Ad

TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU

TIPS KESIHATAN MENGATASI JEREBU
TIPS KESIHATAN SEMASA JEREBU  || Kali kedua Jerebu melanda di beberapa wilayah Malaysia , termasuklah di Kluang ini ha. Keluar 5 minit , tengok cuaca macam mendung tapi sebenarnya JEREBU ! Bahangnya .. memang panas. Suhu 31 Celcius dari biasanya 26Celcius . Pembakaran Hutan di negara sebelah ,Indonesia ditambah pula angin dari selatan sebab tu la asap dari pembakaran hutan tu melanda area sini. 

Usah ditanya panasnya, menyengat kulit woo. Tekak pun dah mula sakit , seperti kering tiada air. Mata mula pedih . Macam kena asap fooging atau rokok. Bersyukurlah kalian yang bekerja didalam bangunan dan ber-aircond ! Bayangkan kalau korang kerja menjaja dari kedai ke kedai atau berniaga di luar bangunan yang panas.. dan kena hadap asap jerebu lagi.
Apa yang perlu kalian lakukan jika berlaku Jerebu ? Berikut ialah tips untuk menjaga kesehatan dari pencemaran udara atau Jerebu 

· Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar ( memakai masker pada mulut,bagian kaler biru berada diluar  ) 
· Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
· Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
· Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
· Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
· Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
*Elakkan membeli makanan di tepi jalan yang tiada tertutup. Cuba bayangkan makanan itu tercemar dengan jerebu dan kemudian kita makan. Silap hari boleh memudaratkan kesehatan

Dan perkara yang perlu di elakkan ketika musim Jerebu ialah :
· Kurangkan masa atau kegiatan  berada diluar rumah atau bangunan
· Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
· Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
· Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
· Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
· Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
· Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
· Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
· Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
· Pengharaman pembakaran secara terbuka
· Kawalan lebih ketat kepada industri.
· Mengurangkan waktu persekolahan .
· Mengurangkan masa bekerja
· Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
· Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat



1
( Hide )
  1. betul tu, kadang2 orang tak endah sgt pun tutup muka bila time jerebu tapi depa tak tau, dgn cara macam tu boleh kurangkan risiko kena penyakit time jerebu. ^_^

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo