Siapa Sebenarnya Buntat ?

Lama pula tak menulis tentang pelakon drama ni . Semalam viral di timeline Facebook dan twitter bercakap pasal "Buntat mati " . Siapa sebenarnya buntat yang disebut-sebut ni ? Buntat ni salah satu watak budak yang tak cukup sifat dalam drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahya , alaarr.. drama pukul 7 petang slot Akasia di TV3 tu .

Watak budak ni dah mati semalam . Buntat sayang dengan Mia (Siti Saleha ) , dan sebab nak selamatkan Mia , Buntat kena tetak kat belakang leher oleh Khalil ( Ex Tunang Mia ) . Dan tak boleh diselamatkan dah malam tu si Buntat meninggal .

 (sedutan drama semalam ) video penuh DISINI 

Menangis wei semalam tengok episod 21  . Heart touching sangat... (eh betul ke Lisa eja ni ) . Bermulalah episod 7 Hari Mencintaiku , agak-agak Mia boleh dapatkan sayang dan hati Khuzairi lagi tak ? atau Khuzairi jadi menikah dengan Shakila ? arghh tak sabar pula . Hihi.. 

Biodata watak Buntat pelakon 7 Hari Mencintaiku TV3 

Nama Penuh : Mohd Ariff Abdullah  

Umur : 12 Tahun

Drama : 7 Hari Mencintaiku

Filem : Jibam (2017)

Asal : Jitra Kedah

Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

Kelas: 6 Teratai (2016)
Dari seorang anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra , kini jadi pelakon..
Mesti ada orang kecam.. rajin tengok drama pukul 7 ni tak reti pergi masjid solat maghrib ke ? haip... sekarang zaman moden ma.. tak semestinya kena tinggal solat. Untuk yang terlepas tengok drama tu boleh je kot tengok dekat tonton.com.my 


Buntat dah takde dalam 7 Hari Mencintaiku 😭  Jangan risau ye .. jumpa buntat di Filem JIBAM pulak nti 2017 


{ 7 comments.. read them below or add one }

Mazni Azmi Mazni Azmi December 13, 2016 at 2:31 PM
Mujur dah boleh tengok drama online kat tonton kan cik sepet. Tak terlepas solat maghrib
Lisa Nurulain Lisa Nurulain December 13, 2016 at 2:59 PM
betul.. hehhe sekarang dah canggih dah ..
yanie yusuf yanie yusuf December 13, 2016 at 4:31 PM
wahhh baru tau..ihihi.. Tak leh mula tengok, kang jadi asyik je layan hihih..

yanieyusuf.com
Ummi Nani Ummi Nani December 13, 2016 at 6:08 PM
.okay dah tau...ketinggalan betoi
Mohamad Amin Mohamad Amin December 14, 2016 at 5:23 PM
ingatkan apa buntat ni..maaf menyampuk..assalamualaikum..