Ad

Sedap Ke Pirate Coffee ?

Pirate coffee , #kopiabangsado

Sedap ke Pirate Coffee ,Kopi Abang Sado ?  || Sebelum ni ramai orang dok cerita pasal Pirate Coffee , #kopiabangsado . Selalu tengok dalam facebook dan kawan-kawan dok post pasal kopi pirate ni .. Diorang kata kalau nak beli ni kena beratur lama , 2-3 jam . Uishh yeke.. dah macam nak masuk butik tudung Fareeda je kan. Apa yang special dari minuman ini sampai orang "rela" beratur duk tunggu hanya demi secawan kopi abang sado ini ? Tertanya -tanya asyik tak dapat je .. dan finally Lisa nampak tempat gerai jualan Pirate Coffee ni dah pindah ke tempat yang dekat dengan tempat kerja Lisa . Tunggu apalagi , Lisa terus pergi beli la. Sebab teringin nak rasa juga kopi pemes buatan melayu ini ha..



Nah ... ada bermacam-macam jenis rasa yang korang boleh pilih . Perisa cappucino , Latte , Mocha , Green Tea dan banyak lagi . Harga secawan Pirate Coffee ni RM4.00 sahaja .. murah je kan ! kalau nak special korang kena tambah rm1 untuk perisa Hazelnut Coffe , Strawberry Chocolate , dan Rasberry Chocolate seharga rm 5.00 . OK kopi ni mampu milik la.. tak mahal sangat. Memula datang Lisa disambut oleh abang yang tak berapa sado tapi manis senyumannya .. hehe ramah gitu . Lisa mmang tak pernah beli jadi tak tau la kalau nak pilih rasa apa. Biasa minum green tea je .. kali ini nak cuba yang lain la . Then tanya la pada abang tadi .. Dia sugest Hazelnut Coffee, sebab ramai customer beli yang perisa tu . 




Dah 3 kali Lisa beli, dah macam ketagih pulak.. heheh kopi ni manis .. kalau korang tak suka manis korang boleh request untuk kurangkan creamer . Tulis je dalam kertas . Order ala-ala starbuck tu.. tgk je cawan ni.. ala-ala minuman omputeh tu kan.


Lokasi Pirrate Coffee ini di Taman Intan-Kluang  , depan area Maybank -Giant . Korang beli la time yang tak ramai orang ,, sebab memang kena beratur untuk beli secawan kopi ni. ;) 


9
( Hide )
  1. murahnyaa...lisa...nanti kita pergi sesame hee.... :)

    ReplyDelete
  2. Dari festival food lagi nak beli pirate coffee tak dapat2x lagi minum. Boleh habis pulak time tu.

    ReplyDelete
  3. ala-ala stabak juga ya.. hehe tapi yang bestnya bangga tengok anak tempatan yang buat :D

    ReplyDelete
  4. ohhh jauhnyaa. kat johor eh .hikhik.tapi murahh!

    ReplyDelete
  5. murahhhhh..adoi ari tu akk gi kluang tak tau pula pasal kopi ni..ok nnt blh mark nak pegi sini hahaha..i suka kopiiiii

    ReplyDelete
  6. uish sedapnya. design dia ala-ala starbucks kan.. harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo