Ad

Review: MIKA SAKURA WHITE ,PUTIH SATU BADAN

REVIEW MIKA SAKURA WHITE , PUTIH SATU BADAN || Assalamualaikum dan selamat hari isnin. Monday Blues ke ? tak perlu blues sangat la ye.. cuba senyum . Haa.. kan lawa dan handsome tu ! Hari ini nak story mengenai produk yang memutihkan kulit bukan hanya di wajah sahaja tapi putih satu badan . Wahh.. kaum perempuan sapa yang tak nak lawa dan kulit gojes. Mika Sakura White , diperbuat dari ekstrak bunga sakura dan cara pemakanan yang mudah iaitu hanya kemam dan kunyah sahaja.



Apa yang menarik dan kelebihan MIKA SAKURA WHITE
-Boleh MEMUTIHKAN kulit muka
-Boleh MEMUTIHKAN kulit satu badan
-Boleh menghilangkan jerawat & parut jerawat
- Boleh menghilangkan jeragat
- Boleh menaikkan seri muka
-Paling penting, BOLEH MEMUTIHKAN SATU BADAN dengan cara PALING MUDAH iaitu KUNYAH sahaja!


Kandungan Mika sakura white diperbuat dari  100% dari ekstrak semulajadi BUNGA SAKURA
,100% tiada bahan kimia dan tiada kesan sampingan yang negatif .
* Diformulasi oleh doktor perubatan bertauliah Malaysia dengan kepakaran teknologi Korea
*Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki & wanita
* Ekstraknya antara agen anti penuaan yg paling berkesan dan terbukti digunakan oleh ramai pengamal kecantikan di Jepun & Korea
Jangan risau , Produk kecantikan MIKA SAKURA WHITE telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia . Dan pastinya mempunyai rasa yang sedap. 




Setelah seminggu rajin memakan Mika sakura white ini, nampak juga  perubahan. Ada beberapa kawan tegur sekarang Lisa makin putih . Lisa rasa sama sahaja , tapi mungkin sebab hari-hari tengok dan pandang depan cermin sebab tu tak perasan. Mata orang lain yang memandang yang lebih tahu kan ! . .. Packing botol yang ringan dan kedap udara memudahkan Lisa membawa pergi kemana-kemana. Hanya tinggal masuk dalam beg dan siap. Tak memerlukan ruang yang banyak dan besar.

Nak tahu tak testimoni dari pengguna yang lain ?


Kalian tak teringin ke ? sekarang Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Sebarang pertanyaan cepat whatsapp sis Ara dari Procrowd - 0132037799

CEPAT TAU JAGAN SAMPAI KEHABISAN ! :D



Punca Sebenar Perubahan Blogspot.com

Punca Sebenar Perubahan Blogspot.com | Kemarin kecoh mengenai pertukaran url blogspot dot com kepada blogspot dot my . Kemudian timbullah issue yang mengatakan Kerajaan ingin memantau bloger-bloger la .. politik la.. ini la itu lah . Berbagai andaian muncul dan penuh dalam news feed laman social Facebook hanya dengan issue pertukaran url . Pertukaran dari domain blogspot.com kepada blogspot dot my sebenarnya bukan sebab kerajaan ingin memantau para blogger  . Sebab kalau benar kerajaan yang menyekat .. Pastinya domain blogspot dot com akan tetap sama bila kita log in dari luar negara atau menggunakan ip luar negara. Rujuk pada gambar diatas.. menggunakan ip negara sebelah ,Indonesia tapi url tetap berubah ikut IP Indonesia. cubatema.blogspot.co.id   


Jadi bukan kerana kerajaan kan ?  Dan gambar dibawah ini pula ketika login menggunakan IP Malaysia . Pertukaran url mengikut negara sebenarnya dilakukan oleh Google , bukan kerajaan. Setakat ini kerajaan mampu menyekat beberapa certain seperti url dot com  / dot my atau url blog terus tak boleh dibuka. Penyekatan biasa dilakukan oleh pihak MAMPU . Di Office pejabat awam atau bank untuk mengelakkan staff mencuri tulang kot . Hehe.. 




Gambar dibawah ini pula, url blog dari Indonesia tapi Lisa login disini jadi automatik akan bertukar ke blogspot.my bukan blogspot.co.id lagi . Semalam cari entri mengenai sakit gigi sebab gigi Lisa yang sakit bak tertusuk jarum . Sama ada gigi atau gusi yang bengkak.,, dan terjumpalah blog dibawah ini. 



Jadi salah Kerajaan ke ? Ibarat awak menumpang dirumah orang secara Free , lepastu tuan rumah melakukan pertukaran pintu . Nak tak nak kena gunakan pintu yang baru . Sama lah macam awak menumpang blogspot dari google. Kalau GOOGLE melakukan perubahan , kena lah ikut . Hehe.. 
Walaupun blogspot.my akan redirect dari blogspot.com,, tapi kalau kalian main SEO memang akan lari dan juga trafik kalian akan berubah . 

Sebab tu ..tukarlah dari blogspot.com kepada domain berbayar . Mahal ? Satu tahun rm35 sahaja paling murah.  

VIDEO DOLLAH SALLEH MELETAK JAWATAN


VIDEO DOLLAH SALLEH MELETAK JAWATAN | Kekalahan pasukan Harimau Malaya melawan UAE (Emiriah Arab Saudi ) dengan 0 : 10 pada peralawanan ketiga kumpulan pusingan Kelayakan Piala DUnia 2018dan Piala Asia 2019 memang telah memalukan negara . Kekalahan paling teruk dalam perlawanan melawan pasukan antar bangsa.

Jom saksikan Video ketika Dollah Salleh menyatakan peletakan jawatan 



"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Bagaimana Nasib Skuad Harimau dimasa yang akan datang ? 

Canon Jenama Printer Tahan Lama

Canon Jenama Printer Tahan Lama | Setelah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun ,  semalam 4 /09/2015 berakhir sudah hayat si canon 3050  . Printer yang hari hari berjasa dalam memudahkan kerja Lisa selama ini. Memang dah seminggu dua printer ini meragam . Sekejap boleh print dan sekejap keluar tanda pangkah. HUH. Semalam last miit kerja terus tak boleh nak Print. Terbalik kan tunggang langgang ke kanan ke kiri , macam menyelamatkan nyawa orang yang hanyut di sungai . Namun sama sahaja , tak boleh nak print ! 

Akhirnya sampai ditempat kerja , Lisa bagitahu kepada Boss yang printer ROSAK . Kerana hari ini sabtu , takut nanti tak ada kedai yang buka pula. Mati la nanti nak buat kerja , kena bebel bos bla bla bla.. jadi untuk mengelakkan .. Lisa timing nak balik kerja baru bagitahu. Hehe nasib baik mood dia ok ja hari semalam. Terus dia pergi beli Printer yang baru . 


Printer yang menjadi  pilihan ,Canon  Image Class LBP 6030 . Canon lebih tahan lama berbanding brand HP . Sebab haritu pun pernah beli brand HP , cepat rosak. Kerana kami hari hari menggunakan printer , sebab tu tak tahan kot. Kena cari yang lasak-lasak bukan yang manja-manja.  Pendapat pribadi Lisa memang canon lagi senang guna and tahan lama . Pagi-pagi kalut nak pergi ke branch , usung printer yang diletakkan di bonet kereta belakang  ( kereta boss Lisa  ) , dah jalan 5 minit ,, boleh pula dia tanya Lisa ,  " wayar ada tak ? "  aik.. bukan ke dia beli one set. Memang biasanya dalam kotak ada wayar dan CD sekali kan. Aiyark.,, Dan kami pusing semula .. ke HQ hanya untuk check memastikan yang wayar ada sekali dalam tu . Padahal kalau berhenti sekejap di tepi jalan pun boleh kan . Dah jadi satu hal pula untuk membazirkan masa.

Sampai di branch pula , Buka kotak yang berisi printer baru itu , alamakk... plug wayar tu tak sama saiz normal Malaysia lak. Kena beli universal plug . Terpaksa tutup office semula dan pergi ke kedai lektrik untuk beli universal plug . Tunjuk wayar dan cakap nak beli universal plug , Apex tu jawap tak da jual pulak. Pelik bebenar , kedai lektrik besar tk jual kepala plug universal. Patah balik ke office , ambek universal plug yang rosak.. then tunjuk ke Apex tu. Haa.. baru dia paham benda yang aku maksudkan. Mungkin dia ingat Lisa nak beli wayar macam wayar yang Lisa bawa kot . Haihh bazir masa lagi.  Universal plug tu seharga rm4.50 (murah ke mahal ? )  Pasang satu persatu , dan kemudian settle. Nasib baik la toner printer ada dalam tu . Kalau tak ?? hahaha tk tau la nak cakap.. 


Berpeluh-peluh sebab jalan sana kemari , nasib baik pakai REXONA tuk deodorant takda la ketiak ni lecak basah . Sentiasa kering dan wangi gitu (alamak alih topik pulak ) . Cucuk plug wayar dan kemudian masukkan CD untuk install Driver Canon Image Class LBP 6030 dan sambungkan ke PC . Tekan Next, next dan finish . Tapii... pelik.. tak keluar shortcut  Printer Canon tu . Install manual pun sama sahaja . Try google dan download Driver canon LBP 6030 tapi tak berjaya juga . Try ke komputer satu lagi , hasilnya ? SAMA sahaja. Mana yang silapnya  ?

Keluarkan CD tu dan kemudian try lagi. Setelah hampir putus asa dan hampir memanggil tehnisen komputer .. akhirnya dapat baca juga CD tu.. Oh.. ternyata kena tekan My computer dan kemudian cari CD room E baru keluar popup untuk install secara mudah . Dan akhirnya .. settle dah untuk install Printer.

 Try untuk print paper.. Yes.. boleh dah . Tapi awat blank je ? Tak kan Toner tu tiada Ink didalam . Aduhai dah nak fedup. kemudian letak atas meja.. Nampak tak benda kaler orange tu ? Hahah Silap Lisa lupa tarik keluar plastik orange tu . Patutlah tak ada keluar Ink . Feww.. Nasib baik tak call boss suruh datang bawakan toner printer. Haha kalau tak.. memang dapat free bebelan di pagi hari .


Kalut dengan customer yang dah beratur sampai benda kecil pun lupa nak buat .

Printer dah baru ,, PC pula bila nak baru eh ? Hehe

Baca : Fungsi Printer Yang Anda Tidak Tahu 

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

 Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Telekung , biasa digunakan untuk menunaikan ibadah solat bagi orang Islam. Di zaman yang serba moden ini pastinya banyak ditemui beraneka jenis Telekung muslimah . Permasalahannya , apakah telekung itu mengikuti syarat sah solat ?

Reehans , Telekung keluaran terbaru dan menjadi Telekung Pilihan Muslimah. Berbagai corak dan pastinya selesa untuk menjalankan Ibadah . Dibuat dari material terbaik sehingga membuatkan Reehans Telekung Jubah yang berkualiti tinggi dan eksklusif . Kalian boleh memilih sesuai dengan corak yang kalian suka , kerana telekung Reehans tidak hanya mengeluarkan satu jenis sahaja tetapi mempunyai tiga jenis corak . Diantaranya :
1.Telekung Reehans Balqis
2.Telekung Reehans Nur
3.Telekung Reehans Rania


1. Reehans Balqis 

Telekung Reehans Balqis | telekung ini mempunyai corak bunga dan warna warna yang lembut. Terdapat  24 jenis corak Bunga yang kalian boleh pilih sesuai mana yang berkenan. Usah risau warna yang akan pudar. Sebab Reehans Balqis dibuat dengan material yang tahan lama dan lembut.

2.REEHANS NUR

REEHANS NUR | Menggunakan kain berkualiti tinggi dan mempunyai bentuk khas seperti jumbai di bahagian bawah yang sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas. Sesuai untuk kegunaan harian, sebagai hadiah perkahwinan atau masa kini.

REEHANS RANIA 
REEHANS RANIA  | Telekung Reehans ini pula dibuat menggunakan  kain Velentro ITALI berkualiti tinggi Iyang sangat selesa untuk dipakai . Disediakan dalam dua warna iaitu dusti pink dan putih. Kalau Lisa lebih suka kaler putih sebab soft dan plain. hehehehe.


Boleh riki-riki untuk hantaran nanti dan juga nak hadiahkan Mak lah. Untuk travel pon boleh juga . Kain yang lembut , selesa dan telekung jubah senang dipakai . Dengan telekung REEHANS  "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" Apa tunggu lagi , hari ini gaji kan untuk pejawat awam , meh singgah dan book sebelum kehabisan stock.

Ketahui Info Lanjut dan Tempahan :
    WhatsApp/Tel: +6011-14481591
    Email: reehanstelekung@gmail.com
    Facebook: Reehans Telekung
    Website: www.reehans.com


GAMBAR PERNIKAHAN NUBHAN AF


GAMBAR PERNIKAHAN NUBHAN AF | Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lelaki bersuara merdu yang pernah menyertai Akademi Fantasia yang ke 6 ini, Nubhan . Terkenal dengan lagu Ada Untukmu , memang wat Lisa terjatuh cinta dengan suara Nubhan. Kini status Nubhan pun telah bertukar kepada Suami orang . Kalian para gadis jangan patah hati dan sedih ya .. hehehe.

Nubhan telah pun bernikah dengan gadis pilihan hatinya sejak 7tahun lepas. Nubhan dan Afifah Hidayah Ahmad Taufiq telahpun sah bergelar sebagai suami dan isteri pada 29 OGOS 2015 di kediaman keluarga Afifah di Negeri Sembilan  . TAHNIAH ! Nubhan memberikan mas kahwin sebanyak RM20,000.00 dan 5 dulang hantaran , dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh pihak Afifah.

JOM TENGOK GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN NUBHAN AF6 DAN AFIFAH !











GAMBAR : MHM STUDIO  || dmuslimphotostudio

REVIEW KEYBOARD KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON

REVIEW KEYBOARD  KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON | Nampak seperti keyboard biasa dan yang spesial ada lampu yang boleh menyala dan memudahkan kita untuk mengenali huruf dan number ketika kita on komputer dalam kegelapan seperti contoh bilik . Tak perlu susah-susah untuk menyalakan lampu bilik ketika kalian dah mengantuk dan malas bangun untuk tutup dan buka swich lampu . Gaming Keyboard KAI-9 Sentinel produk dari jenama ARMAGGEDDON yang biasa digunakan untuk orang yang suka main game. Kenapa mereka suka menggunakan keyboard yang lain dari keyboard biasa seperti yang berada di tempat kerja kalian ?

Jawapannya : Keyboard KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON ini mempunyai kecepatan yang lebih laju dari keyboard biasa. Button pun lebih banyak dari keyboard yang biasa.Button ini memudahkan dalam permainan sehingga tak perlu selalu menekan mouse menghalakan cursor dan menukar web untuk ke page selanjutnya.

Specifications

*Macro Programmable Gaming Keyboard
*122 membrane silent switch and key stroke up to more than 100,000,000 times
*6 programmable macro keys and up to 3 profile key on-the-fly switching
*Adjustable backlighting color and effects on keyboard lighting key
*1.8m multi-flex cord wrapped with ultra-durable cable jack
*Gaming cluster with anti-ghosting capability
*64KB built-in onboard memory

Features :
*7 Different Backlight Colours in one keyboard
*Macroable™ with 64KB onboard memory
*6 macro programmable buttons and 3 profiles (18 Macros)
*High-Profile, Ultra-durable and silent keys
*Lifespan of up to 100 Million Keystrokes








Pada barisan atas, kalian akan nampak beberapa kunci asas fungsi / multimedia. Terdapat juga kunci pertukaran profil untuk membolehkan pengguna untuk beralih antara profil mereka sendiri dengan pantas . Papan kekunci mempunyai kemasan plastik yang lebih kasar daripada jenis yang biasa. Ini menyumbang kepada tekstur yang unik yang boleh dilihat dari jauh. Bagaimanapun, Lisa masih akan memilih kemasan plastik licin yang biasa; penamat bertekstur hanya berasa sangat keluar dari tempat.
Di sebelah kiri, kalian akan nampak  bahawa Armaggeddon telah dilakukan sewajarnya dan menambah barisan kunci makro peribadi untuk peminat tegar game. KAI-9 Sentinel menyediakan 6 buah tombol tambahan yang diletakan pada sisi paling kiri yang berlabel M1-M6, tombol-tombol ini merupakan tombol yang bisa anda konfigurasi fungsinya melalui software yang disediakan dalam paket penjualan. Pada sisi kiri dan kanan atas keyboard juga terdapat jajaran tombol yang menawarkan akses cepat untuk mendukung perubahan profil, browser dan multimedia, dan uniknya tombol multimedia ini juga kembali kami temukan pada tombol F5-F12.


