Ad

Showing posts with label MyIPO. Show all posts
Showing posts with label MyIPO. Show all posts

Dakwa Barang Tiruan , Tapi Sebenarnya ...


Dakwa Orang Lain Jual Barang Tiruan , Tapi Sebenarnya Barang TIADA di Daftarkan Hak Cipta MyIPO


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak tulis entri pribadi melibatkan perasaan dan sekeliling kehidupan seharian . Eh apa Lisa merepek ni hahaha. Kali ni ada sebagian yang Lisa tertarik nak kongsi dan ni lebihnya untuk yang berniaga.



Baru ni Lisa ternampak di Facebook , peniaga berbalah dengan peniaga berkaitan produk yang mereka jual .  Sama produk , tapi jenama lain .Si A claim yang si B ni jual barang fake . si B pula jawap , yang di jual barang hampir sama tapi kemasan dan nama yang berbeda tu bukan fake namanya . si A suruh orang share dan bagi tau yang si B ni jual barang Fake , jangan tertipu . Si A rasa tak puas hati la kot sebab dah lama dia jual dan promote barang tu , tetiba ada orang lain yang jual barang lebih kurang tapi nama lain . Tu yang dia claim barang tu FAKE . 

Lisa nampak status tu dari si kawan si A , dedua ada dalam list friend FB . Nah.. agak-agak siapa yang salah ? si A , si B ? si kawan si A ?


LINDUNGI HAK CIPTA 

Pendapat Lisa pula ,, tiada yang benar , tak da yang salah dalam kes ni . Sebab produk tu bukan dah didaftarkan hak paten di ( MyIPO ) pun , jadi produk tu bukan milik sesiapa . Senang cerita , korang buat resepi minuman dan orang lain  pun buat tapi guna nama yang lain , lebih kurang . Nah.. takde hak paten so semua orang boleh buat la kan ? Kalau nak saman pun elak si B yang saman balik sebab dah kira kes saman Fitnah . 

Tapi itulah dia , EGO . Semalam dah bagitau komen yang kalau produk tu tak dapat hak paten semua orang masih boleh jual dengan nama lain ke apa ke .. Dah tunjuk sekali artikel Lisa yang lepas berkaitan dengan my IPO , baca disini Cara Lindungi Hak Cipta dengan MyIPO . Post yang di share tu telah dipadam , dan digantikan dengan share je tanpa komen . 

Yang untung si B jugak sebab dapat marketing free dari kawan si A . 

Hati panas , memacam boleh terkeluar di media sosial seakan-akan diri kita yang betul. Perlu diingat juga , apa yang kita tulis tu kelak boleh memakan diri kita sendiri ... nasib lah tak sampai kes masuk dalam mahkamah dan tindakan undang-undang berkaitan fitnah atau cemarkan nama baik. 

Daftar Produk Tempatan Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Daftarkan Produk  Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Pernahkah anda mendengar nama seperti , Kopi Kluang , Laksa Johor ,  Belacan Miri  , Kek Batik Sarawak , Nasi Dagang Terengganu ,Lada Sarawak, Beras Bario, Pokok Medang Sarawak, Kek Lapis Sarawak, ? Pastinya nama-nama ini tidak asing lagi ditelinga kita . Kebanyakkan produk ini adalah perusahaan warisan yang diwarisi turun temurun dan diteruskan oleh generasi kedua dan ketiga. Tahukah anda ,  Pengusaha tempatan boleh mendaftarkan produk tempatan di bawah Petunjuk Geografi (GI) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam usaha melindungi hak harta intelek usahawan di negeri ini sejak komponen perlindungan harta intelek itu diperkenalkan di negara ini pada 2003 .

DEFINISI PETUNJUK GEOGRAFI

Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Petunjuk Geografi adalah petunjuk yang mengenalpasti di mana barangan itu berasal. Kualiti, reputasi atau ciri tertentu barangan itu pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya.

Dalam artikel sebelum ini , Lisa juga ada menulis tentang Lindungi Hak Cipta Anda dengan MyIPO .

PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI
Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain.

PENGECUALIAN DARI PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI

  1. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau
  2. Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal
  3. Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal.

HAK PENGGUNAAN

Ketahui juga  hak penggunaan untuk petunjuk Geografi ini . Diantaranya :

-Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.

-Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran.

TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bagi Petunjuk geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Wah bagus juga kalau seperti ini , tidak perlu memperbaharui setiap tahun . 

PEMOHON YANG LAYAK

  • Individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan.
  • Pihak berkuasa tempatan; atau
  • Organisasi perniagaan atau persatuan.

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Sepertimana yang Lisa dah sebutkan pada awal tadi , Akta Petunjuk Geografi telah diperkenalkan bermula tahun 2000. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh rujuk akta dibawah ini : 


Pindaan
Singkatan
Act A1141

Peraturan-peraturan Petunjuk Geografi 2001

PindaanSingkatan
P.U. (A) 247/2001Petunjuk Geografi (Pindaan) Peraturan 2013


Jadi , jika anda merupakan seorang pengusaha tempatan yang mempunyai keunikan , jangan lupa daftarkan segera produk tempatan itu dengan Petunjuk Geografi MyIPO.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari: 

Laman rasminya di http://www.myipo.gov.my
serta Twitter - https://twitter.com/myipo

#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #GeographicalIndications #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss #enterprenuers #usahawan #blogger #influencers #branding #ownbrand #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri #hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO

Lindungi Hak Cipta Anda Dengan MyIPO 

Banyak kali kita mendengar lambakan barang tiruan dalam perniagaan , tiru hasil karya orang lain seperti music , hak paten dan banyak lagi. Seperti jenama kasut , pakaian , tudung dan bahkan jenama make-up . Tahukah anda sebenarnya mudah sahaja cara untuk Lindungi Hak Cipta Anda iaitu Dengan MyIPO ,Perbadanan Harta Intelek Malaysia  . Lisa akan cerita sedikit banyak tentang kesedaran MyIPO yang selama ini anda mungkin tak tahu atau jarang dengar di telinga . 

MyIPO , PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK, sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Cara sebut untuk MyIPO adalah "Maipo" , sebelum ini pon Lisa ingat yang cara sebut tu  " mai-ipo ". Jangan salah sebut pula , nanti salah maknanya .



TENTANG MyIPO 

Untuk mengetahui lebih banyak lagi  info asas tentang MyIPO , anda boleh baca di laman rasmi MyIPO , www.myipo.gov.my . Berikut ini Lisa ringkaskan sedikit banyak tentang MyIPO .

 Sebelum tahun 1983, hak harta intelek (IPR) di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Pejabat ini menukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten pada tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri ketika itu.

Pada 27 Oktober 1990 pula , Kementerian telah disusun semula dan Pejabat telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dan menukar namanya ke Bahagian Harta Intelek. Bahagian ini kemudian ditugaskan untuk mentadbir beberapa akta seperti : 
Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000



Untuk memberi respons kepada pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, Bahagian ini adalah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.


Perbadanan mengambil langkah pertama yang penting dalam penjenamaan semula apabila akronim PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 pada Hari Harta Intelek Kebangsaan yang pertama.


VISI DAN MISI MyIPO

  • Visi MyIPO menjadi salah satu intelektual utama organisasi harta benda.
  • Manakala untuk Misi MyIPO adalah untuk menyediakan undang-undang yang kuat infrastruktur dan rejim pentadbiran yang berkesan untuk meningkatkan kreativiti dan eksploitasi intelektual yang lebih tinggi harta.

OBJEKTIF MyIPO 


Objektif MyIPO adalah:
  1. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  2. Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  3. Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  4. Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  5. Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna


Lindungilah Hasil Karya Anda Sebelum Diakui oleh Orang Lain

Agak sedih juga kalau karya hasil dari kreatifiti yang kita ada ni diciplak , ditiru oleh orang lain . Penat-penat berkarya jangan sampai ditiru orang . Oleh sebab itu , marilah Lindungi Hak Cipta Anda dengan daftarkan reka bentuk ciptaan  di MyIPO



Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari: 
Laman rasminya di http://www.myipo.gov.my
serta Twitter - https://twitter.com/myipo


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP#HartaIntelek #HakCipta #myipoctss
© all rights reserved
made with by templateszoo