Friday, July 15, 2022

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Assalamualaikum , semakin lama teknologi yang masuk dalam keseharian dah semakin maju .Sekarang ni dah banyak yang cashless untuk buat transaksi harian salah satunya pembayaran bill bulanan kita . Lisa tak suka penuhkan wallet dengan wang kertas apalagi semenjak covid haritu memang dah cashless je . Nah berbicara tentang cashless ni kan , baru ni Lisa da jumpa satu apps yang menarik untuk dicuba  iaitu SemuaPay . Dalam apps ni korang boleh dapat Cashback, buka kedai dan juga boleh jual beli emas . Menarik bukan ?

Apa Itu SemuaPay ?

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup.


Yang menarik perhatian Lisa disini ialah bagi korang yang mempunyai perniagaan , aplikasi SemuaPay ini menyediakan platform dimana boleh miliki e-kedai sendiri dengan serendah RM50 untuk buka e-kedai. Memang sangat berbaloi la bagi peniaga yang baru nak berjinak untuk mulai perniagaan di platform online ni . Bagi pengguna pula boleh dapat untung Cashback . Tudia dua dua untung kan ?



Selain dari berniaga , pengguna juga boleh buat bayaran  pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian atas talian . Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro , tambah nilai kartu prabayar , langgan internet ,jual beli emas dan banyak lagi. Terdapat lebih 80 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate.


Aplikasi SemuaPay boleh di muat turun di semua telefon pintar, di Google Play, App Store dan AppGallery.



CARA DAFTAR SemuaPay

1) Klik link SemuaPay
2) Kemudian isi nama, nombor telefon dan emel.
3) Pilih Pakej Keahlian. Macam Lisa, daftar sebagai Pengguna dahulu dan hanya bayar RM10 untuk seumur hidup. Pakej lain seperti Pengguna, Komuniti, Usahawan dan VIP
4) Selesai isi semua, boleh tekan Daftar.
5) Seterusnya cek email untuk dapatkan password
6) Dah dapat password, boleh login di aplikasi SemuaPay.
Lepas dah login, jangan lupa untuk tukar password untuk keselamatan akaun kalian. 


Kelebihan menggunakan aplikasi SemuaPay :- 

1) Pembayaran bil utiliti, pembelian Topup prepaid dan pospaid
Segala pembayaran bil ( bil air, bil elektrik, bil internet) dan topup korang boleh menggunakan aplikasi SemuaPay ni. Dengan hujung jari sahaja, semua siap dalam satu platform. Tak perlu pergi kedai, tak perlu pergi pejabat pos untuk bayar semua ni. Jimat masa tenaga dan minyak kereta , haaa... dari bersesakkan di luar baik kita buat dari rumah je kan , semua ada dihujung jari . 

2) Tambah nilai online game

Bayangkan kBagi gamers ,features ini sangat membantu . Ialah tak perlu keluar ke 7-e untuk topup , jadi permainan tak terganggu . Dalam aplikasi ni juga ada servis tambah nilai untuk online game korang. Bukan satu jenis game je, ada banyak jenis iaitu Freefire, Gamesberry, Garena Shell, Genshin Impact, Razergold, Mobile Legend dan banyak lagi

Bayangkan korang reload game PUBG Rm100  x 4% = RM4 wahhh untung! 

Setiap transaksi bayaran yang dah dibuat, korang akan dapat CASHBACK hasil dari bayaran ikut kadar yang telah ditetapkan. Memang tak rugi tau, lagi komitmen bulanan ni. Bayar-bayar, dapat cashback, dah boleh kumpul duit. Untung sangat kan ! 

3) Membuka e-shop ( kedai online sendiri)

Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. Bayaran serendah RM50 untuk membuka e-Kedai ini . Wahhh menarik juga kan ada e-Kedai sendiri .

4) Sistem Pengurusan Emas

Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay. 

a. Gold Saving Account (GSA)

Pengguna boleh memiliki emas di aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram. Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan harga emas semasa di aplikasi mengikut pakej daftar. 

b. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

Klik link untuk beli https://semuapay.com/shop/gold/bullion/GB1G.

Tebus dari Gold Saving Account (GSA) setelah cukup simpanan sebanyak 1 gram. Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

Ni lagi best, korang boleh mula simpan emas secara PERUMA. Caranya, korang hanya buat bayaran bil telefon sahaja, dah boleh mula simpan emas secara percuma menggunakan CASHBACK yang yang korang dapat. Bayangkan jika setiap kali kita buat bayaran bil di aplikasi SemuaPay, berapa gram emas yang korang boleh miliki sekarang ?
Contohnya:

Bayar Umobile = RM100 ( Cashback RM6.00 = 0.02 Gram Emas).

Haritu ada bincang juga dengan kawan nak buat simpanan emas dan cari platform yang menguntungkan ... eh terjumpa pula dalam aplikasi SemuaPay ini.


Dalam aplikasi ni pun boleh buat dut geli-geli tau. Cuma share, like , komen dah boleh dapat duit.


Caranya tekan HOME, dan nampak Viral. Kemudian, ikut arahan di dalam tugasan. Selepas buat task, jangan lupa letak URL seperti yang diminta sebagai bukti task dah dibuat. Kalau buat hari - hari dah berapa banyak duit yang terkumpul. Cara buat duit online yang mudah hanya perlu kerajinan untuk buat task.

6) Transaksi

Semua urusan transaksi yang korang dah buat, korang boleh tengok dibahagian ni. Semua rekod debit, kredit, Rekod Tambah Wallet, Rekod Pindahan Wallet dan sebagainya juga tertera disini. Selain itu, korang juga dapat lihat status pembayaran bil dan topup anda.

7) Akaun
Jangan lupa verify akaun korang untuk dapatkan cashback dan komisen selama korang bertransaksi nantinya . Dekat bahagian ni, macam biasala, tengok profil korang. Boleh kemaskini gambar, dapat lihat profil korang. Selain itu,  disini juga terdapat pelbagai butang lain untuk urusan Wallet, Pengurusan dan Aplikasi. 


8) Affiliate
Apabila korang kongsi link aplikasi SemuaPay sendiri dekat kawan-kawan, keluarga, lepastu mereka daftar akaun SemuaPay menggunakan link korang, secara automatik, korang akan dapat ganjaran. 

Macam mana, banyak kan kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Boleh dapat Cashback, boleh jana pendapatan, dan paling menarik boleh simpan dan jual emas. Memang tak rugi daftar SemuaPay ni.
Lagi menarik SemuaPay melancarkan program SPReward.

SemuaPay lancarkan program SPReward.

Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. 

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif padasetiap bulan.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.


Cara lengkap buka e-Kedai di Aplikasi SemuaPay  

1.TAMBAH WALLET. 

Pastikan Wallet korang ada RM50 didalamnya .

2.BUKA KEDAI

klik e-Kedai dan klik Buka kedai di penjuru kiri bawah . 

3. ISI NAMA KEDAI

Masukkan nama kedai anda di rungan kosong , seterusnya klik KEMASKINI MAKLUMAT KEDAI . 

Sebagai Contoh  : KEDAISAYA

4. KLIK LANGGAN & KEMASKINI TETAPAN

Klik Langgan dan kemaskini tetapan seperti gambar rajah.

5.LIHAT KEDAI & KONGSI

Boleh ulakan jualan dengan kongsi pautan kedai korang sendiri di laman media sosial seperti facebook twitter dan lainnya untuk beritahu orang lain . 

Mudah sahaja bukan cara untuk buka e-Kedai di aplikasi ini . Korang boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan juga ya . 



Feedback Pengguna :




Peluang tak datang banyak kali tau , jangan tunggu lama-lama ... lekas daftar tau ! 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

Website : www.semuapay.com

Facebook : https://www.facebook.com/SemuaPay/

Instagram : https://www.instagram.com/semuapay/




Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search