Ad

Biodata Ben Amir

Biodata Ben Amir


Biodata Ben Amir 

Lelaki rambut panjang is BAE. Wah penampilan Ben Amir sekarang dengan rambut panjangnya buat ramai peminat tak keruan . Menjadi watak pertama sebagai Qash dalam drama terbarunya yang tengah tayang di ASTRO iaitu Sweet Dreams  , digandingkan dengan Mira Filzah sebagai puteri . Mesti ramai yang ingin tahu Biodata Ben Amir atau pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin ini , jom baca sampai habis. 


Biodata Ben Amir

Nama Penuh: Muhammad Amir Sabaruddin
Nama Komersil: Ben Amir
Tarikh Lahir: 13 Mei 1990
Umur: 29 Tahun (2019)
Ketinggian : 178cm
Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Drama/Telefilem : Sweet Dreams , Suri Hati Mr Pilot, Menantu Ting Tong, Cinta Si Wedding Planner, Fira Ayuni, Merah Bukan Jambu, Asam Pedas Untuk Dia, Playboy Itu Suamiku, Dunia Generasi Baru, Cinta Qasidah Amin, Bulan Ku Di Hentian, Hajah Bakhiliah, Abang Long Vs Kak Long dan banyak lagi.
Filem: Romeo Kota


Trivia Menarik Ben Amir
1. Nama Ben diambil sempena nama kucing pelihara kesayangannya yang mati.
2. Merupakan finalis top 23 Hero Remaja 2011/2012 yang seangkatan dengan Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.
3. Merupakan graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.
4. Ben Amir pernah belajar di belajar dalam bidang pengurusan hotel di universiti swasta selama beberapa semester sebelum melanjutkan pengajian di UiTM.
5. Dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan kerabat diraja Perak bernama Raja Shazreen Petra.
6. Sangat meminati lakonan pelakon hebat tempatan, Bront Palarae.
7. Peminat setia pasukan bola sepak antarabangsa iaitu Chelsea FC.
8. Jika diberikan peluang, Ben Amir suka membawa watak yang memerlukan dirinya memakai pakaian beruniform seperti polis dan bomba.
9. Pelakon drama bersiri Papa Ricky, Fadlan Hazim merupakan kawan karibnya.
10. Menjalankan bisnes iaitu produk kesihatan berjenama Go-S dan pakaian di bawah label Chivalry’s Club.

GAMBAR BEN AMIR

 



1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo