Ad

Gambar Pencawang Celcom 4G LTE



Gambar Pencawang Celcom 4G LTE | Setelah bertahun lamanya menjadi pengguna celcom , baru sekarang nampak pencawang celcom . Dan diatas ialah gambar Pencawang Celcom 4G LTE

Kalau berada di sekitar pencawang ni memang dapat line 4G Full barr woo. Mula-mula Lisa tak perasan , tapi ada satu hari tu Lisa makan di kedai makan area pencawang situ juga lah. 10 meter je dari pencawang tu. Seperti biasa Lisa dan HP memang tak terpisahkan , hahaha. Tunggu punya tunggu makanan ,jadi apalagi..Lisa mainlah Hp tu . Terperasan line 4G Penuh, lepas tu tangan menggatal   Test speed internet pon jadi 78mbps ! Laju gila !

Pandang punya pandang  baru tahu tiang yang terpacak keseorangan di tengah bandar tu adalah  Pencawang Celcom 4G LTE yang memang mempunyai speed kelajuan 21-72mbps , Unipai pon kalah ! (tapi sini tak ada UNIFI ) Depends pada HP kalian ya, kalau Hp kalian tak suport 4G memang tak akan naik speed macam tu .

Kalian boleh try lah berdiri dari tiang ke tiang dengan membawa mifi atau enpon suport 4G  dan lihat apakah line menjadi 4G penuh atau tidak. Kalau penuh, tu bermakna kalian boleh cari port baik untuk layan internet . Kalau tak dapat line 4G , Sila cuba lagi  sampai dapat !  =P

Love Is ...


LOVE IS .. " Love is About Finding One's Real Self ,When You're Spending Your Precious Time With Your Lover,You Discover The Undiscovered Part's Of Your Life "
Kalau sedang bercinta , macam gambar diatas tu ha ..
Tiap malam bergayut dalam telephone sampai tertidur . Orang sedang hangat bercinta lah katakan .
Tapi kalau dah menikah ,takda lah sembang dalam HP sampai tertidur , kecuali yang duduk berjauhan tu . Manalah tau kan ,sebab saya pon belum menikah. Hehehe

Pabila isteri tidak lagi dipandang....




Pabila Istri Tidak Lagi Dipandang | Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renungkan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplain tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak-anak, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan layaknya seorang suami istri.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Harihari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya  tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. "

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."



Rawatan Alternatif Saluran Jantung Tersumbat

 
 
Rawatan Alternatif Saluran Jantung Tersumbat
| Ramai orang yang terkena masalah jantung , salah satunya orang kuat  boss dari company  saya telah menghembuskan nafas terakhir dibulan ramadhan lepas. Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan saluran darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (Doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil..











Sumber

Maggie Otak-Otak


MAGGIE OTAK-OTAK | Pernah dengar tak sebelum ini? Hahaa.. hari ini tetibe muncul idea bernas ,masak maggie goreng lepas tu makan bersama otak-otak. Sebab aku ni jenis hantu otak-otak,sedap woo otak-otak. Dan selepas masak tu tetiba teringin nak nama kan maggie otak-otak.
Resepi senang je : 1bungkus maggie goreng siap saji +2ketul otak-otak yang siap bakar +1bijik telur ayam. 
Caranya : 
-Masak maggie goreng seperti biasa 
-Dah siap , letakkan otak-otak 2 ketul diatas meggie tu. Haha jadilah maggie otak-otak. 
Rasanya boleh tahan sedap!
Selamat mencoba . 

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

http://tengkubutang.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-tengkubutang-bersama.html


  Butik Online Embun Beauty House melancarkan Giveaway ini bermula 2/10/2014 dan akan berakhir pada 30/10/2014 .. Syarat2nya amat mudah.. ikuti sahaja arahan2 DISINI 

Cara Memakai Tudung Bawal Pintal | Tutorial

 


Cara Memakai Tudung Bawal Pintal | Selamat Petang !
Hari ini Lisa ingin memuat naik Vlog yang dah lama dah, tapi nak #throwback semula disebabkan ada kawan di Instagram yang bertanya macam mana cara memakai tudung bawal pintal .

