Ad

Gambar Pernikahan felixia Yeap

Gambar Pernikahan Felixia Yeap | Gadis cantik yang telah memeluk Islam di awal Bulan April lepas ,Felixia Yeap atau telah bertukar kepada Rania ... dikabarkan telahpun bernikah dengan jejaka idaman pilihannya. Tapi siapa eh lelaki tersebut.. ? Tup tup dah nikah dah.. memang betul betul surprise la untuk para peminat ,terutama kaum lelaki. Hehe.. melepas la nak tackle si Rania. 

Kabarnya Felixia Yeap atau lebih mera dipanggil Rania ini menikah dengan Ketua Pegawai Executive Nano Malaysia Berhad iaitu Dr. Rezal khairi Ahmad . 

Kalau betul bernikah,, alhamdulillah.. ada imam yang membimbing mengenai Islam. Mungkin Rania hanya membuat majlis tertutup untuk pernikahannya itu. Rahsiakn pertunangan dan hebahkan pernikahan  .. tak salah kot berkongsi berita dengan para peminat. 

 Apapun Tahniah kepada Rania. Semoga Kekal ke akhir usia. 

Betul ke Rania telah menikah? Atau gambar untuk slot drama? Nantikan sahaja la tuan punya badan sendiri untuk membuat kenyataan mengenai isue ini.






Gambar Pernikahan Hanis Zalikha

Gambar Pernikahan Hanis Zalikha |  Dinikahkan oleh bapa Hanis Zalikha iaitu Zainal rashid Mohd Zain , kini Hanis telah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen . Di bukit Jelutong pasangan ini dinikahkan dirumahnya . Berhiaskan 11 hantaran pihak lelaki dan perempuan . Hairul memberikan  wang hantaran sebanyak 91,019.90 yang merupakan angka tarikh lahir Hanis. Beberapa keping gambar pernikahan Hanis dan Hairul dalam majlis siang tadi.




Majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung 14 JUNE di Hotel Majestic .Nampak anggun Hanis , dan nampak Kacak si Hairul. Semoga berbahgia.. Hehehe  . Nasib la kat tangan tu mawar merah .. kalau mawar biru.. rasa nak rembat la pulak sebagai ambek berkat katakan.























_rotikaya_


REVIEW : BABESKIN DOUBLE SERUM BABESKIN365

REVIEW : BABESKIN DOUBLE SERUM BABESKIN365 | Assalamualaikum .. Mesti kalian tertanya tanya kan apa mengenai serum yang Lisa pegang dan gunakan untuk kulit muka Lisa . Sebelum ini Lisa ada perkenalkan Beauty oat di entri :  BeautyOAT Meremajakan Kulit [REVIEW].  Kali ini Lisa ingin story pula mengenai apa yang best dari Babeskin Double Serum dan juga Babeskin Whitening Soap produk kedua dari Babeskin365   

Set kecantikan BABESKIN DOUBLE SERUM dan BABESKIN Whitening Soap ini Lisa dah terima seminggu lepas. Sampai je ketangan Lisa , memang tak sabar nak cuba. Pada mulanya ingatkan serum ini bau ubat , panas atau melekit. Tapi Lisa salah ! serum ini bau wangi dan ketika Lisa sapu dimuka Lisa .. sejuk je rasa. Dan yang buat Jatuh cinta , kulit muka pun terasa lembut sahaja.


Babeskin Whitening Soap : pencuci muka yang berupa sabun dan mempunyai fungsi untuk mengangkat kotoran yang melekat dimuka kalian. Selain itu juga mencerahkan kulit seawal 7Hari. Tergantung dengan jenis kulit kalian. 


Babeskin Double Serum terdiri dari Repairing booster serum dan Ultimate Mega lift . Step 1 Repairing Booster serum (Biru)  dan step tu pakai Ultimate Mega Lift. (Pink)

Repairing Boster Serum ini mempunyai fungsi untuk mengangkat sel-sel mati dan kulit yang rosak .Menghaluskan Kulit dan juga menutup liang besar di wajah. Usah risau , set Babeskin Double Serum ini mempunyai kelulusan KKM.

Kandungan Repairing Booster Serum
Water, Butylene Glycol, Propanediol, Mandelic acid, L-Arginine, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance
KKM NOT NO: NOT150404337K 

Ultimate MegaLift : Serum ini untuk menjaga kulit wajah kekal segar dan menghaluskan kulit. Mencerahkan kulit dan menjaga kulit dari sinar UV yang terdedah . Memang fresh pun kalau pakai serum ini. Tak melekit dan muka nampak berseri.
Kandungan Ultimate Mega Lift:  
Water, Butylene Glycol, Beta-Glucan, Acetyl Hexapeptide-8, Galactoarabinan, Glyceryl Polyacrylate, Sodium Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, L-Arginine, Fragrance
KKM NOT NO: NOT150404338K

Dah pakai dan memang puas hati. Saiz yang comel membuat serum ini mudah dibawa kemana sahaja . Cara pemakaian :
-Basahkan muka kemudian cuci dengan Babeskin Whitening Soap 
-Sapu serum 1 , Repairing Booster Serum
-Sapu serum kedua , Ultimate Mega Lift serum .
hasilnya kulit berseri dan segar .

Buktikan sendiri dan rasakan ! 

Jom Usha lebih detail lagi keterangan mengenai produk ini di web berikut : 


Lirik Lagu Kun Anta -Humood Alkhuder

Lirik Lagu Kun Anta -Humood Alkhuder | Lagu yang sedang hot panas-panas pisang goreng yang mula berudara di mana-mana station radio dan juga menarik orang untuk buat dubsmash apalagi kalau bukan Kun Anta. Lagu yang bercerita mengenai menjadi diri sendiri itu lebih baik daripada hipokrit. Dinyanyikan oleh Humood Alkhuder yang mempunyai paras tampan dan menarik hati kaum hawa tentunya . Korang pun minat kan... selain suara yang merdu juga wajah kacak memang menarik hati kalian.. Jangan tipu la! hehe...


Jom dengar dan baca lirik lagu Kun Anta dalam bahasa melayu : 


Lirik Lagu Kun Anta - Humood AlKhudher

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)

 Jangan hanya tau  nyanyi je tapi tak tahu maksud . Hehehe... Nah Maksud disebalik Lirik dalam lagu Kun anta :

 لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
 Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

 فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga

 و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

 فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

 لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

 لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

 كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

 أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.  

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti  

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku

Hanis Zalikha sah Bergelar Isteri Hairul Azreen [Video]

Hanis Zalikha sah Bergelar Isteri Hairul Azreen [Video] | Dengan hanya sekali Lafaz, kini artis cantik Hanis Zalikha telah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen . Tahniah untuk pasangan artis tersebut .. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit . Hehehe

Video akad nikah yang sebentar tadi telah berlangsung di majlis walimatul Urus Hanis Hairul 



MAGIC SIM CELCOM PREPAID

MAGIC SIM CELCOM PREPAID | Sebelum ini pastinya kalian telah mendengar pre-launch mengenai simcard terbaru yang dikeluarkan oleh celcom baik di iklankan diradio , Tv, surat kabar , atau melalui message yang celcom hantar kepada para pengguna prepaid prabayar celcom. Pastinya tertanya-tanya kan apa yang Magic nye dari sim ini ? Boleh terbang ? atau boleh call tanpa menggunakan simcard didalam kotak ?


Hari ini secara rasminya produk dari celcom ini telah direlease tak lain tak bukan ialah MAGIC SIM . Dan setelah Lisa tengok , baca dan study ..woww memang magic dan untung la . Sebagian orang memang tak suka menggunakan Bill.. seperti pakej di entri  CELCOM FIRST BASIC 38 ,  walaupun pakej yang ditawarkan murah dengan internet 6gb hanya rm38 sahaja namun jika customer ada Blacklist telco memang la mereka tak boleh nak mendaftar.
Simcard XPAX MAGIC SIM ini boleh didapatkan di mana-mana outlet celcom selama persediaan masih ada. Harga sim ini rm5.00 sahaja dengan reload didalamnya rm 3.00. Detail dan Kelebihan  MAGIC SIM dari CELCOM prepaid ialah : 

Simpack preloaded RM3.00 valid 5days
FREE BASIC data all day time,NO PPU
FREE DATA 200MB
FREE 20min Call
FREE 20min sms

Call Rate
12 sen/per min

Reload
RM5
Validity : 5days
Get : 5 min + 5 sms FREE
Data : 50mb FREE

RM10
Validity : 10days
Get : 10 min + 10 sms FREE
Data : 100mbFREE

RM30
Validity : 30days
Get : 30 min + 30 sms FREE
Data : 300mb FREE

Data monthly
Rm58 - 4GB - FREE call 150min
Rm38 - 2GB - FREE call 150min
Rm25 - 1GB - FREE call 150min

Data Weekly
Rm10 - 500mb - FREE Call 35min

Data Daily
Rm5 - 500mb - FREE Call 5 min

Data Daily
RM1 - 30mb - FREE Call 5min


Namun begitu ade juga kelemahan Magic sim ini, Tak boleh buat tarikh tamat tempoh kredit untuk 1 atau 2 tahun . UHUKS.. kena topup selalu le kan


Unlimited kuota simcard prepaid (klik untuk baca)
Wah ,.. macam berbaloi je kan, banyak yang FREE... PSTTT jom grab di Kedai sim murah 

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH

GAMBAR GEMPA BUMI DI RANAU SABAH | Pagi tadi 5 June 2015 sekitar pukul 7.15 pagi wilayah Sabah., telah digemparkan dengan sebuah gempa bumi yang membuat kerosakan di beberapa bangunan dan masjid. Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. 
Beberapa bangunan mengalami kerosakan dan penduduk di apartmen Di Kota Kinabalu serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Tempat yang paling teruk terkena ialah di Ranau Sabah . Berikut Gambar setelah berlaku Gempa Bumi di Ranau Sabah 5 June 2015 dengan  kekuatan 6.0 pada skala Richter 










Semoga sedara mara yang berada disana selamat . 

ROYAL FLORIA GARDEN FESTIVAL PUTRAJAYA 2015

ROYAL FLORIA GARDEN FESTIVAL PUTRAJAYA 2015Berjalan tanpa plan ... itulah yang sebenarnya berlaku beberapa jam sebelum bergerak menuju ke Putra Jaya Presint 4 . Ada apa kat sana ? tak lain tak bukan ialah Festival Putrajaya yang berlangsung tahun ini bermula 30 May -7 June 2015. Terletak di Floria Putra jaya korang dapat melihat atau membeli beratus dari jenis tanaman atau bunga didalam itu. Manelah tahu kot- kot terjumpa species bunga mawar kaler biru. Hehehehe 

Kawan alam maya dah pergi hari pertama pembukaan festival Floria Putrajaya itu, sahaja nak risi-risi keadaan disana . Korek punya korek dia bagitaulah tips untuk pergi festival tersebut. Pakai sunblock , baju lengan panjang , Cap , banyak-banyak minum mineral water kerana keadaan sana super duper panas. 
Sampai disana jalan Jammed , beratus panjang tuk cari parking . Nasib baik guna kereta Mazda 4x4 boleh cilok parking naik tanah bagian atas kat tepi jalan tu . hahaha . Kemudian selamatlah berjalan menuju anjung Floria . Masuk berbayar , tapi Lisa dapat masuk Free sebab saiz budak . EHH gurau je la. Sbab ade orang belanja.. aunty belaja tiket masuk. Dan kami masuk ke area festival itu , tak sabar nak tengok bunga yang berwarna warni . 


Muka merah pink macam udang rebus sebab terkena matahari, nasib baik bawa payung. Itu pun peluh berguguran . Dah prepare memakai rexona Spray jadi takla basah ketiak tu. Hiks.. Sakit kepala woo dengan keadaan panas macam tu sekali. Bunga anggerik , mawar , dan juga addenium yang memang cantik. Teringin pula nak borong semua . 


ARTS And Crafts Pavilion | Dalam ni ade pertandingan untuk melukis dan juga menjual berbagai jenis Crafts seperti kain , barang-barang dari tanah Liat , dan juga air seperti soya  atau orrange. Sample untuk buffet ramadhan hotel pun ada juga. 
Mula-mula tengok aku ingat dia ni Awek jepun . Mata sepet macam awek japan. Tengok punya tengok tunggu dia bercakap.. oo cakap mandarin . Ahmoy rupanya . Dan aku usha-usha la nama dia .

Nama ; MELODY
Umur : 17tahun
Sekolah lagi di SMJK Yun Hwa .


Comel , manis, peramah . Melukis sambil bergelak-gelak dengan kawan dia . Bercanda dengan kawan dia yang temankan dia sertai pertandingan itu. Takdela seperti beberapa peserta lain yang straight je tertumpu pada lukisan. Nak tanya pon takberani. Hhihi. Lawa kan Lukisan dia. Nak request lukis Lisa tapi tu la.. takde masa. Haihh macamlah nak lukis muka aku.













Jom la meriahkan festival Putra jaya Royal FLoria dan Garden 2015 yang berlangsung pada 30 May - 7June 2015 bertempat di anjung FLoria Presint 4 Putra jaya. Jangan lupa bawa payung dan sunblock ya. 

© all rights reserved
made with by templateszoo