Ad

Sinopsis TALAK - TV3

Sinopsis TALAK - TV3 | Macam best je semalam ramai yang update mengenai telemovie Tv3 so Hari ini Lisa try la cari tayangan telemovie tu secara Online . Not Bad la, boleh dijadikan sebuah pengajaran bahwa TALAK tu tak boleh buat main-main, nanti termakan diri sendiri. 

Sinopsis Talak ; Menceritakan mengenai perasaan kuat cemburu oleh Badrol (Fizo Omar ) terhadap istrinya ,Yasmin (Diana Danielle)dengan kawan rapatnya Mukriz (Fadzil Zahari) yang bekerja dibawah satu syarikat penerbangan yang sama. Perasaan selalu curiga itu membuat Badrol akhirnya meletakkan satu syarat kepada Yasmin "Jika ada salah satu diantara mereka meniduri orang lain,maka akan jatuh TALAK dengan sendirinya " . Yasmin begitu kecewa kerana Badrol sanggup memberikan syarat seperti itu padahal dia seorang istri yang setia.Siapakah yang melanggar Syarat itu sampai akhirnya mereka berpisah kerana TALAK ? 

Tonton dan saksikan di : 




 Judul 
TALAK (TV3)
Tarikh ; 22 March 2015 ,(10 Malam)
Slot ; Festival Tv3
Skrip ; Nana Khalil
Pengarah ; Kas Roshan
Terbitan ; Skill kreative Production 
Pelakon ; Fizo Omar ,DianaDanielle , Hafreez Adam , Reen Rahim, Fadzil Zahari. 

"Father of Singapore " LEE KUAN YEW Dies

"Father of Singapore " LEE KUAN YEW Dies | My condolences to Prime Minister Lee Kuan Yew and family.Lee Kuan Yew , 91years (  September 16,1923 - March 23 ,2015 was a singaporean politican. He was be singapore's Prime Minister for three decades (31 years). We was heard Prime Minister of Singapore was hospitalized several weeks ago cause pneuomia and today March 23  -2015, he died peacefull 3.18 am at Singapore General hospital.



Mr.Lee ,oversaw  Singapore's independence from Beitain and separate from Malaysia.My condolences to Prime Minister Lee Kuan Yew and family

Salah Masuk Toilet Lelaki

Salah Masuk Toilet Lelaki |Semua orang pasti  pernah buat kesalahan baik disengaja ataupon tidak disengaja. Kesalahan yang membuat penyesalan atau kesalahan yang membuat malu. Malu bertanya sesat ditandas eh di jalan... Dan ianya berlaku pada Lisa hari ini. 

Dalam perjalanan pulang Selepas menghabiskan waktu berjalan-jalan cuci mata di Johor Bahru city Square , kami singgah di Petronas untuk pinjam toilet. Hehe.. Kawan Lisa didepan dan Lisa ikut dia dari belakang. Fikiran Lisa memang tgh mamai sebab baru sedar dari tidur , jadi ikut je la dia masuk tandas . Lisa tengok dia dah masuk dan kunci pintu dari dalam,dan Lisa tengok ..apasal pelik sangat tandas ni Kenapa tiada cermin panjang dan besar seperti kebnyakan tandas perempuan? Kenapa ada mangkuk kencing berdiri ? Eh macam tandas lelaki je.. haa.. terpandang tandas perempuan ade kat depan. Wuuu salah masuk tandas rupanya ! Cepat-cepat Lisa kuar dari tandas lelaki dan masuk ke tandas perempuan. Hahaha nasib baik la takda lelaki dalam tandas tu,konferm lagi malu gila kalau tersempak lelaki tadi  

Seumur hidup baru pertama kali tersilap masuk toilet lelaki. Arghh.. sampai dalam kereta, kawan Lisa yang dah terlanjur masuk dalam tandas lelaki tadi tanya lisa,samaada lisa terasalah masuk jugak ke. Haha kami pon gelak dalam kereta. Ape dah... tak tahan nak buang air sampai tak nampak tandas milik lelaki atau perempuan. Biasa tengok dalam drama tV jem.eh hari ini terkena kat Lisa pulak.

" Jalan Angsana Dengan Kawan 
Lepas guna jangan lupa jiruskan "

Ternampak Pantun dalam tandas tu. 

Keputusan Pemenang Anugerah DFKL - Drama Festival KL

Keputusan Pemenang Anugerah DFKL - Drama Festival KL | Anugerah Drama Festival KL telahpun berlangsung sebentar tadi. Kemuncak dari Drama Festival KL berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) .

Tahniah kepada semua pemenang yang telah terpilih. Nak tau tak siapa sahaja yang tersenarai dalam pemenang Anugerah DFKL ? Berikut keputusannya ;

PEMENANG ANUGERAH DFKL ;

Pelakon Lelaki Pilihan ;
Zul Ariffin -Rindu Awak 200%

Pelakon Wanita Pilihan ;
Amyra Rosli- Kristal Maya

Pengarah Pilihan :
AIDILFITRI Mohamed Yunos-Rindu Awak 200%

Penulis Script Pilihan ;
Nieza Nahar ; Rindu Awak 200%

Barisan Pelakon Pilihan ;
Drama Selamat Pengantin Baru

Pasangan Hero Dan Heroin Pilihan : Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose

Drama Pendek Pilihan ;
Luahan Abah

Drama Pilihan;
Rindu Awak 200%


KFC Zinger Rice WRAP

KFC Zinger Rice WRAP | Perut lapar tapi tak tahu nak makan apa, kedai makanan jauh-jauh dan hari ini banyak pula yang tak buka. AHa.. teringat Menu baru dari KFC yang menarik perhatian Lisa ialah Zinger  Rice WRAP , ala-ala menu rice plate tapi dihidangkan dengan lebih ringkas dan mudah untuk dimakan. Mudah dimakan sebab tak perlu mengotorkan tangan ketika memakan cebisan ayam KFC yang spicy . Well memang Sedap! Menu baru ini dah mula diadakan promosi dari 2 minggu lepas , namun hari ini Lisa baru berkesempatan untuk mencoba sendiri menu baru dari KFC itu.

Menu lazat yang berbahankan dari ; Roti Tortilla ,Nasi ayam , Ketulan ayam spicy , Timun, Tomato , sos Cheeze . Tersaji semua dalam satu hidangan. Sedap ! Disediakan dalam 2 pakej iaitu Zinger Rice WRAP Ala Carte dengan harga RM4.90 dan juga COMBO Pakej RM 7.80 , hidangan yang cukup mengenyangkan .

Tak perlu pening memikirkan menu untuk lunch atau ketika lapar tapi tiada masa untuk makan . KFC zinger RICE WRAP menu pilihan yang disajikan oleh KFC . So.. apakata kalian cuba sendiri , mesti rasa ingin nak cuba lagi. Jom pergi KFC 

REVIEW : Set Kecantikan Citra Mulia Kosmetik

Set Kecantikan Citra Mulia Kosmetik [REVIEW ]  | Wanita dengan kecantikan memang tak terpisahkan. Betul tak ? Banyak je produk-produk kecantikan dipasaran yang dijual dari harga murah sampai harga yang  beribu-ribu. Bahkan ada yang sanggup untuk membuat suntikan botox demi untuk nampak  cantik.  Tapi pernah fikir kesan dimasa akan datang atau pernah selidik bahan-bahan kosmetik itu merbahaya atau tidak ? pernah kalian periksa kelulusan KKM tak ?

Ramai tengok kawan-kawan dalam media social menggunakan set kecantikan produk dari Citra Mulia Kosmetik ,Lisa teringin nak try la jugak. Mana tau ngam dengan muka kan. Set yang Lisa cuba antaranya : The Face Supreme Whitening Day Gel Serum , The Face Supreme Whitening Night Gel Serum , Dr Herbal Whitening AB Cream  , dan Juga  hand and body moisturiser lotion  Milano Ashley Green Tea  ,Milano Ashley Rose Tea . Nak tahu macam mana produk-produk yang Lisa senaraikan tadi ? meh baca . 

Set The Face Gel Serum |  Set The Face ini, Lisa pilih yang gel serum Malam dan Siang iaitu :  The Face Supreme Whitening Day Gel Serum , The Face Supreme Whitening Night Gel Serum . Gel serum ini berfungsi untuk melambatkan penuaan , menghilangkan kulit kusam atua noda hitam diwajah. Selain itu juga menganjalkan kulit wajah, terasa sentiasa muda dari umur sebenar. Haa.. ini bukan ayat promosi  tapi memang kesan yang Lisa rasa selepas menggunakan gel serum ini. Rasa sejuk di wajah ketika menyapu gel serum ini.

The Face Supreme Whitening Day Gel Serum & The Face Supreme Whitening Night Gel Serum 
Fungsi Gel Serums :

●Mengurangkan bekas-bekas jerawat ●Memutihkan kulit wajah
●Menghilangkan flek hitam ●Mencerahkan warna kulit
●Meratakan warna kulit ●Mengecilkan liang wajah
●Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
-Bersihkan muka anda.
-Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
-Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
-Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.


 Set DR. Herbal | Dr Herbal Whitening AB Cream ,set ini terdiri dari 2 krim iaitu  krim A dan Krim B  .Krim A kita gunakan ketika Pagi dan Krim B gunakan ketika malam . Sapukan setelah menggunakan The Face Serum gel diatas.

Dr. Herbal ini juga mempunyai fungsi yang banyak dan tentunya manfaat yang diperlukan oleh kulit muka kita. Produk perawatan kulit wajah yang 100% terbuat dari bahan herbal, sesuai untuk semua kulit wajah. Dirumuskan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi Kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda. Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah. Menarik kan ?

Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM: 
●Mencerahkan dan memutihkan wajah.
●Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
●Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
●Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
●Menjaga keanjalan kulit wajah
●Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus

Dan cara pemakaian yang mudah , semudah ABC sahaja : 
-Bersihkan wajah terlebih dahulu
-Sapukan THE FACE GEL SERUM.
-Ambil Krim secukupnya
-Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 

Yang terakhir , Hand and Body moisturiser Milano Ashley Green Tea dan Rose Tea. Lotion ini wangi yang menenangkan minda. Haha.. Lisa jenis memilih sedikit kalau mengenai wangian. Dan kebanyakan Lisa memang menggunakan kosmetik atau mandian yang beraromakan Green Tea. Sedap bau aroma lotion tu. Selain melembabkan , juga menjaga kulit dari kedutan. Grentea sebenarnya bagus untuk kulit, kaya dengan antioksidan yang berfungsi meindungi kulit dari cahaya matahari dan kerosakan 

Penggunaan yang mudah , jom saksikan video tutorial bagaimana saya menggunakan produk-produk The Face gelserum dan juga Dr.Herbal diatas :

Kesemua Produk Citra Mulia diatas dibuat dari bahan herbal dan yang penting mendapatkan kelulusan KKM . Mengapa kita perlu memeriksa ada KKM atau kandungan bahan herbal ke tidak ? sebab banyak set kecantikan yang dijual sekarang mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya dan menjejaskan kesihatan dimasa yang akan datang .
Ingin tahu lebih banyak lagi mengenai harga dan produk kecantikan ini  boleh hubungi :


Website:
 http://www.citramulia.com.my/

Facebook Page:
 https://www.facebook.com/citramulia.my


Telefon:
+6012-2542448 / +603-6274 6881

Fax:
+603-6273 1669 

Alamat:
Citra Mulia Beauty
No. 3, Jalan 20/38A, 
Taman Sri Sinar, 
Segambut, 
51200 Kuala lumpur.



Gambar Pernikahan Noorayana Najwa Puteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Gambar Pernikahan Noorayana Najwa Puteri  Datuk Seri Najib Tun Razak | Alhamdulillah ,Majlis akad nikah puteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak , Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telahpun berlangsung semalam 19 March 2015 di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana. Yang menariknya , upacara akad nikah tersebut disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak .

Tahniah kepada kedua mempelai dan semoga berbahagia .Berikut gambar di sekitar majlis akad nikah  Noorayana Najwa- Danniyar Kessikbayev  Puteri  Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi yang juga disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah dan tetamu Agung yang lain . 





Cara Menjaga Kaktus Supaya Tidak Busuk atau Mati

Cara Menjaga Kaktus Supaya Tidak Busuk atau Mati | Kaktus , tanaman sejenis bunga yang mempunyai duri tajam maupon duri tak tajam . Ramai orang menganggap penjagaan kaktus ialah mudah , Mudah kalau ditanam di halaman rumah atau di pasu bunga , Tapi bagaimana penjagaan kaktus kalau kita letakkan didalam ruangan  seperti bilik tempat kerja atau dalam rumah ?   Sebenarnya ada beberapa cara yang mungkin kalian boleh lalukan untuk menjaga kaktus yang kita letak di dalam Office .atau ruangan tertutup . Dengan saiz yang begitu kecil dan pasu yang comel-comel je ni , bagaimana cara kalian menyiram air denan kadar air secukupnya dan air tu tak membasahi meja ?
Selain Mawar Biru , Lisa juga menyukai bunga kaktus. Kaktus , kecik comel namun berduri . Berduri untuk mempertahankan dari gangguan lingkungan sekitar. Tahukah anda , bahwa kaktus mampu menyerap radiasi yang dihasilkan oleh komputer . Sebab itulah , bagi kalian yang selalunya pening atau sakit kepala sebab bekerja di depan komputer , kalian boleh mengamalkan meletakkan kaktus di sebelah Pc atau komputer kalian. Manfaat kaktus yang lain ialah sebagai pengubat darah tinggi dan mengurangi resiko kanser. Kaktus jenis ini ialah kaktus bunga naga. Dimana buah naga itu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. 

Tahun lepas ketika photoshoot dengan beberapa Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari di setapak, Lisa diberi hadiah berupa kaktus comel yang diberikan oleh abah Lan Careno . Sebab beberapa minggu sebelum photoshoot tu , abah Lan pergi cameron .. tu minta tolong belikan kaktus yang comel-comel . 

Cara Mudah untuk penjagaan kaktus supaya tidak mati sebab kekurangan air maupun busuk sebab kelebihan air :
1. Sediakan Bekas tuperware atau bekas lain yang bersaiz agak besar. 
2. Masukkan kaktus kedalam bekas tadi
3. Tuangkan air secukupnya .
4. Biarkan air tu kering meresap ke tanah dalam pasu kaktus tu .

Mudah dan sangat senang bukan. Kalian boleh memelihara kaktus dan meletakkan di sebelah komputer kalian untuk mengurangi radiasi oleh komputer . Selamat mencoba. 


Review : AZANIS Scar Serum Penghilang Parut

Review : AZANIS Scar Serum penghilang parut | Sebelum ini Lisa pernah menulis entri mengenai bermain roller skate di Dataran Tasik . Disebabkan baru belajar dan baru first time bermain permainan itu, tak heran la kalau Lisa jatuh berulang-ulang kali. Sakit memang sakit tapi seronok sebab dengan gigihnya akhirnya Lisa boleh berjalan menggunakan sepasang kasut roda 4 tu . Kaki terasa pedih dan tak perasan pulak kaki kanan dan kiri melecet. Wuuu.. sebab menahan menggunakan kasut tu biar tak tergolek,kaki pulak jadi korban. Berkurang dah kegebuan kaki Lisa, dah ade kebiru-biruan dan coklat bekas lebam tu.

Pening memikirkan bagaimana menghilangkan kesan lebam sebab melecet tu , dan Kawan Lisa mensyorkan Azanis , scar serum yang menghilangkan bekas parut. Mungkin berkesan juga untuk bekas luka melecet pada kaki Lisa. Cara penggunaan yang mudah dan senang je , botol kecik dan dengan isi kandungan 15ml ini mudah dibawa kemana-mana. Sehari dua kali , atau guna bila-bila masa pun boleh . 