Yang perlu kalian sediakan :
- 2 helai tudung bawal lain warna (kalau ada saiz besar lagi bagus sebab boleh dilabuhkan )
- Pin
- Kerongsang




Cara nya :
1. Pakai tudung bawal seperti biasa .. pastu pin dtudung tersebut dibawah dagu .
2. Pakai secara  lepas tudung bawal yang kedua diatas tudung bawal yang pertama tadi . Pastikan kedua hujung sama panjang . 
3.Ambil satu bahagian tudung bawal yang pertama dan tudung bawal yang kedua , pintalkan secara longgar . Tarik ke bahu , dan pinkan .
4. Ulangi step yang sama seperti step yang no. 3
5 . Ditudung yang dibahagian depan, pinkan ditengah-tengah supaya tertutup rapat.
6. Bahagian atas , kalian boleh pin dengan kerongsang bunga-bunga atau apasahaja ikut kesukaan kalian supaya tudung itu tak senget ketika tertiup angin .
6.Kemaskan dan SIAP !

if you feel free follow me di Youtube Lisa Nurulain 

Lagenda Budak Setan 3



LAGENDA BUDAK SETAN 3 | Berakhirnya sebuah lagenda cinta abadi ,apakah Kasyah akan kekal bahagia dengan kate selepas bernikah? Dan kemudian bekas suami dan rakan kerja Kasyah kate muncul kembali untuk merosakkan hubungan Kasyah dan Kate.  Filem yang menyaksikan lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae telah ditayangkan di pawagam 11September lepas. 

Bagi yang tak sempat nak tengok dipawagam, jadi siang tadi baru sempat nak layan movie online " Lagenda Budak Setan 3". Almaklumlah takda geng's nak hajak tengok movie sebab cuti tak sama time ! Huhu..
Nangis, Marah , Sedih, dan Tertawa , itulah perasaan yang saya gambarkan time tengok movie tu .Hahaha..kalau kalian tak tengok lagi, harus tengok sekarang ! Rugi aihh..
Klik link dibawah :
Lagenda Budak Setan 3

Unlimited Internet Free | Promo

UNLIMITED INTERNET FREE ,Promo | 
Hey all's , Selamat pagi ! Hari ini saya akan mengadakan kuiz dan  memberikan hadiah untuk pengguna internet prepaid dan juga  Untuk pengguna Celcom Prepaid 1 Malaysia . Terutama yang mengalami masalah Kuota habis dan speed slow . 

Caranya senang sahaja ! 
-Copy link entri ini dan share di status facebook kalian
-Follow blog ini !
-Jangan lupa Copy link facebook kalian pada komen dibawah .
Done !
 18 orang pemenang akan dipilih .
●Pemenang pertama akan mendapat hadiah topup rm30 (berdasarkan like terbanyak )
●pemenang kedua topup rm20 
●pemenang ke3 topup rm10 
●15 pemenang lain akan mendapat  "1x Service Unlimited Internet "(seharga total Rm1,250  ! )

Good Luck ! 

Contest ini berakhir pukul 6petang.













.
.
.
.
.
.


.
.
.

 


*autolike akan dibanned sertamerta

Jerebu

JEREBU : Pukul 3petang tapi matahari dah nampak macam pukul 6 petang , oh..ternyata jerebu. Patutlah panas semacam je hari ini. Check punya check 30° celcius , tapi dah terasa bahang . Tinggi tu sebab biasa 24-26° C sahaja.

 Ni suhu pukul 6 petang pon masih sama,30°C . Samar-samar ternampak awan putih seperti embun di Genting atau Cameron Highlands ,bezanya kalau disana sejuk aih.. awan putih yang ni panas. 

Pencemaran udara . Kenapakah berlaku jerebu lagi? Hurm, ianya dari tangan rakus manusia yang gatal membakar hutan sehingga menyebabkan pencemaran udara . Macam ini siapa yang terkena? Semua orang! Kasihanlah kepada manusia lain,jangan sebab nak untung pastu jejaskan kesehatan orang lain. Jangan berhati perut sangat boleh tak?! Huh.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari #kelabbloggerbenashaari



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA   !

Cerahnya sang mentari
Secerah hati ini
Mengucap do'a suci
Semoga makbrur yang naik haji
Dan yang korban rezeki
Amalnya diterima Illahi

Amin...

Saya dan sekeluarga  mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha 1345H |2014 kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya kepada semua rakan #kelabbloggerbenashaari dan juga reader ,blogger , dan semua yang saya kenali.
Korban kambing boleh,korban hati jangan.. hehe  

Kulit Anjal dan Tegang hanya dengan..

 
Kulit Anjal Dan Tegang Hanya Dengan.. |Hye! Bagi sesiapa yang ada masalah kulit .. boleh try BC100 body cream . Sebab pemakaian secara teratur boleh membuat kulit cantik ,lembut ,dan Anjal juga membantu meningkatkan ketegangan kulit agar u'alls kelihatan lebih MUDA dan Berseri. Lisa pon dah try  untuk anak buah yang kena cacar air. Lepas penggunaan BS100 ini , perlahan -lahan dah mula hilang dan tak menjalar ke tempat lain . Alhamdulillah memang berkesan.



Selain itu BC100 Body cream juga mempunyai banyak manfaat yang lain. Diantaranya :

KESIHATAN
[✔] Stroke / Angin Akmar
[✔] Migrain
[✔] Kebas & Kejang
[✔] Gout
[✔] Sakit Sendi
[✔] Penyembuhan Luka
[✔] Sakit Buah Pinggang
[✔] Kencing Manis
[✔] Resdung
[✔] Asma
[✔] Tekanan Darah Tinggi / Kurang Darah
[✔] Menghilangkan Alergik ( Makan Makanan Laut)
[✔] Kurangkan Perut Boroi

WANITA
[✔] Kurangkan Selulit
[✔] Kurangkan Berat Badan
[✔] Kulit lebih anjal
[✔] Kulit lebih berseri
[✔] Hilangkan Strech Mark
[✔] Kurangkan Sakit Senggugut
[✔] Hilangkan Jerawat & Jeragat
[✔] Membetulkan kitaran haid yang tidak betul


HANYA SAPU!  AJAIB KAN
Intense Energie  LOTION juga membantu masalah :
---> MIGRAIN, GOUT, SAKIT SENDI, LUKA, ASMA, RUAM SUSU PADA BAYI, STROKE, LENGUH-LENGUH BADAN, KEBAS DI TAPAK KAKI DAN TANGAN dan lain-lain
  
Psttt rm180 only!

Whatsapp /sms 0199009213 untuk pembelian.


Cara memohon ID Centouch | Dealer Celcom

Dealer CELCOM | Beberapa hari yang lepas ramai kawan-kawan inbox aku , Tanya macam mana dapatkan ID Centouch  untuk jadi agen atau dealer Celcom . Sebelum ini pon dah ada orang tanya , dah dua tiga orang tanya . Hurm, jawapan memang sama je. Disebabkan aku malas  eh bukan malas, tapi penat lah ulang dua tiga kali ayat yang sama .Kalau satu ayat je tak apa jugak. Ni bagaikan jawap esay exam pulak dah . Hehehe

Syarat-syarat :
Kalian kena tahu yang Celcom ni banyak management , aku pon tak boleh hafal semua. Hahaha.
1. NTC  ( Reload Only )
Non Trade Chanel (NTC) , agen yang menjual Reload sahaja .. Kira tak payah jual simcard . Syaratnya senang sahaja
- IC (kad pengenalan)
-. Beli product Celcom ( RELOAD) sebanyak rm 250 , boleh campur sama ada reload RM10 ,30,50

2. NTC Simpack Only atau campur Reload
NTC ini hanya menjual simcard sahaja tanpa menjual easy reload, syarat :
-IC (kad pengenalan)
- Beli product Celcom ( SIMPACK) sebanyak rm 250
3. DEALER
-SSM
-Ada Kedai
-RM1000 ( RM1,000 -digunakan untuk membeli product celcom seperti simpack &reload )

Kalau dah siap semua diatas tu , step seterusnya kalian carilah T.E (territory Executive) ikut area kalian .
Macam mana ? pergi center atau dealer-dealer , tanya mereka.

Tahukah anda bahwa semua transaksi reload atau penjualan simcard menggunakan ID Centouch semua ada insentive . SEMUA , bukan hanya pendaftaran simcard je .termasuk  ADD VAS etc..

Tapi kalau kalian salah gunakan ID tersebut, Celcom akan mengeluarkan SAMAN kepada kalian . HEee... bergantung kesalahan yang  kalian buat .

Note : Entri ini untuk info sahaja , apa yang tertulis ialah hak milik penulis ww.ciksepet.com . Penulis tidak bertanggung jawap dengan Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal . 

Terima Kasih ..

Contest My Lense Story-Ulat dan Cinta


CINTA | cinta itu menerima seadanya , segala baik dan buruk pasangan kita. Mencintai bukan mencari seseorang yang sempurna ,akan tetapi seseorang yang menyempurnakan kehidupan kita  . Dan keduanya harus saling bertolak ansur satu sama lain, barulah tercipta sebuah keserasian dalam hidup.
Disebalik ulat , akan tercipta sebuah kupu-kupu yang cantik. Kenapa orang tidak menyukai ulat ? padahal sebelum menjadi kupu-kupu yang cantik , ulat lah yang berada dalam kepompong itu. Mengapa? adakah memilih dari paras dan rupa ? Ingatlah, Allah menciptakan semua yang ada didunia ini berpasangan dan bersebab. Perancangan Allah lebih indah dari yang kita fikirkan . Ulat sebelum kupu-kupu , dan begitu juga dengan manusia.. mungkin seseorang itu dia mempunyai latar belakang yang tiada berapa baik namun ingatlah , pabila Allah mengkehendaki maka dia boleh bertaubat dan menjadi lebih baik . Mungkin juga lebih baik dari kita , yang buruk datangnya dari kita dan semua yang baik datangnya dari ALLAH .

Cinta rasul dan cintai Allah , carilah jalan keredhaan. Kerna sesungguhnya cinta sang Pencipta lebih kekal dari cinta kepada manusia.

Mini Contest My Lense Story
Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info
© all rights reserved
made with by templateszoo