Ad

Showing posts with label note3. Show all posts
Showing posts with label note3. Show all posts

Note 3 version Lolipop Akan Heng ?

Note 3 Version lolipop Akan Heng? | Assalamualaikum dan selamat pagi opss tengah hari ! Bangun bangun! Lepas sahur jangan la tidur pula. Hehhee.. Selamat menyambut hari puasa hari yang pertama . Entri kali ini Lisa ingin menceritakan mengenai Lolipop tapi tak boleh dimakan. Aik macam mana tu  ?

" Lolipop" bukan Lolipop gula-gula tu tau. Tapi lolipop version untuk android dimana ianya merupakan version paling latest untuk Note 3 . Untuk hp Z2 Lisa memang dah lama dah Lisa update ke Android Lolipop . Setakat ini ok ja guna. Tak heng / lag atau apa pun .

Semalam meriah aih dok tanya kat Instagram. 
Kawan saya update ke version lolipop ..hp jadi heng,tk takut heng ke? 
Eh orang cakap Tak best la tukar ke version lolipop. ?
Tau tak Web crash Kalau tukar ke android lolipop.? 
Dan banyak lagi la soklan soklan. Dah macam paparazi pulak dah kan .

Sebelum ini Lisa pernah dengar , kawan menggunakan Note3 juga . Dia bagitahu yang Samsung Galaxy Note 3 telah upgrade version Lolipop . Awalnya memang Lisa tak ingin upgrade sebab Hp Sony Xperia Z2 pun dah upgrade ke Lolipop Version baca entri Upgrade Android Version Lolipop  .

Lama-lama dalam Note 3 Lisa keluar notification yang Lisa suruh download latest Version. Dah Reject banyak kali tapi aik muncul lagi. Akhirnya upgrade la juga note3 tu kepada version android.


Ternyata version lolipop untuk note3 banyak kelebihan, diantaranya  :
Multi windows .
Note memang mempunyai kelebihan untuk membolehkan kita membuka 2 applikasi atau windows secara bersamaan. Namun di versi Lolipop ini.,.. kalian boleh membuka banyak windows dalam satu masa. Seperti contoh diatas . Lisa buka Instagram +whatsapp + blog . Size paparan aplikasi itu boleh kalian resize ikut suka hati kalian.

2.Lebih KEMAS .
Jika kalian membuka banyak software atau aplikasi  dan tak ingin open close open close ... maka kalian boleh try buka semua aplikasi atau windows tersebut kemudian minimize kan . Akan keluar Logo seperti dibawah ini. Senang je kan ? memudahkan kita untuk menggunakan Handphone . 
3. kelebihan ketiga ialah saya dapat Layari internet dengan lajuuuu .

Kalian pengguna Note 3 ? jom tukar ke version lolipop. Caranya :
Pergi ke setting - General - About Device -Software Update - Update Now
Kelemahan ? setakat ini kelemahan tak jumpa lagi. Hehe..

Senang sahaja kan step-step nya . Selamat mencoba .


Reaksi Anda Ketika Note 3 Tercampak ?

Reaksi Anda Ketika Note 3 Tercampak ?  | Setelah hampir setahun berkhidmat untuk saya , Dijaga bak menantang minyak penuh akhirnya semalam terjatuh juga. Calar dah enset kesayangan Lisa . Kemek bagian bucu atas dan bawah . 2 tempat tu.. Sedih gila ! 
"ala.. calar sikit je pon " walaupun sikit , tapi macam hati Lisa pula yang calar. Huhu beli dengan duit sendiri kottt.. Bukan orang bagi . Tu yang sayang gila-gila. Bersyukur lah sebab elok lagi , boleh guna . Alhamdulillah kerana tak terlanggar kereta.Kalau tidak.. menangis tak berlagu jawapnya .Hurm.. barang yang lisa jaga semua elok tapi kali ini tercuai lak.
Ceritanya semalam  time nak pergi kerja , Lisa main handphone dalam kereta. Sesampai di tempat kerja dan nak turun dari kereta, lupa lah pulak yang enset itu ada atas riba . Keluar je dari kereta, prakkk.. jatuh tercampak ke atas jalan tar. Reaksi Lisa ?  Nak nangis dan terkedu sekejap sebelum aku mengambil hp aku yang terburai.

Dengan kondisi handphone yang macam ini, membuat Lisa malas nak hupdate blog. Tak de semangat nak update . Biasa update blog guna handphone ini. Screen besar senang nak menaip . Tapi sekarang kena ambil masa mengobati hati yang berduka lara dek kerana handphone jatuh. 


Terjatuh Di Jalan Tar

Terjatuh Di Jalan Tar|balik kerja, tutup pintu. Kemudian berjalan melintas jalan. Time tu lah Note3 terjatuh dijalan. HUH! bukan berangan tapi tak tau kenapa kepala ni rasa berat sangat-sangat macam ada 1Tan pasir.

Prak... Jatuh terlopok handphone Lisa di
Di jalan tar.
Sedeyhh.. Nampak ada 1titik calar dibahagian ujung kanan atas. Tak tau sama ada handphone atau screen protector. Hope-hope glass protector je.Huhu. Nangiss..

Baju Baru Untuk Si Kesayangan

Baju Baru Untuk Si Kesayangan | Siang tadi time berjalan di Mall ternampak la satu baju berkaler merah jambu. LAWA,pastu terminat pulak hati ini nak pegang. Pegang pastu try, Ngam dengan si Buah hati aku Note3. Wah.. comel.. ! 
 Ni baju dari belakang. Cantik.. dari getah. Elastik dan tak mudah pecah.  Boleh lindungi  kaler gold yang di tepi Handphone tu biar tak calar. 

Harga? Tak mahal ,rm25 sahaja. Kakak belanja, haha sebab memang tak bawa duit lebih  dan  tak ada niat nak beli apa-apa selain dari apa yang ada dalam list. 

Bukan Ku Tak Cinta Tapi..


Bukan Ku Tak Cinta Tapi.. | Tipu lah kalau Lisa tak sayangkan Handphone  Lisa . Selama ini Lisa memang tak pernah jual HP Lisa , walaupon HP lampu suluh ja. Lisa memang jaga Handphone macam jaga anak , ( cewah macam dah ada anak kan ) , jaga memang kondisi tak rosak atau calar .

Alkisahnya haritu Lisa baru guna Note3 dalam 1 bulan , Kemudian HP Lisa ghaib dari mata atau hilang , menangis tak berlagu woo. Keesokkan harinya beli baru, Nak atau tidak kena beli juga sebab urusan kerja yang urgent . Hurm.. Lisa beli HP yang sama , jenis dan kaler pon sama, Note3 Gold Roses Limited Edition. Memang tak banyak orang jual kaler ini. Clasic and kalau nak tau ,ramai customer-customer Lisa yang bos besar tu minat kaler ini. Memang tak banyak dipasaran . Kalau putih, pink, hitam memang banyak .

Setelah satu bulan , Hp Note3 yang ghaib tu terjumpa balik.Huuwaa.. macam tak percaya, tai kena percaya  juga. kode kekunci still ada lagi. sehat tak calar . Happy teramat sangat. Macam mana jumpa ? Rujuk entri mengenai Note3 yang lepas. Rezeki tak kemana kan.

 Sekarang ada 2 Note3 , Tak kan nak guna dua-dua Hp yang sama?Hurm , setelah beberapa bulan akhirnya Lisa memutuskan untuk menjual Note3 tu, Cun lagi macam anak dara woo. Sikit calar pon tak ada. Hurm yelah sebab Lisa memang tak guna simpan dalam kotak je selama ini , and Lisa dah lekatkan Screen Protector Tempered Glass .
14.10.2014 akhirnya bertukar tangan kepada tuan yang baru. HUKS huks..sedeyhh tapi daripada membazir dan tak guna baik jual je kan. Baik-baik  ye dengan tuan yang baru 😆
Bukan ku tak cinta tapi kerna terpaksa kurelakan HP tu berpindah tangan. Macam drama tv pulak dah =P
© all rights reserved
made with by templateszoo