Ad

REVIEW 007 SPECTRE [JAMES BOND]

007 SPECTRE [JAMES BOND]
REVIEW 007 SPECTRE [JAMES BOND] || Biasanya Lisa kurang berminat dengan cerita orang putih , tapi kalau cerita James Bond tak tau kenapa Lisa memang suka . Siapa yang tak kenal James Bond weyh ! budak darjah tiga pon dah kenal siapa james bond . Banyak feed back dari kawan kawan yang dah tengok James Bond 007 SPECTRE ini , katanya tak best la .. mengantuk lah.. bazir duit kalau tengok . Tapi kalau tak tengok mana nak tahu kan ? Macam Polis Evo orang cakap best tapi Lisa dah tengok, biasa biasa je . 3 dari 5 bintang . Nahhh lain orang lain cerita kan , lain tanggapan . Dan rabu lepas kami ber- tujuh tengok movie ini sama-sama. Yay Boss belanja.. macam tau-tau je yang Lisa teringin nak tengok movie ini. SPECTRE mula ditayangkan 5 Nov 2015 , dengan durasi movie 2 jam 30 minit. Aiyayayaa... penat duduk.. haha. Tapi kalau enjoy movie tu memang tak terasa sangat la 2 jam tu . Hasil keseluruhan total tiket yang dah terjual dah capai juta juta melebihi tiket Jurasic World . WAWW


Tempah tiket sehari sebelum tonton movie tu , sebab apa ? sebab tak nak kehabisan tiket. Movie 10.15 malam tapi kami sampai di panggung wayang pukul 10.30 haha rileks la belum mula lagi wayang tu . Macam biasa .. iklan iklan kan kena tunggu dalam 15 minit macam tu . Walaupon ada sedikit masalah ketika nak duduk , tempat duduk kami ada orang yang menduduki . 7 Seat pulak tu , family aunty cina tu duduk disitu suruh beralih tapi tak nak. Kesian orang belakang kami terpaksa terhalang kami sebab berdiri duk tunggu nak duduk . Aunty tu cakap " saya tak ada tempat duduk , kalian pergi lah cari tempat duduk lain " dalam bahasa cina . Amboi amboi.. banyak cantik .. selamba je cakap macam tu dan suka hati je nak suruh kami pindah tempat lain. Then Lisa keluar dari hall cari security disitu cerita perkara sebenar. Barulah aunty tu pindah ke tempat duduk dia . Ishkk... 


SINOPSIS  007 SPECTRE  : Mesej kepada James Bond  ( Daniel Craig ) untuk misi cari penyangak sampai ke Mexico City dan berakhir di ROM . Dalam pengebumian salah satu penyangak , kemudian James Bond bertemu dengan Lucia Sciarra (Monica Bellucci ) balu dari penangak . James Bond jumpa dia sebab nak cari infountuk mengetahui dimana penyangak yang lain berada dan siapa dalang dari semua kejahatan yang telah berlaku .  Bond menyusup pertemuan rahsia dan mendedahkan kewujudan organisasi jahat dikenali sebagai SPECTRE .

Di  London, Max Denbigh (Andrew Scott), ketua baru Pusat Keselamatan Negara, mempersoalkan tindakan Bond dan cabaran perkaitan MI6, yang diketuai oleh M (Ralph Fiennes). Bond dibantu oleh  Moneypenny (Naomie Harris) dan Q (Ben Whishaw) untuk mencari tahu dimana Madeleine Swann (Lea Seydoux), anak perempuan musuh lamanya Mr White (Jesper Christensen), dialah satu satunya kunci yang tahu dimana pusat SPECTE berada dan boleh membawa Bond ketempat itu . Sebagai anak kepada seorang pembunuh upahan, Swann mpaham Bond dengan cara yang kebanyakan orang lain tidak boleh lakukan.

Sebagai usaha Bond ke arah tengah-tengah Spectre, sangat spechless sebab ternyata Oberhauser ( Christoph Waltz ) ketua dari penyangak itu ada hubungan adik beradik ketika kecil dengan Bond sebelum ini .

FAKTA JAMES BOND 007 SPECTRE : Tahukah kalian bahwa movie James Bond ini tercatat dalam GUINNESS WORLD RECORDS ? SPECTRE telah dianugerahkan gelaran Guinness World Records ™ untuk Terbesar Filem Aksi letupan yang demikian diumumkan hari ini di Beijing, China. Produser Barbara Broccoli, Daniel Craig dan Lea Seydoux, menerima sijil rekod itu bagi pihak pemenang Chris Corbould, yang berkhidmat sebagai Kesan Khas dan Kesan Miniature Penyelia di SPECTRE. Letupan itu telah difilemkan untuk adegan penting dalam filem itu yang berlaku pada 28 Jun 2015 di Erfoud, Maghribi dan digunakan 8418 liter bahan api dan 33kg bahan letupan.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli pengeluar SPECTRE, berkata, "Ia adalah sangat besar bahawa Guinness World Records telah mengiktiraf kerja yang luar biasa Chris Corbould dalam SPECTRE di mana dia mencipta letupan terbesar dalam sejarah filem. "





Film ini sangat membosankan ialah tak betul aih .. ! Lisa tonton movie 007 SPECTRE ini Best dan tak membosankan. Menarik !! Jangan Lupa tonton di pawagam terdekat ;)
6
( Hide )
  1. filem james bond ni sentiasa hangat dengan unsur-unsur suspen tambah-tambah lagi dengan pelakon yang hebat....

    ReplyDelete
  2. Jurassic World kalah?
    macam best jer kalau betul tue.
    shark tunggu kat astro je lar.
    hehe.

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan lagi nak pi tgk uhhuh

    ReplyDelete
  4. haishhhh..tgk mcm best jer cite nie...hihihi

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo