tahu tanya pada orang yang lebih tau jangan main kondem je sebab tengok dari satu sumber je .

KANGAR 6 Dis. – Pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak seperti akhbar, majalah, risalah dan buku sebagai pembungkus makanan serta penyerap minyak bagi makanan yang dijual, akan dikenakan tindakan undang-undang berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Jafperi Othman berkata, tindakan itu akan diambil di bawah Peraturan 36, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang boleh didenda tidak melebihi RM2,500 atau denda RM10,000 atau dua tahun penjara.

Beliau memberitahu, berdasarkan kajian toksikologi, kertas ber­ce­tak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, terdapat para peniaga di negeri ini yang masih menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan khususnya untuk tujuan menyerap minyak.

“Perbuatan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan keracunan apabila dakwat berpindah ke dalam makanan yang dibungkus kerana boleh mengakibatkan kanser.

“Selain itu, kertas bercetak juga diperbuat daripada bahan kitar semula yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kempen terhadap peniaga pasar tani agar tidak menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan di Nat Behor Lateh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Zaini Hussin.

Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini melancarkan kempen serupa di Bazar Ramadan Arau pada 19 Jun lalu untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada peniaga.

Jafperi seterusnya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kuasa pengguna dengan tidak membeli daripada mana-mana peniaga yang membungkus makanan dengan kertas bercetak.

Beliau percaya jika pengguna bersatu, sudah pasti para peniaga yang masih berdegil akan berubah kepada pembungkus makanan alternatif yang lebih selamat.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan berterusan bagi menyedarkan pengendali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

-sumber : Utusan -



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search