Ad

Y.A.M TUNKU LAKSAMANA JOHOR ,Tunku Jalil Mangkat ,Al-Fatihah

Y.A.M TUNKU LAKSAMANA JOHOR Mangkat ,Al-Fatihah ||Setelah bertarung dengan kanser Hati tahap 4 Sejak Disember 2014, hari ini 5 Disember 2015 TUNKU Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat petang tadi dalam pukul 7.11 petang di Hospital Sultan Aminah (HSA) Johor Bahru . Almarhum yang diputerakan 5 Julai . 
 Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dalam laman sosial Instagram miliknya menyuarakan kesedihan beliau atas kemangkatan anak saudaranya tersebut. 
Jenazah akan dikembumikan di makam diraja di Mahmodiah selepas Zohor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau,almarhum Y.A.M Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim


Deepest condolences to our johor royal family . He has been everyones hero for a very long time . A very humble person . Al-fatihah .. #tunkujalil #tunkulaksamanajohor .

EPISOD AKHIR TUAN ANAS MIKAEL

 EPISOD AKHIR TUAN ANAS MIKAEL || Mula-mula memang Lisa tak minat dah sekarang ni dengan drama-drama . Baik cerita melayu atau orang putih.. Kawan Fb , group whatsapp dok cerita pasal drama tu  tapi still takda  rasa teringin nak tengok. Sampai satu hari kawan Lisa yang lelaki dan paling tak suka drama melayu.. dia cakap " Tak tengok Tuan Anas Mikael ke ? Best la cerita tu .. cuba tonton la " Amboiii sampai dia pon cakap best..tu terbuka hati nak tengok. Marathon sehari penuh semata nak tengok episod awal sampai akhir drama Tuan Anas Mikael. Ohh Aaron aziz jadi Hero .. (  Tuan anas )  patut pon ramai gadis-gadis dok histeria . Zara Zya sebagai heroin (Ayu Maiesarah ) . Pelakon lain..   Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan




Tapi sayangnya malam ni malam terakhir dah , Episod akhir untuk drama Tuan Anas Mikael . Tak seperti cerita lain, drama #TAM ini ada 15 Episod saja. Tu lah Lisa cakap pendek je drama ni .. biasanya makan 28 Episod. Malam tadi si Ayu dah mengaku yang dia sebenarnya cucu Neinda dan Tuan Akhiruddin . Malam ni pulak dia nak bagi tau kepada DatukAzhar yang jahat tu dan Safra. Fuh berani betul.. tak takut kena bunuh datuk Azhar ke ? Tapi sebab nak selamatkan nyawa Tuan Anas dan tak nak Tuan Anas kahwin dengan Safra. Agak-agak apa yang akan jadi eh malam ni.. And kalian perasan tak perempuan yang selalu ada disetiap episod.. Pakai 2 cincin di jarinya . Siapa orang tu ? Wife Azhar belum mati ke ? Argghh tak sabarnyaaa... 


Jangan lupa saksikan dan tonton  malam ni pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123
Tonton Online Episod Akhir Tuan Anas Mikael 

Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online

Kemaskini BR1M 5.0 2016 Online || Bagi kalian yang telah mendaftar BR1m Bantauan Rakyat 1 Malaysia , jangan lupa untuk kemaskini maklumat  peribadi kalian termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.. Sebab kalau tak nanti kalian tak kan dapat BR1M 2016 nanti seperti yang dibicarakan dalam Baget 2016. Kemaskini boleh dilakukan bermula 5 Disember 2015 sampai 31 Disember 2016. Kemas online je senang ... ,

Kemaskini BRIM 2016 [ 5.0 ]Online

https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016




Borang Permohonan BR1M 2016 [5.0 ] ONLINE


Borang Permohonan BR1M 2016  [5.0 ] ONLINE || Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2016 , Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk 2016 telah dinaikkan sebanyak RM50.00 . Untuk kalian yang mempunyai syarat kelayakan untuk menerima BR1M tapi belum mendaftar, boleh try daftar dan isi borang permohonan BR1M 2016 yang akan mula dibuka pada 5 Disember 2015 dan ditutup 31 Disember 2015. Mungkin seperti tahun lepas.. kalau banyak yang buka.. web jadi stuck , korang kena try dari masa ke masa sampai dapat.


