Ad

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma

OHFREEFOOD , Aplikasi Berkongsi Makanan Percuma !

Tinggal beberapa minggu lagi dah nak masuk bulan ramadhan . Biasanya kan.. time puasa ni la terdapat pembaziran makanan .. Beli banyak-banyak lepas tu makan tak habis.. akhirnya basi dan dibuang ke tongsampah . Nak bagi dengan orang , tak tahu nak bagi dengan siapa kan lebih elok kalau berkongsi . Tak tau nak kongsi dengan siapa ? Nah .. apa kata korang install Apps OHFREEFOOD dalam phone korang. Aplikasi untuk berkongsi makanan , atau korang pun boleh request dan dapatkan makanan percuma di apps tu . Menarik bukan ?


MAKANAN PERCUMA DENGAN DOWNLOAD APPS OHFREEFOOD

 OHFREEFOOD ni diwujudkan pertama kali oleh pengasas apps ni iaitu encik Irwan Hisham untuk elak pembaziran makanan . Bukan hanya boleh berkongsi makanan , tapi juga boleh request makanan . Contohnya Masak banyak dan makanan terlebih .. boleh korang upload gambar dalam apps tu dan nanti bagi dekat orang yang request . Mungkin ada jiran kita yang tak sempat nak masak , atau ada orang lain yang lapar.. haa boleh la kita berkongsi rezeki. Atau .. harini terlupa tak bawa duit makan , lepas tu hanya perlu buka apps OhFreeFood dan tengok dalam tu ada orang post makanan untuk dikongsi . Korang hanya perlu request dan pickup makanan tu secara percuma je .Ye wakk percuma jerr...

Selain dari makanan yang dah dimasak , korang juga boleh berkongsi makanan yang belum dimasak seperti Sardin , Beras , Tepung , Biskut ... haa gitu la yang penting makanan yang masih elok untuk dimakan .  Nak bagi makanan tu bukanlah makanan sisa yang kita dah makan ye , kalau rasa tak boleh habis.. asingkan dan bungkus asing dan Kongsi dengan orang lain .



Nampak tak Avaiable Free Food , yang tu korang boleh request. Tapi kena tengok juga la lokasi ada kat mana .. kang korang di kedah tapi owner duduk Johor.. nah jauhhh weih. Kalau area tempat Meetup or Pickup tu dekat dengan tempat korang , yang tu lelaju la korang request dan tunggu di approve ya . Lepas tu chit chat la nak ambek jam berapa dan detail-detail semua . 



Cara Guna Apps Oh Free FOOD

1. Download Apps OHFREEFOOD di AppsStore atau di GooglePlay https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ohfreefood.app&hl=en ]

2. Login dengan akaun Facebook atau email korang. Dan SIAP !

Korang dah boleh explore la dalam apps tu , ada makanan apa yang boleh dishare , Share makanan , request makanan dan banyak lagi . :D

Lisa pon dah try , Seronok berkongsi makanan ni . Aritu share biskut ... harini share KFC pula sebab Lisa memang tak makan KFC .Tadi dapat bauchar dan ada lebihan KFC ,, jadi reedem la. Nah dari membazir..tak termakan, baik bagi kat orang lain kan :D 


Jangan lupa letak lah serba sedikit detail tentang makanan yang korang sumbangkan seperti kuantiti, jenis makanan, lokasi pengambilan dan penyerahan dan masa. Ini bertujuan memudahkan mereka mendapatkan info di mana lokasi makanan yang kita sumbangkan.

Tada.. indahnya berkongsi .. Heeee 


Untuk maklumat lanjut mengenai OhFreeFood ini, korang boleh baca selebihnya di  :-

Facebook : OhFreeFood
Instagram : OhFreeFood
Website : www.ohfreefood.com
1
( Hide )
  1. elak membazir, berkongsi denagn orang ..bgus sanat apps ni..mana tau masa tu dia tak cuku duit nak beli makanan..ada apps ninmpk org share maknn

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo