Ad

Senarai Pelakon SWEET DREAMS

Senarai Pelakon SWEET DREAMS

Senarai Pelakon SWEET DREAMS

Senarai Pelakon SWEET DREAMS 

Assalamualaikum ! Nantikan drama SWEET DREAMS  , diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah. Bakal menemui penonton bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. Senarai pelakon yang memeriahkan drama ini diantaranya : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON



PELAKONWATAK
Mira Filzah Puteri
Ben Amir Qash Adam
Sean Lee Karl
Nina Juren Laila
Yuna Rahim Cempaka
Yusuf Bahrin Amar
Nasz Sally Farah
PU Azman Fadil
Didi Astillah Melissa

LAGU TEMA / OST

iamNEETA - Ilusi → Youtube

SINOPSIS SWEET DREAMS

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

GAMBAR PELAKON






2
( Hide )
  1. I'm gone to say to my little brother, that he should also pay a visit this weblog
    on regular basis to obtain updated from most recent news update.

    ReplyDelete
  2. WOW just what I was searching for. Came here by searching for
    weight loss tips

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo