Thursday, February 26, 2015

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015

Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 | Para pelajar atau calon  yang ingin melanjutkan pembelajaran dibidang perubatan , kini UniKL telah memberikan pelawaan kepada mereka yang layak untuk mendaftarkan diri dibidang perubatan.  Penyertaan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan selama 5 tahun bertempat di UniKL Royal College of Medicine Perak, di alu-alukan untuk semua calon yang memenuhi syarat kelayakan yang diberikan.

Syarat Kelayakan Minimum MBBS UNIKL :

~SPM- Minimum 5B dalam subjek Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik atau Matematik Tambahan.
~Diploma Health Science- Minimun CGPA 3.00 dan keatas
~Ijazah Medical Science- Memperoleh CGPA 3.00 dan keatas.

Untuk  Borang Permohonan Ijazah Perubatan MBBS 2015 boleh didapatkan secara online 
di web : http://www.unikl.edu.my/web/admission/


Wednesday, February 25, 2015

99 Cahaya Di Langit Eropa

99 Cahaya Di Langit Eropa  Apa yang kalian akan bayangkan bila mendengar nama EROPA ? apakah  Eiffel ? Colosseum ? Sansiro ? Tembok Berlin ? . Perjalanan menapak Islam di negara Eropa, Novel Islami yang memaparkan secara menarik pautan islam di Eropa sudah berlangsung sangat lama dan menyentuh berbagai peradaban. Eropa adalah negara dengan sejuta misteri tentang peradaban yang luhur tentang Islam. Buku yang menceritakan perjalanan mencari 99 cahaya kesempurnaan yang pernah dipancarkan Islam di benua Eropa ini. 

Indahnya Eropa , yang pernah Lisa tuliskan entri yang bertajuk  " Kisah Di sebalik Keindahan Europe " dan didalam entri itu terdapat sebuah movie Islami yang diadaptasi dari Novel ini. Bagaimana Islam mengajarkan mengenai kesabaran dan kebaikan. Membalas orang yang berbuat tak baik dengan kita , dengan sebuah kebaikan bukan kekasaran. 

Di dalam Hagia Sophia ,Istanbul "percaya atau tidak , tepi hijap bunda maria itu bertahtakan kalimah Laa ilaaha illallah " ,  Novel ini membuat Lisa seakan berada di Eropa dan menjelajah sudut-sudut bandar dan tempat-tempat bersejarah disana. Tak pernah tahu yang ade Islam di sebalik keindahan Eropa . Monumen Arc de triomphe du carrous , belakangnya terdapat patung Quadriwa yang diapit oleh 2 malaikat emas menghadap kearah kiblat..dan apabila ditarik garis lurus  AXE HISTORIQUE maka yang akan kalian nampak, negara timur tenggara paris ialah Swiss-italia-yunani-laut mediterania -mesir-arab dan kemudian berhujung di Mekah.

Memang best story dalam novel ini, story yang juga merupakan pengalaman penulis  Hanum Salsabiela Rais menemani suaminya Rangga ALmahendra  yang belajar di  selama 3 tahun berada di Eropa. Cerita mengenai Islam yang diolah dengan jalan yang menarik.  Hurm, rasa nak terbang pergi ke Eropa kemudian ke Istanbul mesti best kan! 




Novel 99 Cahaya di langit Eropa ini untuk masa ini memang tiada dijual di Malaysia lagi. Ini pun Lisa minta tolong kawan belikan ketika dia travell backpackers di Bandung haritu. Tinggal 1 je ,last stock . Memang macampisang goreng yang panas di pasaran. Kenapa Lisa tertarik dengan Novel ini, sebab setelah tonton movie 99 Cahaya Di Langit Eropa memang membuat Lisa semakin kagum dengan peradaban islam. Tak sangka pula diEropa tersembunyi sisi-sisi Islam yang mungkin ramai orang lain tak ketahui lagi.


Beli Beg Tangan Murah di ZALORA

Beli Beg Tangan Murah di ZALORA Wanita dan handbag memang tidak dapat dipisahkan. Handbag atau bag tangan bukan sahaja dianggap sebagai aksesori malah sebagai keperluan untuk memuatkan segala barangan peribadi seperti dompet, handphone, barangan make up, power bank dan banyak lagi! Well, wanita memang suka menyimpan ‘harta karun’ :p . Seperti saya, bag kerja , bag berjalan , bag untuk majlis kenduri semua berlainan. Pilih bag disesuaikan dengan  jenis bentuk atau warna yang sesuai dengan baju dan event. 



Knowing the fact that semua wanita wajib memiliki sekurang-kurangnya satu handbag, kini terdapat pelbagai jenama yang menawarkan koleksi beg tangan murah online yang pastinya berpatutan untuk dimiliki. Wah rambang mata dibuatnya menentukan mana satu yang ingin dibeli.

Jenama-jenama seperti Vincci, Something Borrowed, Mango, dan banyak lagi menawarkan anda koleksi handbag mampu milik dan sememangnya boleh ditemui dalam rekaan yang cukup trendy. Kini, koleksi beg tangan ini juga boleh dibeli secara online dengan mudah. Tapi, bagaimana?


Hanya layari laman web ZALORA Malaysia dan klik pada tab bags atau beg untuk paparan koleksi beg tangan yang cukup menakjubkan. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh membuat pembayaran secara online dan juga nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Mudah bukan?
Tuesday, February 24, 2015

TONTON SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 18

TONTON SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 18  | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episode 18 yang ditayangkan pada 23 Februari 2015 . Episod akhir akan dikemas kini selepas drama ditayangkan.

Apakah yang terjadi antara Erica dan Rish ? Erica telah memberitahu kepada kawannya bahwa anak dalam kandungan . Dimanakah Erica bersembunyi ? Apakah datin Atylia mampu menerima kenyataan yang anak dalam kandungan Erica adalah anak Iz ?

Bagaimanakah kesudahan Drama SUAMIKU ENCIK SOTONG ?

TONTON /WATCH ONLINE SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 18


ATAU
TONTON FULL EPISOD SUAMIKU ENCIK SOTONG 

Senarai TOP 5 Barangan Yang Lisa Ingin Beli Di Lazada

Senarai TOP 5 Barangan Yang Lisa Ingin Beli Di Lazada | Sebenarnya kan , dah lama tercari-cari barang-barang dalam wishlist Lisa yang ada lebih dari berpuluh-puluh senarai. Perempuan dengan shoping memang lah tak dapat dipisahkan. Dengan jadwal kerja yang padat ni memang susah nak kuar untuk survey satu kedai ke kedai lain. Rambang mata, pastu jalan-jalan penat dengan kesesakan orang ramai . Sekarang zaman internet ditangan dah , hari-hari mengadap komputer dan internet jadi try tengok di web LAZADA. Harga Murah kot berbanding dari tempat lain , Free penghantaran pulak tu. Yang ni lah membuat hati tergoda untuk shoping online di Lazada Malaysia. . 

Dan 5 senarai barangan yang Lisa Ingin beli di LAZADA ialah : 

1. Nikon D5100

Kenapa Nikon D5100 ? sebab untuk pemula untuk orang macam Lisa ni , kawan sugest nikon ini murah dan bagus . Selain itu ,boleh flip screen . Kalau nak pergi jenjalan taman sambil belajar nak ambil gambar , boleh guna kamera Nikon D5100 ini. Cuba terka berapa harga untuk Nikon ini ?RM 1,499.00 !  Waw murah kan ?


2. Apple iPhone 6 Plus 16GB (Gold)



Minat Iphone tapi sampai sekarang tak terbeli. Cari -cari takda kaler gold, wah.. kat Lazada ada kaler gold and harga yang lebih berbaloi. Rasa nak try pakai produk dari aple pula. Harga untuk Iphone 6 plus ini pula rm 2,673.00 memang jauh berbeza dariharga kat kedai handphone kan. Amacam? minat juga tak ? haha

3. Free Knight 40L Outdoor Hiking Backpack Red

Free Knight 40L Outdoor Hiking Backpack Red [RM45]  | Saiz yang tak besar dan tak terlalu kecil ini cukup la untuk Lisa letak baju dan barang-barang jika nak hicking dengan kawan-kawan. Bag yang Cantik kot, kaler merah pulak tu dan pasti selesa nak bawa . 3 layer tempat untuk letak barang , jadi tak perlu mencampur-campur barang keperluan basah dan kering . Antara barang mandian dan juga pakaian. Side tepi pula ada tempat khas untuk letak botol air. Tak perlu risau dah untuk fikir tempat botol air simpan dimana.

4. Foot Massager Tub

Foot Massager Tub | Comel kan tub untuk  urut kaki ini. Balik kerja penat , ujung minggu atau bila-bila masa boleh je manjakan dan urut-urut  kaki dengan Foot Massager Tub ini. Manjakan diri seperti dalam spa, jimat la sikit duit poket . Jimat masa, tenaga dan juga tak perlu susah-susah urut kaki .Harga yang ditawarkan pun murah, RM 84.50 sahaja. 

5.  Non Stick Aluminium Floral Fry Pan

Kalau ada  Non Stick Aluminium Floral Fry Pan [RM30] ini, lagilah Lisa rajin nak masuk kedapur. Yelah. .sebab kadang goreng nasi atau goreng ikan, akan melekat ke dalam kuali. Susah sikit kalau nak basuh. Dengan adanya fry pan ini, Lisa boleh masak sayur, masak nasi goreng kegemaran Lisa , masak telur goreng, ikan goreng dan macam-macam lagi lah. Best nye !
Banyak lagi barang-barang di Lazada yang kalian boleh pilih menurut senarai yang kalian ingin beli.Kalau lah boleh memang nak beli semua itu, tapi nanti membazir la pula. EH , Penghantaran barangan yang kita beli tadi ialah percuma tau . PERCUMA ! dan memudahkan kita tanpa perlu datang ke outlet untuk collect barang yang kita beli. 

You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.






Monday, February 23, 2015

Keputusan Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2015

Keputusan Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2015 | Anugerah Meletop ERA 2015 telah pun di siarkan malam tadi 22 Februari 2015 bermula pada pukul 9.00 malam disiarkan secara langsung di Astro dari stadium Putra Bukit Jalil.Tak sempat nak menonton ? tak usah risau , berikut adalah keputusan rasmi yang menjadi pemenang dalam 16 kategori yang ditentukan. Untuk menyaksikan video dari AME 2015 malam tadi boleh tengok di TONTON VIDEO AME Anugerah Meletop ERA 2015 ONLINE

Artis Baharu MeleTOP

    Ayda Jebat

Anugerah Bintang Online MeleTOP

    Dato’ Siti Nurhaliza

Anugerah Couple MeleTop

    Scha & Awal

Anugerah Program Radio Meletop

    Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP

    Johan

Group/Duo MeleTOP

    Akim dan The Majistret

Anugerah Penyanyi MeleTOP

    Dato’ Siti Nurhaliza

Anugerah Lagu MeleTop

    Mewangi- Akim & The Majistret

Anugerah Program TV Meletop

    Maharaja Lawak Mega 2013

Anugerah Drama Tv Meletop

    Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Hos/ Pengacara TV MeleTop

    Dato’ AC Mizal

Artis Lawak MeleTop

    Johan

Pelakon TV Meletop

    Zul Ariffin

Bintang Filem Meletop

    Nelydia Senrose

Anugerah Filem Meletop

    Abang Long Fadil

Anugerah Top Top Meletop (Perempuan)

    Ayda Jebat

Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki)

    Johan

Persembahan dari Dato Siti Nurhaliza memang tak pernah mengecewakan dan membuat dia masih diminati ramai peminat .Tahniah kepada semua pemenang . 

TONTON VIDEO AME Anugerah Meletop ERA 2015 ONLINE

TONTON VIDEO AME Anugerah Meletop ERA 2015  ONLINE | Anugerah Meletop ERA  AME 2015 disiarkan secara langsung pada ahad 22 Februari 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil bermula pada 9 malam. Deretan senarai artis memeriahkan dalam senarai yang si calonkan dalam beberapa kategorii dari total keseluruhan 16 kategori yang dipertandingkan dalam AME 2015. Hos yang pastinya tidak asing si telinga kita iaitu Nabil, Neloffa , Dato Ac Mizal,Johan dan juga Zizan. 



Siapakah yang tersenarai sebagai pemenang dalam malam kemuncak AME 2015 Ini? Pastinya bagi yang tidak sempat untuk menonton secara langsung , boleh saksikan melalui pautan link berikut .

Video Anugerah Meletop ERA 2015

Tonton Online AME , Anugerah Meletop ERA 2015 

Special di Pizza Hut , Pollo Arrabiata Spaghetti

Special di Pizza Hut ,Pollo Arrabiata Spaghetti  | Cuti Chinese New Year  tahun ini tak da pergi mana-mana sebab ? Sebab GST semua harga naik, walaupon belum di mulakan GST tu tapi ntah kenapa para penjual menaikan harga barangan. Dan itu mungkin hanya ALASAN mereka untuk grap lebih banyak untung sebelum GST benar-benar bermula,pandai tak taktik tu ?  Alasan kedua , sebab pastinya kalau raya .. jalan akan jammed sebab tu la malas. Sangkut di jalan dengan cuaca yang panas macam sekarang ni . Jadi Lisa duduk diam-diam dirumah . Bangun tidur-kemas umah-masak-makan-tidur semula-masak petang -makan. Hahaha itulah activity yang Lisa buat selama cuti. Sabtu kemarin lain pula, menyempatkan keluar jalan-jalan di Kluang Mall je pon, sebab jalan tak jammed. Hehehe

Nak tengok wayang tapi ramai la pula amoi dan lengcai dok tengok movie  . Cancel! dan kuputuskan untuk Jalan sana-jalan sini meronda-ronda dalam  Mall yang dah semakin jarang Lisa pergi tu akhirnya sangkut la juga 3 helai baju dan juga kasut slipar, eh kasut atau slipar taktau la yang pastinya bukan kasut tinggi. Penat berjalan dah ? masuk Pizza hut pulak , lapar ! dan menu pilihan ku "spaghetti" memang suka makan spaghetti .Mata menjeling ke menu baru (dalam menu makanan tu ) , POLLO ARRABIATA SPAGHETI , New orleans (ayam 6 ketui ) , Pan Pizza  1 set family large and regular .  Habis ke makan semua makanan tu ? mesti la habis , kami 6 orang aih bukan Lisa seorang je yang makan. 



Chrispy diluar dan sedap didalam.membuat nak makan-makan dan makan lagi . Ntah berapa Kg naik dah berat badan . 

Regular pan pizza mushroom and chicken . 

Bubur cendawan yang memula dulu Lisa memang tak suka nak makan , tapi sekarang jatuh cinta pulak. Sedap dan lembut je kalau masuk dalam mulut. 

Memang sedap rasa spaghetti ini, pollo arrabiata spaghetti ini di taburi dengan serbuk cili kering . Kalau kita makan , terasa meletup cili tu di dalam mulut. Pedas namun sedap ! Yay... dicampuri dengan irisan ayam yang lembut dan sedap.Rasa spaghetti ini tak terlalu muak sebab campuran cili sos yang pedas takpedas . Kenyang dan lazat pastinya . 


Total harga kesemua makanan RM 167.45  ! makan atau bela hantu ni ? haha..  Nampak tak service charge rm 11.44 tapi kan layanan staff pizza hut yang kurang memuaskan di Pizza Hut Kluang Mall ini. Hurm , tak semua tapi ade lah 3 @4 orang tu. Sebab apa ?sebab [ pertama ] dah dekat 30 minute barulah dia nak ambek order kitorang . Ingatkan kalau 45 minute tak datang lagi , memang la Lisa terus blah je dari situ. Sebab [kedua] Ade 3  , 4 pekerja yang lalu melintas di meja kami tapi ketika kami panggil , pandang pon tidak ! HUh ! kalau ye pon bukan bahagian dia ambek order, cakap la bukan kerja dia atau suruh tunggu sekejap ke hape. Ni buat muka tak nampak pula..eii geram betul !


Saturday, February 21, 2015

Angpau Bonus CNY

Angpau Bonus CNY|Happy Chinese New Year!  Kulit putih dah,mata sepet dah.. hahah rasa nak kutip angpau la pulak. Fefeell macam budak-budak cina yang bawa limau 2 biji pastu tukar dengan angpau !  sob sob.. kembali ke alam nyata dan sedar dari kahyalan.. aih .. umur dah kepala 2 dah! Ada hati nak fefeeling macam budak-budak sekolah.

 PElik tapi memang berlaku,walaupun Tiada saudara berbangsa cina, tapi Lisa dapat la juga merasa angpau. Dan lebih pelik lagi.. kalau time raya aidil fitri takdak pula dapat duit raya, haha ! Angpau pertama yang Lisa dapat pada malam pertama sehari sebelum raya,tentunya dari my Laddy boss, kemudian dari Mak dia, ayah dia,anak boss , adik boss, dan lastly dari my Big Boss (BIG juga angpau yang Lisa dapat) Hehe. Kemudian dari kawan-kawan boss juga customer , haha dapat la jugak kan angpau angpau macam lisa pula yang beraya. 

Tak berapa sehat , my kakak angkat masakkan sarang burung untuk saya. Baik Hati kan dia, treated me like own sister. Dan alhamdulillah dah sembuh dah, selsema .. ntah semenjak dua ni selalu pulak sakit. Musim Menjangkit kot. 

Selamat Tahun Baru China 2015 kepada semua yang meraikan  ,tahun Kambing kan shio untuk tahun ini. 

Thursday, February 19, 2015

TONTON SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

TONTON SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 |Movie yang mula direlease di pawagam semenjak 22 Januari 2015 telah memikat hati para penonton . Kisah cinta yang romantik dan juga berbagai masalah dalam kehidupan . " Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief Danial (Aaron aziz).


Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan."


Tuesday, February 17, 2015

Suamiku Encik Sotong Episod 17 [tonton online ]

TONTON SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 17  | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episode 17 yang ditayangkan pada 16 Februari 2015 . Episod akhir akan dikemas kini selepas drama ditayangkan.

Apakah yang terjadi antara Erica dan Rish ? Erica telah memberitahu kepada kawannya bahwa anak dalam kandungan itu anak Iz , apakah Erica mampu untuk berterus terang kepada semua orang atau hanya menyimpan rahsia ini sampai bila-bila ? . 

Bagaimanakah kesudahan Drama SUAMIKU ENCIK SOTONG ?

TONTON /WATCH ONLINE SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 17
*Klik untuk tonton

ATAU
TONTON FULL EPISOD SUAMIKU ENCIK SOTONG 
Monday, February 16, 2015

Kluang Rail Coffee ,Tempat Makan Terkenal di Kluang

Kluang Rail Coffee ,Tempat Makan Terkenal di Kluang | Kalau singgah ke mana-mana tempat pastinya akan tercari mana tempat menarik untuk dikunjungi , tempat shoping atau tempat makan yang sedap dan terkenal. Seperti negeri Kelantan yang terkenal dengan Budu, Serawak dengan kek lapis serawak , terengganu dengan keropok lekor , dan Kluang terkenal dengan kedai makan yang menyajikan kopi sedap iaitu dimana lagi kalau bukan Kluang Rail Coffee .

Kluang Rail Coffee dikelola sejak 1938,bertempat di stesen keretapi Kluang. Dan kini telah membuka cawangan dibeberapa negeri lain. Lama juga tu.. Tahun 1938. Makanan yang terkenal antara nasi lemak dan juga roti bakar dan minuman mestilah kopi.

Lisa pula suka makan mee rebus Rail Coffee,Padahal kalau makan dikedai biasa memang tak reti nak makan, tak kena tekak. Mungkin yang membezakan dari kuah tu atau jenis mee yang digunakan. Dan kami berempat gigirls-gegilrs mwmilih menu mee rebus,nasi lemak ayam,roti bakar dan juga mihun goreng.

Sedap hokayh!  kenyang pun kenyang 
 Kuah mee rebus yang pekat dan membezakan dengan mee rebus biasa.Kalau ingin sedap lagi,boleh tambah ayam rendang. Pergh memang sedap la. 

Roti bulat bakar,Kaya yang disapukan pada roti ini..Memang special Kaya. Original Kaya yang buat homemade,bukan Kaya di pasaraya. Patut lah sedap..

Berbagai menu pilihan boleh dilihat pada buku menu makanan yang disediakan. Rambang mata dibuatnya,semua sdap sedap.

Lisa dan teh o ais memang tk terpisahkan
. Yang lain tu kawan punya,tak kan lah lisa minum sampai 4 gelas. Boleh kembung jadinya.

Kami mengambil tempat duduk diluar. Best sambil menikmati suasana dan angin luar. Ramai gak abang-abang motor Besar sunggah disini. Moto park di depan..  Haha meriah la kalau diorang berborak. Loghat percakapan Nampak macam bukan orang tempatan.

Di Kluang,  lokasi Kluang Rail Coffee dibuka pada 3 tempat yang berbeza.Pertama di station keretapi, kedua di depan parkson Kluang parade..Dan yang baru di area Taman Tasik Kluang .  singgah Kluang memang tak lengkap kalau tak mencuba makanan dan minuman di tempat ini.

Sunday, February 15, 2015

PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT

PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT |Awalnya nak beli Udang'' Crispy Prawn " menu KFC , tapi dah habis tempoh promotion pulak. Dah tak ada menu itu, kalau tak.. sehari boleh makan 8 ketul udang crispy tu ha. Pebret kot , suka sangat makan udang . Dan kemudian staff itu menawarkan menu baru di KFC , Profiteroles , Tiramisu dan Tartufo . Pekerja KFC tu sugest Lisa untuk mencuba PROFITEROLES. 

walaupun beberapa masa yang lepas Lisa pernah menyenaraikan KFC dalam Blacklist restoran sebab KEBERSIHAN KFC MENGECEWAKAN ! namun Lisa berpindah ke KFC cawangan lain yang tempat tu lebih bersih. (hope tak jumpa benda pelik lagi ) . Puff Profiteroles ini lebih kepada makanan pencuci mulut, mengandungi puff yang ada krim didalamnya dan kemudian dilumuri coklat cair. Macam mana , tergiur kan ? Haha sebenarnya Lisa minat nak makan coklat tu sahaja. Puff memang kurang suka makan .Mula-mula ketika pandang gambar hiasan tu, ingatkan Kentang atau Chezee , sebab tu tak berapa minat dan selepas tanya barulah tau yang tu bukan kentang tapi PUFF. bukan Power puff gilrs ye.  

Harga Profiteroles untuk satu porsi rm5 , ade 3 ketul sahaja. Kenyang ke ? Dah namanyapon pencuci mulut ,tak kenyang mana .. kenyang dengan coklat. Nikmati suapan demi suapan puff yang masuk kedalam ,ditambah dengan krim yang meleleh dalam mulut. Pergh.. haha mesti terbayang dah kan makan Profiteroles by solo halia. Ntah kenapa ade halia terselit kat nama tu, walhal tiada halia pun dalam desert tu. 

Penggemar coklat dan puff boleh lah serbu KFC terdekat untuk menikmati PROFITEROLES By Solo Halia , makanan Desert yang disajikan oleh KFC . Jangan nanti dah tiada promosi tu baru nak tercari-cari, kempunan yang didapat nanti. 

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015


HasrulHassan.com
GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015 
| "Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia."

First Give Away by mawar putih

First Give Away by mawar putih | Jom meriahkan giveaway pertama dari mawar putih. Giveaway ini akan berakhir pada 28 Februari 2015. KLIK Banner untuk join. 

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris

Assalamualaikum~


(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Mawar Biru
instagram id : @mawar_biru89


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 

Psttt : Give away berakhir 28 Feb 2015!




Saturday, February 14, 2015

Perkahwinan Blogger Diapit Blogger KBBA

Perkahwinan Blogger  Diapit Blogger KBBA | Hiasan bunga satu persatu mula mewarnai dinding rumah itu , warna warni putih purple atau ungu menjadi pilihan menambah suasana keceriaan .Blogger #Kelabbloggerbenashaari , Hari ini 14 Februari 2015 menjadi hari pernikahan antara blogger lelaki dari KBBA iaitu KYLE dengan gadis yang juga merupakan seorang Blogger KBBA , Qaseh Dahlia .

Blogger menikah dengan blogger diapit oleh blogger ! wah.. pening tak baca ? haha dari kiri , uzu [emasputihdotcom ] , kak SUE weddingplaner {[myputeri21dotblogspot ] , kak Yanty Lee [ yantydotmy] , kak Fiza [dismybelogdotblogspot ] , Faizal [faizalfredelydotcom] , Najeeb [najeebabdullahdotblogspot] dan yang terakhir abam EdDY [ blog private] ,

Selamat pengantin baru untuk qasehdaliadotcom dan juga kylerildotblogspot , semoga dipanjangkan jodoh until jannah dan diberikan banyak anak . HEWw hew.Maaf banyak-banyak nooh takleh datang ke majlis awok berdua Di Jerteh Terengganu.


Cara Mengatasi Perut Buncit

Cara Mengatasi Perut Buncit | Ramai orang cakap yang saya ni KURUS  eh bukan la saya SLIM sahaja sebenarnya . Dengan ketinggian yang comel-comel sahaja memang la kira BMI seimbang dah . Bukan sekeping atau papan atau whatever la orang nak cakap. Tapikan.. bermula dari 2015 ni ha, berat badan naik dan semakin naik. Mana taknya , makan -duduk -makan -duduk -makan- tidur semua orang memangla akan naik berat badan tu. Nampak perubahan dari pipi kemudian , bersaranglah lemak di perut nasib baik lah belum sampai kategori perut buncit. 

Diet dah , kurangkan pengambilan makanan tapi hasilnya sama, berat tak turun pun. Tak tahu dah nak mengatasi atau menghilangkan lemak diperut ini. Sampai akhirnya kawan Lisa sugest untuk memakai set slimming yang mengandungi :
1. Bengkung zap on
    2. Slimtriz Slim Lotion
3. Sireh Lovelycare
4. Neotex Hot Belt 
Berbengkung macam orang pantang selepas bersalin. Barang sampai je ketangan  Lisa, laju je  mencuba . Tak sabar nak try set tu untuk mengecilkan saiz / ukuran pinggang lah katakan. Dulu pinggang size 25Inchi je , sekarang 30 inchi ! naik banyak tu . Bukan apa, Lisa dah mula tak selesa kalau nak duduk buat kerja, macam ada sesuatu yaang ganjil je .

Dimulakan Lisa memakai Hot Belt dan tak lupa sebelum itu disapukan dengan Lotion SLIMTRIMZ  . Tak panas sangat tapi suam sahaja lotion tu , mampu mengeluarkan Angin yang ada dalam badan . Lotion ni kalau ade urat tersimpul atau letih badan, boleh digunakan juga . Caranya hanya sapu lotion SLIMTRIMZ ini pada bagian yang sakit . Pernah malam tu ketika tidur, urat kaki macam berpusing-pusing tersimpul nasib baiklah lotion ini ada dimeja sebelah tempat tidur , jadi cepat-cepat Lisa sapukan pada kaki . Alhamdulillah dah boleh tidur semula tanpa rasa sakit pada kaki.
Sapu lotion ini di perut yang buncit tu haaa , insyaallah angin-angin dalam badan akan terkeluar . Efect lain ,lotion ini akan membuat kalian rasa ingin MEMBUANG kotoran dalam perut itu. Best woo pakai lotion ini, tak melekit dan aroma yang wangi .Boleh dipakai sekerap mungkin. Gabungkan dengan Hot Belt yang berwarna hitam , Bengkung yang elastik dan tidak keras sangat.

Lisa dah cuba , dan hasilnya memang lisa ukuran pinggang mengecil turun sebanyak 3 inchi dalam masa 4 hari, perut kempis . Tentunya diiringi dengan pemakanan , pengambilan buah dan sayur. ! Tempoh masa untuk nampak perut dah kempis tentunya berbeza dari satu orang ke orang lain. Mengempiskan perut dengan mudah , apa tunggu lagi jom la cuba. 
 
PSTTT : Hotbelt ini bukan hanya digunakan oleh perempuan sahaja tau, abang-abang yang nak sado pun boleh pakai . Lelaki dan perempuan boleh pakai! Jadi kalau kalian kaum lelaki yang mempunyai masalah perut buncit , boleh try lah set ini. 



Friday, February 13, 2015

Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz

Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz |Semalam , 12 Februari 2015 , telah berpulang kerahmatullah seorang tokoh ulamak yang berasal dari Kelantan , Datuk Nik Aziz  Nik Mat. Allahyarham  Tuan GUru Nik Aziz (TGNA) 84 tahun meninggal dunia dalam pukul 9.40 malam tadi dirumahnya kampung Pulau Melaka, Kelantan . Jenazah telah dimakamkan pagitadi di perkuburan Islam Pulau Melaka . Ribuan ziarah jenazah allaharyam Tuan Guru Nik Aziz dan membuat Pulau Melaka dibanjiri oleh penziarah.  Atas permintaan keluarga,orang ramai dilarang mengambil gambar jenazah.

Takziah diucapkan untuk keluarga tgna dan semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.  
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. 

Berikut adalah sedikit banyak biography mengenai Tuan Guru Nik Aziz. 


Thursday, February 12, 2015

Aroma menggoda LANCOME PERFUMES

Aroma menggoda LANCOME PERFUMES | Ramai gadis-gadis atau jejaka mesti dalam beg atau meja rias dirumah akan ada berderet jenama perfumes ,tapi tidak untuk Lisa. Lisa kurang berminat lah, hidung suka perfumes aroma yang fresh dan tak kuat sangat. Seperti aroma lavender atau bunga ,feelling macam ditaman gitu.Tak minat bukan berarti tak ada koleksi minyak wangi ye, ade je bilik Lisa tu ha Tak terpakai lagi. Kalau keluar sekali sekala sahaja baru pakai. Sebab Lisa memang wangi semula jadi (OK yang ni perasan ) . 

 Bermula dari akak yang bagitau haritu, try lah perfumes LANCOME , wangi je aroma perfume tu . Tak kuat sangat, wangi yang soft . Dan kemudian gigih lisa mencari di instagram, google, dan media sosial. Akhirnya berjumpa " LANCOME la vie est belle " .
Susah betul nak sebut nama tu,berbelit-belit lidah .

Well, perfume ni wangi, fresh , dan bau tak kuat sangat. Aroma wangian yang tahan lama sepanjang hari dan mampu menggoda hati saya , cewah . Kandungan 75ML sahaja, ok lah tu bukan nak mandi atau makan minyak wangi tu . Anyway terimakasih kepada kawan yang telah menghadiahkan perfume ini. Niat nak beli, tapi dia bagi Free pula. Alhamdulillah rezeki, terimakasih " Brado Kapak " , Haa.. mesti kalian tahu kan nama itu, nama yang pernah disebut-sebut sebelum ini. Rileks-rileks.. saya bukan kekasih hati dia , saya bukan adik dia, dan juga bukan kakak atau makcik dia . Kawan kepada kawan dari kawan saya. hahaha gurau je lah, kawan dalam dunia maya sahaja . 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search