Saturday, October 31, 2015

KEPUTUSAN JDT VS FC ISTIKLOL AFC CUP 2015

Keputusan FINAL JDT vs FC Istiklol Piala AFC CUP 2015 || Tak sangka pulak dalam sejarah Malaysia sampai ke final perlawanan akhir AFC CUP . Tahniah kepada JDT ! Perlawanan akhir malam ini 31.10.2015  di  Stadium Central  Tepublican Dushanbe ,Tajikistan. Jangan lupa saksikan di TV 9 .wahh  kalau JDT Menang esok johor cuti peristiwa ye.. hehe 


Keputusan  JDT melawan FC Istiklol

JDT [1]  :  [0] FC ISTIKLOL
22" -Leandro  Valàzquez


TAHNIAH JDT telah menjadi JUARA PIALA AFC CUP 2015 !

Congratulations ! Johor Darul Ta'zim are the Champions of the AFC CUP 2015 !




Video Chameleon atau Sesumpah Beranak


Video Chameleon atau Sesumpah Beranak || Chameleon mesti korang tau binatang comel yang boleh bertukar warna kulit sama seperti warna yang dia pijak . Kalau pijak kayu , maka kaler jadi kayu .. coklat  , kalau ada di daun ... kaler berubah jadi hijau seperti daun . Pernah nampak video  chameleon bertukar kaler seperti bingkai cermin mata yang diupload dilaman sosial facebook. Namun korang pernah tak tengok chameleon beranak ? Macam cicak ke ? yang bertelur dan kemudian peram sampai telur menetas ?
 
Ohohoho salah ! dulu Lisa ingat memang macam cicak , tapi rupanya tak .. dan bagi Lisa chameleon ni sejenis reptilia yang confuse sama ada bertelur atau beranak . Mula-mula chameleon mengeluarkan telur lemik yang Lisa ingat tu ialah najis ! haha.. tapi sebaik sahaja telur lembik tu keluar.. tunggu sekejap then korang akan nampak baby chameleon yang keluar dari telur tersebut kemudian berjalan .Subhanallah... keluar kedunia terus boleh berjalan macam chameleon dewasa. Nah korang tonton sendiri video chameleon atau bunglon beranak .. 


Este camaleón dio una sorpresa a quienes lo estaban grabando
Posted by XEU Noticias on Wednesday, 30 September 2015








Keputusan Juara Super Spontan All Stars 2015 Akhir

Keputusan rasmi juara atau pemenang Super Spontan All Stars 2015 Akhir || Wah .. ingatkan Johan yang menang ..tapi rupanya lain pulak pemenang . Tahniah kepada Zizan sebab menjadi juara pertama Super SPontan All Stars 2015 malam tadi . Fuhh menang rm150,000.00 dan Motor Ducati . Alhamdulillah tak putus-putus rezeki Zizan.  Malam tadi Zizan Razak, Johan, Achey Bocey, Tauke dan Yus Jambu  bersaing untuk merebut gelaran juara Super Spontan All Stars



Tahniah  sekali lagi kepada Zizan Razak kerana telah dinobatkan Juara Super Spontan All Stars 2015 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta Trofi dan sebuah motosikal Ducati Monster. Manakala tempat kedua disandang oleh Johan Raja Lawak dan tempat ketiga Achey. Pak Yus pula menduduki tempat ke empat diikuti oleh Rahim tempat kelima dan Tauke Jambu tempat ke enam.

Keputusan Pemenang Super Spontan All Starz 2015 : 

Juara: Zizan Razak 
(Wang Tunai RM150,000 + Trofi + Motosikal Berkuasa Tinggi Jenis Ducati Monster 796 S2R)

Naib Juara: Johan Raja Lawak
 (Wang Tunai RM75,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: Achey
 (Wang Tunai RM50,000 + Trofi )

Tempat ke-empat: Pak Yus 
(Wang Tunai RM10,000)

Tempt ke-lima: Rahim 
(Wang Tunai RM5,000)

Tempat ke-enam: Tauke
 (Wang Tunai RM5,000)







GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN


GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN || Wahh sapa yang tak kenal produk RYSYA ?Dengan duta produk Che Ta yang memang ramai memuji kecantikan wajahnya dan pastinya korang tertanya-tanya apa rahsia Che Ta  agar tetap cantik aa ? Korang meh klik banner untuk ketahui lebih lanjut dan sertai giveaway yang dibuat oleh kak Linda atau AZLINDA ALIN.Syarat yang mudah dan senang je sebab self sponsor !

