Ad

Travelling Beruang TV3

Travelling Beruang TV3
Travelling Beruang TV3  || Mesti korang dah selalu nampak iklan atau kempen mengenai Travelling Beruang , beruang yang korang boleh beli kalau korang pergi travelling naik flight AirAsia . ,Sebenarnya kan kalau korang beli travelling beruang yang mula war-warkan sejak 9 Jun 2015 .. duit dari penjualan itu Airasia akan salurkan ke #MAKNA yang mana digunakan untuk kanak-kanak yang terkena kanser di Malaysia . Sambil membeli sambil menyumbang . Lisa pernah kempen di Instagram mengenai Travelling Beruang ini.  Telefilem Travelling Beruang akan di siarkan Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam.. Diantara pelakon yang akan memerankan dalam telefilem ini  seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy.

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi?









Wah tak sabar rasanya nak tengok telefilem ini.. macam menarikja . Korang dah belitravelling beruang  ini ? harga rm65 je .. beli online pon boleh ... :) 
2
( Hide )
  1. muka ungku ismail ni sweet la.. nampak sempoi jer. kene tangok cite ni.. mesti best.

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo