Ad

Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

Cara memohon / pendaftaran Simpanan Shariah KWSP
Cara Pendaftaran KWSP Simpanan Shariah || Bermula hari ini 8 Ogos 2016 , kalian boleh menukar dari simpanan Konvensional KWSP yang lama menjadi Simpanan Shariah . Apa itu simpanan Shariah ? Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah. Setakat ni kalian perlu datang ke kaunter KWSP untuk mendaftar, pendafaran dalam talian secara online tak disediakan lagi .

Cara memohon Simpanan Shariah KWSP : 

1 .Jangan lupa bawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)

2. Hadir  ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

3.Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
Perbezaan Simpanan Konvensinal dan Simpanan Shariah .


Info selebihnya layari http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html


Cara mengetahui permohonan memilih Simpanan Shariah berjaya 


Permohonan ahli yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.Sekiranya ahli tidak menerima sebarang makluman berkenaan tarikh kuat kuasa ianya disebabkan oleh:
*Kuota dana patuh Syariah yang diperuntukkan telah dipenuhi dan ahli masih dalam senarai menunggu; dan/atau Maklumat perhubungan ahli tidak dikemaskini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:usat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Layari www.kwsp.gov.my


0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo