Ad

REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..

Barisan pelakon yang berada didalam Movie FAST AND FURIOUS 7 , fast and furious 7 .
REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..  | Movie ini sambungan dari Fast and Furious 6, mengenai lumba kereta . Deckard Shaw,  seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) memburu satu persatu kumpulan TORETTO sebab ingin membalas dendam atas apa yang berlaku terhadap adik nya iaitu Owen. Bermla dari Han , kemudian Deckard membelasan Hans di tempat kerja sampai mengalami patah kaki dan tangan. Diikuti dengan mula mengancam keluarga Dom .

Movie yang mampu menarik jutaan penonton di seluruh dunia. Banda kecik macam kluang je , tiket SOLD OUT dihari pertama tayangan Fast and Furious 7 apalagi di bandar besar? uish memang sesak dengan orang le. Macam Lisa , terbantut tengok sebab tiket hari Jumaat da habis terjual. Hahaha.. so beli untuk tayangan hari sabtu, 03 April 2015. Lisa tengok F and F 7  dengan big "CHEW" Family , 9 orang . Memang meriah lah ! Ini kali , Lisa dapat tiket free. Hehe..



FAST AND FURIOUS 7 INI BEST , MOVIE BEST ..saya bagi 6/5 bintang  Tapi.. tapi saya tak nangis time babak akhir cerita tu . Kawan cakap sediakan tissue ketika tengok movie ni sebab babak akhir nanti sedih. Throwback Lakonan PAUL WALKER semasa berlakon di FAST AND FURIOUS  sebelum dia mengalamai kemalangan yang meragut nyawa PAUL.  Movie ini sedih , kelakar , penuh aksi . Best part : ketika Dom dan Brian membawa Red R8 yang memang wow, kereta kebal peluru kemudian memandu dengan kecepatan yang laju , terjun dari bangunan ke bangunan menembusi 3 bangunan! FUuuhh.. macam Lisa pula dalam movie tu . Ada juga part gadis-gadis seksi , lelaki suka lah tu. haha..

Apakah kesudahan cerita itu ? Beli tiket dan tengok di pawagam terdekat le..
With my handsome boy.
 Barisan pelakon yang berada didalam Movie FAST AND FURIOUS 7 
PELAKONWATAK
Vin Diesel Dominic Toretto
Paul WalkerBrian O’Conner
Dwayne JohnsonLuke Hobbs
Michelle Rodriguez Letty Ortiz
Jordana BrewsterMia Toretto
Tyrese Gibson Roman Pearce
Chris Bridges Tej Parker
Lucas BlackSean Boswell
Jason StathamDeckard Shaw
Elsa PatakyElena Neves
Kurt Russell Frank Petty
Tony JaaKiet
Ronda RouseyKara
Nathalie EmmanuelMegan Ramsey
Djimon HounsouJakande
John Brotherton Sheppard
7
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo