Ad

BEST TAK NOVEL DIAGNOSIS 2 DAN DIAGNOSIS 1 ?

NOVEL DIAGNOSIS 1 dan DIAGNOSIS 2 , novel , Dr.fatin liyana.
BEST TAK NOVEL DIAGNOSIS 2 DAN DIAGNOSIS 1 ?  | Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu ? 
1. KAYA 
2.Bergaya
3. Glamour
4. Rasa 'Superior' 
Lupakan serta merta.Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang daoat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya doktor.
Tangisan bayi yang baru lahir adalah AnugerahNYA yang terindah . Anak yang baru lahir itu sesuci kain putih yang perlu dicorakkan kehidupannya dengan didikan ayah dan ibunya sendiri. pikullah amanah Allah sebaik mungkin .Mereka inilah saham terbesar di akhirat kelak, sama ada syurga atau neraka. 
Alhamdulillah, setelah tunggu hampir sebulan , akhirnya sampai ketangan juga buku DIAGNOSIS 1 dan DIAGNOSIS 2 . Beli novel combo haritu , jadi dapat dua. Fuh.. banyakknya permintaan  dari pembaca seperti pisang goreng yang panas ..sehingga membuat saya TERPAKSA menunggu Q . Beli dikedai buku POPULAR sini tiada stock lagi . Dan haritu ternampak di bookstore online instagram , jadi terus terus menempah dan tak nak melepaskan peluang yang ada.Beli bukan terus dapat tau, sebab kena tunggu ingatkan seminggu dua je , tapi ini sampai hampir sebulan. Lisa masuk yang bacth kedua jadi lambat sikit. Orang yang ke108 menempah pada second bacth, wahhh banyak kan peminat novel DIAgnosis ini.


Novel DIAGNOSIS 1 , yang ditulis oleh DR. Anwar Fazal , DR. Aizzat , dan DR. Azah , novel yang mengisahkan mengenai kerjaya-kerjaya seorang doktor. Tak semudah yang dibayangkan. Novel ini bukan hanya bacaan untuk doktor ,atau bakal doktor sahaja,, akan tetapi boleh dibaca semua genre. Jalan cerita yang kita akan tahu sedikit banyak mengenai kerjaya doktor. 

Yang ini Novel DIAGNOSIS 2 ,setebal 360 muka buku termasuk sampul dan back cover. Novel yang kali ini lebih banyak penulis, ada 7 orang doktor yang menulis .
Dr.Anwar Fazal
DR.Aizzat
DR. Azah
DR.Fatin Liyana 
DR. Beni Rusani
DR. Mafeitz
DR. Mahyuddin 

 sinopsis dari Novel DIAGNOSIS 2  ini ; 
"Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi . Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup dan mati . Protagonis atau antagonis,bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang dihati.KErjaya ini jika benar untuk illahi,pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri." 

Kenal DR Fatin Liyana kan ? akhir tahun lepas 2014 dia telah melangsungkan pertunangannya dengan seorang doktor juga iaitu DR. Anwar Fazal yang juga merupakan salah seorang penulis novel NOVEL DIAGNOSIS 1 dan DIAGNOSIS 2 . Dan ayat yang paling Lisa suka ialah "Hidup biar bererti , Mati itu pasti " mengingatkanku kepada koma sebab kemalangan jalan raya yang berlaku hampir sepuluh tahun lepas. Novelini stock limited tau , kalau nak beli, cepat grap sebelum novel ini habis . 

3
( Hide )
  1. Nak cari juga.. Harap masih ada stok.; huhu

    ReplyDelete
  2. wow bagus ni...nak kena baca ni..rugi tak baca mn lah tau ada byk perkara kita boleh dapat

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo