Ad

Tips Rambut Nampak Hitam Dan Cantik

Tips Rambut Nampak Hitam Dan Cantik | Rambut yang cantik juga menawan merupakan dambaan setiap orang, baik lelaki atau perempuan. Membuat keprcayaan diri menjadi lebih banyak jika mempunyai rambut yang cantik. Untuk Kaum hawa yang bertudung, juga perlu menjaga kecantikan dan kesehatan rambut. Jangan biarkan rambut kering dah rosak ya . 
Caranya  ialah : 
1. Bancuh sedikit kopi dengan sedikit air ,kacau hilangga sekata. 
2. Sapukan bancuhan kopi tersebut ke rambut kalian. Stim sampai 15-30 minute.
3.Bilas dengan air bersih ,ulangi sampai rambut kelihatan betul-betul bersih. 

SIAP ! Rambut nampak lebih sehat juga bersinar dengan bahan natural. Selamat mencoba :)

Cara Elak Caj 50sen/Panggilan Ke Operator Celcom

Cara Elak Caj 50sen/Panggilan Ke Operator Celcom  | Hari ini ramai customer celcom mendapat notice pemberitahuan dari pihak celcom yang menyatakan caj akan dikenakan kepada setiap panggilan ke pegawai perkhidmatan pelanggan celcom . Betul ke ? Jawapannya ,ya betul . Jika sebelum ini pelanggan celcom  tiada dikenakan bayaran  ,akan tetapi  mula 01 Nov2014 Caj 50sen/panggilan akan dikenakan kepada setiap customer yang ingin bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan celcom.

Bagus juga lah, takde dah orang yang membuat panggilan PRANK kenakan operator celcom .Mentang-mentang FREE ! *terEmo pulak ,haha. Tapi berapa banyak pelanggan yang membuat pangilan ke Customer Service untuk bertanya masalah ? Macam kurang je kan.. Alasan ? tak dapat disambungkan lah, Operator Bussy lah , Call tunggu lama tiada respon lah. Hurm.. kan ? Betol tak? Kalau call pon biasanya marah-marah .Betul tak? Cuba kalian diposisi mereka yang bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan celcom, panas telinga woo jadi sasaran kemarahan .

Sebenarnya kan,, ada cara untuk elak dari dikenakan charge 50sen tu . Officially launch 01 Nov 2014 tapi Lisa akan bagitau cara untuk mengatasi masalah itu. Caranya : Pabila kalian memula dial talian dari number celcom , 1111 , akan keluar 3 pilihan iaitu :
- Self Service Free ,
-Operator Bayar ,
-Book Call Free .

 Kalian pilih la yang Self Service Free tu . Kalau pilih yang Operator bayar , celcom akan mengenakan charge 50sen/Panggilan. Mudah je kan ? Hurm , orang memberi pandangan buruk dulu sebelum hal tu berlaku. Contoh, ramai orang dok maki kat wall Facebook sebab dapat message notice dari celcom. Aiyoyo.. tunggu lah sampai officially keluar baru komplain. Ish ish ish..
Belum buat belum tahu, ni belum berlaku dah komplain dulu.

Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad

Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad | Tahukah kalian bahwa pihak Pos Malaysia Berhad  tidak akan menerima pengeposan batrey dan powerbank ke Sabah -Serawak dan Luar negara bermula dari 1 Nov 2014 . Sebarang pengeposan item yang mengandungi batrey litium akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH ) .Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut dan dikembalikan tanpa pulangan caj pengeposan.

Semalam Lisa dah call pejabat pos dan sememangnya berita ini benar, bukan hanya kabar angin. Ini semua dilakukan selaras dengan peraturan yang terkandung didalam Peraturan Barangan Berbahaya terbitan IATA , Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya didalam mel udara , bungkusan udara dan EMS. Jadi kalau kalian ingin menghantarkan barang ,pastikan tiada bateri litium atau powerbank dalam bungkusan yang akan dihantar.


"Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.
Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my " 

Bibir Pink Menyerlah Hanya Dengan..

Bibir pink Menyerlah Hanya Dengan 5 saat. Bibir yang nampak pink dan fresh tentunya idaman semua g'girls. Apalagi warna tu menyatu dengan bibir dan warna kulit kita.Nampak tak gambar diatas  ? Cantikkan kaler pink tu. Bukan sebab kamera 360 atau photoshop tapi hanya dengan lipstick cb10 simply pretty dari avon.
Code lipstick yang Lisa pilih,Simply pretty Cb10 buat bibir terselah menjadi pink woo . Pink ikut darah kalian. Untuk kulit Lisa ,kaler ni nampak lembut dan natural.
Simply pretty cb10 avon,bibir nampak menawan dan menyerlah seperti natural beauty. Ada banyak pilihan yang kalian boleh pilih sesuai kulit dan darah kalian. 

Terjatuh Di Jalan Tar

Terjatuh Di Jalan Tar|balik kerja, tutup pintu. Kemudian berjalan melintas jalan. Time tu lah Note3 terjatuh dijalan. HUH! bukan berangan tapi tak tau kenapa kepala ni rasa berat sangat-sangat macam ada 1Tan pasir.

Prak... Jatuh terlopok handphone Lisa di
Di jalan tar.
Sedeyhh.. Nampak ada 1titik calar dibahagian ujung kanan atas. Tak tau sama ada handphone atau screen protector. Hope-hope glass protector je.Huhu. Nangiss..

Cara Bijak memilih Protein Yang berkualiti


Cara Bijak memilih Protein Yang berkualiti  | Memang ramai yang bertanya mengenai soklan ini, ha.. contoh ?
Bagus ke minum soya ?
Susu soya yang jual dalam kotak itu selamat ke kalau kita minum ?
Bagaimana kita nak tahu protein yang kita ambil tu betul berkualiti ?
 yelah,nak pilih ikan atau sayur dipasar pon kena tengok fresh atau tak kan ? apalagi pilih suami ,hehe. Jadi hidup kena ada standart dan requirement.

7 kriteria penting dalam memilih soy :

1. Kacang soya tu mesti tumbuh secara organik .
Kajian menunjukkan penanaman yang menggunakan bahan kimia bukan secara organic akan menyebabkan nutrisi tanaman berkurang , jadi sila elakkan ya.
 
2.Kacang soya itu mestilah NON-GMO (NON GENETICALLY MODIFIED ORGANISEM )
Produk soya ni  ialah soya yang telah diubah suai, sehingga serangga pon tak lalu nak makan. Boleh menyebabkan allergic,toxin dan kanser . SOY ni lebih murah sebab lebih kurang macam vitamin sintetik.
Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan. Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO yer.
 
3. Soy perlu mengandungi 9asid amino
Kenapa 9asid amino ? sebab tubuh kita memerlukan 9asid amino untuk menghasilkan hormon, penghadaman , antibody, dan enzime .If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
 
4.SOY FLAKE yang dibersihkan dengan air, bukan ALKOHOL
alkohol haram , selain itu juga memusnahkan isoflavones sehingga hampir 88% , bayangkan ..sebab isoflavones itulah yang mengurangkan resiko kanser paru-paru .

5. Singkirkan bahan-bahan anti-thiroyd atau anti-growth subtance
Kekurangkan tyrosin akan menyebabkan tekanan darah rendah , suhu badan rendah .
 
6. Pembuatan SOY elakkan dari pemanasan.
Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Protein yang dimasak dengan menggunakan suhu tinggi akan menghancurkan 50% asid amino yang kita perlukan. Nampak tak kerugian disitu?
 
7. Penambahan kalsium pada soy protein Powder
Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline).kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid

Bagaimana Buat Lukisan Lawa Seperti..

Bagaimana Buat Lukisan Lawa seperti.. gambar diatas? Di facebook sedang viral gambar ini kan? Dan ramai yang kagum kemudian bertanya macam mana buat gambar menjadi lukisan cntik macam tu? Sebenarnya kan.. gambar ini hanya sebuah trick phising sahaja untuk spam atau virus. 

Kalian akan menerima satu post gambar lukisan di wall kalian dari kawan ,lepas tu dia suruh klik link yang tertera di post tu. Kemudian kalau kalian klik.. facebook security akan mengeluarkan satu popup yang, kalian pilih allow for open atau block contect. Dari sini sepatutnya kalian sudab tau bahwa link tu ada virus atau spam. Hurm kalau kalian degil gak untuk continue.. maka.. bermulalah spam virus difacebook bahkan dikomputer kalian. Tak percaya? Sila try ye..

Sebab haritu lisa ade klik juga,baru setengah jalan sahaja. Lepas tu.. time nak buka 8share ,kuar page 8share tulisan thailand pula huh!  Jadi kaliam hati-hati ya. Ini sejenis spam ,dan kemungkinan ada phising didalam.Nak lukisan lawa dan cantik? Try belajar di google. Hehe

Kempunan Makan..

KEMPUNAN MAKAN CHICKEN COP | Dua hari lepas, Lidah ni tak tahu kenapa memang nak sangat makan chicken cop. Cari je tak jumpa lah,tutup lah . Hurm.. akhirnya semalam berjaya juga makan chicken cop di Pumpkin's . 

Tada.. nak makan chicken cop tapi terorder pulak chicken lamb, haha kalau boleh memang nak order smua. Tapi masalahnya,habis ke??harga rm10.50 sahaja. Minum? Air epal and air orange. Sedap air orange tapi air epal tak berapa sedap and rasa tak berapa fresh. 

Time memula datang batu 2@3 meja sahaja.. tapi time malam sikit dah ramai orang pulak.
Tepi-tepi dihiasi pokok bunga nan hijau. Ada dua tempat,bahagian dalam dan luar. Yang dalam ade aircond yang luar tak ada tapi ade udara fresh. Dan juga boleh tengok pemandangan yang indah dari tingkat satu. 
Dinner ala-ala romantik pulak. Hehe.. .

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Penjaga Kunci Kabah Meninggal Dunia | Alfatihah diucapkan kepada Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi , Penjaga Kaabah traditional yang selama ini memegang kunci Kabaah telah pun meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Raja Khaled.

Memetik laporan Arab News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Dan pemegang kunci Kaabah seterusnya akan diserahkan kepada  Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi , berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


As-salam


Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 | Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat
11/11 Lazada Malaysia (link)

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Cara Membersihkan Botol Susu Dengan Mudah

Cara Membersihkan Botol Susu Dengan Mudah |Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini Lisa nak kongsi tips atau petua bagaimana cara membersihkan botol susu secara mudah dan bersih tanpa menggunakan span sikat pembersih botol susu.Selain memasak botol bersama air yang mendidih untuk mensterilkan botol itu,kalian juga boleh menggunakan petua ini yang pastinya mudah dan jimat masa   Kalian boleh cuba dirumah,dan  100% akan berkesan. Kadangkala kalau kita cuci botol susu menggunakan sikat dan sabun belum tentu bersih secara sempurna sebab ada bahagian yang susah untuk dibersihkan. Apalagi kalau botol susu yang kecil dan panjang.. lagi susah kawasan yang dalam untuk dijangkau oleh sikat pembersih botol. Dan selalunya sikat pembersih tak tahan lama. Betul tak ? 


Bahan yang perlu disediakan untuk membersihkan botol susu : 
1. BERAS. 
2.Botol susu.
3.Sedikit air .

Caranya : Masukkan sedikit beras dan sedikit air dalam botol susu tersebut. Kemudian tutup rapat  , dan goncangkan selama 3-5minute. Buang beras dan bilas dengan air suam. Beras tu masukkan sedikit sahaja.. 1sudu makan sudah cukup. 
Dan hasilnya,botol susu bersih dah tak ada bau susu atau kotoran degil tertinggal di dalam botol. 

Kalian boleh cuba cara ini untuk membersihkan botol air biasa. Selamat mencuba. 

Muka Comey Dah, Tapi..

Muka Comey Dah, Tapi.. | Petang tadi singgah ke pasaraya Giant, beli sikit buah-buahan untuk bancuh air detox . Ketika sampai di counter pembayaran, handphone berbunyi..cari punya cari tak jumpa. Biasalah..beg perempuan macam beg doraemon,macam-macam ade. Lepas tu dah jumpa handphone,time nak pick call eh dah letak pulak. 

Okayh.. Lisa letak la buah tu di meja cashier. Handphone berbunyi lagi,lepas tu Lisa jawap. Orang dalam talian rupanya abang Lisa call tanya dimana, dia dah tunggu diluar suruh cepat. Membebel ditalian,Lisa buatlah muka ajuk-ajuk. Haha..dan Lisa terlupa.. Lisa di tempat awam. Pastu cahsier lelaki tu pon tengok muka Lisa sambil senyum tahan tertawa. Hahaha.. pergh.. malu,macam tau je Lisa kena bebel. Pastu lisa letak handphone .Muka tutup dengan handphone.. malu weyh.  Dan dia senyum..aarghh malunye. Orang lain pon tengok. Huhu.. 

Muka comey dah..tapi  suka buat ajuk. Ish ish ishh.. 

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijriyah

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijriyah | Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Lirik Lagu Awak Kat Mane


Lirik Lagu Awak Kat Mane  ,Taufik Batisah | #AwakKatMane ? haha..Pasti lagu ini dah tak asing ditelinga kalian kan , Lagu yang dinyanyikan oleh Taufik Batisah mampu mencuri hati para pendengar. Lagu mengenai sepasang kekasih yang rimas sebab girlfriend dia selalu tanya "awak kat mana ? " haha..

Berikut  Lirik Lagu "AWAK KAT MANE" by Taufik Batisah

Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

(Rap)
Awak kat mane, awak awak kat mane
Asik awak kat mane macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit-sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu di tanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluatku dibuatnya

You nak pergi mane? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga

Sikit-sikit dia mesti tanya di mana
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

(Rap)
Awak kat mane, awak awak kat mane
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila

Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau bukan budak-budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mane awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (Kau dengar ni)
Lain kali coba berdikari
Bererti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri

Jangan sikit-sikit pulak engkau tanya di mana
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

© all rights reserved
made with by templateszoo