JORDAN 180 YEARS ANNIVERSARY

ANNIVERSARY JORDAN YANG KE 180TAHUN


Assalamualaikum ! Jujurnya kalau dengar nama doktor gigi atau dentist ni mesti orang rasa seram sejuk je . Ramai yang takut nak check atau perisa gigi yang memang dah sepatutnya jadi benda wajib kena pergi setiap 6 bulan satu kali . Lepas dari cabut gigi bongsu tahun lepas , Lisa memang jaga gigi betul-betul. Takut kena cabut gigi lagi nanti huhuhu..Pastikan gosok gigi paling kurang 2 kali sehari juga selepas makan dan sebelum tidur. Pilih juga berus gigi yang sesuai dengan keadaan gigi kita ye ! Esok sambut new year, Lisa dapat precious gift dari Jordan toothbrush sampena JORDAN 180 YEARS ANNIVERSARY . Terimakasih Jordan Asia Pasific  , you make my day ! auch.. terspeaking pulak . 


JORDAN MENJAGA GIGI SELAMA 180 TAHUN 


Pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1837 sebagai perniagaan keluarga kecil Norway, Kumpulan Jordan yang berpusat di Oslo kini menjadi peeintis di Scandinavia. Seorang perintis dalam pembangunan dan pemasaran produk penjagaan mulut canggih, jenama Jordan adalah merangkul gaya hidup pilihan!


Cara Memilih Berus Gigi 

Berikut ini Lisa akan kongsikan cara memilih berus gigi yang baik. 

1. Pilih Berus GiGi yang lembut

Berus gigi yang paling sesuai ialah yang lembut, yang sesuai dengan gigi dan gusiKorang boleh baca jenis berus gigi tersebut label di bahagian kotak hadapan.Kebiasaannya ia akan ada dalam 3 kategori. Soft, hard dan normal.



Ada juga yang menggunakan soft, medium dan firm seperti di atas oleh Oral B.

Untuk memilih ia masih lagi bergantung kepada sifat sensitif gigi korang . Jika ia terlalu sensitif mungkin jenis soft yang paling sesuai yang sangat digalakkan oleh pakar pakar dentist.

Namun jika gigi sihat, dan asalkan anda tidak mengenakan tekanan yang kuat kepada gigi anda semasa memberusnya, lebih kasar berus gigi firm seperti di atas pasti tiada masalah.

Ada juga berus gigi yang berlabel “extra soft” yang kemungkinan untuk gigi yang lebih sensitif.Untuk yang normal tak perlulah gunakan “extra soft” kerana ia terlalu lembut.


2. Saiz Head Berus Yang Kecil

Saiz head yang digalakkan adalah yang lebih kecil supaya senang diselenggara di celah celah gigi anda.

Untuk handle pula pilihlah yang selesa untuk dipegang (maneuver) semasa anda gunakannya nanti. Kebiasaannya saiz yang besar adalah yang lebih sesuai.

Ada juga handle yang di bahagian neck ( antara handle dengan head ) seperti ada spring untuk memastikan yang anda hanya gunakan tekanan yang perlu sahaja. Ini juga alternative yang baik.

Walaubagaimanapun jenis bulu berus juga yang paling penting , rujuk tips yang pertama tadi .

 



3. Masa Guna Dalam tempoh 3 bulan
Masih ada yang keliru ni , ternampak kawan Lisa share yang tukar berus gigi 6 bulan sekali . Yang 6 bulan sekali tu pergi check gigi di dentist / doktor gigi ya .. untuk masa guna berus gigi ialah dalam tempoh 3 bulan . Jangan espect untuk gunakan berus gigi selama mungkin, atau pun hanya tukar sekiranya berusnya sudah kelihatan tidak elok lagi. Tetapi jika sudah lebih 3 bulan digalakkan korang tetap tukarkan yang baru juga. Mungkin cantik dan nampak sesuai lagi tapi kuman kemungkinan sudah ada di situ.


YEY ! Lisa dah ada berus gigi JORDAN ORAL B stock untuk setahun !

Berus Gigi Jordan Untuk Kanak-Kanak . 

Pernah nampak gigi kanak-kanak rosak, kehitaman  ? mesti pernah kan. Sama ada kenal atau tak , bahkan mungkin didalam family sendiri ada yang mengalaminya . Alhamdulillah setakat ni gigi si Little Boy elok dan terjaga. Salah satu cara ialah Lisa pastikan yang dia berus gigi ketika mandi dan sebelum tidur . Bagi je dengan berus gigi yang comel , nanti rajin la dia memberus gigi tu . Dengan berbagai pilihan Berus Gigi Jordan untuk Kanak-kanak , lagi senang la nak curi hari si kecil . 




Bilakah anda boleh membiarkan anak anda memberus giginya sendiri? 

Yang Lisa pernah baca , anak anda tidak pandai memberus gigi dengan betul sehingga ia mula pandai menulis dan mula bersekolah. Walau bagaimanapun, adalah baik jika korang memberi anak anda memberus giginya sendiri jika dia mahu. Tetapi setelah itu pastikan periksa dan memberuskan giginya sekali lagi jika perlu. Berikan pujian kepada anak jika dia pandai memberus gigi dan beritahu jika dia tidak memberus di beberapa bahagian gigi. Tunjukkan cara yang betul secara berterusan sehingga anak anda pandai memberus gigi dengan baik.



Berbagai pilihan berus gigi yang comel dan menarik  dari JORDAN untuk kanak-kanak , memang menarik perhatian si kecil ..  sebab tu little boy suka berus gigi sendiri . 


Dari banyak berus yang Lisa dapat , 2 berus ini menjadi pilihan Lisa . Gigi agak sensitif kebelakangan ini kalau makan makanan manis . Mungkin kena check la agaknya ... sebab tu kadang guna soft , kadang pakai yang ultrasoft. 

Korang boleh dapatkan Jordan Oral Care ini , Available at major supermarkets , pharmacy and also by online at www.shopee.com.my & www.motherhood.com.my.



Selamat menyambut anniversary ulang tahun yang ke 180 tahun JORDAN Asia Pasific , Terimakasih sebab setia menjaga gigi kami . 

Pstt... try la ;) 


#JordanAsiaPasific 
#LifeIsSweet 



4 comments.. read them below or add one

akubiomed akubiomed December 31, 2017 at 9:15 PM
Tak sangka jenama Jordan sudah berusia 180 tahun. Sangat hebat
Normi Nieza Normi Nieza January 1, 2018 at 9:04 AM
good sharing lisak...nak satu..hihi
Lynda Che Lah Lynda Che Lah January 1, 2018 at 1:57 PM
180 tahun? selamat ulangtahun Jordan. Memang pakai berus gigi Jordan :)
Nadia Johari Nadia Johari January 16, 2018 at 6:42 PM
comelnya berus gigi untuk budak tu..