Keyboard gaming KAI-9 Sentinel memiliki ukuran wrist-rest yang tidak bisa dikatakan besar dengan jenis keyboard yang diletakan pada sisi paling kanan, namun masih cukup untuk menampung tangan kalian ketika kalian berhenti sekejap atau rehat di atasnya dan terasa selesa disebabkan lapisan getah pada permukaannya. Keyboard ini memiliki 4 buah sokongan getah pada sisi bawahnya untuk memberikan grip yang optimal pada permukaan meja dan sebuah dudukan kaki keyboard untuk menambah ketinggian keyboard. KAI-9 Sentinel menggunakan wayar flex braided yang lentur atau elastik namun tetap menawarkan daya tahan yang baik dengan conectivity USB.

Jom tengok 12 warna yang akan bertukar-tukar ketika kalian menggunakan Keyboarg KAI-9 SENTINEL
Sokongan pada  barisan button makro dan pergantian profil yang dapat dilakukan pada keyboard bila-bila saja, sehingga untuk bermain pada setiap game dengan genre yang berbeda tentu tidak akan memakan waktu lama, hanya dengan sedikit pergerakan tangan kiri maka sesi permainan kalian dapat terus berjalan dengan sangat menyenangkan, meskipun kami harus sedikit melakukan penyesuaian dengan penataan keycap yang terlampau rapat pada keyboard ini. Sebab keyboard yang ini lebih banyak button dari keyboard biasanya

Menarik Bukan ? Keyboard ini kalian boleh dapatkan dengan harga RM140-RM200 . Harga yang murah untuk para gamers . 

GA Pertama MeeyaHani


GA Pertama MeeyaHani  | Follow blog Meeya Techik dan Cik Hani .
 Lepas tu follow/like :
FACEBOOK : Meeya Techik
FANPAGE : Aku Techik Molek
INSTAGRAM : meeyatechik
TWITTER : meeyatechik

FACEBOOK : Hanifah Zainal Abidin
FANPAGE : Cik Hani
INSTAGRAM : hanifahzainalabidin
TWITTER : Cik Hani

PAPARAN TERBARU FACEBOOK

Layout Baru facebook bertukar lagi? | Tadi cuba buka facebook melalui browser web i.e di HP. Dan hasilnya.tada.. HP bertukar layout lagi. Button bulat bulat dah seperti button pada google pula. 

Kaya sungguh markzukeberg ni. Setahun ini sahaja dah tukar berapa kali. HAHA 
Kalian lebih suka yang mana? Paparan terbaru dari facebook atau paparan facebook yang lama. 

Sampena kemerdekaan Malaysia yang Ke58 ,saya ingin mengadakan giveaway yang simple. Ada sesiapa yang nak jadi sponsor tak? Hehe sila tinggalkan komen ;)

PARKOUR TEBING 700 METER


PARKOUR  TEBING 700 METER | Anda gayat ? sama lah dengan Lisa . Memang akan terasa muntah kalau tengok bawah. Tapi kalau badan tu ade security untuk keselamatan , tak ada la gayat mana. Pernah dengar Parkour kan ? Activity lasak yang perlu ada keberanian dan tentunya latihan untuk melakukannya . Apa pula kaitan dengan jejaka yang ada di gambar atas ni ? Siapakah dia ?
TOBY SEGAR | seorang lelaki yang berani mati atau munkin jiwa kental berani untuk melakukan backflip di tepi tebing dengan ketinggian 700 Meter. Huwaaa.. Duduk hujung tebing itu pun dah terasa takut , inikan pula backflip parkour . TOBY melakukan aksi ini tebing yang berada di Norway. Tebing Trolltunga atau lebih dikenali dengan Troll's Toungue.

Berlatar belakangkan batu yang memanjang dari gunung di sebelah utara tasik Ringedalsvatnet, Toby melakukan backflip. FUHH... tersalah step boleh jatuh tu . Resiko lain kalau tiba-tiba tebing tu patah . mesti terjunam kebawah dan Mati.

Jangan meniru aksi TOBY sebab dia dah terlatih dan juga lama membuat parkour. View cantik la pula tempat ini. Boleh untuk Photoshoot. Hehe,..


Anda Berani ? 


PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ?

PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ? | Semalam timeline facebook dibanjiri dengan gambar bayi yang dahulu kala dibuang di Tong Sampah. Tak kira personal , page-page besar bahkan artis pun share. Hmm... sebenarnyakan.. kalian bukan prihatin.. tapi mengaibkan !

" Share foto ini sebagai tanda prihatin terhadap anak kecil ini.. xxxxx.... "  OK wait , ini bukan prihatin namanya , tapi tak menjaga hati perasaan baby ini kelak. Pernah tak kalian fikir  apa perasaan bayi ini jika kelak dia dewasa dia dapat tahu yang dia hanya bayi  anak luar nikah dan dibuang di Tong sampah ? Kalau kalian ada didalam posisinya , apa perasaan korang ? Kecewa ? Sedih ? kalau jenis budak hati kental tak apa juga. Kalau budak tu jenis yang sensitif , mesti akan kecil hati teramat sangat. Cuba kita bayangkan kalau baby tu dah besar nanti. Apa parasaan dia kalau dia tau dia pernah diperlakukan sedemikian rupa oleh ibunya sendiri ?.

Sebab pernah ade seorang pakcik ini (customer Lisa ) dia bagi tau la , ketika 17tahun dia dapat tau yang dia anak angkat sahaja... pergh memang tak boleh terima . Inikan pulak kalau baby ini  tahu dia anak yang berstatus tidak halal, malah pernah dibuang ke dalam tong sampah.Kadang-kadang kita ni sedih tak bertempat. Walaupun dia masih baby, kisah silam dia tu kita kena jaga jugak .Harap tak ada pihak bertindak bodoh tunjuk gambar dalam tong sampah tu dekat dia masa dia dah besar nanti.

Prihatin ? pergi cari budak tu dan sedekah atau bagila pape yang mampu. Bukan aibkan budak tu .

Lain kali sebelum sebar gambar atau status , fikir baik buruk dulu. Jangan TERIKUT-IKUT jadi yang pertama share dan jadi keyboard warrior. Fikir kalau kita berada diposisi mereka pula ye. 

VIDEO STACY PELUK ISLAM


VIDEO STACY MASUK ISLAM | Alhamdulillah... bertambah satu orang lagi saudari kita yang memeluk Islam. Penyanyi terkenal , STACY AF semalam 24 AUGUST 2015 , telah bertukar status kepada mualaf di Jabatan Agama Islam ditemani Ibu dan AKim Ahmad kekasihnya . Wah... Sebelum ini Felixia Yap , dan kini Stacy AF semakin ramai yang masuk Islam =) 

Nama Islam Stacy , Ummu Syaikhah Stacy Abdullah cantik nama tersebut . Jom dengar dan Tonton ketika Stacy mengucap Syahadah .

VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG


VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG | Malang tak berbau , dimana sahaja boleh berlaku kemalangan. Mungkin bukan dari kesalahan kita ,tapi boleh jadi dari kecuaian orang lain. Pagi tadi bos bagitahu Lisa , yang katanya ada orang kemalangan ketika sedang mengisi minyak di SHELL Plaza Bintang atau sekarang telah menjadi Pejabat  Majlis Perbandaran Kluang .

Setelah membayar , wanita yang menaiki kancil itu menghidupkan mesin dan kemudian melanggar seorang pakcik didepannya yang juga sedang mengisi minyak di Shell yang sama . Pak cik tersebut kemudian dilarikan di Hospital KPJ , dan mengalami patah tulang kaki.









Semoga keluarga diberikan kesabaran , dan semoga pakcik cepat sembuh . 

LIRIK SETIA - [OST MENCINTAIMU TV3]

LIRIK SETIA  - ELIZABETH TAN ft FAIZAL TAHIR [OST MENCINTAIMU TV3] |  Penyanyi wanita berbangsa Cina namun fasih menyanyikan lagu melayu tanpa pelat.. wahh siapa lagi kalau bukan Elizabeth Tan .Kali ini lagu Elizabeth digandingkan dengan Faizal Tahir dijadikan sound track , OST lagu tema drama Mencintaimu Slot Akasia yang ditayangkan di TV3. Best lagu ini..


Lagu: Setia
Artis: Elizabeth Tan Featuring Faizal Tahir
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong

LIRIK LAGU SETIA - ELIZABETH TAN feat FAIZAL TAHIR
OST MENCINTAIMU -SLOT AKASIA TV3

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

Maafkan andai mengganggu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkanku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetapku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

© all rights reserved
made with by templateszoo