Azanis Scar Serum hanya disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada pada kulit kalian. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Lisa dah guna selamat 2 minggu dan nampak kesan dah, dah mula pudar bekas kesan melecet ritu.  Walaupun produk baru , Azanis telah Diluluskan KKM, diyakini halal . Jom cuba juga !

Cara pembelian : 
SMS /WHatsapp :"SCAR100" hantar ke 0173673630 

atau layari laman pautan di : http://azanisscarserum.com/11/

NANYANG Kopitiam, Tempat Makan Dan Lepak di Kluang

 NANYANG Kopitiam, Tempat Makan Dan Lepak di Kluang | Ahad lepas Lisa ade temu janji dengan klien. Ewah.. macam lah bisnes berjuta-juta . Tak de lah.. ada kerja sikit dengan kawan tu nak kena jumpa . Hehe. Maka kami deal lah berjumpa di Nanyang kopitiam berdekatan dengan Kluang Mall. 

Tempat makan ini ada bahagian luar dan dalam , yang bahagian luar tu disediakan mungkin orang nak ambil udara fresh dan juga biasa untuk perokok. Lisa pon memilih duduk di bahagian dalam tempat makan tu , sebab apa ? sebab takperlu hidu bau asap rokok dari customer lain. Pandai tak ? sebab biasanya orang ni mane lah nak fikir perasaan orang yang makan di meja sebelah . Meja disudut bersebelahan dengan cermin ada kosong lagi, pilih je la kat situ. Dengan pantas pekerja di Nanyang Kopitiam memberikan aku buku menu makanan dan juga minuman yang disediakan di restoran itu .

Suasana klasik dengan warna paduan coklat dan putih  , diiringi music dan juga disediakan Free WIFI untuk memudahkan customer melayari internet. Berbagai makanan yang disediakan disini seperti roti bakar , kentang goreng , chicken chop.. dan banyak lagi western food . Dan menu pilihan Lisa , Chicken chop Thay Style dengan air Lemon Tea. 

Tadaa... Sedap ayam tu , salad yang terbuat dari sayur yang fresh . Dan pastinya .. Air yang memang cukup rasa , tak masam tak manis. Memang terasa lemon disitu. Harga yang ditawarkan pun tidak terlalu mahal. Tiada GST , Service charge baru 5% sahaja. Ok lah tu.. Harga keseluruhan makanan ini hanya rm16 lebih sahaja. Tempat yang stategic dan juga suasana yang tenang . Sesuai untuk lepak dengan kawan atau nak bincang mengenai hal kerja. Restoran ini Halal dan  free Pork .







 Nanyang Kopitiam , Tempat makan yang sedap dan menarik di Kluang . Jangan lupa singgah dan rasa makanan disini kalau kalian turun di Kluang . Berdepan dengan Kluang mall dan sebelah restoran nanyang ini terdapat sebuah masjid , senang untuk kalian yang beragama islam  kalau ingin sembahyang .

Alamat :
Kluang Town 54, Ground Floor, Jalan Ciku, Johor, 86000

TIADA PPU Untuk Internet Celcom Prepaid

TIADA PPU Untuk Internet Celcom Prepaid  | Berita yang baik dan mungkin bagus untuk para pengguna mobile internet praayar atau Prepaid  celcom untuk semua  plan SOX,UOX, IOX, Frenz, Dan 1Malaysia kecuali celcom first  . .Ramai telah mengetahui bahwa bermula dari beberapa bulan lepas , Celcom telah mengenakan charge PPU (pay per use )  dan pastinya membebankan para pengguna mobile internet prepaid. Mengapa Celcom mengenakan Charge Pay Per Use 10sen untuk 10kb ? hehe sebab .. sebab.. mungkin kalian dah tau sendiri la. Produk owner celcom ini mencuba mengatasi dari kebocoran kuota untuk customer .

Dan berita baik yang ingin Lisa sampaikan ialah , bermula hari ini.. para pengguna celcom prepaid boleh menikmati mobile internet tanpa dikenakan ekstra tambahan seperti sebelum ini. Dalam erti  tiada PPU (Pay Per USe ) 50sen untuk 20kb . Boleh menjimatkan duit poket lah , tanpa perlu terkena charge lebihan. PPU celcom telah di mansuhkan bermula 16 March 2015. 



BeautyOAT Meremajakan Kulit [REVIEW]

 BeautyOAT Meremajakan Kulit  [REVIEW] | Assalamualaikum ! Oat, mesti dah ramai tahu dan pernah dengar mengenai Oat. Namun berapa ramai orang yang suka mengamalkan pemakanan Oat ? Lisa pon sebenarnya kurang suka makan atau minum oat. Ntah , ,macam tak ada rasa la pula sebab tu tak boleh masuk tekak.

Akhirnya Lisa jumpa "BeautyOat " collagen plus + OAT . Bagaimana tu ? Berbeda dengan oat yang lain , beauty oat mengandungi beberapa bahan yang mempunyai banyak manfaat untuk kesehatan , diantaranya Delima , kolagen , Oat , dan Sakura. Macam sedap je kan , memang sedap. Lisa dah try minum untuk seminggu ini dan hasilnya memang tekstur kulit lebih halus dan kulit sentiasa lembut.

Diantara manfaat Beautyoat yang perlu kalian tahu :

-Membantu memperbaiki ketegangan,keanjalan , dan tona kulit
-Membantu mengurangkan kolesterol ,garis halus ,pigmentasi dan pori-pori
-Membantu meningkatkan sistem imunisasi ,tekstur kulit ,tisu kulit dan tenaga 
-Mencegah penyakit Jantung dan Berat badan .


BeautyOat juga sesuai untuk kalian yang sedang mengamalkan diet , sebab dengan meminum BeautyOAT badan menjadi lebih bertenaga. Amalkan secawan BeautyOat di pagi dan malam hari untuk mendapatkan hasil yang optimal. Untuk menyediakan minuman beauty oat ini janggan menggunakan air panas ye ,sebab nanti akan memecahkan nutrisi yang berada didalam kandungan BeautyOat.


Cara Penyediaan :
1. Masukkan serbuk dalam cawan
2. Tuang 180ml air suam
3.Kacau sehingga rata dan kemudian Minum

1Bungkus BeautyOat boleh diminum 2 kali dalam sehari. Senang je kan ? Rasa yang tidak hamis dan mengenyangkan sesuai untuk orang yang tak sempat untuk mengambil sarapan pagi.

Harga sekotak BeautyOat rm 79 (WM)  & RM 89.00 (EM) dan terdapat 18 sachet x30gram didalamnya .
Untuk pembelian :
Facebook : https://www.facebook.com/BeautyOATOfficial
Instagram : https://instagram.com/beautyoatofficial/
Website : www.beautyoat.com
Email : babeskin365@gmail.com

 Untuk Sebarang Pertanyaan. Hanya Click Link berikut: http://bit.ly/1y0VyDG


ATAU SMS/ Whatsapp/ Wechat
012 - 2444 014
012 - 2444 041
03 - 9100 2265 (Office)




GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris



Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : @Mawar Biru 
instagram id : @mawar_biru89


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Drama Suami Sebelah Rumah FULL EPISOD

Drama Suami Sebelah Rumah FULL EPISOD |Drama suami sebelah rumah slot Iris ditayangkan setiap hari Isnin-Kamis pukul 6.30 petang di TV3 . Ditayangkan bermula 2 March 2015 dan sebanyak 20 Episod.

Walaupun status suami istri namun mereka tidak tinggal serumah. Apa yang akan dilakukan Amar [Izzue islam] untuk mendapatkan hati Eryna [Ayda Jebat] gadis yang dicintainya selama ini yang juga telah bertukar status menjadi istrinya itu?




 |Suami Sebelah Rumah mengisahkan Eryna berstatus isteri mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir. Segala persiapan telah dibuat. Eryna gelabah selepas membaca mesej yang dihantar oleh Azlan.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun..

© all rights reserved
made with by templateszoo