Ad

PELAKON KERANA DIA MANUSIA BIASA

PELAKON KERANA DIA MANUSIA BIASA


PELAKON KERANA DIA MANUSIA BIASA

Drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Diantara Pelakon Kerana Dia Manusia Biasa ialah : Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman. Ditayangkan bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.


WATAK PELAKON KERANA DIA MANUSIA BIASA


PELAKONWATAK
Syukri Yahaya Tengku Shamil
Emma Maembong Nurin Aira
Afifah Nasir Tengku Shakira
Atikah Suhaime Tengku Aura
Zera Hariz Najwa
Sasqia Dahuri Nora / Yasmin
Husna Mustaffa Nur Aisyah
Aleza Shadan Datin Nur Kalsom
Mimi Ernida Suraya
Ku Zara Eryna Alia
Dhia Ly Dania
Abbas Mahmood Nazim
Ali Reza Zarul
Azwan Kombos Syed Ilham
Afzan A.Rahman Dr Haikal
Aishah Atan Mak Cik Halimah

LAGU TEMA / OST

Black - Leraikan 

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda juga, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil Zaquan beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Tengku Shamil yang ingin lari dari desakan keluarga dan juga kerana mempunyai agenda tersendiri, dia dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.

Setelah berkahwin, Nurin tidak tinggal sebumbung tetapi dia terpaksa berpindah tinggal sebumbung dengan Tengku Shamil, atas desakan ibu mertuanya. Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali. Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira? 


GAMBAR PELAKON





3
( Hide )
  1. Hello there, just became aware of your blog through Google, and found that it is
    really informative. I'm gonna watch out for brussels.
    I will be grateful if you continue this in future.
    Lots of people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  2. Kakfiza sukaa dah hero tu, tapi heroin lak pulak spoil.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sis ko tak pernah tengok lagi cerita drama ni hehehe..
    Senang cakap lama tak layan drama selepas drama Nur tu haaa

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo