Tuesday, December 13, 2016

Siapa Sebenarnya Buntat ?

Siapa Sebenarnya Buntat ?

Lama pula tak menulis tentang pelakon drama ni . Semalam viral di timeline Facebook dan twitter bercakap pasal "Buntat mati " . Siapa sebenarnya buntat yang disebut-sebut ni ? Buntat ni salah satu watak budak yang tak cukup sifat dalam drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahya , alaarr.. drama pukul 7 petang slot Akasia di TV3 tu .

Watak budak ni dah mati semalam . Buntat sayang dengan Mia (Siti Saleha ) , dan sebab nak selamatkan Mia , Buntat kena tetak kat belakang leher oleh Khalil ( Ex Tunang Mia ) . Dan tak boleh diselamatkan dah malam tu si Buntat meninggal .

 (sedutan drama semalam ) video penuh DISINI 

Menangis wei semalam tengok episod 21  . Heart touching sangat... (eh betul ke Lisa eja ni ) . Bermulalah episod 7 Hari Mencintaiku , agak-agak Mia boleh dapatkan sayang dan hati Khuzairi lagi tak ? atau Khuzairi jadi menikah dengan Shakila ? arghh tak sabar pula . Hihi.. 

Biodata watak Buntat pelakon 7 Hari Mencintaiku TV3 

Nama Penuh : Mohd Ariff Abdullah  

Umur : 12 Tahun

Drama : 7 Hari Mencintaiku

Filem : Jibam (2017)

Asal : Jitra Kedah

Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

Kelas: 6 Teratai (2016)
Dari seorang anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra , kini jadi pelakon..
Mesti ada orang kecam.. rajin tengok drama pukul 7 ni tak reti pergi masjid solat maghrib ke ? haip... sekarang zaman moden ma.. tak semestinya kena tinggal solat. Untuk yang terlepas tengok drama tu boleh je kot tengok dekat tonton.com.my 


Buntat dah takde dalam 7 Hari Mencintaiku 😭  Jangan risau ye .. jumpa buntat di Filem JIBAM pulak nti 2017 


  1. Mujur dah boleh tengok drama online kat tonton kan cik sepet. Tak terlepas solat maghrib

    ReplyDelete
  2. betul.. hehhe sekarang dah canggih dah ..

    ReplyDelete
  3. wahhh baru tau..ihihi.. Tak leh mula tengok, kang jadi asyik je layan hihih..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  4. .okay dah tau...ketinggalan betoi

    ReplyDelete
  5. ingatkan apa buntat ni..maaf menyampuk..assalamualaikum..

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search