OLD TASTE Fish And Chips

 OLD TASTE Fish And Chips | Mencari BEEF steak, banyak pula kedai makan cuti hari ini. Hahah kempunan, dah sampai Raill Coffe , tapi tak jadi juga.. pusing-pusing cari kedai makan . Oh lupa, sebab dapat notice dari TNB akan mengadakan penukaran wayar di beberapa kawasan sebab tu akan mengalami gangguan bekalan lektrik sebab tu banyak kedai makan tak buka.



OLD TASTE jadi tempat makan pilihan ku, manalah tau ada BEEF steak . Hahaha melepas la pulak, tak da BEEF , tapi FISH atau CHICKEN Grill ade.Yang menarik dari tempat ini, disetiap meja telah disediakan bell untuk memanggil staff . Jadi tak perlu menunggu lama untuk waiters tu datang memberikan menu buku dan mengambil pesanan makanan. Puas Lisa membelek-belek menu yang ada akhirnya Lisa memesan makanan : Kaya Butter Bread (Steam) + OLD TASTE Fish & CHIPS + Air Jasmine Honey tea . Total plus SST rm25.50 (No  GOV.TAX ) 

Kaya Butter Bread (Steam) , steam panas-panas letak butter.. wah butter tu meleleh dengan sendirinya kerana panas  roti tu. Macam Larva gunung berapi . Rasa yang lembut dan kaya yang sedap . Pesan satu je macam tak cukup. Tapi sebab dah order Fish And Chips, so next time la repeat beli roti steam ni. Harga 1keping bread ni Rm2.10 .


Jasmine Honey Tea , Lisa memang suka Tea. Bagus untuk diet ( diet la sangat kan ) . Rasa tea yang tak pekat sangat ditambahkan madu. Tapi tak rasa madu pon ! Aiyark.. maybe sebab jasmine tea. JASMINE memang tawar sama macam green tea. Harga untuk cold  jasmine Tea ni Rm4.20. 

OLD TASTE FISH AND CHIPS , Harga rm16++ .Rasa Fish yang lembut dan disaluti dengan tepung yang crunchy. Sedap dan lazat. Salad yang secukup rasa,juga kentang goreng yang mabeless. 

Lokasi Old Taste berada di area Kluang Parade , sebelah pintu masuk utama. Senang je kalau nak merasa makanan disini. Halal , Free Pork !  jangan lupa try . 




1 ulasan:

tetibe terliur pulak tengok kaya butter bread tu..lapa lah pulak...haha


EmoticonEmoticon