Ad

APA ADA DALAM WALLET ANDA ? |CABARAN7HARI

APA ADA DALAM WALLET ANDA ? |CABARAN7HARI

APA ADA DALAM WALLET ANDA ? |CABARAN7HARI || Task untuk hari ini , apa ada dalam wallet anda ? Wallet untuk lelaki kan.. Purse untuk perempuan ( kata mr hati batu saya ) . Dalam purse Lisa tak banyak barang . Dan Lisa memang suka purse yang besar walaupon badan kecik dan automatik tangan memang la kecil sahaja kan . Tertanya-tanya apa yang ada dalam Wallet Lisa hari in ? Jom sergah ! 

1. Phone
2. Duit rm6
3.Kad H&M RM500  ( rewards review blog )
4. Namecard
5. Duit Singapore Dollar 32$
Itu sahaja la yang ada dalam wallet Lisa . Tak percaya ? tengok la gambar-gambar dibawah ini. Hahaha.
Kenapa Lisa tak ada kredit atau debit card ? sebab memang Lisa tak nak bawa ! hahaha nanti boros jadinya . Credit card memang saya tak ada ya . 


Phone | Memang tak pernah ada orang letak Phone dalam Purse kan ? Termasuk korang !  Phone Lisa besar tapi nipis , sebab tu kalau masuk poket nanti tak selesa. Poket kan dah ada duit . Sebab tu letak dalam Purse. Kalau keluar pergi makan atau beli barang , bawa je wallet tu tak perlu bawa beg. Lisa jenis kurang suka bawa beg kalau setakat pergi makan atau membeli barang di market. 


Duit pulak , tak kan la sehari habiskan rm6 sahaja ? Eh .. tak lah.. sebab Lisa suka meletakkan duit dalam poket. Sebab.. sebab Lisa pernah kehilangan purse dalam tu berisi rm500.00 .  Baca di entri LEPAS WALLET ILANG CINCIN PULAK ILANG .Memang menangis woooo ! Since dari itu lah Lisa tak letak duit dalam purse. Duit singapore ini angpau time raya cina haritu . Memang tak suka guna . Simpan dalam Wallet dengan sampul sekali. Hahaha..



So ..  Tertunai sudah cabaran 7 ari dari EFG  hari ini. Apa isi Wallet korang pulak , ? 



4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo