Ad

JANGAN TONTON JWANITA

TONTON JWANITA
JANGAN TONTON JWANITA ! || Movie ini ditayangkan pada September. Movie arahan Osman Ali yang berkategori SERAM ! mana tak seramnya kalau semua darah -darah macam real . Jangan Tonton JWANITA kalau korang jenis penakut  .Sebab movie ini Seram gila aih !  Barisan pelakon hebat saperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzamme, Marsha Londoh dan Umi Aida. Lebih lagi Maya Karin yang menjadi pemeran utama sebagai  #JWANITA  . Fuh memang macam real. Nasib la Lisa tak tengok malam , kalau tengok malam memang tak berani tidur la jawapnya .Kalau nak tonton Jwanita minta orang temankan ye..

 Sinopsis #JWANITA  : 

Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan( Bront Palarae ).

Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika (Cristina Suzamme ) yang juga merupakan adik kandung Jwanita. Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat. Perempuan ini kemudiannya memuja dan membangkitkan mayat serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu hidupnya.

PAUTAN ENTRITONTON ONLINE JWANITA . 
Bagaimana pengakhiran cerita ini ? Apakah Julaika akan Mati ? Mula-mula memang tak seram sangat .. sampai minit ke 40 macam tu dah mula seram. Ketika NONA (Marsha ) di ganggu oleh Jwanita dan kemudian dibunuh . Waahhh tengok dengan gentel-gentel tudung sambil tutup mata. Seram aihh.. Dan membuat Lisa menangis di babak penghujungnya .. huwaa seram , takut ,sedih bercampur menjadi satu !

Jangan Tonton Movie JWANITA sambil makan , konfem korang rasa nak muntah .

Untuk yang tak sempat tonton movie ini , korang boleh tonton di chanel Astro  atau di pautan link berikut : 

2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo