Saturday, August 8, 2015

KFC MASAK MERAH RICE WRAP

KFC MASAK MERAH RICE WRAP | Mungkin kalian dah pernah nampak iklan di TV , surat kabar mengenai menu baru dari KFC . Yaa... KFC masak merah rice wrap. Pastinya kalian tertanya-tanya Agak-agak apa rasanya eh ? Sedap? Pedas ? rasa original ?

Disebabkan hujan lebat, maka Lisa pilih la makan tengah hari di KFC. Sebab satu deret dengan tempat kerja sahaja. Tak perlu jalan jauh-jauh. Masuk sahaja baru teringat yang KFC dah keluarkan menu baru iaitu KFC Masak MERAH Rice Wrap. Terdapat dua set , satu set Jumbo dan satu lagi Set Jimat. KFC Masak Merah Rice Wrap , menyajikan antara Nasi , Timun, Tomato , KFC dengan ayam masak merah yang pedas yang di wrapkan dengan tortilla bakar. Untuk JUMBO SET  : KFC masak merah rice wrap +  Air seven-up dan crispier fries harga rm 8.90 . Untuk yang Jimat set : KFC masak merah rice wrap + seketul ayam +crispier fries +air pepsi boleh didapatkan seharga rm9.45 .




Mengenyangkan dan memang sedap ! rice wrap dengan ukuran yang JUMBO mana tak kenyang  nya. Hahaha... Rasa KFC Masak merah rice wrap tu pedas, gigitan pertama terus terasa dalam mulut . Rasa nasi ,sayur dan ayam yang pedas. Menu baru KFC ini baru dikeluarkan 3 Ogos , Jom la serbu KFC jangan sampai terlepas peluang menu promosi dari KFC ini. 

  1. Baru try semalam.. sedap.. not bad juga rasanya..

    ReplyDelete
  2. Waduhh, nampak sedap. Boleh try jugak la nanti :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama x mkn kfc..dah ada menu baru

    ReplyDelete
  4. Wow. Memang nampak sedap! Semalam jalan² lalu KFC. Memang rasa nak makan benda ni tapi takut tak sedap. Hihi. :)

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search