Beef Steak : Rebeye BEEF And Cajun blackened Fish @Breek's JBCitySquare

Beef Steak : Rebeye BEEF And Cajun blackened Fish @Breek's JBCitySquare  | Sampena hari cuti-cuti Johor maka Lisa menyempatkan peluang untuk mencuci mata dan kepala otak Lisa yang dah serabut dengan berbagai masalah negara , eh Kerja  dan pribadi ! Berjalan di CitySquare Johor Bahru , setelah penat berjalan kesemua pelosok dalam CS JB , tetiba perut lapar la pulak. Haha tambah pula Lisa kuat makan.  Skodeng McD, KFC ,Starbuck hurm tak selera la pulak dan akhirnya kaki ini berhenti di depan sebuah cafe tingkat 3 ," Breek's "  . Macam sedap je makanan di cafe western Food ini.


Rebeye Beef &Cajun blackened Fish 
Pilih tempat duduk dan dihampiri oleh senyuman awek bergadis hitam sebagai waiters di Cafe itu sambil menghulurkan menu makanan untuk aku. Manu yang menyelerakan , macam nak order semua makanan itu hahah tapi kang tak larat nak makan pula. Maka aku pilih untuk mencoba menu pilihan Rebeye BEEF ,Cajun Blackened Fish , Baked chicken cutletswith curry rice , and Ice Lemon tea (Yang ni wajib -minuman peberet ) Tempat yang ala-ala romantik dalam erti tenang dan kita boleh mengambil tempat duduk di tepi balconi untuk melihat pemandangan tingkat 1 sampai 4 dalam City Square.

Lemon tea ice

Baked chicken cutletswith curry rice

Daging yang lembut dan rasa yang terus menusuk ke lidah ketika suapan pertama ke mulut . Sos blackpaper menambah aroma yang lebih lazat . Cajun Fish yang fresh dan lembut .. dan meresap rasa sos dalam mulut. Memang mabeles . Lemon Ice yang tak masam tak manis sesedap rasa , menyejukkan tekak yang memang sedang panas. Hehe 

Breek's #JohorBahruCitySquare ini terletak di tingkat tiga , Lot J3-35 di mall CitySquare Johor Bahru. Jangan lupa cuba menu makanan disana tau . Sedap dan pastinya buat kalian akan teringin nak datang semula. 

1 ulasan:

Aduh blogwalk di kala malam hari ni, buat kan perut berkeroncong minta di isi.. hehehe So tempting..


EmoticonEmoticon