Borang permohonan BR1M 2016 sila lawati : https://ebr1m.hasil.gov.my/


Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2016
Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan keatas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BR1M

Kadar Bayaran BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Kategori Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000:  RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016

Nota: Semua kategori penerima BR1M layak menerima Skim Khairat Kematian bernilai RM1000




ROSEHIP OIL Lelan Vital Penghilang Parut

Penghilang Parut Wajahku ? ROSE HIP OIL  || Assalamualaikum  .. hari ini Lisa nak kongsikan satu tips dan rahsia untuk ilangkan parut di wajah atau dimana-mana bagian tubuh . Bermula dari haritu Lisa tertoreh zink tepi tingkat dekat muka lisa, bawah mata pulak tu .. memang panik la. Maklumlah Lisa ni perempuan .. wajah calar turun wang hantaran nti ( hehehe gurau je.. ) so Lisa cari la macam-macam cara dan petua untuk ilangkan parut tu . Lepas tu pergi cosway dan staff situ sugest beli jenama REPAIR CREAM dari Lelan VITAL. Bagus la jugak.. sbab tak sampai seminggu ... parut tu ilang dan takda bekas sama sekali. Siapa tak happy weii... !

Bulan lepas entah tak tau kenapa muka Lisa jerawat seketul.dua ketul.. empat ketul sampai lah lima ketul bertenggek kat muka ni ha ! Biasalah kalau uzur , jerawat memang tak terpisahkan apalagi kalau stress... tapi memang teruk la jerawat tu .. bertukar tempat pula. Dipipi kemudian di dagu.. Haihhh berbekas hitam pulak tu . Pergi 5 Cosway nak cari Repair Cream.. diorang cakap dah tak da stock lagi dah jenama tu . ALAMAK !! macam mana ni.. huhu dah la Lisa tak berapa percaya dengan produk kosmetik yang iklan-iklan kat TV tu sebab dah pernah cuba tapi hasilnya sama je tak hilang (tak tahu memehilih kot ) . STRESS kitee ~ ~ ~ Last Cosway , lisa cari sebab berharap disitu ada jual Repair Cream .. tapi sayangnya sama ja dan takda stock . Huwaa.. rasa berkecai pulak hati ini. Macam mana lah nak ilangkan bekas jerawat yang hitam kat muka ni. Konsult dengan staff cosway amoy  tu .. dia sugest Rose Hip Oil , sama jugak produk dari Lelan Vital . Bezanya yang Premium ROSE HIP OIL ni minyak.. bukan cream . Jadi tak leh terdedah dengan matahari .. dan tak leh sapu kebagian yang luka, atau jerawat tu tak kering lagi. Kena tunggu dah kering .. baru boleh sapu.


Pelembab muka Lisa yang Vitamin E produk Cosmoderm pun mengandungi ROSEHIP OIL .. baru tahu yang rose hip oil ni boleh ilangkan stretch marks atau parut pada kulit . Nak tau kelebihan dan khasiat lain dari Premiun ROSEHIP OIL ?
Kedutan dan garis-garis halus
Parut, luka terbakar dan luka
Tompok penuaan
Perubahan warna kulit dan bintik jerawat
Ekzema
Kerosakan matahari
Stretch mark
Dermatitis
Psoriasis
Membaiki rambut yang kering dan rosak
Mengukuhkan kuku rapuh .

Waww buat rambut pon boleh gak rupanya .. Bagus.. banyak khasiat.



  
Nah.. dah tengok perubahan sebelum dan selepas kan. Bagus la juga rupanya tuk kesan parut.. hehee. Nasib baik ilang.. tak perlu kuar mahal2 tuk ilangkan parut. 


Nota ; jangan gunakan atau tetes ke bagian luka yang masih basah kerana rosehip oil ni minyak,nanti leh infeksi . 



HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss

 HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss || Kadang-kadang tak semua mimpi hanya ada dalam alam maya . Mimpi boleh jadi kenyataan.. hanya perlu sabar menunggu je. Entah kebetulan atau pertanda.. malam tu  Lisa mimpi pergi kedai emas dengan lady boss tuk beli rantai . Ya memang dah simpan dan kumpul duit gaji nak beli rantai emas dan loket . Tai time tu tengok harga emas 180/gram.. memang lisa tunggu sampai turun je la. Bukan apa.. nti beli mahal pastu harga turun.. wuuu terkilan kang.

Dan today is my birthday ! Yang ke 26 ! Umur je 26 tapi perangai dan muka masih comel je macam budak-budak . hehehe . Jangan nak muntah pulak. oh lupa.. nak wish jugak tuk abg BEN ASHAARI , selamat menyambut hari kelahiran yang ke  4 series. hehehe.. Kami sama hari , lain tahun je .

Pagi- pagi Lady bos dah panggil masuk dalam bilik dia . Alamak.. Lisa ada buat salah ke , rasanya tak pun. Masuk je dia terus tengok mata Lisa , (memang semakin nervous ) . Kemudian dia bagi rantai emas beloket ini. Memang rasa nak nangis terharu sangat la sebab dapat apa yang Lisa mimpi malam tu , dapat rantai yang Lisa memang nak beli. Pastu dia siap pakaikan . Fuh bertuah sungguh diri ini. Dari cincin (tahun 2010 ) , lepas tu gelang tangan (tahun lepas sebelum raya chinese new year ) , dan kemudian rantai . Lengkap sudah . Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.. Macam Tuan Anas Mikhael dengan ayu pulak. Heheh tapi boss lisa ni perempuan..  Dia cakap.. Ni hadiah birthday kamu .
senyum kambing sampai telingaaaaaa laa kan....

Sebelum haritu memang Lisa ada sembang kosong dengan bos, sebab boss tanya apa yang Lisa menung kat luar tingkap kereta tu . Lisa bagitau je , tengah tengok harga emas sebab nak beli rantai. Lah... tak sangka pulak dia belikan . .


 Meski boss suka potpet potpet membebel.. tapi ati dia baik. Dan memang dah anggap lisa macam anak dia .. Kedua boss lisa baik.. laki dan bini smua baik , muka je nampak garang . Kalau tak percaya ..tanya lah customer-customer .. hehe. Tak kenal maka tak tahu kan.. jangan judge dari Look luar je


bunga dari kak daniessa 2012 , kejap je masa tu berlalu.. 

YUS JAMBU Meninggal Dunia, Al-Fatihah

YUS JAMBU Meninggal Dunia , Al-Fatihah kepada Arwah || Terkejut pun ye jugak.. semalam sedang busy membalas ucapan tahniah hari jadi .. tiba-tiba kawan dalam whatsapp bagitau yang YUS JAMBU atau Yussy bin Edoo dah meninggal dunia sekejap tadi ( tengah malam macam tu )  . Memang tak percaya la sebab haritu kan Blogger Kelabbloggerbenashaari ada pergi event Juara Parodi , kat situ diorang bergambar dengan Yus Jambu .. Tu yang pelik. Sehat walafiat je hari tu , sakit pun tidak . Lepastu nak cari la kebenaran beritu sahih ke tidak . Huhu.. kang jatuh fitnah pulak. Dan ternyata betul.. Arwah dah tiada ..

Inalillahuwaunaillahirajiun ... Allahyarham Yus Jambu meninggal dunia diusia 39tahun di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Beliau baik orangnya ... Yela.. melawak jugak tak da la melawak perlekehkan orang lain  . Salam takziah untuk keluarga allayarham dan semoga keluarga diberikan ketabahan. Semoga rwah ditempatkan di sisi orang beriman . Amin.

DISKAUN 30 % Produk Cosmoderm [ 4Hari Sahaja]

DISKAUN 30 % Produk Cosmoderm [ 4Hari Sahaja] || Hyeee... ingat lagi tak Lisa tulis mengenai sale 15 % produk  comoderm dalam entri Guardian tu. HAA...kali ni pulak diskaun dua kali ganda dari diskaun hari tu. Diskaun 30% untuk produk terpilih Cosmoderm di Guardian. Lisa baru je beli hari tu.. rasa nak beli lagi.. diskaun dekat rm10.00 bukan selalu tu ! 

Produk yang terpilih diskaun 30% tu antaranya Vitamin E Cream 3000 I.U cosmoderm  dan Facial Cleansing Foam Vitamin E untuk kalian yang berkulit normal. Dan Tea trea Oil Day/Night Moisturizer , Tea Tree Oil Cleaner untuk kalian yang punya kulit jenis berminyak. Valid untuk seluruh Guardian di Semenanjung . 

Jauh beza tu harga.. hehe terasa nak beli jugak..  adeh ..kuar lagi duit. Bocor la purse Lisa macam ni. Hehehe...  



LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL [ OST SINARAN ]

 LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL (OST SINARAN) || Movie baru Romance music , SINARAN dah keluar pun semalam 26 November 2015 di Pawagam . Dalam movie ni ada Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif Sleeq, Nadiah M.Din, Sheila Majid . Best tak eh ? macam man tengok je esok.. hehehe. OST SINARAN ini  dinyanyikan oleh Ayda Jebat dan Lea Ismail, SINARAN tajuk lagu tu... ingat lagi kan.. just lagu tu diubah sikit alunan nada

LIRIK LAGU SINARAN AYDA JEBAT ft LEA ISMAIL 
(OST SINARAN)

Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya

Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya

1
Sinaran... mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

2
Masanya... bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia

Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta

( ulang 2, 3 )

Oh... peliknya rasa
Pabila... dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
menuju cahaya sedang menyinar...

( ulang 2, 3 )
.



Contest Review Link.my 2015

CONTEST REVIEW LINK.MY 2015 || Assalamualaikum.. hye kalian !  Lisa nak bagitau ni  sekarang sedang berlangsung lynk.my mengadakan contest   untuk blogger  iaitu  CONTEST REVIEW LYNK.MY Total hadiah sejumlah RM 4,000 waahh banyak tu kan ? Mana lah tahu nanti ada rezeki disitu kan .  Lynk.my ni ialah laman web yang berguna untuk pendekkan url kalian . Biasa kalau dalam twitter kan terhad pada 140words.. haaa ni beguna la untuk korang sebab lynk.my akan shortkan url tersebut .Syarat dan cara pendaftaran di link :  http://lynk.my/WJY

Dari 10 jenis laman web yang lisa guna.. Lynk.my lah yang paling pendek !! cara gunapun senang saja dan tak perlu tunggu lama .
Contohnya  http://www.ciksepet.com/2015/11/sedap-ke-pirate-coffe.html
lepas dipendekan :  http://lynk.my/qgO
Klik la kalau tak percaya url tu sama... =)

Pendek bukan ? hanya 3 words dibelakang. Pertama kalaian buka web lynk.my . Kemudian hanya tinggal letakkan url yang kalian ingin pendekkan dalam kotak yang disediakan  kemudian tekan "LYNK IT" . Mudah bukan ? Jom Lisa ajar .

Cara menggunakan Lynk.my untuk memendekkan url :
1. Buka Laman Lynk.my
2. Copy url yang ingin dipendekkan
3.Masukkan dalam kotak yang disediakan .
4. Tekan LYNK IT , dan siap !


Mudah sahaja . Dan system dalam lynk ni sangat cepat , tak perlu tunggu lama untuk dapatkan url yang telah dipendekkan tersebut .  Pendaftaran sebagai pengguna Lynk.my ialah percuma sahaja tau .
Cara mendaftar akaun Lynk.my
1. Buka laman web lynk.my
2. Cari Join Now
3.Kemudian isikan borang dalam tu .



dan kalian akan dapat email pengesahan seperti dibawah ini. 



Dapatkan wang di lynk.my  dengan memilih sebagai " Publisher "


Tahukah korang , fungsi lain yang korang tak tahu mengenai web ini ? Selain dari memendekkan url , lynk.my juga akan bagi kalian membuat duit dan terus masuk dalam akaun bank yang kalian isi ketika mendaftar sebagai pengguna lynk.my.  Pendekkan url  entri tadi dan share dimedia sosial seperti facebook, twitter  , kemudian orang klik link tersebut dan kita akan dapat duit dari setiap klik . Wahh bestnya !
Kalian pilih Publisher dalam lynk.my  dan kemudian buat 3 step yang mudah macam dibawah ini  .


 Kalau nak lebih paham.. tengok video dibawah ini . =) 

Iklankan produk kalian di Lynk.my serendah RM10.00 seumur hidup ,"  Advertiser "

Sekarang ni ramai yang menggunakan FB ads dan IG ads untuk mengiklankan produk atau barangan yang kalian nak jual bukan ? Bagaimana dengan kos ? kini Lynk.my membolehkan kalian untuk beriklan di web mereka dengan kos serendah rm10.00 sahaja untuk seumur hidup. MURAHnya !!! 3 step yang mudah juga untuk beriklan di lynk.my . wah menarik ni.. nanti Lisa pun nak cuba juga la. 


Kenapa anda perlu menggunakan servis dari Lynk.my? 

1.Servis yang ditawarkan ialah percuma.. kecuali Advertiser .
2.Laman web yang mudah difahami dan mesra pengguna
3. Segala pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun anda. Tak perlu guna PayPal atau tunggu cek.
4.Mempunyai smart-filtering bagi memastikan setiap klik adalah asli dan bukannya robot yang bleh merugikan anda (Advertiser).
5.Sebuah syarikat dari Malaysia untuk rakyat Malaysia. Setanding dengan URL shortener antarabangsa seperti bitly atau go.gle 
6.Paparan statistik yang terperinci graf, peratusan, jumlah pelawat mengikut negeri bagi link yang anda pendekkan.
7. Boleh jana pendapatan  dengan hanya berkongsi link.

Jadi, tunggu apalagi ! Jom la joint contest dan menangkan rm4,000 dan barangan giveaway untuk 50 peserta terawal.  Pemenang akan ditentukan kepada kategori yang dibagi kepada 3 kategori pemenang  iaitu : 
. ·        TOP lynkUNDI
( Senarai CONTEST ID dengan jumlah undi paling banyak akan dikeluarkan pada hari pengumuman pemenang. Jumlah undi merupakan jumlah klik paling banyak daripada referral blog peserta sahaja akan dikira.)
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

 ·        TOP SEO
( Halaman web peserta yang mendapat ranking tertinggi akan dikira pemenang.bagi kategori TOP SEO )
Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

 ·        TOP CREATIVE
( Penyertaan bagi kategori ini ditentukan melalui penggunaan grafik , gaya penulisan dan cara menarik pembaca yang sepenuhnya diadili mengikut kesenian peserta dalam menulis artikel.) 
Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

Jom join CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015 dan hantar penyertaan di http://lynk.my/WJY

LIRIK WRITING'S ON THE WALL - SAM SMITH [ OST PECTRE ]

LIRIK WRITING'S ON THE WALL - SAM SMITH [ OST PECTRE ] || Siapa dah tengok movie 007 -SPECTRE James Bond yang dah ditayangkan sejak awal November hari tu pasti dah dengar lagu ini. Meh tengok Review tu di entri  " SPECTRE " Lagu Writing's on The Wall yang dinyanyikan oleh Sam Smith dalam beberapa scene dalam movie itu . Jom dengar ..

Writing's On The Wall by Sam Smith
OST SPECTRE - JAMES BOND 007

I've been here before
But always hit the floor
I've spent a lifetime running
And I always get away
But with you I'm feeling something

That makes me want to stay





I'm prepared for this
I never shoot to miss
But I feel like a storm is coming
If I'm gonna make it through the day
Then there's no more use in running
This is something I gotta face

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

A million shards of glass
That haunt me from my past
As the stars begin to gather
And the light begins to fade
When all hope begins to shatter
Know that I won't be afraid

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

The writing's on the wall

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall



GUARDIAN SALE 15% , Jom Shopping !

GUARDIAN SALE 15% , Jom Shopping !  || Plan nak beli ubat untuk crack kaki je , bukan apa sebab sekarang ni musim kadang panas dan kadang hujan. Kulit pun jadi sensitif. Dah pergi check kat klinik , dokter cakap alahan . Mungkin juga ubat lantai kuat sangat. Memang tak boleh bawa duit lebih la kalau pergi shopping mall atau kedai-kedai . HUH ! Bawa rm200 , habis dua ratus gak . Niat nak beli AIKEN crack tuit kaki tapi terrrrbeli banyak barang pulak.  Nivea Spray Deodorant Extra Whitening  lah.. + Cosmoderm Vitamin E  cream  + Bio Essense Miracle Bio Water  + Pore Pack dari Biore . Fuhh.. Habis rm111.20  balance tu beli makan dan sayur haha . Mentang -mentang ada diskaun 15% - 20%   di GUARDIAN  . Borong sebanyak mungkin..sebab itulah Lisa tak suka bawa purse boleh tak ingat dunia kalau dah rambang mata ni ha .







 Terus cari tempat letak barangan Cosmoderm , sebab haritu perasan juga katanya ada SALE LESS 15%  untuk produk cosmoderm di Guardian . Memang tak lepaskan peluang ini lah , terus je  cari Cosmoderm pelembab muka Vitamin E cream 3,000 I.U Rosehip oil ni  sebab last pergi Guardian , takda stock pula.  Dah setahun guna , memang dah suka dan ngam je kat muka Lisa . Banyak lagi barangan Cosmodern yang lain seperti Magic Lotion ,pencuci muka , tea tree oil tuk jerawat , sabun , dan lain lain. Bukan selalu ada promo macam ni .





Lepas tu pergi ke tempat  Kosmetik dan make up.. Lisa carilah BIO Essense , Miracle Bio Water  . Spray untuk melembabkan kulit, baik kulit muka , tangan atau badan sekali pun. Psttt untuk rambut pun boleh tau. Untuk kalian yang kulit kering , atau ada eyebag boleh try guna Miracle Bio Water ini. Pakai sebelum tidur , kulit rasa sejuk je seperti lepas mandi . Harganya rm 44.03 (lepas less 15 % ) untuk 300ML. Ada saiz kecil jugak , terpulang kalian la nak beli yang mana satu . Kalau dikira ... harga botol besar ini lagi murah sebab tu Lisa pilih je yang besar. Lagi Jimat .



Pore pack || yang ini kalian mesti dah tau kan kegunaan untuk apa. Untuk ilangkan pore dekat hidung tu ha.. Memang Lisa tak suka tuk korek sendiri dengan guna pin bulat tu . Nanti hidung merah , dahla kulit Lisa putih .. lepas merah nanti mesti jadi kulit menggelupas, sakit pulak tu time nak buang . Kalau guna pre pack Biore ni kan senang je . Basahkan hidung kemudian lekatkan porepack dan tunggu 10 minit dan swap. Mudah je dan tak perlu kuar air mata tahan sakit .

Nivea Spray Deodorant  Extra White  || Sebelum ni guna roll on sebab memang tahan lama jadi habiskan saja lah kan . Spray macam senang je tak melekit , dan wangian tahan 48jam  ( dalam botol tulis macam tu ) tapi memang tahan lama la lepas try. Nivea ade  offer gak . sebab tu beli. Buy 1 free 1 .. tu terrrbeli tu.

Yang akhir sekali AIKEN .. untuk ilangkan crash or crack (entah eja betul ke tidak ) pada tumit kaki. Bukan sebab pakai kasut tumit tinggi tapi memang cuaca yang bertukar-tukar . Dah la kulit sensitif pulak tu .. pecah bagian tumit memang seksa ! pedih kot.. lepas tu di ibu jari kaki.. mau tak terkial-kial kalau nak jalan . Semalam sapu ubat ini , lega sikit .. tak rasa pedih sangat. Dah kurang woo ! dalam kotak tulis kesan seawal 3 hari . Tapi mungkin tengok keadaan kulit juga kan.. Hope cepat sembuh la.. sakit la jalan macam ni .

Barangan perempuan banyak lagi untuk dibeli , tapi setakat ini beli yang tu sahaja la. Almaklumlah kena berjimat cermat sekarang ni . Barang semua dah mahal ,, semua dah naik harga .. kena pandai uruskan wang . Ni pun kalau takda SALE memang Lisa fikir dua kali kot nak beli.. ya memang tunggu sale pun . Hehehe.. Maintainance tinggi ? Tak juga la.. sebab barang-barang ni bukan bertahan seminggu dua je .. tapi leh sampai 3 bulan. Jimat la jugak tu kan. Walaupun saya tak pandai nak makeup , tapi saya mampu jaga kecantikan kulit dan badan je . Biar kecik janji sehat dan comel . Part comel tu orang bagitahu kat Lisa ,, entah saja nak ambil hati atau saja nak usik .. Hehe..

Korang ... Lupa pulak.. kalau beli barangan di Guardian .. akan dapat peluang free beg Garfield . Setiap barangan caranya .. meh baca entri ni : BEG BAGASI GARFIELD EKSKLUSIF di Guardian

MEE SEJUK KOREAN FOOD

MEE SEJUK KOREAN FOOD || Oppa.. Oppa..  , tu je yang tahu dalam bahasa korea. Lisa bukan jenis yang minat sangat dengan artis korea. Macam Running Man or sejenisnya la. Ntah memang tak minat.. nak buat macam mana. Tapi Lisa suka makan Kimchi korea,sedapppp.... ! Mula-mula makan dulu memang tak boleh masuk tekak tapi lama-lama jatuh cinta la pulak . Dan minggu lepas selepas kerja , kami satu company pergilah ke restoran Korea. Makan steamboat dan banyak lagi menu yang dihidangkan . Salah satunya MEE SEJUK ! mee yang terkenal di korea. Hmm macam mana rasa mee sejuk eh ? korang pernah try rasa tak ? biasa makan mee yang panas-panas je kan , lagipun Lisa bukan jenis makan mee .. tak boleh masuk tekak sebab besar. Tapi mee yang digunakan di mee sejuk ini halus dan lembut berwarna grey , mungkin boleh makan kot . Cuba makan je lah ..


Unik kan untuk alas sudu dan copstick tu . Ternyata rasa mee sejuk itu.... WEIRD ! hahaha.. series tak boleh masuk tekak . Mee Sejuk , menu mee yang terkenal di negara Korea. Dihidangkan dalam keadaan sejuk , dan kuah mee tu dicampur dengan ais . Bukan mee yang dimakan dalam keadaan sejuk tu tau, bukan mee celup air lepastu tuang je . Bahan-bahan Mee sejuk dari : Mee+ Ais +Kuah + atas tu letak sayur timun. Daging udang sotong tak ada ! . Macam cendol pun ada. Rasa pelik , kuah tu rasa manis dan tawar.. Haa itu je la yang mampu Lisa luahkan selepas sesudu mee sejuk masuk dalam mulut . Memang tak leh habis la.. nasib baik share-share. 

Korean Tea

||  Rasa teh yang tawar dan juga pelik. Tak rasa macam teh pun . Teh hokian boleh lagi nak masuk tekak.. yang ni memang tawar dan ada bau sendiri. Tanpa tunggu lagi Lisa order air mineral , sebab tak sedap rasa teh ini. Mungkin sebab lisa tak berapa suka kot. tengok orang lain sedap je tambah-tambah untuk minum .


Kicap masin + Bawang besar  dan sambal untuk makan dengan daging lembu BBQ .


Kimchi || Ni lah kimchi yang Lisa cakap tu . Sedap.. sayur dan sambal cili yang special ..



Yang ni kentang rebus yang dilumatkan .. dan dicampur dengan telur.

Cendawan tumis .

Yang bawah kimchi tu sotong ... Sotong dengan biji bijan dan cili. sedap, rasa pedas manis .


Mee hoon korean style . Yang ni sedap ! ada sayur .. boleh makan . Lebih kurang macam bihun goreng tapi yang ini lagi merbeless.


Telur stim .



Kulit luar sushi yang dimasak dengan biji bijan dan cili. sekali masuk mulut memang dah habis. Tak pa.. boleh tambah sebab kuantiti sikit je kan. Boleh tambah tanpa dikenakan charge tambahan.





KOREAN RICE || Rasa macam tepung tapi macam beras. Makanan ini namanya nasi korea. besar-besar..



Daging lembu dimasak grill dan dicampur sos BBQ.


Amacam.. terliur tak ? Kimchi ada orang suka ada orang yang tak suka . Macam tu juga dengan Mee sejuk . Hahaha . Sekali sekala makan makanan ala korea . Nak pergi korea jauh la pulak.. tak tau bila boleh pergi sana. Korang nak try makan MEE SEJUK Korean Food boleh la riki-riki kat google cari resepi dan buat sendiri di rumah . 
© all rights reserved
made with by templateszoo