*KLIK BANNER UNTUK JOIN ;) 
Apa khabar semua !! Bertemu kembali dalam entri dunia kecantikan bersama mummy ! Entri kali ini mummy nak berkongsi pengalaman mummy bersama produk Rysya Skincare. Mungkin ada yang pernah dengar dan terbaca dengan produk terbaru, iaitu Rysya Skincare dari Rozita Che Wan (Che Ta) dan ada juga yang masih belum pernah dengar tentang produk ini lagi. Jom mummy kongsikan serba sedikit tentang apa itu Rysya Skincare.



Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium di mana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga penampilan diri.

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.


“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Mendapat kelulusan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu  Cleanser,  Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.

Dan, di kesempatan ini mummy nak buka GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 

Produk yang di tawarkan ialah LY TONER DAN LY CLEANSER:- 






RYSYA SKINCARE - LY Toner  

Direka untuk melindungi kulit, menjadikan kelihatan berseri, lembut dan licin. Menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma. Menjaga kelembapan kulit, memastikan ia terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk sensitif dan semua jenis kulit yang lain.

Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Penjagaan Kulit Pembersih Muka. Elakkan sentuhan dengan mata.





Kelebihan LY Toner



Toner ini bersifat lembut dan perlahan-lahan membersihkan kulit. Formula yang sangat efektif dapat menegangkan kulit wajah. Diperbuat dengan kacang soya dan ekstrak Phyto Placenta. Memberikan kesegaran kulit, keseimbangan pH lembut, rasa bersih dan sangat selesa.







RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka



Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier". Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit. 

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 

Kelebihan LY Pencuci Muka
Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 

Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN :-
1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
2. Buatkan satu entri bertajuk -  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN
3. Follow blog Azlinda Alin 
4.Follow Instagram http://www.instagram.com/rysyaskincareselangor
5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini :-- URL blog entri - Saya nak menangi  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE LY Pembersih Muka / Toner- Instagram akaun anda- dan alamat email .

Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015

2 pemenang akan di pilih untuk setiap satu produk. 







Friday, October 30, 2015

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARS AKHIR


TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR   || Akhirnya superspontan all starz telah sampai di penghujung final malam ini , Jumaat 30 Oktober 2015 pukul 10 malam nanti. ZIZAN, JOHAN, RAHIM, TAUKEH, YUS, ACHEY telah diumumkan sebagai finalis Super Spontan dalam Separuh Akhir Super Spontan. Agak-agak siapa yang akan menjadi pemenang dan mendapatkan hadiah wang sebanyak RM150,000.00 ? 

Jangan lupa undi Stars yang korang suka.
Agak-agak siapa yang akan jadi Juara Super Spontan ALL starz kali ini eh ? waahh tak sabarnya Semuanya akan terjawab dalam Super Spontan Akhir, Jumaat, 10.30 malam di Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura 
HADIAH PEMENANG Juara RM150,000
 Naib juara RM75,000 
Tempat Ketiga RM50,000 
Tempat Keempat RM20,000 
Tempat Kelima RM10,000 
Tempat Keenam RM5,000 

Untuk korang yang nak tonton live streaming super Spontan Akhir ni.. Boleh klik link berikut 

TONTON ONLINE SUPER SPONTAN ALL STARZ AKHIR  
(klik untuk tonton secara online ) link akan disiarkan bermula dari pukul 10. 
Thursday, October 29, 2015

Travelling Beruang TV3

Travelling Beruang TV3  || Mesti korang dah selalu nampak iklan atau kempen mengenai Travelling Beruang , beruang yang korang boleh beli kalau korang pergi travelling naik flight AirAsia . ,Sebenarnya kan kalau korang beli travelling beruang yang mula war-warkan sejak 9 Jun 2015 .. duit dari penjualan itu Airasia akan salurkan ke #MAKNA yang mana digunakan untuk kanak-kanak yang terkena kanser di Malaysia . Sambil membeli sambil menyumbang . Lisa pernah kempen di Instagram mengenai Travelling Beruang ini.  Telefilem Travelling Beruang akan di siarkan Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam.. Diantara pelakon yang akan memerankan dalam telefilem ini  seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy.

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi?









Wah tak sabar rasanya nak tengok telefilem ini.. macam menarikja . Korang dah belitravelling beruang  ini ? harga rm65 je .. beli online pon boleh ... :) 

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih || Hye ualls.. jom join giveaway dari emas putih. Hadiah rm 50 untuk 10 pemenang.. Join la mana tau korang menang . Pray untuk Lisa gak la hope menang :D 
Tuesday, October 27, 2015

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh
Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh , Jom sertai give away ini..  hadiah novel untuk pemenang . Caranya :
Syarat-syarat  mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau.

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.


Tu jer. Mudah sangat kan. Klik Banner untuk join ;)

Monday, October 26, 2015

RESEPI SUP CENDAWAN




(gambar google)
RESEPI MUDAH SUP CENDAWAN || dulu Lisa memang tak suka makan sup cendawan , menu side order yang terdapat di Pizza Hut . Tak cuba maka tak tahu , teringin la pulak nak rasa. Sekali makan, terus jatuh cinta. Lepas tu , tunggu apalagi .. try cara masak sup cendawan di youtube . Wahh senang je rupanya . Jom kita try masak .


Bahan-bahan Soup Cendawan  :
 Susu  500ml
Mentega 1 sudu
Cendawan 1 tin ( potong tipis-tipis )
Stok Ayam ( 2 Kiub ayam + secawan air )
Tepung Jagung secukupnya
Bawang Merah 1 biji
Bawang Putih 3 biji

Cara Memasak :
Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi .Masukkan cendawan yang telah dipotong tipis .Kemudian masuk kan butter/mentega  dengan tepung jagung. Gaul dan last masukkan stok ayam . Kacau , dan matikan api.
Blend sampai halus semua bahan yang telah dimasak tadi . Masukkan dalam periuk panas , tambahkan susu. Kacau hingga pekat . Siap dan sajikan ! Nyummy . Senang je kan ? Jom try .. ;)

Handphone Aku Masuk Air , arghh tidak !!

Handphone Aku Masuk Air , arghh tidak !!  || Cantik kan ikan Laga ini. Ikan yang senang je nak bela. Tak leceh seperti ikan yang lain , kalau tak cukup oksigen atau air tak sesuati nanti mati . Untuk release tension , best woo main-main dengan ikan walaupon tak leh nak bercakap ! Hahaha .. ok , cuba korang fokus ke gambar ini ,cantik kan ? Ofcourse la.. macam mana leh dapat gambar cantik ? Ambil Handphone then masuk dalam aquarium air .,Snap gambar dan siap ! Heyy Lisa tak gurau la.. seriesly memang Lisa buat macam tu .


Dan sebab itu gak Lisa baru perasan yang kamera belakang  Hp tu ternyata masuk wap dah ! hahaha padan muka . Tengok la gambar diatas, menangis wuu.. (eh taklah sampai menangis ) . Laju je Lisa tanya abang Ben Ashaari , sebab ritu Sony dia pon pernah masuk dalam air . Dia bawa pergi center , tu yang lisa nak tahu proceed dia nanti macam mana . Mahal ke , lama ke. Eh baru teringat yang genap setahun dah Sony ni , ABen cakap kalau bawa pergi ke SONY Center pun tak mahal , diorang buka enset then nanti pasang semula sebab bukan rosak pun. 

Hehehe sebenarnya sehari sebelum tu memang Lisa ada guna Sony Xperia Z2 tu untuk ambil  gambar produk review  guna kamera belakang  20.7 MB kott ofcoz la lawa , kalah DSLR  . Dan time tu gak ada beberapa gambar yang blurr. Ingatkan sebab kamera kotor.. lap sekejap dah settle. Tapi sama ja masih blurr. Mungkin sebab dalam bilik kot , lighting kurang  .Memang tak fikir yang kamera belakang tu masuk wap . Hahaha.. adeh , sebab sekejap gambar clear dan sekejap gambar blurr. Memang bukan sebab masuk air. Mungkin tak perasan time makan , Hp letak atas meja then  termasuk air dalam tu .





Hahahah tengok gambar ni ! Kalau la time ini tak problem kamera tu memang cantik woo gambar. Ikan bergolek-golek menari dalam air  . Bukan senang nak tengok  ikan gaya  macam ni. Sekarang dah pandai posing dah Ikan Laga ni , 8 bulan Lisa bela mungkin dah kenal Lisa kot. 

Dapat tahu je Handphone (HP)  masuk air , Lisa guna seribu satu cara tuk atasi and keringkan wap tu . walhal Z2 kan boleh masuk air ,,,yela..didunia ini mana ada yang sempurna . Lisa lap , goncang , kemudian tiup .. last lisa ambil haridyrer then keringkan . Bukan main panik macam ayam terbakar bulu. Peliknya lepas 5 minute , hilang pulak wap tu . Then kalau ambil gambar semula ... 4 atau 5 kali snap nanti jadi keluar wap semula . Menguji kesabaran betul la , tak po la esok bawa pergi ke SONY Center dalam Kluang Mall , nasib baik dekat ja . Kalau dekat KL memang mereput la henset tu . 

TOPUP Kekal GST !

TOP UP PREPAID KEKAL GST PADA 1 NOVEMBER 2015 

Top Up Telco Kekal GST 6 % || Tak seperti yang korang dengar , yang mana 1 November nanti Topup atau tambah nilai telco untuk pengguna prepaid dah tak da GST . Lepas pembentangan Baget 2016 ,, dan info yang Lisa terima , Topup kekal GST sampai hujung tahun ini. Berhuhuhu lah kita . Tapi nanti mesti ramai orang yang tak nak bayar gst . Haha macam haritu , isu gst dah dihapuskan.. tup tup kabar angin je . Pastu pengguna nak bising kat kedai . Kesian kedai kena bising , walhal orang tengah je pun. Tahun depan 1 Januari 2016 baru tak da gst untuk top up tu . Dan korang yang dah bayar gst tu telah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan berbincang dengan pihak kepentingan relevan dan memperhalusi mekanisme terbaik bagi pelaksanaan keputusan kerajaan berhubung tambah nilai prabayar telefon bimbit.

"Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat semantara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna," kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan susulan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.

Mengulas tindakan kalangan anggota Parlimen pembangkang yang membawa poster ke dalam Dewan Rakyat sebagai tanda protes, Salleh berkata tindakan mereka itu "kebudak-budakan dan tidak matang".

"Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen. Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas," katanya.

-- BERNAMA
Sunday, October 25, 2015

Review Shawl Murah Exclusive La Zara

Shawl Labuh Murah Exclusive by La Zara Closet  || Assalamualaikum ! Perasan tak semenjak dua menjak ini Lisa suka menakai shawl tuk jalan ataupun tuk kerja . Dulu lisa memang jenis tak suka dengan shawl plain , shawl kek nis kot orang cakap . Sebab Hanis Zalikha pakai tudung ni . Jadi trend lah dan orang pon senang sebut shawl keknis. Shawl ni lebih kurang je dengan kek Nis punya , Ukuran 165cmx 45 cm . Material dari chiffon , soft dan glowly tak keras dan tak lembik  senang dibentuk . Gayakan ikut bentuk muka korang . Lisa suka pakai macam ini je , simple dan tak terbang kalau tertiup angin. Hahaha angin sekarang kuat woo.. Gayakan macam-macam pin sana pin sini nanti kena angin terbang , tak selesa. Lainlah kalau dalam majlis rasmi ke ,, time tu kuarkan skill sekali pakai untuk gayakan tudung . Sekali pakai sebab nanti kalau buka dan suruh wat tutorial semula memang tak ingat. That's me ! Hahaha

Ta..da... comey tak ? ahaha perasan la pulak . Tudung ini panjang dan korang boleh gayakan labuh macam gambar Lisa diatas. Tips untuk nampak seri muka , pakai lipstik yang cerah ikut kulit korang , macam Lisa guna lipstik ikut darah  . Nampak kurus kan muka Lisa, walhal dah pipi pao . Ini semua trick ! hahaha..

Harga shawl exclusive La Zara closet  ini  tak mahal pun, rm35 .00 jer tak termasuk kos penghantaran .
Shawl ini korang boleh dapatkann di :

Whatsapp :
 0172097436
atau tengok koleksi lebih banyak di
 Instagram :
 @exclusive_by_zara


Saturday, October 24, 2015

Topup Tak Dikenakan GST ?

Topup Tak Dikenakan GST ?  || Mesti korang dengar juga  kabar angin yang diterima baru-baru ini, katanya bermula 1 November 2015 nanti Topup tak kena GST dah . Sebelum ini sekejap cakap ada , sekejap cakap tak ada gst . Bukan korang pengguna je yang pening dan confuse tapi penjual pon tersepit. Tapi dalam pembentangan #BAGET2016  semalam , tak cakap pun gst dihapuskan atau dikekalkan. Hahah confuse lak.

 " Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar atau prepaid card.
Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016." ini yang ada dalam pembentangan BAGET 2016 semalam.

Bos Lisa dah bagitau awal-awal memang 1 November nanti tak payah jual topup. Sebab tak tau betul ada gst atau dah tiada gst . Beli reload tu pun dah kena gst , tak kan nk jual tak ada gst. rugi disitu . Atau mungkin habiskan topup yang dah termasuk dalam gst baru jual yang NEW reload tanpa gst. FAIR , macam dulu-dulu.. topup yang beli takda gst tak boleh jual harga gst . Untuk postpaid pula memang tiada kelainan harga la . Sebelum ini kan  memang dah ada yang 6% tu tapi namanya bukan gst , gov. tax 6 %  . Just tukar kepada nama GST je . Tiada harapan nak berkurang lah ye untuk pengguna talian pasca bayar. Tapi dulu untuk bill broadband atau internet memang takada Gov. Tax . Charge untuk panggilan keluar saja ayng kena GST . HUHU sekarang baik panggilan atau internet dua-dua kena 6 % .

Hahaha jangan heran dan terkejut la kalau 1 Nov nanti akan nampak tulisan macam gambar diatas.



Ini Surat kenyataan yang diberikan oleh pihak celcom . Sebelum pembentangan BAGET 2016 . Konfuse dah sekarang . Tunggu pengumuman nanti la sebelum 1 November . Kejap cakap ada gst kejap cakap takda gst. Wait and See saja laa 

Friday, October 23, 2015

Intipati Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

INTIPATI PEMBENTANGAN BAGET 2016 MALAYSIA || Sebentar tadi telah dibentangkan Baget 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri . Diantaranya ubat-ubatan dikenakan gst , susu dan soya pun dikenakan gst. TELCO pun kena GST ,, walaupon kabar angin sebelum ini mengatakan topup tidak dikenakan gst bermula 1 November 2015 . #Baget2016 yang mengecewakan . Dan semoga tiada kenaikan harga lagi seperti tahun ini. Teruk juga la , tol naik , gst , minyak naik ,, hurm kesian rakyat marhaen ini. Bajet 2016 berteraskan " memperkukuhkan pertumbuhan, memperluas keterangkuman, memastikan pemapanan fiskal" akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

   * Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
   * Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
 * Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
    *RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
    *Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
    *Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
    *Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
    *Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
    *Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
    *Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
    *Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
    *Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
    *Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
    *Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
    *Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
    *Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
    *Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
    *Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan
    *Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
    *BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
    *BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
    *BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
    *BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
    *BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400
    *BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
    *Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
    *Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
    *Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
    *Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
    *Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
    *Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
    *Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
    *Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
    *Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


Pembentangan Bajet 2016

 Pembentangan Bajet 2016 || Agak-agak baget apa yang akan dibentangkan peruntukkan 2016 nanti ye ? mungkin ramai yang nak tahu . Dan semoga tiada kenaikan harga lagi seperti tahun ini. Teruk juga la , tol naik , gst , minyak naik ,, hurm kesian rakyat marhaen ini. Bajet 2016 berteraskan " memperkukuhkan pertumbuhan, memperluas keterangkuman, memastikan pemapanan fiskal" akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh        : 23 Oktober 2015 (Jumaat)

          Masa         : 4.00 petang

          Tempat     : Parlimen Malaysia

Untuk menonton siaran lansung ,kalian boleh tonton di TV1 dan TV3 atau untuk menonton secara online ,, tonton di pautan : http://myklik.rtm.gov.my/tv1  atau  http://www.tv3malaysia.net/2010/06/tv3-malaysia-online-streaming.html

Thursday, October 22, 2015

Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ]


Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ] || Sejak musin Jerebu di Malaysia ni , banyak penyakit mula timbul dan berjangkit kan  . Udara pun dah tak bersih untuk dihirup . Lebih teruk dari Fooging dan cium bau asap rokok. Lisa bau asap rokok je pun dah tak boleh apa lagi jerebu yang berbahaya . Di Indonesia sana IPU Jerebu dah cecah ribu riban dah . Jerebu sini yang seratus lebih je dah tersiksa . Bagaimanalah ye agaknya orang di Palangkaraya sana dengan kadar IPU yang cecah 2ribu lebih. Tak leh nak bayangkan .

Baru-baru ini mesti korang dengar mengenai Demam KEPIALU atau TIFOID .Demam yang berjangkit oleh bawaan makanan yang disebabkan bakteria salmonella typhi (S,typhi ) bukan ikan salmon tu ye . Bakteri yang terdapat di Urin , darah ,, dan najis si pembawa. Peliknya , orang yang membawa bakteria ini tak kena demam TIFOID, tapi orang yang terjangkiti yang terkena demam Tifoid ini , demam ini berbahaya tau.. boleh menyebabkan kematian . Jadi pastikan makanan yang korang makan diluar sana tu betul-betul terjaga kebersihan nya . Jangan makan makanan yang terdedah atau tak bersih . Lisa bawa bekal ataupon masak di tempat kerja , jadi safety sikit . Memandangkan Lisa memang tak berapa suka nak makan kat luar dengan cuaca yang penuh dengan jerebu dan tak sihat.

Ketahui langkah-langkah untuk cegah korang atau family korang terkena demam kepialu [tifoid ] Caranya :
1. Pilih gerai atau kedai makanan yang terjaga kebersihannya . Baik tempat atau makanan yang dijual
2. Cuci tangan sebelum makan ,atau selepas keluar tandas.  cuci dengan sabun dan air bilas sampai bersih  , jangan acah-acah siram air je . 
3. Makan makanan yang baru dimasak. Makanan yang tak terlalu lama terdedeah dengan udara. Kan jerebu kasat mata,, apalagi dengan bakteria .
4. Sebelum korang masak , basuh dan cuci bersih-bersih sayur juga buah sebelum dimasak dan dimakan. Cuci dengan air mengalir lebih elok.
5. Gunakan tandas yang sempurna. Ringankan tangan korang cuci tandas demi keselamatan semua orang ye 
6.Jangan telanjang tangan time nak ambil makanan . Pakailah garpu /sudu/senduk .
7.Tutup makanan biar tak kena lalat . lalat kan pembawa penyakit .
8. Jika korang rasa Demam , cirit birit atau sakit perut , cepat pergi hospital atau klinik yang terdekat. Jangan korang rasa korang ni superhero yang kengkonon kebal terhadap penyakit .

mata layu dan cekung ,kurang nafsu makan ,ruam atau bintik merah pada atas badan ,sembelit ,cirit birit,sakit perut ,kena sawan atau meracau ,lesu atau sakit badan ,demam panjang gejala awal korang kena demam TIFOID , jika korang kena macam ni...kena alert dan cepat cepat check ke klinik. 

"Mencegah lebih baik dari mengubati " ingat yer ;) 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search